Mendepani cabaran Faham Insan

Salah satu ilmu yang harus ada di dalam dada "penyeru" ataupun da'i ataupun sesiapa sahaja yang berkehendak "mengubah" insan ialah ilmu Faham Insan.Bagi seorang pendakwah,ilmu agama semata-mata belum tentu menjanjikan apa-apa kesan terhadap dakwahnya.Dia mesti faham sifat-sifat insan,dan bertindakbalas dengan ilmu agama yang dimilikinya.Cuba perhatikan petikan ini;

Fathi Yakan dalam bukunya "Apa Erti Saya Menganut Islam" pada bahagian kedua di bawah tajuk besar "Saya Mesti Hidup Untuk Islam" dengan tajuk kecil "Bagaimana Cara Saya Hidup Untuk Islam" dengan perkara no.5 "Mengetahui Hakikat Jahiliah" telah mencatatkan hadis berikut:

من تعلم لغة قوم أمن مكرهم

Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum, dia akan terselamat daripada rancangan jahat mereka

Mengenai hadis ini, dalam edisi berbahasa Melayu terdapat nota kaki berikut:
[Nasir al-Din] Al-Albani mengatakan: Saya tidak menemui hadis ini dengan lafaz tersebut dan tidak ada seorang pun yang menulis mengenai hadis yang sering disebutkan oleh orang awam yang menyebutnya. Seolah-olah hadis ini disebarkan kebelakangan ini. Tetapi hadis ini mempunyai makna yang sama dengan hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi (tidak berkata hadis ini Hasan Sahih), al-Hakim, Abu Daud dan Ahmad.
Hadis ini,mempunyai ketersiratan maksud yang hebat.Jika kita faham insan(bahasa, perasaan, cara berfikir, etc) kita pasti akan berada pada satu kedudukan yang tidak boleh di"pengaruhi" oleh insan tersebut dan kita ada peluang untuk "mempengaruhi"nya.

Cuba kita perhatikan seorang ibu atau ayah yang sedang memarahi anaknya.Kebanyakkan anak yang dimarahi tidak faham perasaan ibu bapa yang memarahinya sehinggalah anak itu besar dan menjadi ibu dan bapa.Persoalannya ialah,di saat kita menegur insan kepada kebaikan,fahamkah dia akan perasaan kita yang menegur?Seorang anak suatu hari akan menjadi ibu dan bapa tetapi seorang insan biasa belum tentu akan menjadi seorang da'i pada suatu hari nanti.Disini kita bertanya,bagaimana untuk kita membuka peluang untuk mad'u(insan yang kita seru) untuk memahami kita(da'i).Sekiranya ilmu ini tidak diperhalusi, percayalah, dakwah ini akan mengalami kerumitan untuk pergi ke hati-hati insan.

Untuk membiarkan mereka memahami kita,mungkin selama-lamanya mereka enggan cuba memahami kita.Kitalah yang perlu berfikir di"tempat" mereka dan memahami mereka."Faham" dan "Memahami" apabila menjelma kedalam sifat yang membentuk perbuatan dan tindakan, nilai kehadiran kita disisi seseorang akan berubah.Nasihat seorang lelaki kepada wanita akan berubah nilai apabila lelaki tersebut menjadi suami kepada wanita tersebut.Nasihat seorang ibu kepada anak akan berubah nilai apabila ibu telah pergi selama-lamanya.Asbab yang memungkinkan "nilai nasihat" itu berubah perlulah diambil kira dan direnungi secara kritis dan inovatif.

