Persiapkan layar dan tunggu saat angin bertiup

Manhaj islam ialah meruntuhkan tamadun materialisme dan masyarakat jahiliah dengan mengembalikan akhlak dalam urusan hidup,undang-undang dan pemikiran ummatnya-Fathi Yakan.

Renungilah sejarah,ketika saat jatuhnya sistem khalifah dibumi turki.Dititik itulah sistem agama dan sistem nilai telah diracuni secara menggila oleh bukan sahaja kuffar,tetapi insan-insan bernama islam berpendidikan barat.Disitu lahirnya Mustafa Kamal Attaturk dan entah berapa ramai lagi yang berpura-pura islamik,tetapi telah diracun.Bukan hanya dibumi turki,bukan hanya dibumi arab,tetapi diseluruh dunia islam dan insan yang telah diracun inilah yang menjadi "puppet" kepada barat untuk memusnahkan islam dari pemikiran orang-orang islam yang berfikir.Disaat inilah istilah
Da'lillah lillah,wamakalil kaisar lil kaisar-tinggallah kepada Allah hak Allah dan kepada pemerintah hak pemerintah.
yang membenihkan faham sekularisme bercambah dengan pesat.

Kelam kabutlah seluruh sistem islam,apabila ada kerajaan yang mengambil ajaran islam separuh,dan meninggalkan separuh yang lain diatas nama kompromi,diatas nama kesejagatan dan diatas nama menjaga hati non-muslim.Jika di bumi turki,revolusi Kamaliyyun telah meruntuhkan segala-gala atas nama nasionalisme dan sekularisme,dibumi islam yang lain tidak kurang deritanya.Insan yang paling menanggung deritanya ialah insan ikhlas yang memperjuangkan ketulenan islam dan mengajak kepada ajakan Allah,
Gugurlah pejuang-pejuang,ulama-ulama,dan ramai lagi da'i yang benar-benar ingin melihat kembali tegaknya suatu sistem khilafah yang unggul dibumi ini.Marilah kita setelah 82 tahun khilafah lenyap dari muka bumi,memasang semula angan-angan untuk ia kembali tegak dan dengan itu,akan diamlah tangisan-tangisan di palestin,iraq,afghanistan,kashmir,bosnia,chechnya dan dimana sahaja bumi islam pernah dipijak.

Tindakan!

Jika ada niat untuk itu,persiapkanlah layar,tunggu ketika angin bertiup dan kita akan bergerak kearah kebangkitan yang pasti!Persiapkanlah dengan aqidah yang jitu,keyakinan,dan akhlak yang benar-benar unggul untuk kita bangkit sebagai ummat yang terbaik.Kembalilah kepada madrasah al-quran dan al-hadis,berpesan dengan kebenaran dan kesabaran,tekun kearah tamadun ilmu yang dibina diatas akhlak dan nilai,meletakkan prioriti Allah dan keredhaan-Nya itu sebagai matlamat ketundukan.

Tekunlah mendakap agama dikhalayak ramai.Usah lagi malu membaca buku agama,berbicara soal agama ketika kita didalam masyarakat.Jika sekarang kita kekok untuk menatap buku agama didalam bas,didalam tren ditempat terbuka,buangkan ia dari tabiat.Renungkan makna riak yang sebenar.
Melakukan satu kebaikan untuk dipuji itu riak,tidak melakukan kebaikan kerana takut dipuji juga adalah riak!
Hentikan mentaliti dikadaran biasa.

