Mampukah anda ?

Peluang belajar dinegara asing banyak memberikan input yang berguna kepada saya dalam proses pembinaan gaya berfikir . Berada di negara yang majoriti rakyatnya ialah manusia yang masih mencari-cari tuhan , masih berkira-kira akan kewujudan satu kuasa yang mengawal alam dan masih keliru akan erti kehidupan . Dan majoriti rakyatnya yang tidak berpegang kepada apa-apa agama menjadikan tajuk "agama" agak sukar difahami oleh masyarakat jepun , dan menyulitkan tugas untuk memberi penjelasan dan berhujjah . Mereka mungkin boleh menerima agama sebagai kepercayaan individu tetapi agak sukar untuk meyakinkan mereka bahawa agama itu sebagai satu cara hidup .

Pengalaman pertama saya bersama insan-insan yang masih kabur berkenaan tauhid rububiyyah bermula disini . Persoalan biasa yang sering ditanya kepada saya ialah , Apakah itu islam?Tidakkah islam agama yang mempunyai banyak pantang larang?
Suatu hari saya ditanya oleh seorang sahabat :

"Dalam islam , bolehkah penganutnya minum arak?"

"Sudah tentu tidak boleh!"Jawab saya.

"Tapi awak berada dinegara kami . Dalam negara kami , apabila sudah mencapai umur 20 tahun awak boleh minum arak tampa sekatan . Lagipun kalau awak minum pun,awak jauh dari ibubapa awak dan orang-orang islam yang lain".Dia cuba berhujjah.

"Dalam islam,walau dimanapun saya berada,saya masih dalam pengawasan Tuhan."Saya cuba menjelaskan.

"Oh yeke . Tuhan tu ada dimana ?"Sekali lagi soalan yang memeningkan dilontar kepada saya .

Tajuk tuhan agak sukar untuk dia faham . Begitu juga saya yang begitu cetek pengalaman dalam berhujjah dengan non-muslim lebih-lebih lagi dengan non-muslim yang seperti mereka .

Dalam kelas bahasa jepun , semasa presentation , sekali lagi saya ditanya bertubi-tubi tentang islam dan kerelevanannya . Tapi kali ini berbeza , orang yang bertanya adalah chinese dan korean .

"Erm..boleh saya bertanya satu soalan" . Seorang wanita China (tanah besar) tiba-tiba bangun untuk bertanya semasa sesi soal jawab tentang presentation saya .

"Hait , douzo (silakan) ." saya memberi laluan .

"Mungkin soalan saya tiada kaitan dengan apa yang awak bentangkan . Tapi saya ingin bertanya , mengapa penganut islam tidak dibenarkan memakan babi ?" Ha! Saya tercengang . Lantas cuba untuk bertenang .

"Terima kasih kerana bertanya . Method ajaran islam ialah menghalang sesuatu yang buruk dari terjadi . Larangan-larangan berbentuk begini biasanya mempunyai sebab yang sukar untuk dijelaskan tampa mengkaji . Apabila dikaji , badan babi merupakan medium yang apabila sesuatu virus masuk kebadannya virus itu akan menjadi lebih kuat dari sebelumnya . Dan ia telah dibuktikan secara saintifik . " Saya cuba menyusun hujjah . Tetapi wanita tadi kelihatan masih enggan berpuas hati .

"Bagaimana pula dengan poligami . Tidakkah ia suatu ketidakadilan ?" Arghh..satu lagi soalan membunuh dari wanita yang sama .

"Poligami bukanlah satu bentuk ketidakadilan . Islam biasanya membenarkan perkara sebegini dengan bersebab dan mengikut situasi dan biasanya untuk menyelesaikan masalah . Bayangkan keadaan sebuah negara selepas perang . Kaum lelaki lebih sedikit daripada kaum wanita . Pada ketika ini poligami digalakkan . Islam juga melarang sekeras-kerasnya lelaki yang berpoligami dari melakukan ketidakadilan dan tidak bertanggungjawab . Kerana itu disyaratkan kepada lelaki yang ingin berpoligami hendaklah benar-benar layak dari segi material dan emosi .. " Saya mengahkiri kata . Sekali-sekala sempat saya berpaling kearah lecturer disebelah kiri yang turut kelihatan tekun mendengar penerangan saya .

Harap-harap mereka faham . Jikapun mereka enggan masuk islam , paling tidak biarlah mereka bersangka baik dengan agama yang benar ini . Saya takut kalau penerangan saya tidak difahami dan lebih teruk lagi jika sayalah penyebab kepada semua itu . Dan pengalaman itu cukup menyedarkan dan memaksa saya menghisab dan bermuhasabah , betapa dangkalnya helah hambaNya ini dalam dakwah .

Kerana itu , saya ingin melakarkan satu kemungkinan disini :
Kita bertemu dengan seorang non-muslim yang benar-benar ingin mengetahui tentang islam di airport . Dan kita hanya ada beberapa jam sahaja untuk menjelaskan kepadanya tentang islam . Mampukah kita melakukannya ?
Sedangkan orang yang datang kepada Rasulullah saw bertanyakan beberapa soalan kemudian pulang kepada kaumnya dan mengislamkan seluruh kaumnya . Dan kita , masih terpinga-pinga mencari A dan B dalam islam . Entah bila kita akan berjumpa Z , dan seterusnya menjadi da'i yang berkesan kepada insan lain .

.... rest of template code ....

2 Comments:

  1. hakim dirani said...
    Saya kagum dengan anda yang sanggup menerangkan tentang islam, kerana sekarang ramai yang tidak faham tentang islam dan lari dari kehendak islam itu sendiri.

    Mudah-mudahan ramai orang di sana akan mendalaami tentang islam dan menjadikannya cara cidup.
    syahid_zul said...
    Syukran diatas komen antum..

    Mesej dakwah agak sukar untuk disampai dinegara jepun.Entah macam-mana banyak salah faham tentang islam yang dihafal oleh masyarakat jepun.Ini menjadikan kita sukar untuk mempamerkan keindahan islam kepada mereka.Sedangkan dakwah yang berkesan ialah menerangkan tentang keindahan islam terlebih dahulu.Apabila dia sudah yakin dan jinak dengan islam barulah boleh di terang secara detail.Tapi ianya masih terlalu jauh untuk dicapai.Maybe kelemahan saya juga...

Post a Comment