Kes Lina Joy dan Apabila diam menjadi suatu Dosa

Ingatkah anda kes Natrah?Seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi dan telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.Kes itu menyaksikan orang melayu islam dari seluruh pelusuk tanah melayu sanggup berjalan kaki dan berbasikal menuju ke singapura berdemonstrasi semata-mata untuk mempertahankan aqidah seorang muslimah.

Ketika itu(1950),sejarah mencatatkan;bedilan peluru serta cota tentera british tidak digeruni sedikitpun oleh ummat islam yang berdemonstrasi di Singapura!Buktinya,18 orang syahid manakala 173 yang lain cedera kerana bertempur dengan tentera british.

Bagi penganut fahaman sekular dan liberal,saya menemui hujjah-hujjah dangkal mereka yang berbunyi "untuk apa mempertaruhkan nyawa sedangkan sudah mereka ketahui yang mereka akan gagal mempertahankan aqidah Natrah","Demonstrasi hanya akan menunjukkan bahawa ummat islam ganas dan menolak prinsip kebebasan" dan bermacam lagi.Perhatikan sesiapa jua yang berhujjah sebegini dan berhati-hatilah dengan mereka!

Kes Natrah telah menjadi bukti antara ketegasan membela maruah agama, dan kemudaratan apabila islam tidak memerintah.Kedua-duanya tidak pernah di ambil pengajaran oleh ummat islam malaysia.Apabila Tun Salleh Abbas menangguh 2 tahun kes Susie Teoh yang ketika itu berusia 16 tahun(dihalang memeluk islam oleh ibu bapanya) sehinggalah Susie Teoh berusia 18 tahun, lalu Tun Salleh Abbas telah dipecat dari jawatan ketua hakim negara,ummat melayu diam.

Ianya manifestasi dari kebisuan yang panjang.Apabila kerangka perlembagaan malaysia dibentuk,tiada satu apapun dalam perlembagaan yang boleh dijadikan bukti bahawa islam itu memerintah,ummat melayu diam.Diantara keriangan untuk mencapai kemerdekaan dan terkorbannya maruah agama,ummat melayu telah membayar harga yang terlalu mahal untuk membeli masa depan maruah agama mereka dengan memilih untuk merdeka.

Apa yang dikesalkan ialah, ummat melayu tidak pernah menyesal walaupun mendapat kemerdekaan dengan cara yang sebegitu.Buktinya, lihatlah kepada silibus kursus biro tatanegara yang memperbodohkan cara kemerdekaan negara indonesia dan pakistan dan beberapa lagi negara islam.Silibus tersebut mengangkat cara kemerdekaan sebegitu(malaysia) sebagai cara kemerdekaan yang paling sempurna(perfect), dan kesannya ialah, ummat islam terus menjalani hidup sebagaimana biasa tampa tercoret sedikitpun rasa kesal kerana telah meletakkan agama mereka hanyalah sebagai agama rasmi negara di dalam artikel 3 perlembagaan.

50 tahun berlalu, saya melakar satu ketidakfahaman yang terlalu menebal pada persoalan mengapa ummat islam masih memilih diam sebagai jalan keluar?Kes lina joy akan di umumkan esok(30 Mei 2007), dan ramai pemerhati yang mengatakan, terlalu banyak faktor yang akan membantu kemenangan di pihak lina joy.Di saat ini saya masih tidak tahu keputusan bagaimana yang akan keluar,namun kita tidak mampu untuk mengukir perasaan pelik sekiranya (nauzubillah) kemenangan berpihak kepada Lina Joy.

Mengapa?Ringkas yang dapat saya titipkan ialah;kerana sistemnya adalah sekular,kerana islam tidak memerintah, dan kerana ummat islam memilih untuk diam selama 50 tahun.Jika Lina Joy menang, kumpulan artikel 11 akan meneruskan agenda kebebasan beragama mereka, dan apa yang paling ditakuti ialah apabila mereka mengusulkan usul "ibu dan bapa tidak lagi dibenarkan menentukan agama anak - sehinggalah ia remaja dan berusia 18 tahun.

Apabila usul tersebut diterima, maka secara praktikalnya telah terbukti bahawa,diam telah menjadi satu dosa.Seluruh ummat islam yang diam telah berdosa dan bakal dipersoalkan dihadapan Allah pada hari kiamat.

