Salam Aidiladha,Selamat tahun baru.

Salam Aidiladha untuk semua ummat islam.Selamat tahun baru untuk semua pembaca.

Saya baru sahaja balik dari Hiroshima,perjalanan yang menginsafkan dan menghampakan.Menginsafkan apabila melawat Hiroshima Peace Memorial Museum , dan mengecewakan apabila saya tiada mood apabila melihat tempat bermain snowboard tidak begitu bersalji,hanya salji buatan.Sudah berpuluh tahun,fenomena salji tidak begitu turun terjadi pada tahun ini.Namun dalam kekecewaan itu saya puas apabila membawa balik kenangan apabila melawat bandar hiroshima yang pernah hancur di suatu ketika dek kerana kedahsyatan bom atom.Insyaallah,saya akan menulis satu artikel khas tentangnya nanti.

Aidiladha,menuntut kita merenung dan mengambil pengajaran dari peristiwa Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.Pengajaran yang diambil bukan hanya dijadikan perbincangan intelektual,ataupun untuk diceritakan kembali sahaja,malah menuntut suatu semangat untuk menzahirkan kearah tindakan yang bernama "pengorbanan".Ketika ini,di makkah,berjuta ummat islam sedang kyusyu' menunaikan ibadah haji,sanggup mengorbankan harta kekayaan,masa,dan mencurahkan 100% komitmen kepada ibadah haji yang menjadi rukun ke5 bagi ummat islam.Dan berjuta juga dari kalangan ummat ini sanggup mengorbankan sedikit harta menyembelih binatang korban sebagai tanda ketaatan kepada Allah swt.Satu fenomena dan ajaran yang benar-benar hebat yang selama-lamanya tidak akan mampu ditandingi oleh mana-mana agama lain.

Namun kita bertanya,kemana hilangnya suara "labbaikallahummalabbaik"dari berjuta orang itu dihadapan zionis dan kuffar?Kemanakah perginya duit dan harta berjuta-juta itu apabila kanak-kanak palestin menangis kelaparan?Mengapa kita hanya sanggup berkorban apabila datang aidiladha kemudian membisu di sepanjang masa yang lain?Terlalu banyak persoalan yang mengguris hati saya,apatah lagi hati ummat yang sedang ditindas.Yakinlah bahawa,berjuta ummat yang sedang tawaf dikaabah tidak lebih hanyalah manusia yang sedang meneruskan amalan ritual yang kosong dari penghayatan hakiki dan hikmah dari perkumpulan ummat yang begitu ramai telah terlalu kabur untuk disingkap kembali.Hikmah menyembelih binatang korban turut mengalami nasib yang serupa apabila mata rantaian hikmah dipotong satu persatu akibat dari serangan pemikiran yang menakutkan iman-iman dari bersatu dibawah satu kalimah lailahaillallah.

Tidak bermaksud untuk saya menafikan mereka yang benar-benar ikhlas dalam "korban" masing-masing,tetapi kesimpulan umum yang saya buat ini adalah satu hakikat yang terpaksa saya,anda,ustaz,ulama,PM dan seluruh ummat menerimanya dengan tangan keinsafan dan tangan semangat untuk bangkit bertindak melupuskan kesilapan yang telah terjadi.Tidak berniat untuk saya mengi'tiraf tahun masihi itu lebih baik dari tahun hijrah,tetapi jadikanlah peristiwa tahun baru ini,garisan mula untuk kita melangkah kearah revolusi bertindak dan bukan lagi revolusi pemikiran yang sekadar menghiasi tulisan di buku-buku dan blog-blog sahaja.Tanamkanlah azam dengan semangat dan berdoalah meminta diteguhkan semangat dalam istiqamah untuk kita memacu kearah satu era kebangkitan islam yang benar-benar tulen hasil dari revolusi bertindak yang dengannya diharapkan akan bermula satu era perubahan kearah kesejahteraan,selamat,dan islam yang tertinggi dan memerintah.

Revolusi bertindak yang menuntut kita bertindak dan tidak hanya melafazkan,bakal menjana satu dimensi perubahan dan mulakanlah revolusi ini dari dalam diri kita sendiri.Hayatilah islam itu sebagai satu cara hidup,"ilah" sebagai satu ketaatan, kecintaan,sumber rezeki dan sumber hukum yang hanya satu dan tiada yang lebih agung daripadanya.

Salam aidiladha,selamat tahun baru...

.... rest of template code ....

Mendepani cabaran Faham Insan

Salah satu ilmu yang harus ada di dalam dada "penyeru" ataupun da'i ataupun sesiapa sahaja yang berkehendak "mengubah" insan ialah ilmu Faham Insan.Bagi seorang pendakwah,ilmu agama semata-mata belum tentu menjanjikan apa-apa kesan terhadap dakwahnya.Dia mesti faham sifat-sifat insan,dan bertindakbalas dengan ilmu agama yang dimilikinya.Cuba perhatikan petikan ini;

Fathi Yakan dalam bukunya "Apa Erti Saya Menganut Islam" pada bahagian kedua di bawah tajuk besar "Saya Mesti Hidup Untuk Islam" dengan tajuk kecil "Bagaimana Cara Saya Hidup Untuk Islam" dengan perkara no.5 "Mengetahui Hakikat Jahiliah" telah mencatatkan hadis berikut:

من تعلم لغة قوم أمن مكرهم

Sesiapa yang mempelajari bahasa sesuatu kaum, dia akan terselamat daripada rancangan jahat mereka

Mengenai hadis ini, dalam edisi berbahasa Melayu terdapat nota kaki berikut:
[Nasir al-Din] Al-Albani mengatakan: Saya tidak menemui hadis ini dengan lafaz tersebut dan tidak ada seorang pun yang menulis mengenai hadis yang sering disebutkan oleh orang awam yang menyebutnya. Seolah-olah hadis ini disebarkan kebelakangan ini. Tetapi hadis ini mempunyai makna yang sama dengan hadis yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi (tidak berkata hadis ini Hasan Sahih), al-Hakim, Abu Daud dan Ahmad.
Hadis ini,mempunyai ketersiratan maksud yang hebat.Jika kita faham insan(bahasa, perasaan, cara berfikir, etc) kita pasti akan berada pada satu kedudukan yang tidak boleh di"pengaruhi" oleh insan tersebut dan kita ada peluang untuk "mempengaruhi"nya.

Cuba kita perhatikan seorang ibu atau ayah yang sedang memarahi anaknya.Kebanyakkan anak yang dimarahi tidak faham perasaan ibu bapa yang memarahinya sehinggalah anak itu besar dan menjadi ibu dan bapa.Persoalannya ialah,di saat kita menegur insan kepada kebaikan,fahamkah dia akan perasaan kita yang menegur?Seorang anak suatu hari akan menjadi ibu dan bapa tetapi seorang insan biasa belum tentu akan menjadi seorang da'i pada suatu hari nanti.Disini kita bertanya,bagaimana untuk kita membuka peluang untuk mad'u(insan yang kita seru) untuk memahami kita(da'i).Sekiranya ilmu ini tidak diperhalusi, percayalah, dakwah ini akan mengalami kerumitan untuk pergi ke hati-hati insan.