Aku lahir dalam keluarga yang biasa
Dibesarkan dalam keadaan yang biasa
Bersekolah di sekolah yang biasa
Mendapat keputusan UPSR,PMR,SPM yang biasa
Masuk universiti yang biasa
Ambil kos yang biasa
Grad dari universiti dengan result yang biasa
Bekerja di syarikat yang biasa
Membeli kereta dan rumah yang biasa
Kemudian mendirikan rumahtangga yang biasa
Mendapat anak yang biasa
Kemudian mendapat cucu yang biasa
Pencen dalam keadaan yang biasa
Kemudian mati dalam suasana biasa
Dan ditanam sepertimana biasa...
Hentikan mengamal agama secara retorik,menganggap agama sebagai sistem adat dan pewarisan yang tidak bererti apa-apa.Kita terlampau selesa kerana menerima dan mengecapi islam secara pewarisan.Tidak sepertimana bilal,sumayyah,amar,dan sahabat r.a yang lain.Tidak juga sepertimana saudara baru yang terpaksa diejek oleh saudara-mara,ada yang dipukul dan disembelih hidup-hidup(diselangor 10 tahun lalu) yang sanggup meredah mehnah dan ujian semata-mata untuk mengecapi nikmatnya islam dan iman.Saya ulangi,kita terlampau selesa!Berfikirlah walau sedetik,untuk apa kita dilahirkan?Adakah untuk menerusi resam biasa seorang islam,atau untuk "mengubah" kearah keredhaan Allah.

Mengubah kearah keredhaan Allah,bukan jalanan "santai" dan bukan juga jalanan biasa.Paling tidakpun,ada harga yang perlu kita bayar.Bersediakah untuk itu?Bersedialah dan set kan ke dalam minda kita,syurga bukan untuk insan yang hidupnya **"selesa" didunia.

Mentaliti Ummah Terbaik

Pada kita ada al-quran dan ada qudwah yang terbaik.Generasi al-quran,telah mewajahkan kepada insan terkemudian mentaliti sebenar ummah yang terbaik.Syed Qutb dalam bab ke-2 "Ranjau Sepanjang Jalan",telah menggariskan sebab-sebab mengapa generasi al-quran dizaman sahabat mampu dilahirkan kedunia ini.

  • Menjadikan hanya al-quran sebagai sumber panduan mereka.Hadis pula menjadi tafsiran kepada kehendak al-quran.Hari ini,tafsir al-quran,ilmu kalam,ilmu fiqah dan malah ilmu usuluddin telah bercampur baur dengan falsafah yunani,dogeng parsi,cerita israeliyyat yahudi falsafah ketuhanan kristian dan sebagainya.Apalagi jika ada sebahagian ummat islam yang mengambil separuh dari al-quran dan meninggalkan separuh yang lain.
  • Para sahabat mendekatkan diri dengan al-quran bukan dengan tujuan mencari pelajaran dan bahan bacaan,bukan juga mencari hiburan dan panglipur lara.Tiada seorang pun dari mereka yang belajar al-quran dengan tujuan menambah bekal dan bahan ilmu semata-mata untuk ilmu dan bukan juga bermaksud menambah bahan ilmu dan ekademik untuk mengisi dada mereka sahaja.Tetapi belajar untuk mengetahui arahan Allah untuk dipraktikkan serta merta kedalam kehidupan mereka.Al-quran tidak akan memberi dan mencurahkan isi perbendaharaannyakecuali kepada orang yang datang bertumpu padanya dengan roh dan jiwa ma'rifat yang membuahkan amal dan tindakan!Disini syed qutb menyebut "dasar belajar untuk melaksanakan terus itu faktor utama membentuk generasi al-quran dan belajar untuk dibuat kajian dan penglipurlara itu adalah faktor terbentuknya generasi kemudian.
  • lahir pemisahan perasaan sepenuhnya diantara zaman lampau seorang muslim(sahabat r.a) dalam keadaan jahiliah dahulunya dan zaman barunya didalam islam yang melahirkan pula pemisahan menyeluruh dalam segenap hubungan dengan masyarakat jahiliah.Sedangkan kita pada ketika ini hidup dalam suasana jahiliah abad ke-21!
Buktikan kelemahan ideologi ciptaan mampu dibaiki dengan islam!