Seorang mufti telah memberi komen tentang isu murtad dengan katanya

"Bagi seseorang yang hendak murtad biarkan dia murtad.Disaat dia terniat untuk murtad,sebenarnya secara automatik dia telahpun terkeluar dari islam.Tidak harus bagi kita untuk menghalangnya daripada murtad.Kita boleh menasihati dan memujuknya supaya kepada kembali kepada murtad, tetapi jiak dia tetap berdegil kita tidak mempu untuk berbuat apa-apa".
Ada betulnya juga pendapat mufti tersebut, tetapi pada amatan saya, mufti tadi tiada kebolehan dalam melihat untung ruginya kes murtad terhadap politik islam.Kita boleh membiarkan Lina Joy membuang perkataan islam dalam mykadnya, namun kesan dari tindakan itu terhadap untung rugi politik islam terlalu besar.

Apabila tuntutan kumpulan artikel 11 berjaya, maka secara praktikalnya membuktikan bahawa,maruah agama islam telah terkubur.Harga inilah yang harus dibayar oleh generasi terdahulu sehinggalah sekarang yang telah memilih jalanan bisu terhadap kejahatan kuffar dan kebebalan pemerintah.Lalu kebisuan itu bertukar menjadi dosa yang terlalu besar untuk dicari kifarahnya dan untuk dikembalikan maruah agama yang telah diperdagangkan.

Marilah sama-sama kita mendoakan kemenangan kepada islam.Ingatlah,Allah tetap akan menyempurnakan agama ini walaupun dibenci oleh golongan kuffar(yang turut disertai oleh segelintir manusia yang mengaku islam).Terpulang kepada anda untuk terus berdiam atau bangun membantah.Bagi saya, diam itu suatu dosa!

.... rest of template code ....

Belum sampaikah masa untuk perubahan?

Memasuki zaman yang sudah bercampur antara islam dan kemungkaran, tidakkah kita terfikir bahawa inilah masanya untuk kita kembali kepada islam yang sebenar.Lihatlah betapa parahnya gejala maksiat didalam masyarakat.

Remaja islam sudah berani bermaksiat dan merakamnya untuk tontonan sedangkan mereka lupa, perbuatan maksiat samada yang mereka rakam ataupun tidak sentiasa dirakam oleh malaikat untuk diperlihatkan kembali kepada mereka diakhirat kelak.

Kita sudah bosan membilang angka bayi yang dibuang merata tempat.Kita bosan menggelengkan kepada setiap kali ada anak yang lahir tampa bapanya.Kita sudah penat mengetip bibir apabila jenayah dalam negara marak umpama api yang membakar dedaun yang kering.Tidakkah kita terfikir inilah akibat apabila melupakan penyelesaian yang Allah turunkan kepada manusia?

Sehinggalah sekarang saya masih tidak faham mengapa kerajaan yang sedia ada sekarang seolah-olah tiada terniat lansung untuk melaksanakan hukum yang telah diturunkan oleh Allah dalam al-Quran.Tolong berikan saya penjelasan.Tolonglah berikan kepada semua insan yang penat dan bosan tadi penjelasan.

Ada orang tersengih dan memerli "enta cuba bermain politik".Atau mungkin perlian mereka terlebih sinis "enta cuba menggunakan agama untuk politik".Silakan memerli.Teruskan tersengih dan selamat bertemu dimahkamah Allah yang Maha Adil.Untuk apa hidup megah didunia lalu apabila mati menjadi penghuni neraka Allah?Saya tidak memilih diam sebagai jalan untuk melarikan diri dari tanggunjawab sebagai seorang muslim.

Saya sedar,masih ramai yang mengimpikan untuk melihat islam itu tegak dibumi Malaysia yang tercinta ini.Tetapi impian tidak akan menatijahkan perubahan.Tampa usaha, kerja kuat, istiqamah dan doa yang berterusan kepada Allah, impian pasti tinggal impian.

Sekali lagi saya tegaskan, 60 tahun terlalu singkat untuk mengejar kebahagian...

Bercampurkah mungkar dan ma'ruf?

Perasankah kita sejak akhir-akhir ini, terdapat satu pergerakan kearah meletakkan islam dan jahiliah di dalam satu bekas dan mengishtiharkan ia ialah sebahagian dari islam?Saya kurang pasti adakah terdapat satu perancangan dibelakang tabir ataupun ianya berlaku secara semulajadi akibat dari pembangunan tamadun manusia.Apa jua puncanya,yang pasti Islam dan kemurniannya sedang diancam.

Sudah agak lama saya menyedari apabila ummat islam semakin berputar pada paksi yang berbeza-beza.Apabila ma'ruf sudah kelihatan mungkar dan mungkar kelihatan seakan-akan ma'ruf.Seakan ada usaha untuk mencantumkan kemungkaran kedalam ma'ruf dengan harapan ummat islam akan melihatnya sebagai sebahagian dari islam.