Untuk membiarkan mereka memahami kita,mungkin selama-lamanya mereka enggan cuba memahami kita.Kitalah yang perlu berfikir di"tempat" mereka dan memahami mereka."Faham" dan "Memahami" apabila menjelma kedalam sifat yang membentuk perbuatan dan tindakan, nilai kehadiran kita disisi seseorang akan berubah.Nasihat seorang lelaki kepada wanita akan berubah nilai apabila lelaki tersebut menjadi suami kepada wanita tersebut.Nasihat seorang ibu kepada anak akan berubah nilai apabila ibu telah pergi selama-lamanya.Asbab yang memungkinkan "nilai nasihat" itu berubah perlulah diambil kira dan direnungi secara kritis dan inovatif.

Berfikir ditempat mereka berfikir

Cuba perhatikan,selalunya kita selalu berbeza pendapat dengan sesetengah orang ketika mentafsir sesuatu isu/pertistiwa/kejadian.Tidakkah kita bertanya "MENGAPA" bagi persoalan ini?Ada beberapa sebab yang boleh difikirkan.Antaranya ialah
[1]persekitaran ketika membesar:Ia akan mempengaruhi cara berfikir seseorang.Orang yang membesar dikampung mungkin mempunyai cara berfikir yang berbeza dengan orang yang membesar di bandar.Kaya&miskin etc.
[2]pengaruh persekitaran semasa:dalam membuat pertimbangan,seakan-akan kita dapat mengagak bentuk tafsiran yang akan seseorang itu buat dengan hanya mengetahui persekitarannya.Seorang penyokong kerajaan misalnya,walaupun harga minyak dan harga tol meningkat,mereka tetap menyokong tindakan menaikkan harga tersebut!Dan sebaliknya pasti berlaku kepada penyokong pembangkang.Lalu masing-masing mencari alasan bagi membenarkan pendapat masing.Sebagaimana yang saya tulis sebelum ini,alasan apabila dicari pasti ditemui!
[3]kepentingan:berdasarkan kepentingan tertentu dan kebanyakkannya mementingkan diri sendiri.

Jika ditanya mengapa sebab perbezaan ini saya highlightkan disini,ialah kerana ianya merupakan jalan-jalan kearah faham insan.Ianya menjawab,bagaimana harus berfikir di tempat mad'u berfikir.Dalam proses menyeru,apa yang perlu kita faham ialah bagaimana cara mad'u berfikir.Ditempat mana kita berbeza.Apabila kita faham semua itu,barulah boleh merancang strategi seterusnya.

Menusuk jarum-jarum dakwah

Kepentingan untuk mengetahui cara mad'u berfikir membolehkan kita memilih jenis jarum dakwah yang sesuai untuk ditusuk dan kemudian menusuk jarum-jarum itu ditempat yang kita perhatikan sesuai untuk ditusuk.Seorang anak yang didera dan tidak pernah mendapat belaian kasih-sayang seorang ibu dan ayah,terhadap mereka kita sematkan jarum kasih-sayang.Seorang yang bengis dan berprasangka seperti api yang menyala kita hadap mereka dengan jarum sabar yang sesejuk air.Seorang yang membesar dalam kemewahan kita hadap mereka dengan akhlak, amanah, dan seumpamanya.Seorang yang mengilai hiburan dan hedonisme kita hadap mereka dengan alunan-alunan hiburan islam yang mengingatkan kepada Allah.

NAMUN,disana ada peringatan yang cukup memberi kesan kepada saya selama ini.
Jika seseorang gagal mengikutmu pada level mu maka rendahkanlah level ituk supaya dia dapat mengikutnya.
Contohnya,mengajak insan kepada usrah.Jika aktiviti membaca al-ma'thurat itu tinggi levelnya bagi seorang yang "mat rock",maka level itu perlu direndahkan dengan aktiviti berkemah misalnya.Dan pada kesempatan itulah kita tonjolkan kepada mereka akhlak islam dan tusukkan kepada mereka sehalus-halus jarum dakwah supaya mereka melihat islam itu pada wajah yang tulen.Sesungguhnya agama ini bukanlah agama yang "membosankan"!

Bersambung....insyaallah =)

Menangisi sebuah keliru..

Sudahkah anda lihat video yang saya letak di RosVideoCeramah tentang ucapan wakil HAMAS ketika beliau datang ke Malaysia pada 16 Mei 2006 lalu?Jika belum,saya terlalu berbesar hati jika anda boleh meluangkan sedikit masa untuk merenungi ucapan Dr Khaliell Ismael Hayyad yang begitu menyentuh hati.Lebih-lebih lagi selepas kita dikejutkan dengan berita cubaan membunuh keatas Perdana Menteri Palestin,Ismail Haniyeh dan berita kemungkinan untuk pilihanraya berlaku lebih awal di Palestin.

Hamas yang dipilih rakyat dan menjadi kerajaan secara demokrasi,dipulaukan oleh Israel dan Amerika syarikat.Hamas dikecewakan lagi apabila kerajaan Malaysia tidak mengi'tiraf menteri luar Hamas,Dr Mahmoud Zahar ketika persidangan menteri luar NAM dan diganti dengan wakil PLO Farouq Qadumi.Bagi pejuang palestin,perasaan apabila dikecewakan sudah terlalu biasa bagi mereka.Sejarah membuktikan entah berapa puluh kali mereka dikecewakan dan dikesampingan dan hanya menjadi watak sampingan dipersada antarabangsa.

Sesiapa jua,walhal orang jepun sendiri tidak mampu untuk berfikir logik bagaimana boleh wujud negara haram Israel.Tetapi isu tersebut seolah-olah "ditidakmengapakan" oleh media-media barat dan lebih teruk apabila rakyat palestin pula yang dituduh pengganas.Inilah situasi yang kita hadapi dan negara-negara islam setakat ini hanya mampu berdiskusi, bersimpati, kesal, dan beberapa perkataan lagi yang sewaktu dengannya.Sememangnya itulah yang berlaku didalam sejarah,apabila mereka bangkit menentang yahudi pada tahun 1948,negara-negara arab mendiamkan diri seribu bahasa.Selepas itu,perjuangan mereka diselubungi kecewa dan kecewa.Namun disana ada janji yang benar dari Rasulullah saw:

Akan tetap ada dikalangan ummat aku satu golongan yang bangun dengan berani menyatakan yang benar dari agama islam,mereka tidak boleh ditundukkan oleh orang yang mengecewakan mereka.Mengikut riwayat imam Ahmad dalam al-musnad,sahabat bertanya siapakah mereka wahai rasulullah?Jawab rasulullah,mereka ialah penduduk baitul maqdis dan penduduk yang mengelilingi baitul maqdis.

