Apa sudah jadi dengan negara ini?

Apa sudah jadi dengan negara ini?Satu persoalan yang tidak mampu diketemui jawapannya.Adakah ini benar-benar soalan atau sebenarnya saya hanya berpura-pura bertanya untuk membayangkan betapa kecewanya hati ini meratapi apa yang telah, sedang dan bakal terjadi.

Sejak kecil lagi, saya melihat kezaliman itu dari jarak yang tersangat dekat.Hanya perbezaan politik semata-mata, manusia mengangkat dan menghinakan manusia umpama tiada apa-apa dosa yang perlu di hitung di kemudian hari.Kadang-kadang pengalaman itu benar-benar membawa saya berfikir, manusia adalah makhluk yang tersangat zalim dan tidak adil.

Dari jauh, saya memerhatikan malaysia, bumi tumpah darah saya.Disitu saya di lahirkan, dibesarkan, kenal dunia, kenal saudara, kenal kehidupan dan kenal harapan.Disitu saya belajar segalanya tentang hidup.Membina cita-cita dan impian di bumi tumpah darah sendiri, suatu pengalaman yang benar-benar berguna kepada saya.

Malaysia bagi saya adalah bumi yang sungguh bertuah.Memiliki rakyat yang mencintai keamanan dan keadilan.Bumi yang makmur dan penuh dengan sumber alam yang menjadi sumber pendapatan negara.Paling penting ialah, rakyatnya ialah majoriti muslim, bersikap baik hati sesama manusia.

Apabila melihat apa yang sedang terjadi di dalam negara yang dicintai pada ketika ini, membuatkan perasaan menjadi tidak tenteram.Seakan-akan saya yang berada lebih 4000km dari malaysia ini hanyalah seorang yang bisu dan pekak.Boleh meneruskan kehidupan seperti biasa tampa mempedulikan apa-apa pun.Saya boleh melakukannya.Namun perasaan tidak membenarkan.Jiwa dan hati tidak membenarkan.Mungkin juga kerana, saya pernah melihat kezaliman itu dari jarak yang terlalu dekat.Dan saya tahu, ada air mata yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa, pernah mengalir disebabkannya.

"Aku bahagia seperti ini.Biarlah orang lain derita.Biarlah orang lain di zalimi.Asalkan aku boleh meneruskan hidup seperti biasa.Butakan mata, pekakkan telinga dan kunci mulut.Hiduplah seperti tidak pernah berlaku apa-apa."

Mungkin ramai, atau terlalu ramai yang memilih cara tersebut.Tiada apa yang pelik.Manusia, kesimpulannya hanya mahkluk yang memetingkan diri sendiri.Paling tidak pun ialah mahkluk yang paling hipokrit.Pandai beralasan!Pandai berkata-kata!Namun disebalik alasan dan kata-kata mereka itu, tertulis apa yang terbuku di hati.Terlalu jelas.

Jika ingin memetingkan diri sendiri, silakan.Jika hipokrit, silakan.Setiap yang bernyawa itu pasti mati.

RTB Bujal, kg berembang, antara saksi-saksi bisu yang bakal berkata-kata.Peristiwa dalam siri demontrasi kenaikan minyak dan tol, juga bakal berkata-kata.Kata-kata yang terlalu tajam untuk difahami.Terlalu pahit untuk disesali.Terlalu manis untuk mereka yang menyebelahi kebenaran.Terlalu hina untuk mereka yang menyondongi kezaliman.

Paling tidak pun, peristiwa tersebut melahirkan saya yang benci kepada kezaliman.Benci dengan polis.Benci dengan FRU.Benci dengan ahli politik yang jahat.Mungkin kerana itu juga saya bertanya di awal tulisan ini, "apa sudah jadi dengan negara ini?".Negara yang melahirkan rakyat yang memilih benci dan dendam sebagai pemuas perasaan.Hanya benci dan dendam yang mampu menahan luapan kemarahan.Adakah negara sebegini layak dipanggil negara?

