Yang bernama Yakin !

Yakin , mudah disebut, mudah diungkap, dan mudah diterjemah ke maksud yang biasa.Berdasarkan terjemahan yang selalu kita dengar,yakin difahami sebagai;

betul-betul percaya (tentang kebenaran, kemampuan, dll sesuatu atau seseorang), tidak ragu-ragu (syak-syak) lagi, pasti benar: dia masih tetap ~ bahawa jalan yg ditempuhnya bukanlah jalan yg salah; mengetahui dgn ~ akan arah kiblat; kami ~ dia akan berjaya dlm pertandingan itu; berkata dgn ~ berkata dgn sungguh-sungguh
Dalam islam, yakin adalah perbuatan yang tersangat penting sebelum layak kita dii'tifraf sebagai orang islam.Yakin apa?Yakin bahawa tiada tuhan melainkan Allah, dan yakin bahawa Nabi Muhammad saw itu pesuruhNya.Namun orang melayu biasanya menggunakan istilah "naik saksi" mengantikan perkataan "yakin".

Pahit untuk mengakui, kita terlalu "dhaif" untuk mencapai tahap pemahamam yang sebenar berkenaan yakin.Apa itu yakin?Ke tahap manakah perlu yakin?Apakah tuntutannya?Apakan kesan daripada yakin?Persoalan sebegini bukan lagi fokus perbincangan bab akidah yang popular.Agak mengecewakan,persoalan "Allah dimana?" dan bermacam lagi persoalan yang "pelik" diperbincangkan secara meluas.

Percaya atau tidak, semua masalah jenayah, rasuah, kezaliman, dadah, salah guna kuasa akan mampu dibanteras secara effektif jika hakikat yakin itu difahami?

Apabila membaca kembali kisah-kisah rasul-rasul, sahabat, tabiin, ulama silam dan pejuang islam, saya memerhatikan bahawa mereka benar-benar memahami hakikat yakin ke tahap yang paling tinggi !

Lihatlah peristiwa apabila pedang seorang badawi berada di leher rasulullah lalu ditanya "siapa yang dapat menolongmu dari aku?",lalu rasulullah bersabda "Allah!". Dalam peristiwa ashabul ukhdud, apabila seorang ibu yang sedang mendukung anaknya(yang sedang menyusu) sedang teragak-agak (lawan kepada yakin) untuk terjun ke dalam api,lalu anak yang kecil dalam dukungan bersuara untuk meyakinkan ibunya.Dan insan-insan yang dibakar dalam peristiwa dii'tiraf oleh Allah keyakinan mereka dengan firmanNya
Dan mereka tidak menyiksa orang-orang mukmin itu melainkan kerana mereka itu beriman kepada Allah yang maha perkasa lagi maha terpuji yang mempunyia kerajaan langit dan bumi dan Allah maha menyaksikan segala sesuatu.
Al-Buruj 8-9
Yakin yang sebenar bermula dari hati.Tampa kehadiran hati seluruh bukti keyakinan adalah palsu.Yakin takkan bermula dengan ucapan dan tak mungkin bermula dengan perbuatan!Inilah pembeza paling utama antara insan yang yakin dan insan yang tidak yakin.Di zaman rasulullah terdapat beberapa orang munafik yang pada luaranya sangat hebat amalannya.Menjadi makmum di saf-saf depan ketika solat.Tetapi apabila datang ujian Allah melalui peperangan,mereka tidak keluar berperang!Kerana apa?Kerana yakin tak bermula dengan perbuatan!

Namun,sesuatu peristiwa mampu menjadi sebab kepada lahirnya hati yang yakin.Inilah yang memisahkan kita diakhir zaman dengan sahabat ridhuanullah.Keyakinan mereka juga disebabkan oleh mukjizat rasulullah seperti yang tercatat di dalam beberapa peristiwa seperti pembelahan bulan,isra' mikraj dan sebagainya.Namun itu bukan alasan untuk menjustifikasikan tahap keyakinan kita.Alquran masih kekal ke hari ini sebagai mukjizat terbesar rasulullah.

Apabila datang ujian Allah (dalam berbagai bentuk) maka ter"imej"lah kepada kita perbezaan antara si yakin dan si ragu.Al-quran itu kekal untuk di amalkan ajarannya dalam ucapan dan perbuatan.Insan yang yakin akan mengamalkannya dan insan yang ragu akan meninggalkan ajarannya dengan pelbagai alasan.

Malaysia sebuah negara yang ditadbir tampa berlandaskan ajaran alquran di dalamnya.Alasan untuk meng"ia"kan perbuatan itu ialah "kita tidak mampu!".Saya menerima alasan tidak mampu,tapi saya tidak dapat menerima hakikat bahawa kerajaan malaysia tidak melakukan apa-apa untuk berubah dari tidak mampu kepada mampu!Disinilah wajah insan yakin dan insan ragu ter"imej".

Terlebih kecewa apabila bukannya ingin berubah kepada mampu tetapi membanyakkan faktor kepada semakin tidak mampu.Usahlah berbicara soal keyakinan,apabila orang islam juga sedia memaafkan kerajaan sebegitu.Hakikat keyakinan sudah punah ranah!

Hati tak mungkin menipu.Ucapan dan perbuatan mampu menipu.Insan yang ikhlas dalam keyakinan,mereka meletakkan elemen nyawa, harta, bahagia, cinta dan segalanya dibawah hakikat keyakinan kepada Allah.Mereka yakin dengan hati lalu lahirlah ucapan dan perbuatan yang tidak menipu.

Wahai sahabatku...fahamlah hakikat keyakinan ini...

.... rest of template code ....

Umur yang meningkat,jangka hayat yang berkurang...

28 Jan 1985,sekitar jam 11:30 pagi,saya di lahirkan ke dunia ini.Satu proses perpindahan alam,iaitu dari alam rahim ke alam dunia.Lahirnya saya untuk menyertai insan-insan lain yang terlebih dahulu lahir daripada saya.Detik mula saya mengenal dunia,kenal ibu bapa dan keluarga,mengenal tawa dan tangis,kenal harta dan kehendak,kenal keinginan dan nafsu,kenal segalanya dan terlebih utama ialah kenal Allah dan Islam.