Api perjuangan ummat ini tidak mungkin padam.Biarpun mereka berhelah dengan bermacam-macam helah.
Mereka ingin memadamkan cahaya agama Allah dengan mulut(ucapan dan media)mereka, dan Allah akan tetap menyempurnakan cahayaNya,meskipun dibenci oleh orang-orang kafir.[At-taubah 32]

Kadang-kadang saya sempat bertanya kepada diri sendiri,jika memegang agama islam diakhir zaman itu bagaikan menggengam bara,terasakah bara yang saya genggam?Ataukah benda lain yang saya genggam?Namun bagi pejuang-pejuang di palestin,setiap hari hati mereka melecur dan terhiris.Ingatkah lagi kepada peristiwa deir yassin?Ingatkah lagi sabra dan shatila?Mereka kecewa lagi apabila Syeikh Ahmad Yassin yang lumpuh hingga ke leher dan hanya mampu bercakap yang memimpin Hamas di syahidkan oleh Allah.Kita tidak boleh berfikir,bagaimana seorang yang lumpuh boleh syahid.Seorang tua yang lumpuh biasanya akan mati dipembaringan.Tetapi Syeikh Ahmad Yassin dihadiahkan syahid,sesuatu perkara yang cukup manis dalam perjuangan.Namun renungkan luahan hati Syeikh Ahmad Yassin ketika beliau masih bernafas:

Sesungguhnya aku,seorang tua yang lemah,tidak mampu memegang pena dan menyandang senjata dengan tanganku yang sudah mati(lumpuh).Aku bukan seorang penceramah yang lantang yang mampu menggegarkan semua tempat dengan suaraku(yang perlahan ini).
Tidakkah kamu semua lihat wahai bangsa arab,sudah sampai ketahap mana keadaan ini?
Ya Allah,perkuatkanlah saudara-saudara kami yang sedang dipatah-patahkan tulang-temulang mereka,kasihanilah saudara-saudara kami yang lemah dan ditindas dan bantulah hamba-hambaMu yang beriman[Dari buku Freemason:Musuh dalam menghancurkan islam]
Perjuangan bukan hanya lengkap apabila diungkap di mulut,perjuangan harus diteruskan dengan perbuatan.Itulah yang telah dibuktikan oleh Syeikh Ahmad Yassin dengan memimpin Hamas.Saya tersentak apabila mendengar berita dari rombongan ke Lubnan.Apabila ditanya kepada wakil Hisbullah di Lubnan "Apakah boleh jika kami hantarkan sukarelawan untuk berjihad ke sini?"Hisbullah menjawab"Kamu baliklah dan lawanlah yahudi dinegara kamu!" Ya,itulah realitinya.Yahudi di negara sendiri masih beraja dan bertahta.Tetapi kelibatnya dighaibkan dengan jelmaan keindahan, kemajuan, keselesaan, dan ketamadunan palsu.
Image Hosted by ImageShack.us
Sedangkan dari sehari ke sehari,anak muda dan remaja lentok diriba zionis dan kuffar.Gejala dadah dan dedah, pergaulan bebas, zina, bunuh, rompak, rogol, rasuah, dan sebagainya menjadi nira yang merosakkan susu.Apa tindakan pihak berkuasa dan tindakan kita?Perbanyakkan konsert, Jemput artis bollywood untuk diberi anugerah, membuat istana entah apa-apa, merobohkan setinggan secara zalim dan paranormal, dan kemudian memukul gong hadhari kesana-kemari.Dan kita pula meneruskan tradisi biasa,lihat dan senyum....Mungkin kita keliru,untuk apa memilih susah jika terhampar jalan yang senang?Untuk apa berjuang yang menjanjikan susah jika mampu berlenggang tampa berbuat apa-apa?
Diantara kecewa dan hampa,saya nukilkan buat kita semua:

Saudara,
Berzaman kau tangisi sebuah diri
Nan terketar-ketar mengigit keliru
Mengidamkan bisa bercambah tunas bangkit
Setelah semangatmu direntus
Setelah kelekaanmu diperli
Pada jatuhnya Uthmaniah itu
Belumpun reda musim berkabung
Jiwamu teruji lagi
Pabila bumi ambia itu tergadai
Hari itu tidak bisa melupai deir yassin
Detik mula saudaramu terperosok
Ke kubangan lemah lagi hina
Hari itu diri mu menangis
Memanggil-manggil khilafah ghaib
"Tolonglah saudaraku....tolonglah saudaraku..."
Tiada siapa yang menyahut
Bisu seperti mu pernah bisu
Saudara,
Dikala sabra dan shatila terhiris
Bumi dan langit itu tetap disitu
Dan kamu sekali lagi menangis
Pada sebuah diri
Menjawab dalam bahasa keliru
Saudara,
Chechnya dan bosnia sudah penat
Menjadi korban sebuah kedhaifan
Afghanistan sudah bosan
Merintih dan merayu dilaluan sepi
Semuanya tertanam dikuburan simpati
Saudara,
Berzaman kini engkau masih menangis
Pada gundukan tanah yang masih merah
Pada kerebahan yang tidak pernah melawan
Pada cinta dunia yang membinasakan
Pada iman yang engkau keliru...
wassalam

Buatkan aku berfikir...

Buatkan aku berfikir...Dengan apa?Dan untuk apa?

Terlalu kerap kita melihat hiburan itu ialah untuk berhibur.Sekerap itu jugalah kita ditipu dan dipermainkan oleh hiburan.Terlalu banyak ragam hiburan, sukan, muzik, filem, majalah, dan juga bahan bacaan membanjiri segenap ruang hidup sehingga memaksa saya bertanya berkali-kali,"berhibur untuk apa?"

Hiburan dalam islam salah satunya ialah nasyid.Saya meminati nasyid kerana ia membuatkan saya berfikir!Bagaiman bisa nasyid membuat seseorang berfikir?Senikatanya!Iramanya mungkin simple, slow, tetapi menusuk ke kalbu.Irama atau lagu menghampiri hati dan mengetuknya lalu memeluk erat hati tersebut.!Irama dan lagu,apabila ia dipisahkan maka akan matilah perasaan,akan gagallah senikata untuk sampai kepada hati dan hanya berdengung dibibir telinga.Percayalah,dakwah yang paling berkesan ialah dakwah yang menyentuh hati dan memaksa insan untuk berfikir.

Sebelum menulis apa-apa,sering saya bertanya kepada diri sendiri,bagaimana cara terbaik untuk membuatkan insan berfikir?Inilah tugas penulis.Tidak hanya memikirkan tentang panglipur lara, jenaka kosong, atau kisah-kisah yang tiada apa-apa kepentingan untuk ditulis. Apabila al-quran dibuka,kita biasa menemui ayat-ayat yang diakhiri dengan "bagi kaum yang berfikir"atau"supaya kamu berfikir".
Ust. Hasrizal dalam laman webnya berkata

Menulis bukan untuk memberiTAHU, tetapi ingin menyuntik MAHU, agar dapat berusaha mencapai MAMPU!
MAHU apa?Mampu untuk apa?Mahu untuk berfikir,dan mampu untuk faham dan bertindak?Mungkin!