Apabila akal dan fikiran dipaksa untuk bekerja, kemudian diakhirnya hanya ada tanda soal, tiba-tiba diri dilanda perasaan penat.Penat untuk memikirkan perihal manusia lain.Kalaupun saya abaikannya, tiada apa-apa yang merugikan saya.Kalaupun saya tidak menulis tulisan sebegini, saya tidak rugi apa-apa.Tapi bolehkah saya menjadi insan yang se"bansat" itu?Hanya memikirkan kepentingan diri, hanya memikirkan impian sendiri.Saya kekal bansat, jika memilih jalanan diam.

Saya terpaksa berperang dengan pemikiran sebegini untuk beberapa ketika.Berfikir, "ah, aku terlalu lemah untuk membela.Kalaulah aku ada kuasa.Kalaulah dan kalaulah..."Sedar tidak sedar, diri sendiri sedang menulis impian diatas kertas yang hitam.Berdakwat juga hitam.Masakan berbekas.Namun ia bukan untuk dibaca.Bukan untuk ditatap.Bukan untuk dibanggakan.Ia untuk...

Mungkin sudah tiba waktu untuk kita memilih diri kita sendiri untuk menjadi saksi.Saksi yang tidak bisu lagi.

Manusia bukan terlalu bodoh untuk ditipu.Manusia bukan terlalu bodoh untuk dirahsiakan sesuatu daripadanya.Manusia sebegitu ialah kita...yang sedang membisu.Namun bakal berkata-kata.Umpama bumi bujal dan berembang juga...

.... rest of template code ....

Blog Icon Tutorial

Bagi pelayar laman web, anda mesti selalu ternampak satu simbol atau icon di tepi site address.Bagi bloggers di blogspot, icon ini biasanya telah ter"set" seperti ini:

Untuk pengetahuan bloggers sekalian, kita boleh meletakkan simbol atau icon kita sendiri di tepi blog address kita.Contohnya seperti blog saya ini:

Bagaimana untuk melakukannya?

Ok, 1stly, seperti biasa pergi ke layout > edit html dan cari tag head seperti gambar dibawah:

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket
klik gambar untuk paparan lebih besar

paste kod dibawah ini betul-betul dibawah tag head itu tadi..

URL icon di dalam kod ini ialah URL icon kepunyaan saya.Jadi ubahlah ia kepada URL icon anda sendiri.Harus diingat saiz icon sebaiknya ialah 16x16 px.

Selamat mencuba...wassalam

Belajar dari kewujudan Istimewa

Mungkin saya semakin faham tulisan Saudara Kang atau Razzi Ar-mansur di dalam artikelnya iaitu lagenda ayam.Pertamanya tentang malu, kemudian menyedari, kemudian mencontohi dan seterusnya menjadikannya sebagai amalan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Baru-baru ini saya menonton satu lagi drama jepun bertajuk "boku no aruku michi" atau "jalan yang aku lalui".Mengisahkan tentang seorang lelaki yang menghidap congenital disorder dan juga autism.Dalam drama tersebut di ceritakan bahawa lelaki tersebut atau "teruaki" adalah abnormal, faham sesuatu perkataan sebagai perkataan, lurus, dan seolah-oleh tiada perasaan.

Beliau terlalu sensitif terhadap kegagalan, dan apabila stress(menghadapi tekanan), beliau akan mengulangi perkataan-perkataan tertentu yang di lekat di ingatanya. Secara mudah, dapat saya katakan ialah, teruaki seorang yang tersangat lurus.

Teruaki adalah seorang yang berdisiplin, tidak pernah memungkiri janji, tidak pernah berbohong, kerana dia di ajar oleh ibunya begitu.Oleh kerana sifat lurus yang ada padanya, setiap kali dia ingin melanggar disiplin tersebut, fikirannya tiba-tiba tertekan dan mengulang perkataan-perkataan tertentu.Teruaki tidak mempunyai banyak kelebihan pada dirinya melainkan lurus, dan kekuatan mengingat perkataan.

Menonton drama ini membuatkan saya benar-benar terfikir, kewujudan istimewa seperti teruaki seolah-olah cermin-cermin kepada diri sendiri.Merasakan diri kita serba lengkap, sehingga kita memandang ke atas dan membina ego untuk tidak memandang kepada yang insan dibawah untuk di pelajari sesuatu daripadanya.