Berfikir ditempat mereka berfikir

Cuba perhatikan,selalunya kita selalu berbeza pendapat dengan sesetengah orang ketika mentafsir sesuatu isu/pertistiwa/kejadian.Tidakkah kita bertanya "MENGAPA" bagi persoalan ini?Ada beberapa sebab yang boleh difikirkan.Antaranya ialah
[1]persekitaran ketika membesar:Ia akan mempengaruhi cara berfikir seseorang.Orang yang membesar dikampung mungkin mempunyai cara berfikir yang berbeza dengan orang yang membesar di bandar.Kaya&miskin etc.
[2]pengaruh persekitaran semasa:dalam membuat pertimbangan,seakan-akan kita dapat mengagak bentuk tafsiran yang akan seseorang itu buat dengan hanya mengetahui persekitarannya.Seorang penyokong kerajaan misalnya,walaupun harga minyak dan harga tol meningkat,mereka tetap menyokong tindakan menaikkan harga tersebut!Dan sebaliknya pasti berlaku kepada penyokong pembangkang.Lalu masing-masing mencari alasan bagi membenarkan pendapat masing.Sebagaimana yang saya tulis sebelum ini,alasan apabila dicari pasti ditemui!
[3]kepentingan:berdasarkan kepentingan tertentu dan kebanyakkannya mementingkan diri sendiri.

Jika ditanya mengapa sebab perbezaan ini saya highlightkan disini,ialah kerana ianya merupakan jalan-jalan kearah faham insan.Ianya menjawab,bagaimana harus berfikir di tempat mad'u berfikir.Dalam proses menyeru,apa yang perlu kita faham ialah bagaimana cara mad'u berfikir.Ditempat mana kita berbeza.Apabila kita faham semua itu,barulah boleh merancang strategi seterusnya.

Menusuk jarum-jarum dakwah

Kepentingan untuk mengetahui cara mad'u berfikir membolehkan kita memilih jenis jarum dakwah yang sesuai untuk ditusuk dan kemudian menusuk jarum-jarum itu ditempat yang kita perhatikan sesuai untuk ditusuk.Seorang anak yang didera dan tidak pernah mendapat belaian kasih-sayang seorang ibu dan ayah,terhadap mereka kita sematkan jarum kasih-sayang.Seorang yang bengis dan berprasangka seperti api yang menyala kita hadap mereka dengan jarum sabar yang sesejuk air.Seorang yang membesar dalam kemewahan kita hadap mereka dengan akhlak, amanah, dan seumpamanya.Seorang yang mengilai hiburan dan hedonisme kita hadap mereka dengan alunan-alunan hiburan islam yang mengingatkan kepada Allah.

NAMUN,disana ada peringatan yang cukup memberi kesan kepada saya selama ini.
Jika seseorang gagal mengikutmu pada level mu maka rendahkanlah level ituk supaya dia dapat mengikutnya.
Contohnya,mengajak insan kepada usrah.Jika aktiviti membaca al-ma'thurat itu tinggi levelnya bagi seorang yang "mat rock",maka level itu perlu direndahkan dengan aktiviti berkemah misalnya.Dan pada kesempatan itulah kita tonjolkan kepada mereka akhlak islam dan tusukkan kepada mereka sehalus-halus jarum dakwah supaya mereka melihat islam itu pada wajah yang tulen.Sesungguhnya agama ini bukanlah agama yang "membosankan"!

Bersambung....insyaallah =)

.... rest of template code ....

2 Comments:

  1. Unknown said...
    macamane nak susun strategi tu???
    tak leh men bedal je kan..
    mcm main Age Of Empires pun sy slalu kalah..sbb xreti wat strategi..=<
    leh ajar x????(bukan ajar strategi main game tau!)=T

    kalo nak 'pengaruh' n 'pengaruhi' org len,mesti ade tactic and formula.mcm nk dpt stret line dlm matematik,kene paham konsep formula. y = mx + c
    kalo dah paham baru senang nk cucuk jarum.
    tapi kalo nak paham manusia/insan..huerm....?=0
    syahid_zul said...
    "macamane" kat cni mcm terlalu kpd praktikal..ssh nak diterangkn melalui penulisan biasa..
    formulanya plak bukan bleh masuk nilai dan dpt jawapan jer..formulanya akan nampak dimata org2 yg diberi kelebihan oleh allah..smoga allah beri kelebihan tu kat kita smua..

Post a Comment