Seandainya kita menyedari,islam mengajar kepada penganutnya,berhibur bukan hanya untuk merawat masalah hati.Islam mengajar berhibur juga boleh menyuntik perasaan mahu berfikir!Jika bangsa arab menjadikan syair itu sebagai hiburan dan alat media,maka datangnya islam telah melahirkan penyair-penyair yang mampu membuat insan berfikir akan kebesaran Allah swt,kebenaran agamanya,kehidupan yang sementara dan perjuangan.
Dalam mukashafah al qulub(penenang jiwa) karya imam al-ghazali,terdapat banyak syair-syair yang ditulis yang membawa insan untuk berfikir.Antaranya ialah
Demi umurku
Pemuja dunia akhirnya aku menyesal jua
Bila dunia pergi dia merasai rugi
Bila dunia datang, keinginan terus meninggi

Ibnu Bisam berkata:
Herdiklah dunia dan hari-harinya
Ia hanyalah membawa duka
Kehausannya tidak pernah terpenuhi
Terus saja ingin memiliki
Sungguh menghairankan
Ia musuh,tapi dirindukan.

Syair karya Mus'ar bin Kaddam ini sering diperdengarkan oleh Umar bin abdul Aziz
Wahai orang-orang yang tertipu oleh dunia
Siang kau tidur dan malas
Malam pun kau tidur dan hina
Kau tertipu oleh sesuatu yang fana
kau bahagia dalam khayalan
persis orang tidur yang tertipu dengan kelazatan
akhirnya kesibukanmu hanyalah kebosanan
demikianlah kehidupan haiwan-haiwan

Sukar untuk dinafikan,dakwah sememangnya memerlukan kudrat yang cukup kuat untuk membuatkan insan berfikir.Dan untuk seseorang berfikir,dakwah perlu sampai kepada hatinya!Kerana itulah,bahan dakwah samada penulisan, tayangan, ceramah, dan sebagainya perlulah diselitkan unsur emosi supaya ia mampu menyentuh hati.

Saya tertarik setiap kali pergi ke panggung wayang.Penonton biasanya akan pay 100% attention kepada cerita.Sampaikan kalau filem itu terlalu menarik,sanggup untuk tidak ke tandas.Tidakkah orang-orang dakwah sedar potensi ini?Atau juga orang seni yang ingin berdakwah,ambillah kesempatan ini untuk menyampaikan mesej islam dan ketuhanan.

Seringkali juga saya berbincang dengan sahabat-sahabat tentang perkara ini,ramai yang bersungguh-sungguh untuk terjun ke bidang tertentu diatas nama dakwah.Ada yang bersungguh mempelajari animasi, programming, dan sebagainya diatas nama dakwah.Paling kurang untuk menyumbang sedikit sebanyak usaha dan keringat untuk mengembalikan semula kegemilangan islam.Banyaklah idea-idea menarik seperti membuat islamic animation, islamic movie, drama dan sebagainya.Tidak kurang ada yang teruja untuk membuat permainan komputer yang menyemai semangat berjihad!Pentas dakwah ini terlalu luas dan bukan terhad kepada mereka yang berstatus ustaz sahaja.

Jika pentas hiburan mampu diselitkan kedalamnya unsur dakwah yang mampu menyentuh hati dan membuat insan berfikir,itulah bentuk hiburan yang terbaik.Mungkihkah ianya terlalu berisiko?Mungkin...berisiko jika tidak kena gayanya.

Paling tidak pun saya ada altenatif disini.Menulis.Sejauh mana ia mampu menyentuh hati dan memujuk pembaca untuk berfikir,serahkahlah pada Allah swt.Renungkan kata-kata ini :
Hati ibarat tanah, dia boleh gersang, hati gersang tidak akan menumbuhkan lagi pokok-pokok kebaikan. Hati gersang disebabkan tidak berzikir, hati tidak selalu mengingati mati.

Mesej drama

Baru-baru ini,saya berkesempatan menonton filem "cinta".Saya yang biasanya tidak begitu mengemari filem melayu entah macam-mana boleh ter"download" filem tersebut.Namun,pujian harus diberikan kepada semua krew,pelakon termasuk pengarah dan penulis skrip "cinta" yang serasa saya telah berjaya melontar satu wacana fikir kedalam minda penontonnya iaitu,"apa itu cinta?".Setidak-tidaknya sudah nampak pergerakan kearah peningkatan filem melayu dari aspek kualiti dan mesej kedalam masyarakat.

Namun,saya lebih suka kepada filem dan drama dari jepun.Samada kerana saya memahami setiap bait skripnya atau sememangnya kerana kekuatan mesejnya,filem dan drama dari jepun telah mengajar saya "inilah hasil kerja kami sebagai rakyat sebuah negara maju" yang tidak mungkin sama dengan hasil "hasil kerja kami dari negara membangun"!Saya pernah membaca di blog faisal tehrani dalam tajuk "samarinda",seorang sahabat sdr faisal ada menyebut

Mentaliti dan tahap pendidikan sesuatu bangsa atau penduduk sebuah negara boleh diukur dengan berapa banyak telenovela yang ditayangkan oleh setiap saluran televisyen di negara tersebut.
Namun bukan itu fokus saya disini.Apa yang ingin saya perkatakan ialah kekuatan mesej yang dibawa.Di negara jepun,ada sebuah drama yang cukup menyentuh hati dan saya telah mengakui bahawa drama tersebut adalah antara drama terbaik yang pernah dihasilkan,"One litre Of tears".Mengisahkan seorang gadis, Kito aya(diambil dari kisah benar) yang menghidapi Spinocerebellar Degeneration iaitu sejenis penyakit saraf yang begitu merbahaya.Setiap hari aya menulis diari tentang apa yang dia rasa,apa yang dia ingin jadi,dan tentang semua perasaannya sebelum dan selepas dia mengetahui tentang penyakitnya.Sehinggalah aya menjadi lumpuh,tidak dapat berjalan dan terketar-ketar ketika memegang pen,namun dia masih menulis diarinya.Katanya
Apa yang saya tulis pada hari ini menjadi bukti yang saya pernah hidup disini pada hari ini..
Image Hosted by ImageShack.us
kasih sayang ibu dan ayah

Setiap harinya ialah tangisan,hinggalah aya meninggal diumur 25 tahun.Diarinya dicetak dan setakat ini telah terjual sebanyak 18,000,000 naskah!Saya turut menjadi salah seorang yang memiliki naskah diari gadis tersebut dalam bahasa jepun.Mesej yang ditonjolkan dalam drama tersebut ialah berkaitan dengan motivasi,semangat tidak menyerah kalah dan kasih sayang keluarga.Sudah tentu dari mana-mana drama pun kita boleh mengesan mesej sebegini.Tetapi kekuatan mesej yang dibawa,apabila ia bermain dengan perasaan dan menyentuh hati,effek yang bakal dicetuskan sungguh luar biasa.Tidak mungkin ianya sama dengan telenovela dari Mexico, Filipina ataupun "bawang putih bawang merah" dari Indonesia.Tidak mungkin sama!