Teruaki di ajar oleh ibunya,

tidak mampu untuk membuat banyak benda bukanlah satu keburukan.Buatlah apa yang kita mampu di lakukan, dan berusahalah sedaya upaya padanya.Itulah yang terbaik.
Di situ saya berfikir, mengapakah agaknya kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada? Mengapakah perlu untuk kita buktikan bahawa kita adalah "lebih" dari pesaing kita sehingga merosakkan silaturahim?Saya merasakan, psikologi yang sama juga di miliki oleh insan istimewa yang dilahirkan ke dunia ini.Semua mereka menerima kekurangan yang ada dan mereka mengerti bahawa, buatlah apa yang mampu dilakukan dan berusaha sedaya upaya padanya.Itulah yang terbaik.

Di sini saya beristighfar. Kita yang serba lengkap asyik bertarung untuk hidup yang sementara. Samada kita telah menyalahgunakan nikmat yang ada, atau enggan berpaling kepada mereka yang lebih lemah untuk di ambil pelajaran, telah melempar diri-diri kita ke tempat yang hina dan menjijikkan.

Perkembangan semasa di kalangan ummat islam, jika diperhati, masalah bukan hanya pada masyarakat awam.Fitnah agama itu bukan lagi hanya menyelubungi orang jauh dari agama,tetapi fitnah itu telah meresap dan membungkus orang-orang yang rapat dengan agama dan taat kepada Allah.Kita di bungkus dengan permasalahan sikap yang melanda sesetengah daripada kita.Berbagai istilah yang mengambarkan jalan pendekatan dan imej perjuangan, hadhari, wahhabi, salafi, khilafi, begitu membuatkan orang awam dalam keadaan keliru dan terpinga-pinga.

Terus terang saya katakan, saya tidak suka mengambarkan berlaku ada perbalahan kerana tindakan mengambarkan ada perbalahan itu adalah tindakan yang menyumbang kepada kekeliruan yang lebih parah.Sehingga kini saya masih terpaku dan menjadi saksi-saksi bisu kepada apa yang di perbalahkan.Tentang mazhab, pemahaman hadis, bidaah, dan sebagainya.

Saya pelik, sedangkan ulama mazhab yang mujtahid tidak pernah berbalah, tiba-tiba lahir kita di akhir zaman ini dengan serba lemah dan di lemahkan tiba-tiba berbalah tentang itu dan ini.Mengapakah tidak belajar dari alam, dan kewujudannya yang istimewa? Mengapakah perlu di rasakan diri sendiri begitu hebat dan betul dan memperjudikan nasib agama untuk survival pandangan masing-masing?

Itulah krisis sikap yang perlu dan wajib di atasi oleh setiap insan agama dan insan biasa.Betul-betul ingin saya tegaskan bahawa, belajarlah dari kewujudan istimewa.Mungkin ia tidak banyak membantu, tetapi ia mendorong untuk kita berfikir.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.(Surah Ali Imran, Ayat 190-191)

Fitnah Umpama Malam Yang Gelap Gelita

Daripada Anas bin Malik r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Mendekati hari kiamat akan terdapat berbagai macam fitnah laksana bahagian malam yang gelap-gelita. Kala itu seseorang menjadi Mukmin di pagi hari, berbalik menjadi kafir memasuki petang hari. Dan menjadi Mukmin di petang hari, berbalik menjadi kafir memasuki pagi hari. Orang-orang pun akan menjual agamanya dengan harta benda duniawi;- (Riwayat Tirmidzi).

Fitnah akhir zaman ini, bukan lagi fitnah yang beerti menuduh insan lain tampa bukti, tetapi fitnah yang menyelubungi, membungkus, memerangkap semua insan, semua manusia melainkan hamba-hamba Nya yang di lindungi Allah.

Kita berdoa dan memohon supaya kita terelak dari fitnah yang sebegitu.Lalu marilah kita merenung pesanan hadis di atas.Mengapakah di umpamakan fitnah seperti malam yang gelap gelita?Malam yang gelap gelita, ialah malam yang kita takkan dapat melihat apa-apa, atau sesiapa pun di hadapan kita.Yang ada hanyalah kegelapan dan hitam yang pekat !