Saya dilahirkan di kampung,di dalam rumah,disambut oleh bidan kampung.Mungkin pada ketika itu tidak seperti sekarang.Zaman sekarang mungkin terlalu jarang untuk menemui orang yang dilahirkan di kampung.Selalunya dilahirkan di hospital, kelengkapan yang cukup moden dan sebagainya.

Menyoroti 22 tahun saya bernafas dimuka bumi ini,pelbagai pahit manis pengalaman, pengajaran, kesilapan dan kejayaan yang ditempuh.

Namun,beberapa minggu sudah,berlaku sesuatu yang cukup menginsafkan kepada saya. Bayangan kematian!Saya bermimpi saya berada di suatu bangunan yang cukup tinggi.Kemudian ditepi saya ada sebiji bom jangka yang bakal meletup beberapa saat kemudian.Ketika itu,harapan untuk hidup adalah terlalu tipis.Ketika bom tersebut meletup,tiba-tiba pandangan menjadi gelap.

"Mungkin inilah kematian"Detik hati saya...disaat nyawa saya hampir tercabut(pada sangkaan saya),semua kesenangan dunia saya lupakan.Tidak terdetik lansung untuk mengingati mak, ayah, adik beradik,sahabat handai,duit ringgit dan sebagainya.Yang hanya ada difikiran ialah satu soalan yang cukup besar."Adakah aku sudah bersedia untuk mati?"Secara tiba-tiba fikiran saya cuba mengingati amalan-amalan kebaikan yang pernah saya buat.Namun hampa,saya gagal mengingati apa-apa.Apa yang tergambar adalah bayangan dosa yang belum saya taubati...astaghfirullahalazimm... Disaat diri saya berada dalam tahap yang begitu cemas dan menakutkan,muncul bayangan berupa usaha saya di dalam blog ini...barulah muncul sedikit kegembiraan dalam hati walaupun ketika itu saya masih dalam keadaan terlalu takut...

Saya terjaga dari mimpi dan beristighfar panjang...peluh membasahi seluruh tubuh(walaupun pada musim sejuk dengan suhu dalam bilik sekitar 10 darjah celcius)...bermula dari peristiwa itu,setiap kali mata ingin terlelap setiap kali itulah ingatan terhadap kematian menjelma.Alhamdulillah,mungkin ini ingatan Allah terhadap usia saya ini...

Saya dan kita semua pasti meninggalkan dunia ini.Kemudian proses perpindahan ruh seterusnya ialah dari alam dunia ke alam barzakh.Semua kita pada hari ini pasti melaluinya setiap seorang!Bersediakah kita untuk hakikat sebuah kematian yang pasti itu?Alhamdulillah,zaman ini Allah membuka ruang yang terlalu luas untuk kita berjuang pada jalan Allah,untuk kita berbakti disaat umur masih berbaki.Ummah terlalu memerlukan biar setitis pengorbanan kita yang ikhlas.Jeritan ummah yang bernada kecewa, bernada kejahilan, bernada bisu, bergema diserata tempat.

Yakinlah dengan sebenar-benar yakin,satu zarah usaha kita untuk menolong agama Allah dengan ikhlas,pasti ada ganjarannya di akhirat.Beruntunglah mereka yang dibukakan hati untuk berbakti kepada agama...Ya Allah,jadikanlah umurku yang masih berbaki ini untuk bernilai disisiMu.Janganlah dibiarkan aku menyiakan umur ku ini..dan sudilah kiranya untuk meletakkan namaku ini dalam senarai penghuni syurgaMu...aminn..

Image Hosted by ImageShack.us
syahid_zul 28Jan1985 - (?)

Something about "istiqamah"

Agak lama tidak update blog ni.Setiap kali jemari cuba menaip,fikiran menjadi buntu dan bercelaru.Beberapa kali cubaan untuk update berakhir dengan kegagalan. Percayakah jika saya katakan,

Dalam perjuangan ini,antara perkara yang paling sukar ialah ber"istiqamah"
Istiqamah,agak senang untuk di laungkan di mana-mana sahaja mahupun di tulis di buku dan blog-blog.Namun bagi sesiapa yang berada pada kedudukan antara istiqamah dan berputus asa,pasti akan merasai kepayahannya.Apabila datang bisikan-bisikan hati seperti "untuk apa kau berjuang?","masih ramai yang berjuang,serahkan pada mereka dan kau boleh berehat","tak guna bersusah payah demi sesuatu yang tak pasti,adakah kau rasa usaha kau ni berkesan?"..dan berbagai lagi bisikan yang sebenarnya datang dari syaitan laknatullah.
Image Hosted by ImageShack.us
Kita mungkin bertanya,apa yang perlu dilakukan untuk kekal istiqamah samada dalam ibadah,perjuangan,dahwah etc..Antaranya;
  • Ilmu yang cukup dan mantap
  • Bersahabat dengan mereka yang istiqamah
  • Menghayati sirah orang-orang yang istiqamah
  • Mujahadah melawan nafsu
  • Berdoa memohon pertolongan Allah..
Perjuangan ini terlalu mendesak untuk kita jujur dan ikhlas.Tiada bayaran dan imbuhan segera.Perlu ada keyakinan bahawa setiap yang kita curahkan ke jalan dakwah akan terbayar jua suatu hari nanti.

Ada beberapa sahabat bertanya kepada saya,"bagaimana kau boleh istiqamah?".Untuk istiqamah walaupun cuma ke peringkat ini,entah berapa ribu kali saya bertanya pada diri sendiri,"untuk apa aku istiqamah?".Minda hanya menyediakan jawapan itu.Adakah minda juga yang menjawab?Jika diharapkan minda yang menjawab,sudah pasti saya tak berada disini.

Tidakkah setiap kali ketika kita di uji,kita akan mengangkat tangan dan berdoa?Tidakkah kita yakin Allah pasti sentiasa di situ untuk mendengar doa kita?Dikala manusia meninggalkan kita,dikala kita dicemuh dan dihina,ketika musibah melanda dan ketika apa jua pun yang berlaku,Allah pasti disisi kita dan mendengar setiap jeritan hati kita.Kerana itulah kita berdoa...dikala manusia tidak mendengar suara kita,Allah mendengarnya.

Ianya bermula dengan yakin.Ia pasti berakhir dengan yakin!