Image Hosted by ImageShack.us
14 sai no haha

Sekarang ini,saya sedang meng"khatam"kan drama 14 sai no haha( 14 years old Mother).Menceritakan tentang seorang budak perempuan berusia 14 tahun yang mengandung dan melahirkan anak luar nikah!Satu lagi krisis akhlak dari negara jepun yang sedang meruntuhkan keindahan sebuah tamadun kebendaan yang gah dan unggul.Diceritakan ada seorang editor majalah yang cuba mendedahkan cerita budak perempuan tadi di majalahnya dengan tujuan dapat membuka mata masyarakat bahawa "inilah negara jepun sekarang,budak-budak sudah pandai berlagak dewasa".Niat editor tadi mungkin baik,ingin menyedarkan ibu bapa tentang kesan buruk pergaulan bebas tetapi drama tersebut memaparkan apa sebenarnya yang dirasai oleh budak perempuan tadi dan keluarganya.Ia seolah-olah mengambarkan bahawa, "jika kita tidak tahu perkara sebenar,jangan pandai-pandai menuduh dan menulis tak tentu pasal".

Secara tidak lansung,ia mengingatkan saya kepada watak seorang da'i.Jika editor tadi ialah da'i,ingin menyedarkan masyarakat tentang apa yang sedang berlaku,sedarlah bahawa apa yang kita nampak janganlah 100% mempengaruhi penilaian kita.Jikapun budak perempuan dan keluarganya salah dalam hal ini,mengapa harus di
highlight kan mereka dalam usaha kita berdakwah dan menyedarkan masyarakat?Dalam diam saya mengakui,drama tersebut secara tidak lansung telah mengajar etika "dakwah" kepada saya.

Don't Judge a book by its cover?Ianya satu aspek yang sedikit berbeza.Cumanya,bagaimana kita bertindakbalas terhadap sesuatu perkara(peristiwa) atau objek(manusia)?Disini letaknya hikmah dan kebijaksanaan."kebijaksanaan milik orang mukmin yang tercicir.Kutiplah ia dimana kamu menemuinya".

Yang pasti,kayu tidak harus dilihat hanya sebagai "kayu".

Akad:Peluru dakwah yang dilupakan?

Jika diberi 2 pilihan.Antara mengahwini gadis yang baik dan hanya perlu di didik sikit-sikit atau gadis yang perlu di didik dan di bimbing betul-betul kearah mengenali islam dan jalan hidup islam yang sebenar.

"Kau pilih yang mana?"tanya saya kepada seorang sahabat secara tiba-tiba.

"Eh,nape tanya soalan camtu kat aku?"sahabat saya tu menunjukkan reaksi terkejut.

"Ala,jawab la soalan aku tu.."saya mendesak.

"Ooo..Ok.Hurm..Bagi aku,aku mestila suka gadis yang baik dan boleh bimbing aku.Aku ni kau tau la,bukannya alim sangat bab-bab agama nih".Saya tersenym mendengar jawapan tersebut.

Tanyalah kepada sesiapa sahaja soalan ini,kebanyakkan jawapan yang akan diperolehi ialah inginkan gadis yang baik dan faham agama sebagai isteri.Lagi-lagilah jika lelaki tersebut sememangnya seorang yang bersemangat dan menyimpan minat dengan agama.Pastinya mengidamkan seorang zaujah iaitu isteri yang solehah,baik,banyak ilmunya,dan seumpamanya.

Secara peribadi,saya tiada apa-apa masalah dengan pandangan seperti ini.Lagi-lagi apabila saya membaca ayat

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.[An-Nur 26]
Mungkin kerana ini juga,jika kita mengimpikan untuk mendapat isteri atau suami yang baik maka diri kita terlebih dahulu mestilah baik.Ianya satu motivasi yang cukup romantis dan begitu berkesan dalam melahirkan bakal-bakal pengantin yang berkualiti dari segi ilmu, amalan, dan akhlak itu sendiri.Entah mengapa pada saya ada satu cara berfikir atau teori yang serasanya ramai yang mungkin tidak bersetuju dengan saya.Dan saya pun tidak pernah memaksa sesiapapun untuk berfikir sebagaimana saya berfikir.Cuma,mungkin ada kebaikan untuk saya kongsikan bersama disini.
akad:antara peluru dakwah?

Apabila melihat gadis-gadis yang memakai pakaian yang ketat dan bertudung dengan tidak sempurna,seakan ada satu perasaan kasihan yang sering menjamah hati dan naluri saya.Mereka mungkin ada basic berkaitan ajaran islam,tentang aurat dan sebagainya.Lalu saya mencari sebab mengapa mereka tampil dengan imej sebegitu?Dari kajian persendirian,antara sebabnya ialah pengaruh rakan dan tiada orang untuk tegur mereka!Mungkin banyak lagi faktor-faktor lain yang menyumbang tetapi 2 faktor ini sempat saya highlight kan disini dan rasanya ianya cukup untuk menerangkan teori saya tadi.

Cubalah kita fikirkan,apakah nasib si baju ketat dan si tudung singkat yang menghiasi masyarakat itu selepas mereka kahwin?Sudah tentu mereka akan kahwin dengan orang yang mampu selesa dengan ketrampilan mereka sebegitu.Sampai bila masalah golongan baju ketat dan tudung singkat akan selesai jika pasangan mereka adalah si lutut carik dan si telinga tindik?Siapa yang akan tegur mereka?Jika keadaan ini berterusan,maka kita hanya meneruskan kitaran biasa kehidupan melayu,yang baik dengan yang baik-baik,yang kureng bersama yang kureng-kureng.Tenangkah hati insan dakwah dengan suasana ini?Kerana itu,idea yang ingin saya kongsi disini ialah,dekatilah si baju ketat dan si tudung singkat,jadikan mereka zaujah jika ada jodoh dan ubahlah mereka kepada yang lebih baik!

Mungkin ianya tidak masuk akal sama sekali.Timbul persoalan tentang kualiti zuriat yang bakal lahir, dan kemungkinan si suami yang ingin mengubah itu pula yang semakin terpesong dan mengikut telunjuk si isteri.Saya cukup menyedari hakikat ini.Kerana itulah saya tidak pernah memaksa sesiapa untuk bersetuju dengannya.

"Becoming a person of influence" karangan John Maxwell and Jim Dornan, telah mendedahkan rahsia-rahsia untuk menjadi insan yang berpengaruh bukan sahaja kepada pengikut dalam sistem kepimpinan malah kepada isteri dan orang yang tersayang.Jika di bab pertama ditekankan aspek pembinaan diri iaitu pembinaan integrity,di bab kedua pula ialah berkenaan dengan nurturing!