Disaat manusia tampa agama,mereka telah mencipta isme-isme iaitu ideologi ciptaan untuk mengawal manusia.Lahirlah kapitalisme,nasionalisme sosialisme,komunisme, sekularisme,liberalisme dan berbagai lagi nama.Kajilah ideologi-ideologi ini dan kita pasti menemui satu kebenara yang gagal dinafikan oleh barat iaitu,setiap ajaran dalam ideologi-ideologi ini ada dalam islam!Nasionalisme,semangat kebangsaan diajar dalam ajaran islam.Komunisme,iaitu keadilan dan sama-rata untuk semua rakyat diajar dalam islam.Hak peribadi,diajar dalam islam.Buktikanlah kepada dunia,islam adalah penyelesaian kepada krisis ideologi!

Menghadapi masalah sikap dalam berjamaah

Masalah sikap dalam berjamaah dan pergerakan harus dikikis dan dilenyapkan dari fikiran dan hati orang islam.Tidak akan sesat sesuatu kaum sehinggalah ia terlalu radikal atau terlalu kompromi tentang agamanya.Radikal dan hanya menerima apa yang datang dari jemaahnya sahaja merupakan titik kepada kesesatan.Terlalu berkompromi seperti sikap golongan liberal juga mengundang kesesatan.Tidak salah untuk berjamaah,krisis sikaplah yang wajib diperangi!

Jangan hanya membaca sumber dari jemaah kita sahaja.Jika kita tabligh,jangan hanya membaca fadhail amal sahaja.Begitu juga jamaah-jamaah yang lain.Usah ta'sub dengan jemaah sendiri kemudian mengkritik kewujudan jemaah lain.Laksanakan tindakan dalam ruang lingkup kemampuan jemaah kita!

Persiapkan layar
Persiapkan diri kita dengan kefahaman tentang islam.Angin itu akan bertiup.Insyaallah,islam pasti ditempat yang menang!

Bacalah.......fikirkan.......jika ada kekuatan,bertindaklah!

**islam menyediakan cara hidup yang selesa kepada manusia.Jalan perjuangan kearah keselesaan itulah yang tidak mungkin selesa!

.... rest of template code ....

11 Comments:

  1. Unknown said...
    **islam menyediakan cara hidup yang selesa kepada manusia.Jalan perjuangan kearah keselesaan itulah yang tidak mungkin selesa!

    jadi macamane nak kuar dari zon selesa ni???ada cara tak??nak sedarkan diri yg tak sedar2 ni?
    syahid_zul said...
    jika kita memegang islam dengan sungguh2,pasti kita rasakan hangat bara yg membakar telapak tangan.

    tidak melakukan dosa itu satu ketidakselesaan.
    patuhi perintah allah itu satu ketidakselesaan.
    bangun malam itu satu ketidakselesaan.
    menegur insan lain itu satu ketidakselesaan.
    berkata benar itu satu ketidakselesaan.
    tepati janji itu satu ketidakselesaan.
    menegakkan keadilan itu ketidakselesaan.
    mencari ilmu agama dan mengamalkannya satu ketidakselesaan.
    menulis mcm saya pun bukan satu keselesaan.

    dan byk lagi...

    kita hidup dizaman perjuangan,setkan ke minda kita,jalanan syurga itu jalanan yg memeritkan!

    (saya tidak hurai bab kemanisan ibadah dan bicara sufi disini-jgn slh fhm tulisan saya)
    mfrstudio said...
    anda menulis:
    Jangan hanya membaca sumber dari jemaah kita sahaja.Jika kita tabligh,jangan hanya membaca fadhail amal sahaja.Begitu juga jamaah-jamaah yang lain.Usah ta'sub dengan jemaah sendiri kemudian mengkritik kewujudan jemaah lain.Laksanakan tindakan dalam ruang lingkup kemampuan jemaah kita!

    respon saya:
    saya bersetuju. centric kepada jemaah adalah suatu yg salah.tapi centric lah kepada Allah,kepada redha Allah.