Kearah mewajahkan ketulenan islam

Baru pulang dari blog ini , dan menonton video rakaman wawancara RTM bersama Dr Asri Zainul Abidin.

Ada satu pandangan yang cukup menarik diutarakan oleh Dr Asri dan perkara tersebut sudah lama bermain di minda saya sendiri.Apabila mendengar pandangan tersebut,maka semakin bersemangatlah saya untuk mengulas serba sedikit disini.

Mewajahkah islam yang tulen

Tanyalah kepada sesiapa juga ketika ini,tidak seorang pun pernah melihat wajah sebenar islam dari sudut yang menyeluruh.Wajah tersebut lenyap apabila jatuhnya sistem khalifah dibumi turki 1924 dan selepas daripada detik itu,seluruh sistem islam telah menjadi celaru dan dicelarukan.Namun sejarah telah sedaya upaya melukiskan kepada kita kembali wajah sebuah ketulenan agama yang benar.Dilukiskan apa itu kerajaan islam,negara islam ataupun khilafah islamiyyah,apa itu perundangan islam,apa itu politik islam,kesarjanaan,tamadun ilmu,kehebatan akhlak dan moral,sahsiah dan tarbiyah,merangkumi seluruh ruang lingkup tingkah laku manusia di alam ini.Disana terdapatnya maqasid syariah yang mengandungi hikmah kehebatan syariat islam dan semua itu telah dibuktikan oleh sejarah yang terukir indah bermula dari kerajaan islam madinah sehinggalah ke tahun 1924.

Ternyata kehebatan ajaran islam menjadi ketakutan kepada kuffar zionis dan sekutunya.Pakatan untuk menjatuhkan kerajaan turki uthmaniah dengan menggunakan orang islam itu sendiri dan disokong oleh orang islam yang disertai oleh ulama' yang jahat adalah satu peristiwa yang seharusnya menjadi pengajaran dan harus ditangisi dengan nada semangat untuk bangkit memperjuangkan ketulenan islam yang semakin dicelarukan.

Image Hosted by ImageShack.us

Kini,seluruh sistem islam di bumi ummat islam telah dicemari oleh sekularisme dan unsur asing yang menyesatkan dan meracuni pemikiran.
Ummat islam semakin hari semakin selesa dan semakin terbiasa dengan wajah islam yang palsu dan celaru.
Ternyata ideologi sekularisme juga menjadi peluru ghazwul fikri (perang pemikiran/budaya) yang sungguh dahsyat kesannya.Apabila wujud kebangkitan menentang sekularisme yang dipimpin oleh ulama' yang ikhlas,musuh islam menukarnya sedikit demi sedikit peluru tersebut dan menjadi liberalisme.Kita mungkin bertanya,mengapakah islam ini satu-satunya agama yang tidak dibenarkan penganutnya mengamalkan setiap ajarannya secara menyeluruh.Lihat lah agama hindu, buddha, kristian, agama yahudi,shinto dan sebagainya.Mereka bebas mengamalkan agama mereka tampa ada apa-apa ancaman fizikal ataupun ancaman psikologi.Ini adalah kerana zionis yang menjadi tulang belakang kepada dunia tidak membenarkanya supaya keengganan dan kesesatan mereka tidak terbongkar!

Saya sedih apabila beberapa tahun dahulu ada drama melayu yang menceritakan tentang terrorisme di malaysia.Kononnya ada anggota pengganas yang melaungkan Allahuakbar di bumi malaysia dan pasukan polis berusaha membanteras kegiatan kumpulan ini.Dari satu sudut,kewujudan drama yang "mengiakan tuduhan US" sebegini di lihat sebagai perlu dipaparkan untuk keselamatan negara dan sebagainya.Namun disuatu sudut yang lain,saya mentafsirkan bahawa,inilah kesan racun ghazwul fikri yang menjalari urat darah ummat ini.Presiden Amerika tidak perlu menelefon pengarah tersebut supaya membikin drama aksi sebegitu.Cukup dengan mengishtiharkan "war against terror",lalu ummat islam mengangguk tampa mengetahui makna sebenar laungan tersebut ialah "war against islam".

Wajah islam tulen yang ingin dibentuk memerlukan kepada reformasi sistem secara agresif dan menyeluruh dan bukan sahaja dengan kehadiran tokoh.Sehebat mana pun kepimpinan kita,jika masih bernaung dibawah sistem yang membenarkan kecelaruan sistem islam,seluruh usaha kita akan menjadi sia-sia.Untuk apa kita melaungkan islam hadhari jika sistem di belakang masih sistem warisan penjajah?Selama-lamanya kita akan gagal menampilkan islam dari sudut yang sebenar.Natijah dari tindakan bodoh kita bernaung di bawah sistem tinggalan penjajah ialah,hala tuju negara dan rakyat adalah sama arah dengan hala tuju negara dan rakyat negara yang bukan islam.Mereka mencipta ketamadunan yang membeliakkan mata,namun dimasa yang sama mereka gagal membawa unsur moral kedalam ketamadunan dan masyarakat menyebabkan masyarakat menjadi rosak dari aspek keinsanan.

Percayalah sesungguhnya jika al-quran itu tidak turun kepada manusia sekalipun, manusia pasti dapat mencari haluan kearah kemajuan dan ketamadunan.Al-quran memandu kearah tujuan hidup dan matlamat pengabdian yang hakiki.Persoalan "hidup untuk apa?" merupakan satu persoalan yang masih samar-samar jawapannya di minda manusia yang mendiami ketamadunan material.Adakalanya mereka hidup untuk kebahagiaan, cinta, harta dan sebagainya,namun jauh disudut hati mereka pasti ada keraguan bagi jawapan tersebut.Al-quran turun pada lidah rasul-Nya mengajar kepada manusia jawapan tersebut,sesungguhnya matlamat hidup adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah,tuhan yang satu.

Agak menarik juga apabila Dr Asri ada menyebut,ahli agama perlu memikirkan untuk menyelesaikan sesuatu masalah dari pangkal masalah.Bagi saya,masalah utama yang kita hadapi ialah sistem kuffar yang masih menaungi kita.Inilah pangkal masalah yang wajib menjadi tumpuan ahli agama dan politik untuk mengubahnya kepada satu sistem islam yang tulen dan indah.Sekiranya pembaca tidak bersetuju dengan pendapat ini,silakan untuk tidak bersetuju.Carilah pangkal lain yang boleh difikirkan kepada punca mengapa kita gagal mewajahkan islam yang tulen,selesaikannya dan anda pasti mendapati wjah islam yang sebenar masih gagal untuk ditampilkan.

