Fitnah Umpama Malam Yang Gelap Gelita

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Mendekati hari kiamat akan terdapat berbagai macam fitnah laksana bahagian malam yang gelap-gelita. Kala itu seseorang menjadi Mukmin di pagi hari, berbalik menjadi kafir memasuki petang hari. Dan menjadi Mukmin di petang hari, berbalik menjadi kafir memasuki pagi hari. Orang-orang pun akan menjual agamanya dengan harta benda duniawi;- (Riwayat Tirmidzi).

Fitnah akhir zaman ini, bukan lagi fitnah yang beerti menuduh insan lain tampa bukti, tetapi fitnah yang menyelubungi, membungkus, memerangkap semua insan, semua manusia melainkan hamba-hamba Nya yang di lindungi Allah.

Kita berdoa dan memohon supaya kita terelak dari fitnah yang sebegitu.Lalu marilah kita merenung pesanan hadis di atas.Mengapakah di umpamakan fitnah seperti malam yang gelap gelita?Malam yang gelap gelita, ialah malam yang kita takkan dapat melihat apa-apa, atau sesiapa pun di hadapan kita.Yang ada hanyalah kegelapan dan hitam yang pekat !

Zaman yang kini kita hidup juga begitu. Kita seolah-olah gagal mengenali apakah dan siapakah di hadapan kita.Insan yang ikhlas di perlekeh, insan yang khianat di beri kemuliaan. Insan yang alim di permain oleh insan yang jahil. Insan yang miskin di hina kerana kemiskinannya.Insan yang jahat di angkat menjadi pemimpin.Betapa gelapnya zaman, kerana fitnah yang menyelubungi, membungkus, menutup mata-mata manusia, kecuali orang-orang yang diberi perlindungan oleh Allah.

Adakala kita bertemu dengan insan yang bercakap tentang islam di siang hari, kemudian menghadiri majlis maksiat di malamnya.Konsert yang penuh dengan program maksiat di beri nama konsert amal, kemudian di panggil anak-anak yatim untuk di raikan.Adakalanya juga kita menghadiri pertandingan membaca al-quran di sebuah dewan.Di masa yang lain pula dewan tersebut digunakan untuk program maksiat, melalaikan, pergaulan bebas dan keingkaran kepada Allah.

Itulah fitnah akhir zaman.Itulah fitnah di ambang kiamat!Renungkanlah hadis ini,

Dari Abu Hurairah katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Allah yang diriku di tangan-Nya, tidaklah dunia akan lenyap sehingga (datang keadaan di mana) seseorang melewati kubur, lalu ia berhenti di atasnya seraya berkata, “Alangkah baiknya kalau aku menempati tempat penghuni kubur ini.” Dan bukanlah Ad-Din (agama) yang mendorongnya berangan-angan seperti ini, melainkan bala ‘ (ujian bencana, fitnah dan penderitaan hidup).”;- (Sahih Muslim 18.34)
Apabila membaca hadis ini, teringat saya satu peristiwa yang berlaku di zaman Abbasiyyah ketika fahaman muktazilah menguasai kerajaan dan khalifah.Imam Ahmad bin Hambal ditangkap dan ramai lagi ulama'2 besar di tangkap.Ketika itu Imam al-Bukhari balik ke bukhara kerana fitnah agama yang terlalu besar.Namun, gabenor bukhara juga di maklumkan telah menganut fahaman muktazilah lalu imam bukhari berdoa

Ya allah, jika hidup lebih baik bagi aku maka panjangkan umurku,namun jika mati adalah lebih baik bagiku maka matikan aku.
Lalu Allah mematikan Imam bukhari dan di makamkan di bukhara.

Zaman ini kita berhadapan dengan fitnah yang terlalu besar, gerun dan menakutkan. Paling menyedihkan ialah, orang-orang yang alim diam walaupun mereka mengetahui. Manakala orang alim yang bersuara dengan tegas, menegur dan membaca amaran Allah itu pula di tuduh dusta, jumud, dan berkepentingan.

Lalu terus jahillah orang-orang yang jahil, terus tersembunyilah kebenaran dan bermaharajalelalah fitnah dan kezaliman.Marilah kita renungkan kata-kata hebat seorang ulama mazhab, Imam Ahmad bin Hambal ketika di paksa untuk menerima ajaran al-quran itu baharu, lalu Imam Ahmad berkata

Sekiranya orang alim mendiamkan diri kerana menyelamatkan diri, orang jahil terus dalam kejahilannya maka sampai bilakah akan ternyata kebenaran.
Fikirkanlah...mengapakah terlalu sukar untuk kelihatan kebenaran yang tersembunyi...mungkin kerana kita di dalam malam yang gelap gelita..

.... rest of template code ....

1 Comment:

  1. BaYu SenJa said...
    fitnah agama akan sentiasa berlaku..
    semakin hari semakin moden bentuknya.
    semakin hebat seseorang, semakin hebat pula fitnah mendepaninya.
    apa pun, persediaan ruh dan akal yang berisi agama tulen akan menguatkan insan.
    tetapi ramai juga orang agama kecundang dengan fitnah agama..
    alahai....

Post a Comment