    hari ini Allah telah redha islam sebagai agama kita,dan jalan untuk menuju kepada keredhaan Allah itu adalah dengan berpegang kepada jalan ahlus sunnah wal jamaah.
    Unknown said...
    saya tak berapa faham la...=(

    tidak melakukan dosa itu satu ketidakselesaan.
    patuhi perintah allah itu satu ketidakselesaan.
    bangun malam itu satu ketidakselesaan.
    menegur insan lain itu satu ketidakselesaan.
    berkata benar itu satu ketidakselesaan.
    tepati janji itu satu ketidakselesaan.
    menegakkan keadilan itu ketidakselesaan.
    mencari ilmu agama dan mengamalkannya satu ketidakselesaan.
    menulis mcm saya pun bukan satu keselesaan.

    kalau boleh guna laras bahasa yang lagi mudah(untuk saya je la =D)

    p/s:saya masih pelajar menengah atas.tapi belum mtang lagi dalam pemikiran mcm ni.baru nak menjiwai islam dengan lebih mendalam lagi.jadi saya harap saya dapat faham dengan bahasa yang lagi mudah.bahasa yang saudara gunakan tu macam tinggi je macam bahasa buku..mmg kemas teratur,tersusun.indah skali.tapi harap maaflah kalau bahsa yang saya guna ni ada yang tak teratur.masih belajar..=0

    p/s:MFR??huerm..macam kenal je..
    syahid_zul said...
    assalamualaikum...

    maksud saya ialah ketika ini kita berada dizaman perjuangan.berjuang utk meletakkan agama islam itu ditempat yang sebetulnya ia berada.
    tetapi ramai ummat islam yg selesa hidup tampa berjuang.dakwah sudah dilupakan oleh ummat islam.apabila dakwah dilupakan,ulama tidak lagi dilihat mulia,dosa dan maksiat berlaku saban hari.
    manakala kita selesa melihatnya tampa berbuat apa-apa.sebab itu saya mengajak kpd perubahan pada diri sendiri.perbaiki diri dr segi kefahaman,aqidah,ibadah,dan seterusnya amalan.

    bukan senang untuk berubah.kita akan tidak selesa bila mula berubah kepada yang lebih baik.betul x?tapi kita perlu berkorban.benda yang berkualiti itu biasanya harganya tinggi.itulah yg saya maksudkan...

    harap difahami, :)
    Unknown said...
    wa'alaikumsalam...

    dah nak paham kot.betul!betul! bukan senang nak berubah kepada yang lebih baik.banyak cubaan.mmg kena berkorban.dan pegorbanan tu pun satu perjuangan jugak kan?tapi berjuang meletakkan agama islam dt tempat yang sebetulnya ia berada tu macamana pulak tu?kiranya pasal hukum ke?

    lagi satu,saya dah paham kot.yang ketidakselesaan tu.tapi saya kena terangkan apa yang saya paham.takut silap tafsir.kalau salah,betulkan ye.

    < b >,apa yang saya faham;
    kalau patuh perintah ALlah tu benda yang tak selesa,bangun malam,tegur orang,cakap tak tipu,tak 'kelentong',tak mungkir janji,tulis benda baik tu sume benda yang x selesa kita nak buat atau dalam perkataan yang up skit 'ketidakselesaan'.sebabnye kita kan nak berhijrah dari zon selesa.mesti r sume benda yang kita nak hijrahkan tuh benda yang tak selesa mana pun.
    cuma kan,satu benda je saya tak berapa jelas la.=<

    "tidak melakukan dosa itu satu ketidakselesaan".

    maksunya macam ni ke?;
    kalau buat dosa satu benda yang selesa
    tak buat dosa satu benda yang tak selesa
    maknanye apa ye?
    kiranya,kita mesti rasa selesa bila ada buat dosa.dan rasa tak selesa kalau memang tak buat dosa.ke ayat saudara patutnya melakukan dosa satu ketidakselesaan.ke mmg ayat tu dah betul?jap2.. kalau xbuat dosa kita patut rasa tak selesa macamane tu?
    jap. mafhumnya ok,kalau kita buat dosa,kita akan lagi dekat dengan ALLah bila kita bertaubat.sbb apa bertaubat sbb kita buat dosa.jadi,tak buat dosa akan menyebabkan ketidakselesaan sebab kita tak dapat dekat dengan ALLAh.kita tak bertaubat sbb kita rasa kita tak buat dosa.padahal memang hari2 berdosa..is it like this?mcm complicated je..ke benda dier mmg simple..atau saya je yang buat benda tu makin rumit..wallahu'alam..=X
    syahid_zul said...
    "tidak melakukan dosa itu satu ketidakselesaan".