Baru-baru ini saya terlihat aksi seorang pelajar Akademi Fantasia beraksi dipentas dengan penampilan bertudung.Kemudian saya melihat pula sebuah kumpulan nasyid (sedang melagukan lagu yang sukar untuk saya kategorikan sebagai nasyid) diatas pentas yang dikelilingi oleh penonton yang bercampur antara lelaki dan wanita sedang melompat-lompat.Ia seolah-olah menguatkan lagi anggapan saya bahawa, sememangnya wujud usaha kearah mencantumkan mungkar kedalam ma'ruf atau mencantumkan ma'ruf kedalam mungkar.

Persoalannya, akan berkumpulkan mungkar dan ma'ruf pada suatu tempat?Adakah jahiliah dan islam itu bisa berdamai?

Islam itu sifatnya tegak dengan keruntuhan 100% unsur jahiliah.Sekiranya 99% islam bercampur dengan 1% jahiliah sekalipun, ianya tidak di i'tiraf sebagai sebahagian dari ajaran islam.Jika kita bertanya, adakah islam itu fleksibel?Ya, islam itu fleksibel diatas paksinya yang fleksibel.Adakah islam itu alamiyyah?Ya, islam itu sifatnya alamiyyah.

Lalu ada yang mengatakan, rentak dan strategi dakwah perlu dipelbagaikan supaya ia lebih diterima oleh masyarakat.Saya bersetuju dengan hujjah ini namun dengan beberapa pindaan.Rentak dan strategi yang dirangka seharusnya tidak bercanggahan dengan sifat islam dan ajarannya.Prinsip inilah yang dipegang dan difahami oleh manusia paling berstrategi dalam dakwah iaitu Rasulullah saw.Bagaimana kita?Mampukah prinsip itu dipertahankan apabila kita mencadangkan supaya berstrategi?

Saya mendapat maklumat bahawa,Amerika sedang menaja sebuah pertubuhan untuk melumpuh dan menghancurkan islam dan pergerakan islam yang sedang bangkit.Antara caranya ialah dengan memperkenalkan islam bentuk baru kepada ummat islam diseluruh dunia.Dalam hati saya berkata, islam bentuk baru yang didepan mata kini ialah islam yang telah mencampurkan mungkar dan ma'ruf pada suatu tempat.

Buat waktu ini, bidang hiburanlah yang paling rancak dalam mencampurkan mungkar dan ma'ruf.Artis nasyid khususnya, apabila mendapat jemputan memberi persembahan ditempat sebegitu seharusnya sedar perancangan jahat ini.Orang akan berkata, "itu majlis yang islamik kerana terdapat nasyid, terdapat forum al-kuliah, forum hal ehwal islam", namun dicelahan yang terlalu besar diisi dengan program kemungkaran yang tertolak disisi islam.

Sekiranya ummat tidak menyedari, sekiranya ummat memilih untuk diam, selamanya ummat akan tertidur.Namun ingatlah amaran Allah,
Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.

Mengembara ke negeri mungkar...

Cerpen ini bukan idea original saya.Idea ini datang dari sebuah cerpen yang telah saya baca lebih kurang 10tahun lalu didalam majalah tamadun(kalau tak silap).Cerpen itu cukup menginsafkan sekiranya dihayati maknanya.Saya tidak pandai menulis cerpen,namun ia berbaloi untuk dicuba.Selamat membaca!

..................................................

Aku tersedar dari terlelap setelah kepalaku terhantuk pada sesuatu yang keras.Rupanya ia ialah penghadang kerusi di sebelah kiriku.Dalam keadaan mamai itu aku memerhatikan keadaan sekeliling.”Tak sampai lagi masjid jamek ni..”Bisik hatiku.Namun entah mengapa, tiba-tiba aku diserang perasaan tidak menentu.

"Dimana aku sekarang?"Getus hatiku.Barulah aku menyedari, suasana sekelilingku sekarang terlalu berbeza dengan suasana sebelum aku terlelap sebentar tadi.Lebih memelikkan ialah, semua penumpang memerhatikanku dengan pandangan yang kehairanan.

"LRT yang ku naiki sebentar tadi tidak secanggih ini."Aku mula kehairanan.Kerusi besi yang keras telah bertukar kepada kerusi cushion yang lebih empuk dan selesa.Pada setiap penghadang kerusi pula terdapat sebuah monitor di bahagian atas separas dengan kepala.

Tampa ragu, aku berpaling kearah skrin monitor tadi untuk melihat lokasi LRT sekarang.Pandanganku terpaku sebaik sahaja melihat skrin monitor.Terpapar ‘The Next Station is KLCC’.

