Pluralisme agama-Semua agama sama?

Menjawab perbincangan di http://shenyeeaun.disagrees.net/?p=54

Saya benar-benar terpanggil untuk menulis entry ini mendahului tajuk lain yang telah dirancang terlebih awal atas beberapa pertimbangan yang rasanya tak perlulah dijelaskan disini.Namun disana saya melihat satu keperluan yang benar-benar mendesak saya supaya bersuara paling tidakpun mewakili diri saya sendiri terhadap isu ini.Dan disini ingin saya menjelaskan beberapa kekeliruan yang ditimbulkan kesan dari kurang kefahaman, niat jahat,kepentingan sempit dan seumpamanya.

Sesungguhnya dalam islam ini,wujudnya golongan dan individu yang terlalu terbuka apabila membahaskan tentang perbezaan agama,konsep ajaran islam dan sebagainya.Golongan dan individu seperti ini kebanyakanya terlalu terdedah kepada pemikiran luar terutamanya dari barat yang selalunya digambarkan sebagai blok pejuang kebebasan hak asasi manusia atau human right.Kita mungkin bertanya,apa salahnya sikap yang terbuka?Sikap terbuka sahaja tidak salah,tetapi kesinambungan dari keterbukaan sehingga mengi'tiraf pemikiran manusia itu lebih agung dan lebih betul dari apa yang datang dari tuhan adalah sikap keterbukaan yang tercela dan tidak dapat dimaafkan.Apabila golongan ini terdedah kepada pemikiran manusia terutamanya pemikiran dan idea barat,mereka cuba membandingkan antara barat dan islam.Kadang-kala mereka menerima idea barat dan menolak idea islam dalam keadaan mereka lupa bahawa mereka sedang membandingkan apa yang datang dari tuhan dan apa yang datang manusia,ciptaan tuhan itu sendiri.Mereka hipokrit terhadap pengakuaan aqidah mereka apabila meletakkan manusia ditaraf yang sama dengan makam ketuhanan.Golongan inilah golongan islam yang selalunya akan mengi'tiraf persamaan agama.

Orang bukan islam yang mengakui bahawa semua agama adalah sama,dibawah slogan "semua agama membawa kebaikan" sebenarnya tidak faham apa itu agama pun.Jika mereka benar-benar menganggap semua agama adalah sama,apa salahnya membenarkan islam itu memerintah,perlembagaan yang meletakkan al-quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi dan seumpamanya.Lalu akan ada suara yang menentang mengatakan itu dan ini dan ketahuilah bahawa mereka hanya berbohong dan mereka hanya cuba menyembunyikan niat sebenar mereka iaitu memperjuangkan agama mereka yang semakin dirasai mula tidak relevan dengan kesesuaian zaman.Saya agak tidak faham mengapa mereka masih beria-ia hendak menegakkan benang yang basah.

Dialog antara agama,secara peribadi saya menyokongnya diatas nama mencari persefahaman dan mengelakkan salah tanggap sesetengah pihak terhadap islam.Namun disana ada beberapa perkara yang tidak difahami oleh nonmuslim mengapa pertubuhan islam yang sebenar agak tidak menunjukkan minat terhadap dialog antara agama ini.Mereka tidak faham,islam sebenarnya bukanlah agama yang mendatangkan bahaya kepada penganut agama lain dan islam dalam ajarannya yang sempurna itu mengariskan terlalu banyak tatacara yang disulami dengan bahasa kesopanan,hormat-menghormati terhadap amalan agama lain.Antaranya ialah tidak merosakkan tempat ibadah agama lain didalam perang dan ia telah ditiru dan telah dijadikan undang-undang antarabangsa.Islam juga tidak memaksa bukan islam untuk memeluk islam dan kerajaan islam bertanggunjawab menjaga kebajikan nonmuslim dalam sesebuah agama islam.Islam menganjurkan penganutnya berlaku adil terhadap semua mahluk mahupun binatang yang melata.Oleh kerana ajaran agama lain tidak sempurna,lalu mereka tidak menemui formula untuk menghadapi perbezaan agama didalam ajaran agama mereka dan kerana itulah mereka kelihatan bersungguh-sungguh dalam usaha menjayakan dialog antara agama.

Bagi kami ummat islam yang membesar dalam ajaran islam yang tulen dan lengkap,pada fikiran kami sudah tertanam dan terajar bagaimana cara untuk menghadapi isu perbezaan agama.Pada kami ummat islam,ada alquran yang agung.Al-quran bukanya idea dari manusia tetapi ia ialah idea dari kuasa yang mencipta manusia,dan Dia dipanggil Allah.Dia hanyalah satu,sebab akal logik kami membenarkan Dia hanyalah satu,bukan dua dan bukan tiga kerana jika alam ditadbir oleh dua tiga kuasa,sudah tentu perjalanan alam tidak selicin ini.Sudah tentu ada pertelingkahan antara kuasa-kuasa tersebut.

Kami ummat islam faham bahawa,kebenaran agama mampu diukur diatas beberapa kriteria.Agama ini datang dari kuasa yang dipanggil tuhan.Tuhanlah yang mencipta dunia ini,mencipta manusia,dan mengawal segala perjalanan alam,takdir dan sebagainya.Disinilah titik persamaan orang islam dan penganut beberapa agama lain.Apabila kita berkata bahawa,agama itu datang dari tuhan yang mencipta segalanya,logiknya kita akan mengakui bahawa tuhan itu mestilah maha bijaksana,maha berkuasa,dan seumpamanya.Jika agama datang dari tuhan yang maha bijaksana dan maha berkuasa,sudah tentu agama itu relevan untuk setiap zaman,agama yang fleksibel diatas sendinya yang fleksibel,agama yang sempurna dan menyentuh setiap aspek hidup manusia, dan agama yang universal,bukan untuk kaum tertentu sahaja.Jika pemikiran ini ada pada nonmuslim,dan ada pada golongan muslim yang terdedah dengan ideologi barat,insyaallah perbincangan akan menjadi lebih mudah.Namun saya hairan,mengapa logik yang seringkas ini gagal difahami oleh pejuang persamaan agama walaupun mereka terang-terang menyedari ada agama yang sudah tidak relevan dengan zaman.