Zaman yang kini kita hidup juga begitu. Kita seolah-olah gagal mengenali apakah dan siapakah di hadapan kita.Insan yang ikhlas di perlekeh, insan yang khianat di beri kemuliaan. Insan yang alim di permain oleh insan yang jahil. Insan yang miskin di hina kerana kemiskinannya.Insan yang jahat di angkat menjadi pemimpin.Betapa gelapnya zaman, kerana fitnah yang menyelubungi, membungkus, menutup mata-mata manusia, kecuali orang-orang yang diberi perlindungan oleh Allah.

Adakala kita bertemu dengan insan yang bercakap tentang islam di siang hari, kemudian menghadiri majlis maksiat di malamnya.Konsert yang penuh dengan program maksiat di beri nama konsert amal, kemudian di panggil anak-anak yatim untuk di raikan.Adakalanya juga kita menghadiri pertandingan membaca al-quran di sebuah dewan.Di masa yang lain pula dewan tersebut digunakan untuk program maksiat, melalaikan, pergaulan bebas dan keingkaran kepada Allah.

Itulah fitnah akhir zaman.Itulah fitnah di ambang kiamat!Renungkanlah hadis ini,

Dari Abu Hurairah katanya, bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Demi Allah yang diriku di tangan-Nya, tidaklah dunia akan lenyap sehingga (datang keadaan di mana) seseorang melewati kubur, lalu ia berhenti di atasnya seraya berkata, “Alangkah baiknya kalau aku menempati tempat penghuni kubur ini.” Dan bukanlah Ad-Din (agama) yang mendorongnya berangan-angan seperti ini, melainkan bala ‘ (ujian bencana, fitnah dan penderitaan hidup).”;- (Sahih Muslim 18.34)
Apabila membaca hadis ini, teringat saya satu peristiwa yang berlaku di zaman Abbasiyyah ketika fahaman muktazilah menguasai kerajaan dan khalifah.Imam Ahmad bin Hambal ditangkap dan ramai lagi ulama'2 besar di tangkap.Ketika itu Imam al-Bukhari balik ke bukhara kerana fitnah agama yang terlalu besar.Namun, gabenor bukhara juga di maklumkan telah menganut fahaman muktazilah lalu imam bukhari berdoa

Ya allah, jika hidup lebih baik bagi aku maka panjangkan umurku,namun jika mati adalah lebih baik bagiku maka matikan aku.
Lalu Allah mematikan Imam bukhari dan di makamkan di bukhara.

Zaman ini kita berhadapan dengan fitnah yang terlalu besar, gerun dan menakutkan. Paling menyedihkan ialah, orang-orang yang alim diam walaupun mereka mengetahui. Manakala orang alim yang bersuara dengan tegas, menegur dan membaca amaran Allah itu pula di tuduh dusta, jumud, dan berkepentingan.

Lalu terus jahillah orang-orang yang jahil, terus tersembunyilah kebenaran dan bermaharajalelalah fitnah dan kezaliman.Marilah kita renungkan kata-kata hebat seorang ulama mazhab, Imam Ahmad bin Hambal ketika di paksa untuk menerima ajaran al-quran itu baharu, lalu Imam Ahmad berkata

Sekiranya orang alim mendiamkan diri kerana menyelamatkan diri, orang jahil terus dalam kejahilannya maka sampai bilakah akan ternyata kebenaran.
Fikirkanlah...mengapakah terlalu sukar untuk kelihatan kebenaran yang tersembunyi...mungkin kerana kita di dalam malam yang gelap gelita..

Jangan menyalahkan?

"Jangan menyalahkan !" atau "Jangan hanya menyalahkan !" atau "Jangan hanya pandai menuding jari !" dan kata-kata seumpamanya kerap benar di laungkan oleh segelintir pemikir amatur sejak akhir-akhir ini apabila berbicara soal masalah dalam masyarakat.Entah siapalah yang telah membawa ajaran atau cara berfikir sebegini namun yang pastinya, ia membawa perasaan yang amat tidak selesa kepada kita.

Mengapa tidak selesa?Saya tidak tahulah jika ada pembaca di sini yang selesa dengan suasana sebegini.Namun izinkan saya berkongsi pandangan saya...