A Nurturing Influencer Is a giver!
Start by giving others in these areas:
1]Love
2]Respect
3]Sense of security
4]recognition
5]encouragement
Buku tersebut mendedahkan rahsia besar bahawa,manusia mampu dipengaruhi(di dakwah dan diubah kepada kebaikan) juga dengan unsur diatas.Banyak lagi tips dan cara-cara untuk betul-betul menjadi orang yang berpengaruh dan saya cukup senang untuk mengesyorkan insan dakwah supaya mendapatkan buku tersebut di kedai-kedai buku.Terlalu banyak ilmu tentang "faham insan" yang boleh dipelajari dari buku tersebut.Ertinya,teori saya tidak mustahil untuk dilaksanakan dan untuk dikecapi hasilnya!

Cuba kita renungi sejarah perkembangan islam,kita melihat begitu ramai saudagar dari negara timur tengah datang ke Melaka untuk berniaga dan menyebarkan Islam kepada masyarakat di Melaka pada ketika itu.Antara cara dakwah mereka ialah mempamerkan akhlak yang baik dan perkahwinan!Dan kita tidak mungkin mampu menafikan cara perkahwinan telah memesatkan lagi penyebaran islam keseluruh pelusuk dunia pada suatu ketika dahulu.

Akhirnya,jika kita adalah muslimin yang baik,seketat manapun baju dan sesingkat manapun tudung si isteri,yakinlah,isteri kita juga seorang yang baik.Insyaallah,niat yang ikhlas pasti akan dibalas dengan harga yang terlalu romantis untuk diungkap dengan kata-kata.Jikapun tidak bahagia didunia,insyaallah,akhirat bukanlah terlalu sempit untuk kita!

Potensi ikhlas dan semangat

Pernahkah kita melihat penganut agama selain dari islam bersembahyang?Jika kita pergi bertanya kepada mereka,adakah saudara/i ikhlas ketika bersembangyang tadi?Apa agaknya yang mereka jawab.Sudah tentu jawapan mereka "saya ikhlas"!Tanyakan pula kepada penganut syiah.Adakah amalan-amalan mereka itu ikhlas?Sudah tentunya amalan-amalan mereka ikhlas dan mengharap balasan syurga dari Allah.Tanyalah pula kepada sami-sami dan paderi yang terkumat-kamit membaca doa agama mereka,untuk apa mereka berdoa dan beramal dengan ajaran agama mereka?Sudah tentu jawapannya ialah supaya tuhan merahmati mereka!Jadi kita bertanya,dimana beza kita dan mereka?Pada caranya!

Ke kiri atau ke kanan?

Disini,ingin saya bawa kita berfikir kepada,berapa ramai insan yang ikhlas dan bersemangat tetapi tersilap memilih cara yang betul.Pengikut-pengikut Rufaqa',AyahPin,Al-Arqam,dan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang melata dibumi ini semuanya ingin masuk syurga Allah.Tetapi kesilapan mereka ialah cara mereka yang tidak menepati kehendak Allah swt.Disini letaknya suatu potensi besar yang harus orang dakwah sedari!

Formula dan cara berfikir..

Jika kita lihat kepada zaman terkemudian ini,begitu ramai muda mudi yang dibesarkan dalam suasana kebangkitan islam begitu bersemangat untuk berjuang mahupun berjihad.Mereka memiliki jiwa muda yang kental, kuat, bersungguh, dan bersemangat untuk mengangkat beban dakwah sepanjang kehidupan mereka.Namun,kadang kala orang muda ini tersilap memilih cara.Adakala mereka tidak sabar dan memilih jalan kekerasan dan memberontak untuk melunaskan cita-cita negara islam.Kadang-kadang pula ada yang tersilap memilih jemaah yang terpesong dari ajaran islam sebenar,mengikut tarekat yang tersesat dan sebagainya.Sedangkan pada mereka ada kualiti yang mana apabila dicurahkan ke jalan yang betul,maka impak dan keberkesanan kepada dakwah islam itu pasti akan meledakkan satu gelombang kebangkitan seperti yang pernah dicetuskan oleh ikhwan muslimin dibumi mesir suatu ketika dahulu.Apabila potensi golongan yang bersemangat ini digunakan untuk jalan jemaah yang terpesong,bukan sahaja kerugian kepada dunia islam,malah kerugian juga kepada golongan yang bersemangat itu kerana mereka bakal berhadapan dengan Allah untuk menjawab soalan-Nya satu persatu.

Atas kesedaran ini,kadang-kadang saya bertanya kepada diri sendiri,tiadakah satu fomula yang boleh digunapakai untuk mengumpulkan golongan muda yang bersemangat ini diatas satu jalan yang sama?Mungkin kenderaan yang dinaiki itu boleh berbeza-beza tetapi yang pasti,jalanan dan destinasi kita adalah sama!
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.
[An-nisa 59]
Subhanallah!Mengapakah terlalu sukar untuk kita menyedari hakikat ini.Al-quran telah dahulu menyediakan fomulanya.Kembalilah kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya!Jika fomulanya telah ada mengapa masih gagal?Disinilah letaknya tanda soal yang terlalu besar untuk disingkap jawapannya.

Mengapa agaknya diantara jemaah-jemaah masih berlaku perselisihan faham dan berbeza pendapat?Apa untungnya berselisih dan berbeza pendapat?Saya tercari-cari jawapannya.Namun tidak sesekali saya menemuinya dan sebaliknya yang saya dapati hanyalah kerugian dan kerugian kepada dunia dakwah.Golongan yang baru berjinak-jinak dan baru bersemangat untuk kembali ke jalan islam yang sebenar dibebankan dengan satu masalah iaitu "memilih jemaah yang betul"!Lalu terpinga-pinga lah mereka mendengar hujjah umpama petir yang sabung-menyabung diantara jemaah-jemaah yang ada.Akhirnya mereka memilih untuk mematikan sahaja niat untuk berdakwah kerana rimas dan muak dengan mereka yang asyik sabung-menyabung itu.Siapa rugi?

Mungkinkah kita tersesat?

Anggap perselisihan tidak pernah ada?

Namun kadang-kala saya berfikiran sebegini.Jika perselisihan ini tiada makna dan tiada keuntungannya,untuk apa kita perlihatkan akan kewujudannya?Lebih baik kita diamkan sahaja.Tumpukan kepada keutamaan,tinggalkan saki baki itu untuk diselesaikan ketika semuanya stabil!Mungkin inilah cara berfikir dan cara bertindak yang terbaik.