Sesungguhnya golongan liberal dan nonmuslim yang beria-ia ingin merealisasikan dialog antara agama,IFC,dan sebagainya,mereka sebenarnya tidak faham apa itu islam.Paling sedih ialah,mereka terburu-buru membuat kesimpulan awal dalam keadaan mereka tidak faham.Lalu ketengangan timbul hanya berpunca dari perkara yang terlalu remeh iaitu tidak faham!!Selepas ini pun mereka pasti mencuba lagi,seolah-olah ingin membuktikan kepada kita,betapa tidak fahamnya mereka tentang agama islam.Islam bukanlah agama permusuhan,tetapi islam jangan sesekali dimusuhi.Kita orang yang berfikir...dengan hati yang terbuka...dengan minda yang terdidik...dengan kesopanan yang terasuh...namun ada prinsip yang memagari!

wassalam....

.... rest of template code ....

8 Comments:

  1. Kaki Bangku said...
    alhamdulillah, lega ada orang sanggup memberi respon kepada shen.
    syahid_zul said...
    Yups..respon kearah kebaikan..sbb sy nampak seolah-olah ada golongan tententu yg salah faham terhadap islam dan penganutnya...saya juz hadir menjelaskan..
    Unknown said...
    Salam.

    Kekeliruan untuk menerima konsep semua agama menyeru kepada kebaikan berlaku kerana persoalan yang kompleks.

    Cuba fikirkan tentang ini:
    1) Kenapa saat Rasulullah ditawarkan dengan penguasa kafir Quraisy untuk berkompromi dalam menyembah TUHAN, lantas ditolak baginda dengan turunnya ayat, "Aku tidak menyembah apa yg kamu sembah, dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Bagimu ugamamu, dan bagiku ugamaku."

    2) Kenapa di saat peperangan antara Islam dengan kufur, Nabi memberi garis panduan supaya tidak memusnahkan rumah ibadat, gereja, kuil dsb kepunyaan org2 kufur?
    Ismi : Arjuna said...
    salam..
    entry yang menarik..namun, masyarakat sekarang ini lebih berminat utk mendengar hujah-hujah mantik yang kena dengan pemikiran mereka..Tahniah..entry saudara rasanya dapat diterima semua..
    teruskan perjuangan..kerana ada peminat di belakang!..
    Unknown said...
    This comment has been removed by the author.
    Unknown said...
    ismads said...

    kekeliruan untuk menerima konsep semua agama menyeru kepada kebaikan berlaku kerana persoalan yang kompleks.

    Cuba fikirkan tentang ini:
    1) Kenapa saat Rasulullah ditawarkan dengan penguasa kafir Quraisy untuk berkompromi dalam menyembah TUHAN, lantas ditolak baginda dengan turunnya ayat, "Aku tidak menyembah apa yg kamu sembah, dan kamu tidak menyembah apa yang aku sembah. Bagimu ugamamu, dan bagiku ugamaku."

    2) Kenapa di saat peperangan antara Islam dengan kufur, Nabi memberi garis panduan supaya tidak memusnahkan rumah ibadat, gereja, kuil dsb kepunyaan org2 kufur?

    i response :

    huerm...persoalan ni apa jawapan dia???......)=D
    btul x,maksud dia cenggini:
    1-pendirian dalam agama tak leh berubah.
    2-sbb nk jaga kehormatan agama lain gak..

    tol x mcm ni o kot2 der maksud tersirat yg lg kompleks..=T
    syahid_zul said...
    Dalam islam,penganutnya sedia terajar ttg bagaimana menghadapi nonmuslim dan pluralism agama di semua keadaan..samada keadaan berkerajaan,dlm perang dan sbg..
    Rasulullah melarang kita mencaci tuhan-tuhan mereka,supaya mereka tidak membalas cacian kita..
    Dilarang merobohkan rumah-rumah ibadah mungkin supaya masjid kita tidak dirobohkan..
    Paling saya ingati ialah bila rasulullah berkata kpd bapa saudaranya abu talib,wahai bapa saudaraku,pergilah kpd mereka(abu jahal) dan mintakan pada mereka 1 formula utk menyatukan seluruh manusia..bila abu talib pergi,abu jahal kata bukan 1 malah 10 formula pun dia boleh kasik..selps rasulullah mendengarnya rasulullah bersabda,tidak wahai bapa saudaraku,yang boleh menyatukan seluruh manusia ialah kalimah lailahaillallah...

    beza islam dgn agama lain terlalu byk.hikmah dr larangan rasulullah kalau difikirkan terlalu banyak..inilah ciri2 agama yang sempurna,lengkap,dan sesuai utk setiap zaman..sy xfhm,mengapa nonmuslim mesti cemas dgn islam?

    lg 1,kita menerima dialog antara agama diatas beberapa sebab.Tapi jika dialog adalah utk mempertikaikan kedudukan agama islam yg sedia lemah kearah persamaan agama,kami xboleh terima..sepatutnya kedudukan agama islam dlm perlembagaan perlu dikukuhkan lg...

    wassalam
    cipthowiryawanchannel said...
    i like this entry..sokong kamu 100%

Post a Comment