Sekali lagi saya tegaskan bahawa,apa jua usaha dan jalan yang di rintis,jika kita masih bernaung dibawah sistem yang membenarkan kecelaruan sistem islam,pasti usaha itu akan gagal!

bersambung ...

Menekuni kata-kata Allah dari musibah banjir

Image Hosted by ImageShack.us
Semoga diteguhkan kesabaran saudara-saudara seislam di bumi johor yang diuji oleh Allah melalui musibah banjir yang sedang berlaku.Setiap musibah dan bencana yang berlaku,diselitkan bersamanya kata-kata dari Allah yang sangat halus bunyinya untuk didengari oleh insan yang angkuh dan sombong.Kata-kata berupa peringatan,gesaan supaya bermuhasabah diri,penyucian dosa,ujian kesabaran dan keimanan.Di era millenium ini,kerap benar Allah menurunkan peringatan kepada ummat islam khasnya.Mungkin menyeru kita berfikir dan merenungi,apakah kesilapan lampau dan apakah kesilapan semasa yang sedang kita lakukan.

Disember 2004,gempa bumi berukuran 9 skala richter melanda sumatera dan menghasilkan gelombang tsunami yang begitu besar.Di jepun,saya pernah mengalami kejadian gempa bumi tetapi hanya berukuran 5 skala richter.Itupun hampir-hampir menyebabkan saya berlari keluar dari rumah akibat ketakutan.Dikatakan,apabila bumi bergoyang mencapai 9 skala,manusia akan gagal berdiri tegap diatas tanah.Kejadian gempa di sumatera itu terlalu kuat sehingga menganggu sistem kitaran bumi beberapa milisaat.

Jika kita masih ingat juga,kejadian gempa bumi di Ban iran suatu ketika dahulu.Meragut terlalu banyak jiwa ummat islam.Sekali-sekala marilah kita berfikir,apakah i'tibar sebenar yang ingin disampaikan melalui bencana sebegini?Mengapa perlu kita menunggu bencana datang dan barulah tergesa-gesa mencari kesilapan?Bencana banjir dijohor,wajib menjadi pengajaran buat semua ummat islam dibumi malaysia khasnya,dan seluruh dunia amnya.Ini bukan lagi waktunya untuk kita memasang angan-angan untuk meragui apa yang jelas termaktub didalam al-quran itu.Disana adanya ayat;
Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami
perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya menta'ati Allah)tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.
Al-Isra' 16

Tidakkah kita ingin mengambil pengajaran?Lihatlah generasi muda di dalam negara.Tidak keterlaluan untuk saya bertanya,inikah modal insan yang ingin dibentuk oleh negara islam Malaysia?Artis dan penghibur diangkat ke suatu tahap yang melampau-lampau.Kes jenayah yang terus meningkat dari hari ke sehari.Rasuah yang berleluasa.Rakyat yang tertindas.Saya tidak nampak apa-apa kebaikan untuk kita masih boleh bersenang lenang dalam suasana sekarang.

Marilah kita sama-sama menilai kesilapan kita yang selalu dhaif dan lemah ini.Sesungguhnya bala Allah tidak mengenal muslim atau non-muslim,tidak mengenal manusia dan binatang.Apabila bala turun,ia adalah berbentuk umum,mengenai sesiapa sahaja.I'tibar yang diambil bukan untuk sekadar peringatan,tetapi menuntut kita menhisab diri kita.Menginsafi dan berdoa semoga Allah menyelamatkan kita dari kemurkaan-Nya.Kita doakan dan harapkan,agar bencana yang melanda,dapat menyedarkan hati-hati yang angkuh,dapat menyuci segala dosa dan noda,dapat menjernihkan segala kekeruhan hati supaya hidayah Allah itu dapat turun dan menyelami segenap hati rakyat johor..

Tandanya Allah mengingati kita ialah dengan menguji keimanan kita....Teruskan bersabar!!

Inginkah kita ulangi sejarah?

Jika sesiapa masih ingat memori ini,memori sebuah suntikan kebangkitan.Ianya bermula di bumi mesir di atas jasa dan perjuangan yang penuh tragis As-syahid Imam Hasan Al-Banna.Beliau dan generasinya telah mencipta satu ledakan kebangkitan, sedaya mungkin untuk bangkit dari kesedihan selepas kejatuhan khalifah di bumi Turki.Ternyata kematian Hassan Al-Banna tidak mematikan perjuangan dan gagal menghentikan gelombang yang mula tercetus.Kemudian tampil Syed Qutb dan beberapa nama lagi menghiasi persada dakwah islam.Kesannya boleh di rasai di bumi malaysia apabila pelajar-pelajar yang mendapat didikan di bumi arab pulang ke tanah air.Merekalah antara insan-insan istimewa yang di anugerahkan oleh Allah kepada bumi malaya,pulang ke tanah air dan meniupkan roh islam yang tulen ke dalam jiwa dan hati penduduknya.Kesan yang mampu dilihat ialah,tiada lagi istilah tudung 60an,ummat islam malaysia sudah mula mengenal islam itu sebagai cara hidup,perjuangan kearah negara islam,sekularisme dan seumpamanya.

Image Hosted by ImageShack.us
Dari tahun 60an ke 90an,pembaharuan demi pembaharuan,kesan dari tarbiah yang berterusan telah mengubah lanskap mindset dan persepsi ummat islam malaysia terhadap islam.Jika kita masih ingat memori itu iaitu selepas sahaja kemerdekaan,cita-cita kearah sebuah negara islam agak kurang kedengaran.Siapalah Zulkifli Muhammad pada waktu itu.Idea beliau dipandang sepi oleh rakyat malaysia yang terlalu gembira dengan kemerdekaan.Sekularisme,Nasionalisme,Kapitalisme, dan mungkin juga Liberalisme,tidak pernah kedengaran diperbincangkan di kedai-kedai kopi.Apa yang orang dahulu tahu ialah Komunisme,itupun hanya dipanggil komunis.Terlupa "isme" di belakangnya yang bererti sebuah ideologi.Rata-rata ummat islam ketika itu menganggap islam adalah sebuah agama ritual, amalan adat, nikah kawin,cerai dan talak.Agak sukar untuk bertemu dengan orang yang membicarakan tentang islam yang syumul, perjuangan islam,negara islam dan seumpamanya.Itulah zaman 60an yang telah kita tinggalkan memorinya bersama sebuah perubahan yang mengagumkan!