    erm...maybe saya tersilap juga.

    bagi sesetengah orang,buat dosa akan menyebabkan dia rasa xselesa.sebab ada iman didalam dadanya.
    ramai orang sekarang tiada rasa apa-apa bila melakukan dosa,iman terlalu lemah didalam dadanya.

    jika awak rasa tidak selesa bila melakukan dosa,mungkin ayat diatas saya itu bukan ditujukan untuk awak.

    saya nampak awak sedang tekun mencari ilmu.mungkin berdasarkan minat dan kesedaran.ia bergantung kepada diri,untuk mentafsir ia sebagai keselesaan atau tidak.
    keselesaan atau tidak itu bukan isu yang perlu diambil berat sangat.sejauh mana kita berusaha?soalan itu perlu dijawab terlebih dahulu..

    wassalam...
    Unknown said...
    anda menulis :
    jika awak rasa tidak selesa bila melakukan dosa,mungkin ayat diatas saya itu bukan ditujukan untuk awak.

    respon saya:
    kalau itu yang awk kata...saya rasa saya tak layak kot ayat tu ditujukan kpd sy yg utk merasakan xbuat dosa tu satu ketidakselesaan.saya hanya orang biasa,manusia and insan yang amal pun xsetimpal mana.jauh lagi nak sampai tahap keikhlasan.sekarang ni pun masih terumbang ambin dalam amal.masalah utama saya susah nak istiqamah.sbb tu idup pun huru hara.xper la tu kes saya.xder kena mengena pun dgn kes ni.

    yang saya nak kongsi cuma saya mmg pernah baca kitab HIKAM kalo xsilap.mmg kalo para abid atau orang yang bnyk beramal n dekat dengan Allah tu akan rasa sedih sekali bila tak melakukan dosa.dia rasa sedih bila dia tak rasa dia buat dosa.tapi tu secara kasarnya..bukan secara halusnya.tapi bukan itu sebenar maksud saya.sebab dalam bab ilmu tauhid ni maksud stiap apa yang Allah dah tetapkan mmg mempunya makna yang sangat halus sekali.jap eh..

    ok!dalam kitab hikam ada disebut dosa yang menyebabkan bertaubat lebih baik dari ta'at yang menimbulkan ujub.(sombong,rasa bannga diri)

    Abu Mad-yan r.a berkata: Perasaan rendah diri seorang yang telah berbuat maksiat dosa itu lebih baik,itu lebih baik dari kesombongan orang yang taat.sebabnye,kadang2 sorang hambe tu buat baik sampai timbul rase ujub,sehingga mggugurkan sgla amal2 yang sebelumnya.dan kadang2 lak buat dosa ni memang menyedihkan hati,sehingga timbul rasa takut kat Allah dan menyebabkan keselamatan dirinya..

    last but not least,sbb malam semakin larut..xsempat nak tulis bnyk,
    "keperluanmu itu adalah sifat semulajadi dalam zat kejadianmu,sedang sebab-sebab(kejadian-kejadian) yang menghinggapi dirimu itu untuk mengingatkan engkau apa yang tersembunyi bagimu dari sifat semulajadi itu tidak dapat dihindarkan oleh sesuatu yang sementara(fantasi)"

    wokey,sampai sini je la.yang saya nk kongsikan..bnyk2 pun xbgus sgt.asal dlm maksud hadis nabi pun ada menyebut..dalam satu hari kita kena tambah ilmu dekat dengan Allah,kalau tidak hari itu tiada berkat.
    semoga medan ilmu ini tetap dipertahan sejajar dengan tuntutan syara'

    wallahu'alam.
    syahid_zul said...
    untuk rasa tak slesa bila buat dosa bukanlah suatu tahap yg tiggi dalam keimanan.biasanya rasa xslesa itu akan akan membimbing kearah taubat dan kearah xulangi lagi dosa itu.
    disini akan menilai dimana tahap kita.