Saya berpendapat, sikap menyalahkan sahaja tidak menyelesaikan apa-apa namun di sebalik perbuatan menyalahkan itu terdapat penyelesaian!
Pernahkah kita sedar, Allah mencipta insan-insan yang bermasalah dalam setiap institusi.Institusi keluarga, masyarakat, negara dan ummah, semuanya pasti di diami oleh insan yang mempunyai masalah.Perbuatan yang membawa masalah di gelar jenayah dan begitulah seterusnya.

Saya mengambil contoh isu murtad.Menyalahkan orang yang murtad sahaja tidak akan menyelesaikan apa-apa, namun di sebalik tindakan menyalahkan itulah tersembunyinya penyelesaian.

Untuk senang di fahami, katakan anda sedang memprogram satu program untuk assignment anda.Apabila hendak di compile, tiba-tiba compiler memberi amaran bahawa terdapat error dalam code program tersebut.Ketika ini, jika anda tidak tahu location error itu berlaku, adalah terlalu mustahil untuk memperbaikinya. Lebih-lebih lagi jika code program tersebut terlalu panjang!

Apa yang cuba saya katakan ialah, mencari punca masalah itu berlaku adalah step pertama ke arah penyelesaian.Dan mencari pesalah adalah step yang membawa kepada mengetahui punca masalah!
Ini hanyalah pendapat saya, ia boleh di kritik, boleh di persetujui dan boleh di bangkang..

Ruang untuk berjuang...

Assalamualaikum...

Jika ada pembaca yang perasan, saya mula pelbagaikan style posting dan diharapkan ada kebaikan untuk semua.Menyedari bahawa akal dipengaruhi mood, dan ianya tidak pernah stabil setiap waktu, maka bahan dakwah juga perlu dipelbagaikan.

Alhamdulillah, dengan kepesatan teknologi maklumat, sumber ilmu begitu luas di hadapan.Terpulang untuk kita memanfaatkannya untuk kebaikan diri kita dan untuk kebaikan masa depan masyarakat seluruhnya.

Dalam blog ini saya cuba menyediakan altenatif ilmu tersebut.Saya bukanlah ahli dalam soal agama.Saya bukanlah lulusan sekolah agama dan saya tidak belajar dalam kos agama!Jika pembaca perasan, saya agak jarang menyentuh bab agama terlalu spesifik atau terlalu dalam.Ianya satu disiplin bahawa, jangan berbicara atas apa yang kurang kita ketahui!

Saya pecahkan blog ini kepada tiga.Penulisan umum, pena politik dan videoceramah.Asalnya ingin saya rangkumkan kesemuanya ke dalam satu blog,tetapi mungkin ianya lebih bagus jika dipecahkan.

Insyaallah, dalam sedikit masa lagi, saya akan uploadkan satu kuliah subuh yang sangat menarik yang disampaikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.Ada satu cerita yang sangat-sangat ingin saya kongsikan bersama pembaca dalam kuliah tersebut.Ianya berkaitan dengan satu suara dalam tanah yang di temui oleh seorang pakar geologi.Kajiannya ialah meletakkan microphone di dalam bumi untuk mendengar bunyi bumi bergerak kemudiannya terdegar suara jeritan manusia.Insyaallah saya akan uploadkan video ceramah tersebut sedikit masa lagi.

Apa yang telah berjaya saya lakukan ialah meng"upload" kuliah-kuliah jumaat Tuan Guru Haji Hadi Awang.Ianya satu sumbangan yang terlalu sedikit.Saya berniat untuk menulis review untuk setiap kuliah tersebut tetapi keterbatasan waktu menghalang niat tersebut.Jika pembaca disini merupakan penulis blog dan ada kelapangan, silalah luangkan masa melihat video tersebut dan jika ada kekuatan tulislah sesuatu tentangnya.Ianya sumber ilmu islam dan entah bila ia mampu bertahan.

Manakala pena politik pula saya wujudkan untuk tulisan politik.Saya terlalu mentah dalam dunia politik, namun jika disana ada ruang untuk saya menyumbang, insyaallah saya akan menyumbang.

