Nasyid : Antara membentuk dan terbentuk

Mengenali nasyid, lantas meminatinya, mungkin ia satu kurniaan Allah kepada sesetengah insan jika di bandingkan dengan insan lain yang memilih rock, metal, hip hop dan seumpamanya sebagai penghibur.

Apabila menulis artikel ini, saya terkenang satu perbualan saya dengan seorang rakan.Dia adalah bekas roommate saya sendiri suatu ketika dahulu,dan suka kepada lagu rock metal, hard rock, metallica...Pada suatu hari saya bersuara;

"Kau selalu dengar lagu macam ni ,nanti hati kau akan jadi keras tau.."

"Kau ni...lelaki takkan nak berhati lembut kot.."

Saya terdiam, lantas berfikir...Salahkah lelaki berhati lembut?

Insan nasyid, perkataan biasa yang meniti di bibir mereka ialah "nasyid untuk dakwah".Namun sejauh manakah kebenarannya?Ataukah sudah tidak perlu lagi kita mengukur jauh atau dekat hakikat kebenaran perkataan mereka?

Apabila mendengar lagu-lagu nasyid yang terbaru, banyak kali juga saya terkeliru.Seperti biasa saya melontar soalan kepada diri sendiri,"Ni nasyid ke?"Hujjah yang paling gagal saya fahami ialah,

Nasyid perlu mengikut arus semasa.Menyelitkan sedikit unsur cinta,rentak terkini yang diminati remaja supaya mereka mendekati nasyid lantas mendekati dakwah!
Lalu saya berkira-kira untuk memuji alasan sebegitu.Namun dalam masa yang sama saya terperasan, dunia nasyid sedang terbentuk dan terpengaruh oleh kehendak masyarakat ataupun peminat.Jika ingin menarik peminat,beerti peminat itu adalah objek dakwah.Itupun jika "nasyid" bagi pandangan mereka benar-benar untuk dakwah.

Lantas saya berfikir, jika dakwah bertujuan membentuk masyarakat,manakala nasyid adalah juzuk dakwah, apa rasionalnya objek dakwah membentuk nasyid?Sedangkan nasyid lah yang sepatutnya membentuk objek dakwah!

Semakin rentak nasyid di"terkini"kan, semakin meluat saya dengan nasyid.Mereka seolah-olah mementingkan muzik dari mesej.Saya tidak begitu mendalam berkenaan psikologi muzik,namun apabila mesej tidak sampai kepada pendengar,adakah wajar lagi ia digelar nasyid?

Saya tidak menolak kepelbagaian itu sebagai usaha berstrategi.Rentak, irama, penggunaan alat muzik, ianya tidak menarik minat saya untuk memberi apa-apa komen.Namun tampa apa-apa mesej, atau mesej yang terlalu tersirat tampa difahami, percayalah ianya suatu usaha dan strategi yang membazir.

Mungkin ada yang ingin berhujjah, sekurang-kurangnya kita mampu melarikan minat peminat dari mendengar lagu dari barat yang mempunyai unsur keterlaluan. Hujjah saya ialah, jangan menggunakan nama nasyid sebagai topeng yang palsu! Jika ingin membuat lagu balada,silakan.Jika ingin buat lagu berentak apa jua pun,silakan.Jangan kerana nila yang setitik,maka susu yang sebelanga itu yang ditimpa musibah lalu dibuang.

Saya memuji kumpulan nasyid yang masih mengekalkan matlamat yang tulen dalam karya mereka.Paling utama ialah mesej,bukan muzik.Bagi saya muzik hanya melunakkan,tiada apa-apa mesej.
Saya umpamakan muzik dan mesej seperti makanan.Kesedapan makanan itu ialah muzik,manakala zat-zat dalam makanan itu ialah mesej.
Jika ia sedap, tetapi membahayakan kesihatan, mengapa perlu kita memakannya?Jika ia berzat tetapi tidak sedap sekalipun, umpama ubat yang senantiasa pahit.Mengapa enggan berfikir?Ambillah contoh rokok sebagai perumpamaan..

Nasyid sekarang dibentuk oleh masyarakat dan zaman.Saya mengandaikan, komposer nasyid sekarang akan bertanya kepada diri mereka sendiri setiap kali ingin membuat lagu nasyid, "lagu yang macam mana remaja suka agaknya",bukan lagi "lagu yang macam mana mampu menyampaikan mesej dakwah agaknya".Jika benarlah seperti andaian saya, sungguh malang nasib dunia nasyid..

Ingatlah, dakwah itu senantiasa membawa kepahitan.Dakwah tidak akan sampai dalam keadaan manusia bergembira, bersukaria dan berhibur.Jika muzik nasyid yang dicipta adalah untuk hiburan, lantas elemen itu mejadi top prioriti, ianya bukan lagi nasyid.Dan pastinya ia bukan lagi juzuk dakwah!

Saya tidak jumud.Tetapi jika kata-kata yang benar itu sudah dianggap jumud di akhir zaman ini, saya rela digelar orang yang jumud.Bagi saya, agama yang membentuk manusia dan bukan manusia yang membentuk agama,dakwah itu yang membentuk manusia dan bukan manusia yang membentuk dakwah.Nasyid itu membentuk peminat dan bukan peminat yang membentuk nasyid.

Syabas buat penasyid yang masih jujur dalam dakwah yang berseni.Berubahlah wahai penasyid yang lalai dalam berseni...Seni itu halus,hati itu halus,ia tidak mengeraskan, ia melembutkan untuk mudah menerima hidayah!

.... rest of template code ....

3 Comments:

  1. Maryam said...
    Nasyid, Nasheed, Nasyeed, Nashid. Ejaan berlainan merujuk perkataan sama. Dalam bahasa arab nasyid dan lagu pop dibezakan. Sebut sahaja nasyid, sudah tahu cerita lirik itu. Berkaitan dengan ketuhanan, semangat, dsb.

    Malaysia. Ya, Malaysia sudah bercampur aduk. Kepeningan. Sudah tidak dapat membezakan nasyid dan lagu. Macam soal aurat. Macam soal orang itu islam atau tidak. Tidak dapat dibezakan. Tegur menegur bukan lagi satu budaya.

    Saya rindu nasyid dahulu. Sebelum dikontemporarikan.
    swordofdeen said...
    siap masuk munsyid 'wanita'...pastu ..dah tak nak komen.
    Unknown said...
    Salam,
    Mungkin penyanyi nasyid kita boleh dengar-dengar Opick dan lagunya.

Post a Comment