    ada beberapa kemungkinan
    1)kita xtaubat lansung bila berdosa
    2)kita taubat tapi mengulangi dosa yang sama
    3)kita taubat dan xulangi dosa itu dan ditingkatkan amalan yg lain

    saya nasihatkan awak apabila membaca kitab ke buku,eloklah bertanya kepada guru @ ustaz sebab berguru dengan buku sahaja adalah sgt bahaya.kadang2 maksud pengarang kitab itu tidak sampai kepada kita dan kita silap mentafsir...

    dosa yg menyebabkan taubat itu lebih baik tidak bermaksud supaya kita berbuat dosa.ianya hanyalah satu penerangan yg tidak perlu diikuti.ingatlah kepada satu cerita ttg abid yg hebat yg dihasut syaitan utk membuat dosa supaya lebih kyusyu' dan hebat dlm ibadah.lalu syaitan menyuruh abid itu meminum arak.slepas mabuk abid tadi berzina dan membunuh.kemudian abid tadi mati tampa sempat bertaubat.

    islam bukan agama rahbaniyyah.ia agama rabbaniah.

    islam agama ibadah dan agama perjuangan.xada dlm ajaran islam,selepas kita islam kita boleh ke gua untuk beribadah seorang diri hingga mati.islam agama perjuangan.berjuang meletakkan islam itu tinggi dan tiada yg lebih tinggi darinya.

    jgn risau dgn perangai iman yg turun dan naik.dikala iman naik,hiasi ia dgn zikir dan ibadah dan dikala iman turun carilah penyebab2 yg boleh menaikkan iman...ianya suatu perkara yg biasa.cuma kita perlu kontrol dgn syariat dan ilmu...

    wassalam
    Unknown said...
    terima kasih atas nasihat awak tu.
    memang ada kebenarannya.sbb tu saya kata saya ada pernah baca.makudnya sekarang ni saya memang tak baca dah .
    sebabnya masa mula2 baca memang rasa mcm 'excited'.ilmu tu memang jauh mendalam masuk ke kalbu,dia lebih dekat dengan hati dan bersifat halus sekali tak silap saya tu ilmu tasauf.eh bukan tu lebih kepada ilmu tauhid.mmg rasa 'masyuk'.
    tapi ayah pernah melarang saya membaca berterusan.masa tu tak silap saya,saya di tingkatan 3.

    lama kelamaan pun saya mula faham.lepas tu saya dah tak teruskan pembacaan sebab orang yang mengaji ilmu tanpa guru ni guru dia syaitan.na'uzibillahi min zalik.

    jadi,saya dah tak baca sbb takut silap paham.apa yang buat saya 'excited' tu sbb ilmu dia tinggi.tapi yang saya tulis tu saya hnya petik sikit je.dia mmg ada sambungan penerangan dia tapi masa tu kakak saya nak guna pc jd tak sempat nk habiskan.

    tapi rasa gerun bila belajar ilmu yang saya belum sampai peringkat tu lagi.ntah la mmg satu perasaan yang susah nak diungkap bila belajar pasal makrifatullah.subhanallah!

    p/s:saya suka ayat awk yg ni:-

    jgn risau dgn perangai iman yg turun dan naik.dikala iman naik,hiasi ia dgn zikir dan ibadah dan dikala iman turun carilah penyebab2 yg boleh menaikkan iman...ianya suatu perkara yg biasa.cuma kita perlu kontrol dgn syariat dan ilmu...

    beautiful!so,arigato sensei!=D
    syahid_zul said...
    sama2=afwan=douitashimahite=ur welcam...

    syukran atas respon dan komen =)

Post a Comment