Untuk itulah,saya dengan rendah hatinya ingin melontar pandangan kepada mereka yang bersemangat dalam dakwah ini,pada anda ada potensi yang terlalu besar.Semangat, cita-cita, keyakinan yang anda miliki,jangan biarkan ia sekali-kali mati.Suburkanlah semangat dan keazaman untuk melihat islam ini bangkit dengan ilmu dan amal ibadah yang tepat dan penuh ketundukan kepada-Nya.Dunia dakwah ini terlalu memerlukan anda walau siapapun anda!Bergeraklah dalam jemaah apa jua pun,dan hendaklah kita diatas satu jalan yang lurus,jalan yang diingini oleh semua insan kerana ia lurus!Jadikan al-quran dan as-sunnah itu sumber rujukan utama dan berlapang dadalah pada perbezaan takrifan.

Ikhlas dan semangat,padanya ada potensi yang harus disedari.Usah biarkan ia terbazir begitu sahaja.Anda dan saya diatas satu jalan,walau diatas kenderaan apapun kita berada!

Muhasabah sebelum terlena

Malam semalam(4/12),seperti malam-malam yang biasa.Suhu diluar sekitar 4 darjah celcius.Tetapi di malam itu,aku terlempar ke suatu daerah yang paling sunyi pernah aku sampai.Terjadi sebelum aku terlena, didatangi perasaan yang tersangat aneh.Satu ilusi didalam minda..Andainya esok aku tidak lagi membuka mata....

Ketika itu bayangan-banyangan pelik datang bertimpa-timpa.Menghempap dada dan tubuh yang berselimut.Setelah lama bertarung dengan ketidakpastian,tibalah aku di daerah itu...

Sunyi.Tiada teman...satu ruang yang sempit...gelap.Gelisah!

cukupkah bekal ku ke sini?

Kematian!

"Akankah aku diterima ke syurga?Ah,mana mungkin,masih ada dosa yang belum aku taubati..."
"Bagaimana agaknya jasadku ketika ia ditanam,dikebumikan,ditinggalkan keseorangan didalam ruang gelap yang sempit tiada udara..."

Suara-suara ganjil membingitkan ruang-ruang ilusi.Mak,Ayah,maafkan aku...Tak sempat untuk aku balas jasa mak dan ayah.Maafkan aku mak,ayah..Ombak didada kencang menghempas.Denyutan jantung seakan berat dan sukar..

Qila,Iwan,Ilham, abang pergi dulu..Jika suatu hari engkau menemui blog ini,hendaklah engkau sedar yang abangmu pernah menitiskan keringat didalam dakwah di blog ini..Sambunglah perjuangan abangmu ini..

Abang,akak,adikmu ini tak sempat untuk menjadi adik yang membalas budi.Maafkan jika ada kedegilan yang pernah adikmu ini lakukan...

Mengeletar...disebabkan sejuk,disebabkan tangisan...

Ya Allah,jika esok aku tiada lagi kesempatan untuk aku melihat bumi-Mu,sampaikan salam perjuangan ini buat insan-insan yang Kau pilih untuk memenangkan agama-Mu...

Aku mengeluh panjang,membuka mulutku lantas kubacakan,
"Bismika Allahumma ahya wa amut"

beberapa detik kemudian,mata ku terlelap...

Di Kamar Sepi

Masjid dan surau:Damainya telah kemana? (bahagian 2)

masjid babri

Apabila sejarah diungkit kembali,bangsa yang sanggup meroboh dan membakar masjid yang mana tindakan meroboh dan membakar masjid itu tidak dipersetujui oleh ahli qariah dan insan yang mendiami keliling masjid hanyalah hindu di India dan yahudi di Palestin.Pelampau hindu di India telah mencatat sejarah dengan merobohkan Masjid Babri pada tahun 1992.Sebelum itu,sejarah pernah mencatatkan bahawa bangsa yahudi telah mencuba membakar masjidil aqsa pada 21 Ogos 1966 dan peristiwa tersebut telah diperingati diseluruh dunia dengan nama Hari Al-Quds Sedunia yang disambut setiap 21 Ogos setiap tahun.Apabila masjid dirobohkan tampa ketertiban dan tampa dihormati peranan yang pernah dimainkannya,menandakan betapa dahsyatnya krisis iman yang sedang melanda insan yang meroboh dan insan yang hanya melihat ia dirobohkan.

Mengapa saya berkata demikian?Pernah saya ulas sebelum ini,apabila rumah diroboh,apabila harta dirampas,ummat islam akan berlindung didalam masjid sebagai benteng terakhir.Ummat islam samada "kaki masjid" ataupun tidak pasti merasa selamat apabila berlindung didalam masjid kerana mereka merasakan "mana mungkin manusia berani merobohkan rumah Allah?".Namun zaman terkemudian ini memperlihatkan kepada kita bagaimana manusia sedang cuba bermain dengan api dengan berani merobohkan rumah Allah tampa ada satu tatacara yang sopan dan beradab!Masjid rtb bujal telah menyembah bumi.Surau di kg berembang telah menyembah bumi.Tiada ketertiban,tiada kesopanan,tiada budi bicara.Masjid dan surau roboh dalam linangan air mata dan takbir yang mendesah.Mereka bermain dengan api!

Saya benar-benar yakin,jika ada ketertiban,jika ada budi bicara dan kena cara pengurusan,pasti ahli qariah masjid dan surau tersebut bolehu menerima kewajaran untuk merobohkan bangunan yang pernah dilaungkan azan didalamnya.Pernah insan rukuk,sujud dan bertafakur didalamnya.Tetapi secara biadap,tidak hormat dan angkuh,mereka telah merobohkan rumah Allah.Subhanallah,selamatkanlah kami dari kemurkaan-Mu...

Zaman terkemudian ini juga menyaksikan masjid menjadi medan menunjukkan kuasa dan keangkuhan.Tindakan ini menatijahkan kepada bekunya gerakan dakwah dan sistem penyebaran ilmu islam kerana fungsi masjid telah dicemari oleh unsur lain yang mana antara lainnya ialah politik.Cubaan untuk menghalang membicarakan soal politik dimasjid umpamanya telah memberi imej bahawa politik itu seolah-olah satu juzuk lain didalam islam.Ini hanyalah kesan daripada sistem sekularisme yang telah meresapi masyarakat iaitu
Da'lillah lillah,wamakalil kaisar lil kaisar-tinggallah kepada Allah hak Allah dan kepada pemerintah hak pemerintah.

Itulah yang terjadi ketika revolusi kristian yang telah menyaksikan politik dan agama itu dipisahkan kepada dua bab yang berlainan dan tiada kaitan lansung antara keduanya.Kesannya ialah,politik semakin kotor dan kotor!Itulah yang sedang terjadi.Bercakaplah soal pemerintahan di masjid-masjid,maka ustaz tersebut akan dipecat atau dibuang dari jawatan.Manakala pegawai-pegawai agama yang menjawat jawatan di pejabat-pejabat agama pula ditugaskan mengawasi ustaz-ustaz,khatib-khatib dan seumpamanya supaya tidak menyentuh soal politik dan pemerintahan ketika memberi kuliah dan ketika berkhutbah.Kesannya,bilangan pegawai agama yang mengawal hal-hal lain seperti hal halal dan haram (logo halal dan sbg) menjadi berkurangan.Ini hakikat dan ia ialah fakta parlimen!

