Catatan Saya di Malaysia

"Mung dok manne?"

Tiba-tiba lamunan saya disergah oleh soalan dari penumpang yang duduk disebelah saya.Dari dialek yang digunakan oleh pemuda 20an itu, saya dapat mengagak bahawa dia juga berasal dari terengganu.

"Aku dok area batu rakit.Mung?"Saya melontar pertanyaan kembali.

"Aku batu rakit gok.Mung dok kappung mane?"

"Aku dok kg bukit chempaka.Knal dok?"

Saya sempat berkenalan dengan dia dan suasana di dalam bas sedikit gamat dengan suara kami berdua.Seperti 2 sahabat lama yang sudah lama tidak bertemu, bermacam-macam topik dibualkan.

Dari perbualan itu,saya mendapat tahu bahawa Faiz(bukan nama sebenar) bekerja di sebuah kilang kereta di rawang selangor. Dia mendapat sedikit kecederaan ketika bekerja dan dibenarkan untuk pulang bercuti di kampung untuk beberapa hari.

Kami terus bersembang tampa menghiraukan keadaan sekeliling. Pemandu bas memadamkan cahaya lampu untuk tidak menggangu penumpang lain yang ingin tidur. Namun saya dan faiz terus bersembang.

Sehinggalah memasuki satu topik.

"Kawang aku.."Faiz memulakan ceritanya.

"Dia terlanjur dengan seorang gadis. Kemudian, dia meminang gadis tersebut untuk dijadikan isteri tetapi ditolak oleh keluarga perempuan walaupun keluarga perempuan itu tahu yang anak mereka sudah mengandungkan anak kawan aku tadi...."

Saya terdiam sejenak.

"Kenapa jadi macam tu plak?"Saya menyoal kembali.

"Mungkin sebab kawan aku tadi tu tak berpelajaran".

Pandangan ku lempar ke luar jendela bas. Bas yang saya naiki di Green Wood itu tadi terus meluncur laju membelah kegelapan malam.

Hari pertama saya dimalaysia, saya kehilangan kamera DSLR, Digicam dan ipod beserta dengan bag camera kerana gara-gara tertinggal di dalam teksi. Memang benar, itu adalah kesilapan saya sendiri gara-gara tidak mahu basah kuyup ditengah hujan. Lalu saya tergesa-gesa keluar dari teksi dengan hanya membawa 2 bag sedangkan saya mempunyai 3 bag untuk dikeluarkan dari teksi tersebut.

Istighfar panjang saya mengenangkan ujian Allah itu. Mungkin bukan rezeki saya. Biarkanlah. No plat teksi, syarikat teksi, lansung saya tidak tahu.Lalu bagaimana? Melainkan jika masih tersaki kejujuran pada pemandu teksi tersebut. Ah, mana mungkin. Mungkin sikap memulangkan balik hak orang lain itu tiada lagi dalam kamus kehidupan warga kota.

Mood holiday saya seolah-olah direntap. Semua students menantikan summer holiday. Begitu juga saya beberapa hari sebelum kamera saya hilang. Namun semuanya sudah terlambat. Ah, biarkanlah.

bandar kt yang semestinya dirindui

Sampai di perhentian bas baru k.trg kira-kira pukul 5.30 pagi, saya menelefon ke rumah memaklumkan saya sudah tiba. Adik saya terpaksa bangun awal hari itu untuk menjemput saya di perhentian bas.

Kebanyakkan masa saya dikampung hanya dihabiskan dengan membaca. Paling tidak pun saya harus menghabiskan novel "Are You Afraid Of The Dark" karangan Sidney Sheldon yang sudah lama tidak disentuh kerana kesibukan. Kemudian ada beberapa buku baru harus dicari dan alhamdulillah saya menemui beberapa buku yang berbaloi untuk dikhatamkan.

Saya mengisi waktu petang dengan bermain bola sepak di padang yang tidak jauh dari rumah. Seminggu sebelum ramadhan, diadakan pertandingan bola sepak 7 sebelah. Alhamdulillah, pasukan saya johan dalam pertandingan tersebut walaupun saya agak tidak berpuas hati kerana penganjur yang tidak menghormati waktu solat.

to be continue...insyaallah

.... rest of template code ....

2 Comments:

  1. Farhan said...
    best ah mung blh balik ganung..smpt puasa kg lagi tuh..ganung mesti maju pelik le ni..ke guane?
    syahid_zul said...
    mmg maju...ada beberapa masjid tepi muara.. Masjid 2 tersergam indah lagi indah dari masjid terapung,masjid putih...tp masjid 2 hanya utk tontonan jer...

Post a Comment