Fahami Islam Sepenuhnya

FAHAMI ISLAM SEPENUHNYA

Islam adalah agama yang syumul.Apabila seseorang menganut agama Islam, dia bukan sahaja terikat dengan peraturan-peraturan, hukum-hukum tapi seluruh hidupnya mestilah berada dalam landasan agama Islam itu sendiri. Dewasa ini, ramai yang menganut agama Islam tetapi tidak mengamalkan Islam sepenuhnya dalam diri. Apa yang penting dalam hidup seorang yang menggelarkan dirinya Islam ialah akidah. Dakwah Rasulullah pada peringkat awal di Makkah juga menekankan aspek akidah berbanding syariah yang sebahagian besarnya bermula di Madinah.

KENAPA TAK FAHAM ISLAM?

Kebanyakan orang memeluk Islam disebabkan keturunan. Oleh yang demikian, mereka menganggap cukuplah sekadar melaksanakan perintah agama seperti solat, puasa, zakat, dan haji sedangkan banyak lagi perkara-perkara yang perlu diberi perhatian terutama soal aurat, pergaulan, institusi masyarakat, undang-undang dan banyak lagi perkara dari pelbagai sudut dalam aspek kehidupan kita.Islam tidak pernah menyekat atau mengongkong ummatnya malah sebenarnya menjaga agar kehidupan penganutnya selamat dan sejahtera sesuai dengan nama Islam itu sendiri.

Manusia akhir zaman ini seolah-olah sudah lupa pada agama Islam.Keindahan duniawi seolah-olah mengasyikkan sehingga mereka lupa pada agama Islam lantas menutup kedua belah mata untuk melihat kesucian agama Islam. Lebih teruk lagi apabila ahli agama itu sendiri yang mempersendakan agama Islam dengan mempermainkan hukum yang ditetapkan oleh Tuhan Yang Esa. Alangkah dahsyatnya azab dan balasan yang akan diterima. Nauzubillah. Kelazatan duniawi juga menyebabkan manusia alpa diulit nikmat sementara yang sebenarnya hanyalah tipu daya. Betapa ramai ummat Islam masa kini yang hanya mengambil sebahagian daripada Islam tanpa mengambil Islam secara sepenuhnya dalam hidup mereka.

Islam bukan sahaja melibatkan ibadat, Islam melibatkan seluruh kehidupan. Kehidupan kita bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak.

ISLAM AGAMA KEAMANAN

Sewaktu saya menulis artikel ini, Malaysia baru saja dicatatkan dengan sejarah Himpunan Aman 100000 orang di Dataran Merdeka untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil. Namun sungguh mengecewakan apabila sejarah aman yang mahu diukir menjadi sebaliknya. Apakah nasib ummat Islam pada masa akan datang? Sekiranya kejadian seperti ini berterusan adakah akan tertegak agama ALLAH di Negara yang tercinta ini. Tepuk dada, tanyalah iman dalam diri. Apakah sumbangan anda terhadap Islam dan apakah yang anda akan buat untuk Islam? Persoalan ini memang sukar untuk dijawab tetapi tidak mustahil untuk direalisasikan.

Agama yang benar disisi ALLAH adalah agama Islam. Itulah janji ALLAH. Islamkan menang….itu juga janji ALLAH.. Percayalah, berimanlah….

FAHAMKAH KITA?

Sebelum soalan ini diajukan kepada pembaca, terlebih dahulu soalan ini perlu saya jawab…Sebenarnya kita masih belum faham Islam. Kalau kita faham, tentu sahaja kita tidak akan buat perkara yang mungkar.., tidak menganiaya orang lain, pemimpin akan memimpin dengan adil, serta kita lakukan sesuatu kerana ALLAH dan kerana Islam……….

Adakah kita sudah khatam al-Qur’an, fahaminya dan amal apa yang disuruh serta tinggal apa yang dilarang…

Bagaimana pula dengan as-sunnah??????????Berapa pula hadis yang kita hafal? Berapa pula yang kita amalkan? Soalan yang saya sendiri sukar untuk menjawabnya…

Sirah Rasul kesayangan kita amat sempurna untuk dijadikan pedoman dan ikutan tapi setakat mana ia dihayati…..Kita hanya memandang sepi…kadang-kadang tidakpun disusuri……adakah itu tandanya kita sayang Rasulullah? Cinta kepadanya…….

Semua tanda-tanda ini menunjukkan tahap kefahaman kita terhadap Islam. Kita boleh mencari beribu alasan untuk menjawab persoalan ini tetapi dapatkah kita mencari alasan lagi dihadapan ALLAH kelak.

Oleh itu apa tunggu lagi….mari kita sama-sama meningkatkan kefahaman kita terhadap Islam agar kehidupan kita selamat dunia dan akhirat………

Jangan lagi kita bergaduh sesama Islam tetapi carilah jalan perdamaian dengan menjadikan al-qur’an dan as-sunnah sebagai panduan….

Mungkin artikel ini terlalu ‘radikal’ tapi inilah yang terluah dari hati lalu diterjemahkan dalam artikel ini… Moga sama-sama mendapat manfaat.

.... rest of template code ....