Harapan saya kepada pembaca yang hanya ada kekuatan membaca, buatlah sesuatu untuk islam.Kita sudah tidak mempunyai banyak waktu untuk bersahaja.Panjatkan setinggi-tinggi syukur untuk Allah yang mengurniakan nikmat iman dan islam, semoga bertemu di hari islam itu menang dan memerintah...

Wassalam..

Isu 886 : Menangani Kepahitan Realiti

886 dari 887 gadis 'berisiko tinggi' terlibat seks.Satu angka yang mengundang pandangan yang pelbagai dari segenap masyarakat.Ada yang pada mulanya seolah-olah tidak percaya, ada yang percaya dan apapun reaksinya, ianya satu realiti pahit yang dibuktikan oleh kajian akedemik dan bukan hanya angka andaian.

Manakala Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di dalam Utusan hari ini berkata "Usah hukum semua gadis hanya disebabkan kecurangan 886 orang gadis yang berisiko tinggi itu."

Saya mengembara di alam maya ini untuk survey apakah pandangan orang awam berkenaan isu ini.Ada antara mereka lebih suka jika isu ini tidak dilihat begitu serius dan menggunakan pendekatan "feel good" sebagai jalan keluar.Tidak kurang ada yang meminta ia ditangani secara segera!

Jika pembaca mengikuti tulisan saya yang lepas, pastinya pembaca akan mendapati isu sebegini telahpun beberapa kali saya sentuh.Tidak saya menyangka sama sekali bahawa hari ini saya akan menyentuhnya sekali lagi.Jika selama ini ia hanyalah andaian yang tidak disokong dengan hujjah fakta, hari ini ia sudah berbeza.

Bertudung sahaja tidak lagi menjamin seseorang gadis itu "bersih" dari apa-apa kegiatan yang tidak sihat!Saya bukan berniat untuk membuat spekulasi atau menghasut pembaca untuk bersangka buruk,tetapi itulah hakikat.Menangisi realiti yang se-pahit ini , menghukum dan menuding jari pastinya bukan jalan keluar yang sebenar.

Ikhlas saya bertanya, apakah yang boleh menghalang sepasang kekasih dari dating pada masa sekarang?Tiada apa-apa halangan terutamanya dikalangan pelajar IPT.Apa yang mampu menghalang sepasang kekasih dating hingga ke Genting dan bermalam disitu dalam satu bilik?Tiada apa-apa halangan!Apa lagi jaminan yang kita ada?

Pertanyaan-pertanyaan sebegitu sepatutnya dijawab dengan iman yang sebenar kepada Allah.Namun di zaman serba "berkejaran" seperti sekarang,elemen iman, agama, maruah, moraliti merupakan elemen yang dilihat sebagai kokongan kepada human right mereka.

Islam meletakkan maruah di tempat yang terlalu tinggi apatah lagi maruah seorang wanita.Akhir zaman datang lalu wanita benci dengan maruah mereka yang sangat bernilai lalu mereka menjatuhkan maruah mereka sendiri.Berpeleseran dengan boyfriend dan membiarkan boyfriend menyentuh badannya ditempat manapun yang disukai oleh lelaki tersebut.Bercium dan bercumbu di tempat sunyi dan ditempat bising.Mengambil gambar lalu di pamerkan dalam friendster, myspace dan sebagainya.Ianya suatu trend yang tidak lagi dianggap janggal,apatah lagi menjatuhkan maruah.Bagi mereka, itulah kebebasan yang sebenar!

Kita mungkin mampu menghasilkan berpuluh-puluh buku, beratus-ratus blog, beribu-ribu artikel agama.Kita mampu membuat orang benci kepada maksiat dan bimbang kepada apa yang sedang terjadi kepada ummah.Namun kita gagal untuk menyebabkan insan "bertindak" hanya dengan buku, blog dan artikel.

Tulisan ini mungkin mampu untuk membuat seseorang bimbang tentang nasib masyarakat islam di malaysia,namun tulisan ini pastinya gagal untuk memujuk seseorang untuk bertindak memperbaiki kelemahan masyarakat.Saya menyeru, berubahlah dan bersamalah kita teguhkan iman dan keyakinan kita.Kita sudah tidak mempunyai banyak masa untuk hanya merasai bimbang sahaja.