”Kenapa LRT ni tak ikut laluan bawah tanah seperti biasa?”getus hatiku kehairanan.Seketika kemudian aku terpaku apabila melihat sesuatu di atas sebelah kanan skrin yang bertulis Fri 11.20 a.m 28th Jan 2157.

Pandanganku masih terpaku pada skrin monitor.Seketika kemudian,aku mengukir senyum.”Bodohnya sistem LRT Malaysia.Tarikh pun boleh tersilap!”Aku mencemuh di dalam hati.Namun sebaik sahaja aku mengalihkan pandanganku ke luar tingkap, lidahku menjadi kelu.Mataku terbeliak. Manakala hatiku yang dari tadi asyik benar berkata-kata gagal menghasilkan sebarang perkataan.

Beberapa detik berlalu.Kotak fikiranku mula beroperasi dengan menghasilkan pelbagai persoalan yang pastinya terlalu sukar untuk aku temui jawapannya.Diluar tingkap, tersergam indah bangunan-bangunan tinggi yang tidak pernah kulihat sebelum ini.Bentuk bangunan pula terlalu pelik dan dicat dengan warna-warna yang pelbagai.

Aku berpaling kearah penumpang lain yang masih kehairanan melihatku.“Mengapa mereka memandangku demikian?Aku dimana?”Aku mula gelabah.Fikiranku masih dalam keadaan tertanya-tanya.

Aku meraba kepalaku.Kopiah yang ku pakai masih disitu.Tiada apa yang tidak kena dengan kopiah.Aku memeriksa baju melayu yang kupakai.Tiada apa yang tidak kena.Tidak koyak, tidak kotor.

Pandanganku kembali tertumpu kepada penumpang lain.Barulah ku menyedari, pakaian mereka agak asing bagiku.Bertentangan dengan kerusiku, seorang wanita melayu berumur 40-an sedang duduk dikerusi dan memegang sesuatu ditangannya.Ia kelihatan seperti sebuah handphone.Menyedari aku sedang memandang kearahnya,wanita tadi tergesa-gesa meletakkan benda yang dipegangnya tadi kedalam handbag.

Pakaian wanita tadi cukup asing bagiku.Aku tertanya-tanya, sejak bila pula wanita melayu berumur sebegitu pandai memakai skirt pendek?Manakala bajunya yang terlampau ketat, bewarna silver dan berlubang-lubang dibahu.

Aku cuba melemparkan pandangan kepada penumpang yang lain.Terlalu ramai pasangan sedang berdua-duaan.Tidak jauh dari tempat aku duduk,sepasang kekasih kelihatan sedang bersenda gurau dengan mesra.Aku sedikit meluat dengan gaya pemakaian mereka yang begitu tidak senonoh.

“Aku dimana sekarang?Sekarang bila?Apa sudah terjadi?”terlalu banyak soalan sedang tercipta dibenakku.

Sedang aku asyik mencari kalau-kalau ada penumpang yang memakai baju melayu sepertiku untuk aku bertanya,pandanganku terarah pada sepasang kekasih berbangsa melayu yang sedang berkucupan.

“Astagfirullahalaziim..Hari ni hari jumaat.Mengapakah mereka sanggup mengotori penghulu segala hari ini?”Desis hatiku dengan hiba.

Agak ramai juga penumpang yang turun di stesen KLCC.Sebaik sahaja pintu automatik tren tertutup,aku terus berpaling kearah skrin monitor.Tertulis disitu”NEXT Station Is Real Paradise”.”Real Paradise?Apa tu?”aku tertanya-tanya lagi.Suasana diluar dan didalam tren terlalu asing bagiku.Dalam diam otakku berkata “jangan-jangan aku dah kemasa depan tak”.

Aku memerhatikan sekeliling sekiranya ada sesiapa yang boleh aku bertanya.Ada seorang lelaki tua duduk dihujung sebelah kanan tempat dudukku.Aku bangun merapatinya.

“Assalamualaikum pakcik.Boleh saya tumpang tanya.”

Pakcik tadi berpaling kearahku.Raut wajahnya mengambarkan dia tidak selesa dengan kehadiranku.

“Excuse me?”.balas pakcik tadi sambil mengangkat kening memandang kearahku.Salamku tidak berjawab.Pertanyaanku dalam bahasa melayu dijawab dalam bahasa inggeris.”Tak apalah.”bisik hatiku.

“Do you know how to go to Masjid Jamek?”tanyaku.