Biarpun mengambil masa yang panjang,namun ummat islam di malaysia membuktikan mereka sudah berubah.Tudung ala-ala El Suraya, Al Jawaher sudah jarang dipakai oleh pendakwah wanita islam.Selepas perubahan itu,pejuang islam masih lagi bimbang kerana kurang mendapat sambutan dari kalangan professional yang mendapat jolokan golongan middle class didalam masyarakat.Namun keberkesanan tarbiah yang berterusan telah menyaksikan kebangkitan mahasiswa di universiti-universiti tempatan membentuk satu perubahan baru kearah melahirkan golongan middle class berjiwa islam yang tulen.

Beberapa dekad berlalu.Namun petanda baik yang semakin berterusan ini sedang diuji oleh Allah sedikit demi sedikit.Mungkin untuk menguji ketulenan sebuah perubahan,menguji ketabahan dan kesabaran pendakwah yang jujur dengan agama-Nya yang tidak akan sekali-kali tunduk pada tekanan semasa.Perbalahan salafi ,khilafi dan wahabi sedang melanda ummat.Jika dalam bab politik,sudah terlalu terang lagi bersuluh diantara golongan yang benar dan berpura-pura.Cara terbaik untuk memecahbelahkan orang-orang yang "faham islam diperingkat pertengahan" ialah melalui cara mengelirukan "pada dahan yang samar-samar."Jika sepuluh tahun dahulu,orang yang membaca qunut semasa solat subuh dengan orang yang tidak membacanya tidak menjadi isu yang menyebabkan perdebatan.Begitu juga dengan bacaan yassin.Bacalah yassin pada malam apa sekalipun,ia tidak pernah diperdebat secara berpanjangan dan tiada berpenghujung.

Zaman itu baru sahaja berlalu.Perubahan kearah kebaikan rupanya penuh liku dan ranjau sepanjang perjalanan.Middle class sekarang ini telah berpecah dua atau mungkin lebih tepat lagi,"orang yang faham islam diperingkat pertengahan" sudah berpecah dua atau lebih.Apa yang menyebabkan perpecahan ialah kita memandang terlalu berat kepada isu yang tidak pernah dianggap isu suatu masa dulu.Kemudian ia diburukkan dengan permasalahan sikap dikalangan ummat islam.Paling sedih ialah kecalaruan ini berlaku dikalangan orang yang minat terhadap ilmu agama.Jika ia berlaku dikalangan mat rock atau mat lepak mungkin tidaklah begitu sedih.Permasalahan sikap yang terlalu cepat melabel seseorang, terlalu cepat menuduh dan mempertahankan apa sahaja pandangan di pihaknya.Masalah sikap ini di kebanyakan masa sangat mudah untuk diatasi.Senyum dan berdiam diri itu kadang-kadang boleh mengelakkan bertumbuk tetapi ummat yang melampau memilih "melawan" diatas nama "mempertahankan diri" itu sebagai satu cara yang absolute untuk menyelesaikan segala permasalahan.Tidakkah disana Allah berfirman

Maka disebabkan rahmat dari Allah-lah kamu berlaku lemah lembut
terhadap mereka. Sekiranya kamu bersikap keras lagi berhati
kasar, tentulah mereka menjauhkan diri dari sekelilingmu.
Karena itu ma'afkanlah mereka, mohonkanlah ampun bagi mereka,
dan bermusyawaratlah dengan mereka dalam urusan itu.
Kemudian apabila kamu telah membulatkan tekad, maka
bertawakkallah kepada Allah. Sesungguhnya Allah menyukai
orang-orang yang bertawakkal kepada-Nya.
Al-Imran: 159

Permasalahan sikaplah yang menjadi sebab terbesar dalam menghuru-harakan keharmonian sebuah perubahan.Masing-masing mengengam erat pendapat masing-masing dan itulah satu-satunya pendapat yang betul.Sedangkan mereka tidak tahu,disaat mereka mengi'tiraf hanya pendapat mereka sahajalah yang betul itu,ketika itulah telah terbuka terlalu banyak pintu perbalahan.Mungkin ada yang berkata,kita berpegang kepada al-quran dan sunnah,apakah kita masih salah?Ingin kita berkata kepada mereka ini,al-quran dan sunnah yang hebat itu telah dibaca, dihadam, dikaji, di terliti dan pelbagai lagi usaha sebelum ia(Al-quran dan sunnah) difahami seperti yang sedia ada sekarang ini.Ianya hasil usaha imam-imam mazhab yang berbilang bilangan,berbilang pendapat,berbilang tafsiran dan seumpamanya.Dari angka yang berbilang itulah lahirnya 4 mazhab terbesar.Dan berpeganglah pada pendapat imam mazhab yang benar,dan berdoalah supaya kita tidak akan sesat dari petunjuknya.

Kita tidak pernah mendengar orang mazhab syafie mempertikaikan orang mazhab maliki ketika bersolat dan dalam ibadat yang lain.Namun keharmonian yang telah terbina itu makin longgar dan sekarang orang mula menyoal itu dan ini dan cuba mempertikaikan.Apakah yang mereka cari?Persamaan?Keselarasan?Seolah-olah ingin mempertikaikan sifat natural manusia yang berbilang tafsiran.Saya secara jujur ingin saya berkata,saya tidak belajar ilmu agama diperingkat yang tinggi.Hanya tahu serba sedikit.Namun satu perasaan yang terlalu pelik datang kepada saya apabila melihat orang agama yang mempertikaikan pendapat imam mazhab yang besar.Adakah persamaan makam yang mereka cari?Jika kita seorang alim besar dizaman ini,adakah kita dimakam yang sama untuk mempertikaikan as-syafie?