Ketatnya kawalan terhadap ustaz-ustaz yang memberi kuliah,dan syarat-syarat lain seperti hanya yang "bertauliah" sahaja yang dibenar memberi kuliah manakala yang tiada tauliah pula tidak dibenarkan sama sekali untuk berkuliah telah membisu dan menjadikan masjid-masjid sunyi daripada kuliah agama.Ternyata ianya benar dikebanyakan masjid diseluruh negara walaupun saya tidak menafikan masih ada masjid yang masih diimarahkan dengan kuliah mingguan,kelas mengaji quran dan kelas fardhu ain.

Keadaan ini diburukkan lagi dengan krisis kesedaran dan sikap dikalangan muda mudi.Masjid dianggap tempat untuk insan-insan yang sudah mencapai tahap umur "amaran" sahaja.Manakala muda-mudi pula berfoya-foya ditempat-tempat hiburan,kelab-kelab malam,stesyen bas dan sebagainya.Terciptalah suasana tiang lebih banyak dari jemaah!Syiar yang hanya dipentingkan hiasan tetapi tidak dipentingkan bagaimana cara untuk menarik muda-mudi kepada masjid telah menjadikan masjid medan untuk orang-orang tua menghabiskan sisa-sisa hidup mereka.Hitunglah berapa orang remaja yang berumur 17-21 tahun yang berada dimasjid disetiap waktu solat.Pastinya yang akan kita perolehi hanyalah bilangan yang menghampakan.Masjid telah hilang damai!

Akankah keadaan ini menjadi semakin teruk?Ya!Kerajaan hanya membisu tampa ada apa-apa keinginan untuk mengatasi.Semakin kita dihimpit krisis akhlak dan moral remaja,semakin kerajaan membisu dan menyepi.Malah kerajaan juga yang memberi galakan kepada pengajuran konsert jom heboh,dan ntah apa-apa ntah yang menghiasi negara hadhari ini.Masjid telah hilang damai!Masyarakat semakin hilang damai!Negara bakal menjadi huru-hara.Inilah bala Allah kerana kita bermain dengan api...

Bacalah....fikirkan......jika ada kekuatan bertindaklah!

Masjid dan surau:Damainya telah kemana? (bahagian 1)

Syiar yang tiada damai?

Satu surau dan satu masjid.Itulah antara dua peristiwa yang pernah merentap naluri ketika saya melihat videonya.Setiap orang mungkin berbeza-beza cara mentafsir setiap peristiwa.Pastinya ia adalah hak yang muktamad sehingga ia bertemu Allah dan bakal menjawab soalan-soalan yang lebih hebat dari guruh dan petir di mahkamah mahsyar.

Dimana kewarasan?
Dimana tatacara kemanusiaan?
Dimana kesopanan dan kesusilaan?
Dimana keadilan?
Dimana cemerlang gemilang dan terbilang?

Peristiwa rtb bujal,dan mutakhir peristiwa kg berembang secara senyap telah meyakinkan saya tentang suatu perkara,Zalimnya Pemerintah!Zalim,kerana telah tidak meletakkan sesuatu perkara kena pada tempatnya.Manusia,bukan begitu perilakunya.Ada akal yang waras yang harus digunakan.Saya yakin,penduduk kg. berembang akan berpindah secara aman jika paling tidaknya dikurniakan rumah sementara,pampasan yang sewajarnya dan sebagainya.

masjid rtb bujal yang sudah dikuburkan

Jika tidak berapa lama dahulu,peristiwa rtb bujal menyaksikan rumah-rumah penduduk yang baru hendak dibina diatas tanah yang dikurniakan oleh pemerintah terdahulu dirampas kembali dengan mengatakan pemberian tanah itu adalah tidak sah!Penamat kepada peristiwa rtb bujal ialah perobohan masjid rtb bujal.Kemudian sekarang ini,peristiwa yang hampir sama datang menyergah kesabaran orang-orang yang benar-benar ingin berfikir dan ingin mengambil pengajaran.

Apa yang dapat saya simpulkan ialah,apabila ummat islam dizalimi,perlindungan terakhir mereka ialah tempat-tempat ibadah.Di rtb bujal kg berembang bukti kepada kenyataan diatas.Apabila rumah dirobohkan,insan yang kaki masjid ataupun tidak pasti bergantung harap kepada masjid dan surau.Ianya benteng terakhir.Mungkin apabila duduk dimasjid,mereka merasa selamat dari insan yang garang dan bengis.Namun dimana kebenaran frasa "tinggal dimasjid selamat"?Kenyataan ini sedang cuba dicabar secara oleh insan yang kurang sabar!Bulan 8 tahun 2005,saya dihambat FRU ketika sedang mengikuti ceramah israk mikraj di batu 6 Kuala Terengganu.Masjid Al-Taqwa di batu 6 dibom dengan bom asap didepan mata saya!Peristiwa tersebut menyaksikan rakyat bangkit melontar batu kearah anggota FRU.

Satu masjid dan satu surau dibom asap oleh FRU.Itulah catatan pengalaman saya.Surau yang saya maksudkan ialah surau kg. Tanjung,Batu Rakit,K.Terengganu.Jika didalam perang,islam melarang dari memusnahkan rumah-rumah ibadah agama lain.Tetapi walaupun bukan dalam perang,surau dan masjid sudah menjadi medan menunjukkan kuasa dan kerakusan.Sikap tidak sabar,penting diri,angkuh,dan enggan berbincang telah meletakkan orang-orang yang berkuasa di dalam masyarakat ditempat yang begitu zalim dimata rakyat yang dizalimi.

Dinegeri-negeri tertentu,masjid dan surau sudah sunyi dari kuliah agama,kuliah maghrib,subuh dan seumpamanya.Dahulunya masjid menjadi gedung ilmu-ilmu islam,sekarang ia menjadi tempat ibadah biasa,berfungsi 5 kali sehari kemudian terkungci rapat dek takutkan pencuri.Masjid dihinakan fungsinya didalam negara sendiri kemudian kita tersenyum dan mengatakan,"ah..ia sepatutnya begitu".Generasi yang lahir dizaman "masjid yang terkungci" adalah generasi yang tidak faham akan fungsi masjid yang sebenar.Generasi ini generasi yang akan meneruskan apa yang mereka warisi oleh imam,bilal dan siak-siak masjid dan akan mereka warisi pula kepada anak cucu mereka dimasa akan datang.

"Tiang lebih banyak dari orang".Jika kita ingin melihat 50 tahun kehadapan,lihatlah insan-insan yang bakal hidup untuk 50 tahun akan datang.Tafsiran kita mungkin berbeza.Sehinggalah kita menemui Allah di yaumul mashyar.

Sambungan bahagian kedua.