Saya orang yang dididik mengunakan otak kiri.Kerana itu saya terfikir akan contoh ini.Jika seorang hamba allah berkata 2+2 =4.Dan dia bermati-matian mempertahankan pendapatnya.Adakah adakah anda bersetuju dengan hamba allah tadi?Lalu datang seorang ahli fizik berkata,tidak semua situasi hukum matematik ini boleh dipakai.Ketika ini lihatlah situasi hamba allah tadi dan semua orang yang bersetuju dengannya.Ahli fizik itu akan dilabel sebagai bodoh,melawak dan sebagainya(masalah sikap berlaku-cepat melabel).Apa yang sebenarnya sedang berlaku ini hanyalah manifestasi perbezaan "makam ilmu" antara ahli fizik dan hamba allah.Apa yang ingin ahli fizik kata ialah 2+2 tidak bersamaan dengan 4 pada situasi kelajuan cahaya.Namun hakikat ini mungkin tidak diketahui oleh hamba allah tadi.Lalu tidakkah kita melihat punca bibit perpecahan yang sedang berputik kini?

Paling mengerunkan ialah apabila mengenangkan memori pahit yang pernah berlaku didalam sejarah.Kadang-kadang terfikir akankah orang-orang islam ini mengulanginya lagi.YA!Ianya ialah memori sewaktu peristiwa khalifah Uthman r.a dibunuh.Peristiwa itu telah menghuru-harakan seluruh ummah.Detik pertama orang mukmin mengacukan pedang kepada saudaranya yang juga mukmin.Apabila ditanya kepada Saidina Ali,"apakah aisyah dan pengikutnya itu dipihak yang salah wahai Ali?Tidakkah aisyah itu isteri rasulullah dan muawiyyah itu sahabat yang dijanjikan syurga oleh rasulullah?"Ali menjawab,sesungguhnya mereka tidak salah,tetapi mereka tidak lembut dalam tindakan.Dua kumpulan mukmin yang tidak salah telah bertempur dan mengorbankan terlalu ramai jiwa yang ikhlas.Sejarah mencatatkan antara sebab berlaku pertempuran ialah terdapat golongan yang melampau dikedua-dua pihak.Ada yang munafik dan ada musuh dalam selimut.Siapapun yang bersalah,ummah tetap telah berpecah.Fitnahnya terlalu besar hingga kehari ini.Syiah dan sunni.Perbalahan yang seakan tiada penghujung.Terlalu bersungguhkah kita ingin mengulangi sejarah ini?
Image Hosted by ImageShack.us
Pada asalnya saya tidak suka memperlihatkan perselisihan ini ada.Namun kehadiran perselisihan dan permasalahan sikap ini perlu keluar secara berterusan dari mulut pendakwah semoga akan ada sinar perubahan.Tidak rugi jika tidak melabel orang.Tidak rugi untuk senyum dan berdiam diri.Tidak rugi untuk berlapang dada dan menerimanya sebagai khilaf.Berlapang dada dan saling memaafilah ditempat kita berbeza dan bekerjasamalah ditempat kita saling bersetuju.Inilah pernyelesaian yang senang,namun ia telah disusahkan...!

Beria-ia membuktikan kesesatan?

Percaya atau tidak,apabila seseorang sesat jalan,dia akan masuk lorong apa sekali pun,mahupun ia tidak macam lorong!Mungkin kerana itu juga orang melayu membuat bidalan bahasa "seperti rusa masuk kampung".Apabila kita sesat dihutan,dan tidak tahu jalan pulang,kemudian ditangan kita ada parang,dengan parang itulah kita akan membuat lorong untuk dilalui.Tindakan sebegitu membuatkan seakan-akan kita berkata "inilah jalan yang boleh membawaku keluar dari hutan ini".

Agama telah datang kepada manusia dalam keadaan lengkap untuk diamalkan.Namun percaya atau tidak,manusia yang sesat dari agama,perilakunya tiada beza dengan orang yang sesat dihutan!Unbelievable?Believe it!Dan ada satu lagi fakta menarik untuk dikongsi.Orang yang tidak sesat boleh mengesan dengan mudah orang yang sesat!Orang yang sesat dalam agama akan sukar untuk mengenalpasti halal dan haram dan sikap inilah yang akan memandu tindakannya.Haram dan halal bercampur aduk,kemudian apa yang dibuatnya itulah selamanya akan disangka betul.Seperti orang yang sesat dihutan.Ia menjangkakan lorong yang diredahnya itulah yang betul.Namun mereka tersilap.Kesilapan yang terlalu besar!

Mungkin ada yang akan mempertikaikan,untuk apa saya highlightkan orang ini disini?Tidakkah ini menjatuhkan namanya?Saya meminta maaf jika cara saya ini keterlaluan.Namun ketika saya mencari-cari contoh yang sesuai,tiba-tiba gambar ini menarik minat saya.Seperti bilamana abu lahab yang mendustai rasulullah itu terakam sikap kebiadabannya didalam al-quran.
Bukan niat saya mempamerkan aib manusia.Bukan juga tugas insan dakwah mengaibkan manusia.Dan saya benar-benar faham bahawa,
jagalah aib insan lain,maka Allah akan menjaga aib mu!
Namun inilah contoh jelas untuk membenarkan hujjah saya diatas.Bukan hanya satu contoh,tapi banyak lagi contoh yang boleh ditunjukkan.Hanya menunggu manusia untuk berfikir...Namun manusia itu selalunya enggan berfikir...

Harap Maaf

Saya sedang upgrade blog ni kepada beta.Minta kerjasama kalau ada sebarang kecacatan.

Wassalam!

Alhamdulillah,saya baru sahaja selesai upgrade blog ni kepada beta version yang lebih memudahkan kerja saya dan kerja pengunjung.Disini saya pamerkan sumber kajian yang membantu saya menyiapkan rupa baru blog ni..
Agak memeningkan jugak memikirkan pasal layout ni..kadang2 kalau di buka dengan Internet Explore dia jadi lain.Saya syorkan anda layari blog ni menggunakan firefox.Insyaallah,ianya paparan terbaik...

Mencari damai di bumi Hiroshima

HIROSHIMA:Pagi 6 Ogos 1945,Cuaca yang cerah dan hari yang biasa.Suasana perang tidak begitu mengganggu aktiviti harian penduduk hiroshima.Namun pada hari itu,di bumi itu, manusia menempa sejarah hitam yang paling dahsyat dalam sejarah ketamadunannya.17 saat selepas pukul 8:15 satu ledakan nuklear berlaku pada ketinggian 600 meter diatas pusat bandar hiroshima memusnahkan segenap bangunan dan membakar setiap inci bumi pada radius 2kilometer dari pusat letupan.

Manusia telah mencapai lompatan kuantum dalam sains dan teknologi penghancuran!
Jam tangan yang terhenti pada pukul 8:15 pagi

Apabila berjalan diatas bumi yang pernah meragut ratusan ribu nyawa ini,hati saya dihinggapi seribu macam perasaan.Ternyata senyuman terlalu sukar untuk di ukir dibumi itu.Beberapa ratus meter dari pusat letupan tersergam indah bangunan Hiroshima Peace Memorial Museum.Didalamnya terakam segala peristiwa dan penderitaan akibat pengeboman tersebut.

replika bandar hiroshima sebelum letupan

selepas letupan

Namun disebalik letupan yang dahsyat tersebut,terdapat beberapa bangunan yang enggan menyembah bumi.Antaranya ialah bangunan yang sekarang ini dikenali sebagai "genbaku dome" atau "A-bomb Dome."Walaupun tidak menyembah bumi sepenuhnya,semua mahkluk bernyawa dalam bangunan tersebut semunya mati sejurus letupan.Ini kerana bangunan ini hanya berada beberapa ratus meter dari pusat ledakan.

A-bomb Dome sekarang yang menjadi pusat tumpuan pelancong

Bom atom yang digugurkan di hiroshima telah menghasilkan suhu setinggi 3000 ke 4000 darjah celcius pada pusat ledakan.Maka tidak hairanlah mengapa angka korban yang sebegitu besar terhasil dan hingga ke hujung tahun itu dianggarkan 140,000 manusia terkorban.Diantaranya ialah penduduk biasa dan hampir 20,000 daripadanya ialah pelajar sekolah.Ini kerana,hiroshima pada ketika itu adalah antara bandar pendidikan dan bukannya bandar ketenteraan.Manakala penduduk hiroshima yang terselamat tidak dapat lari daripada kesan radioaktif akibat dari penguraian bahan radioaktif dari bom tersebut.Kesan radioaktif inilah yang di deritai oleh penduduk hiroshima dan nagasaki mungkin hingga kehari ini kerana sinar radioaktif telah mengubah susunan DNA badan manusia.
Image Hosted by ImageShack.us
Replika bandar hiroshima dan kedudukan bom semasa letupan

Image Hosted by ImageShack.us
bom atom yang digugurkan

Kita pastinya bertanya,untuk apa kemajuan sains dan teknologi jika matlamat akhirnya adalah untuk menjahanamkan manusia itu sendiri.Pakar bom mengatakan bom yang dijatuhkan di nagasaki adalah lebih kuat daripada hiroshima.Namun sekuat manapun ledakan bom di nagasaki,ianya hanyalah 20 kilo tan (bersamaan 20 kilo tan ledakan dinamit/TNT).Tahukah kita manusia telah beransur-ansur memajukan senjata pemusnah ini dan teknologi yang dimiliki oleh manusia ketika ini mencapai "mega tan" dengan menggunakan teknologi bom hidrogen.Dianggarkan bom yang mempunyai kekuatan ledakan 20 mega tan mampu membakar rumput,daun dan kertas pada jarak 100km dari pusat letupan!

Ini bencana alam yang bakal memusnahkan ketenangan manusia itu sendiri.Renungkan firman Allah

"Telah menjadi nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, supaya dengan itu Allah menjadikan mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang sebenarnya"

Surah al-Rum: 41.

Tampa agama,manusia akan tersesat.Tampa islam sebagai penyelamat,manusia akan melupakan perhitungan haram dan halal.Kerana islam sebuah agama yang lengkap dan sempurna,sudah termaktub dalam ajarannya tatacara berperang iaitu tidak boleh membunuh perempuan,kanak-kanak, dan orang tua.Juga tidak boleh memusnahkan tempat-tempat ibadat,ladang dan ternakan.Itulah islam yang sungguh indah.Namun agama anutan bangsa barat tidak mengajar mereka bersopan terhadap alam.Adakah agama islam dan agama anutan barat itu sama?

Hari ini,Hiroshima sedang menerokai kemajuan yang sungguh pesat.Berjalan diatas buminya yang sekali pernah "mati" itu,kita pasti tidak akan percaya bandar hiroshima pernah menjadi padang jarak padang terkukur suatu ketika dahulu.Hari ini rakyat hiroshima khasnya dan jepun amnya,sudah tidak lagi mengi'tiraf perang mampu menyelesaikan apa-apa.Kerana itulah,kerajaan jepun tidak memiliki kekuatan ketenteraan dan keselamatan negaranya di jaga oleh tentera Amerika.Seluruh kekayaan negara tidak diperuntukkan lagi kepada bidang ketenteraan dan persenjataan.Semuanya ditumpukan kepada penjanaan ekonomi.

Namun bagi saya kerajaan jepun tetap tersilap dalam mencari penyelesaian.Penyelesaian yang sebenar bukannya menghentikan pembangunan ketenteraan,tetapi penyelesaian yang sebenar adalah agama!Begitu juga dengan seluruh manusia segenap alam.Penyelesaian bukannya melalui resolusi PBB,penjanjian itu dan ini,Agama adalah penyelesaian yang sebenar.Pastinya ISLAM akan tampil sebagai savior dan penyelamat kepada seluruh permasalahan manusia.

Pluralisme agama-Semua agama sama?

Menjawab perbincangan di http://shenyeeaun.disagrees.net/?p=54

Saya benar-benar terpanggil untuk menulis entry ini mendahului tajuk lain yang telah dirancang terlebih awal atas beberapa pertimbangan yang rasanya tak perlulah dijelaskan disini.Namun disana saya melihat satu keperluan yang benar-benar mendesak saya supaya bersuara paling tidakpun mewakili diri saya sendiri terhadap isu ini.Dan disini ingin saya menjelaskan beberapa kekeliruan yang ditimbulkan kesan dari kurang kefahaman, niat jahat,kepentingan sempit dan seumpamanya.

Sesungguhnya dalam islam ini,wujudnya golongan dan individu yang terlalu terbuka apabila membahaskan tentang perbezaan agama,konsep ajaran islam dan sebagainya.Golongan dan individu seperti ini kebanyakanya terlalu terdedah kepada pemikiran luar terutamanya dari barat yang selalunya digambarkan sebagai blok pejuang kebebasan hak asasi manusia atau human right.Kita mungkin bertanya,apa salahnya sikap yang terbuka?Sikap terbuka sahaja tidak salah,tetapi kesinambungan dari keterbukaan sehingga mengi'tiraf pemikiran manusia itu lebih agung dan lebih betul dari apa yang datang dari tuhan adalah sikap keterbukaan yang tercela dan tidak dapat dimaafkan.Apabila golongan ini terdedah kepada pemikiran manusia terutamanya pemikiran dan idea barat,mereka cuba membandingkan antara barat dan islam.Kadang-kala mereka menerima idea barat dan menolak idea islam dalam keadaan mereka lupa bahawa mereka sedang membandingkan apa yang datang dari tuhan dan apa yang datang manusia,ciptaan tuhan itu sendiri.Mereka hipokrit terhadap pengakuaan aqidah mereka apabila meletakkan manusia ditaraf yang sama dengan makam ketuhanan.Golongan inilah golongan islam yang selalunya akan mengi'tiraf persamaan agama.

Orang bukan islam yang mengakui bahawa semua agama adalah sama,dibawah slogan "semua agama membawa kebaikan" sebenarnya tidak faham apa itu agama pun.Jika mereka benar-benar menganggap semua agama adalah sama,apa salahnya membenarkan islam itu memerintah,perlembagaan yang meletakkan al-quran dan hadis sebagai rujukan tertinggi dan seumpamanya.Lalu akan ada suara yang menentang mengatakan itu dan ini dan ketahuilah bahawa mereka hanya berbohong dan mereka hanya cuba menyembunyikan niat sebenar mereka iaitu memperjuangkan agama mereka yang semakin dirasai mula tidak relevan dengan kesesuaian zaman.Saya agak tidak faham mengapa mereka masih beria-ia hendak menegakkan benang yang basah.

Dialog antara agama,secara peribadi saya menyokongnya diatas nama mencari persefahaman dan mengelakkan salah tanggap sesetengah pihak terhadap islam.Namun disana ada beberapa perkara yang tidak difahami oleh nonmuslim mengapa pertubuhan islam yang sebenar agak tidak menunjukkan minat terhadap dialog antara agama ini.Mereka tidak faham,islam sebenarnya bukanlah agama yang mendatangkan bahaya kepada penganut agama lain dan islam dalam ajarannya yang sempurna itu mengariskan terlalu banyak tatacara yang disulami dengan bahasa kesopanan,hormat-menghormati terhadap amalan agama lain.Antaranya ialah tidak merosakkan tempat ibadah agama lain didalam perang dan ia telah ditiru dan telah dijadikan undang-undang antarabangsa.Islam juga tidak memaksa bukan islam untuk memeluk islam dan kerajaan islam bertanggunjawab menjaga kebajikan nonmuslim dalam sesebuah agama islam.Islam menganjurkan penganutnya berlaku adil terhadap semua mahluk mahupun binatang yang melata.Oleh kerana ajaran agama lain tidak sempurna,lalu mereka tidak menemui formula untuk menghadapi perbezaan agama didalam ajaran agama mereka dan kerana itulah mereka kelihatan bersungguh-sungguh dalam usaha menjayakan dialog antara agama.

Bagi kami ummat islam yang membesar dalam ajaran islam yang tulen dan lengkap,pada fikiran kami sudah tertanam dan terajar bagaimana cara untuk menghadapi isu perbezaan agama.Pada kami ummat islam,ada alquran yang agung.Al-quran bukanya idea dari manusia tetapi ia ialah idea dari kuasa yang mencipta manusia,dan Dia dipanggil Allah.Dia hanyalah satu,sebab akal logik kami membenarkan Dia hanyalah satu,bukan dua dan bukan tiga kerana jika alam ditadbir oleh dua tiga kuasa,sudah tentu perjalanan alam tidak selicin ini.Sudah tentu ada pertelingkahan antara kuasa-kuasa tersebut.

Kami ummat islam faham bahawa,kebenaran agama mampu diukur diatas beberapa kriteria.Agama ini datang dari kuasa yang dipanggil tuhan.Tuhanlah yang mencipta dunia ini,mencipta manusia,dan mengawal segala perjalanan alam,takdir dan sebagainya.Disinilah titik persamaan orang islam dan penganut beberapa agama lain.Apabila kita berkata bahawa,agama itu datang dari tuhan yang mencipta segalanya,logiknya kita akan mengakui bahawa tuhan itu mestilah maha bijaksana,maha berkuasa,dan seumpamanya.Jika agama datang dari tuhan yang maha bijaksana dan maha berkuasa,sudah tentu agama itu relevan untuk setiap zaman,agama yang fleksibel diatas sendinya yang fleksibel,agama yang sempurna dan menyentuh setiap aspek hidup manusia, dan agama yang universal,bukan untuk kaum tertentu sahaja.Jika pemikiran ini ada pada nonmuslim,dan ada pada golongan muslim yang terdedah dengan ideologi barat,insyaallah perbincangan akan menjadi lebih mudah.Namun saya hairan,mengapa logik yang seringkas ini gagal difahami oleh pejuang persamaan agama walaupun mereka terang-terang menyedari ada agama yang sudah tidak relevan dengan zaman.

Sesungguhnya golongan liberal dan nonmuslim yang beria-ia ingin merealisasikan dialog antara agama,IFC,dan sebagainya,mereka sebenarnya tidak faham apa itu islam.Paling sedih ialah,mereka terburu-buru membuat kesimpulan awal dalam keadaan mereka tidak faham.Lalu ketengangan timbul hanya berpunca dari perkara yang terlalu remeh iaitu tidak faham!!Selepas ini pun mereka pasti mencuba lagi,seolah-olah ingin membuktikan kepada kita,betapa tidak fahamnya mereka tentang agama islam.Islam bukanlah agama permusuhan,tetapi islam jangan sesekali dimusuhi.Kita orang yang berfikir...dengan hati yang terbuka...dengan minda yang terdidik...dengan kesopanan yang terasuh...namun ada prinsip yang memagari!

wassalam....