“It’s behind the Real Paradise building”jawab pakcik tadi sambil melempar pandangan kearah lain.Perbuatannya agak membuatkan aku tidak selesa.”Tak apalah.Mungkin pakcik ni sedang ada masalah”bisik hatiku lagi.”Serendah-rendah ukhwah ialah berbaik sangka sesama muslim.”Terngiang-ngiang suara garau naqib usrahku ketika dibangku sekolah menengah dahulu.

5 minit kemudian tren berhenti di stesen Real Paradise.Aku keluar dari tren menuju ke laluan EXIT.Stesen Real Paradise terletak didalam bangunan Real Paradise.Bangunannya cukup canggih dihiasi dengan hiasan dalaman yang tidak pernah kulihat.Terdapat banyak skrin disana-sini.Lampu di dalam bangunan agak malap.Dari kejauhan kedengaran bunyi seperti alat muzik.Manakala ruang legar stesen dipenuhi oleh penumpang yang ingin menaiki tren dengan penumpang yang baru turun.Entah mengapa aku terperasan sesuatu, terlalu ramai lelaki berumur didalam stesen tersebut.

Aku menaiki elevator untuk ke ground floor.Sebaik sahaja keluar dari elevator,dihadapanku tersergam satu mesin seperti pintu.Pintunya lutsinar.Penumpang lain meletakkan sesuatu yang dibawa mereka dihadapan suatu alat berbentu empat segi pada mesin tersebut.Kemudian pintu lutsinar tadi terbuka.Tertulis pada alat empat segi tadi, AUTO-DETECTION SYSTEM dan satu simbol bewarna biru yang tidak kukenali.

Sambil berdiri dihadapan mesin tersebut,aku menyeluk poket seluar, lalu kukeluarkan tiket yang kubeli di stesen LRT Taman Melati sebentar tadi.Tiket itu masih tidak berubah.Berwarna oren dibahagian hadapan dan berhiaskan gambar LRT kebanggan Malaysia.

Apa yang harus aku lakukan sekarang?Aku dimana?Aku dizaman apa?

Termanggu sendirian dengan seribu persoalan dihadapan sebuah mesih didalam bangunan bernama Real Paradise yang dipenuhi dengan lelaki berumur.

akan bersambung.....

Selamat Hari Guru!

Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum manjadi dewasa.

Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Nukilan Allahyarham SN Dato' Dr. Usman Awang

Buat semua yang bergelar guru, ingin saya ambil peluang ini untuk mengucapkan selamat hari guru.Semoga segala ilmu dan jasa yang dicurahkan dengan ikhlas dan dedikasi, dinilai mulia dan dibalas oleh Allah di hari pertemuan denganNya nanti.

Kepada semua guru yang pernah mengajar saya, saya doakan semoga sentiasa dibawah rahmat dan perlindunganNya.Teruskan Perjuangan!

New layout for new blogger

Agak lama juga saya tidak update berkenaan blog tutorial.Hmm..

Beberapa hari lepas, saya melayari blog sahabat lama saya arephyz,dan mendapati banyak layout yang baru untuk new blogger.Perlu di fahami bahawa new blogger dan blogger versi lama ada sedikit perbezaan.Bagi new blogger, layout file dalam bentuk .xml file.Manakala bagi blogger versi lama, template(panggilan lama) dalam bentuk text.

Disini ada beberapa layout untuk dipilih.Untuk mendownloadnya, sila ke blog (click menu template untuk paparan kategori template) sahabat saya.

Theriseofislam.blogspot.com : 6 bulan dipersada maya

Semalam, jumaat, 11 hb 5 , genaplah 6 bulan theriseofislam.blogspot.com berada di alam maya.Manakala entry ini adalah entry yang ke-62 bagi blog ini.6bulan berlalu, dan 62 entry.Terlalu sedikit sumbangan saya kepada islam.Sedangkan dalam masa yang sama, terlalu banyak jasa islam kepada saya.

Saya tidak mulia kerana saya melayu.Saya tidak mulia kerana saya berumur muda.Saya mulia dengan islam.Namun berapa ramai yang menyedari hakikat ini?Jikapun menyedari, berapa ramai yang menghargai islam sebagai agama mereka?Jikapun menghargai, berapa ramai yang sanggup mengorbankan apa sahaja demi menegakkan agama ini?

Semoga kita dan seluruh zuriat keturunan kita menjadi antara insan yang diberi kelebihan dan peluang untuk menegakkan agama yang mulia ini.

Ikhlas vs berpura-pura?

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Tiada mood menulis.Tetapi apabila mulut gagal meluahkan, apabila hati penat berkata-kata, apabila fikiran buntu memproses dan mencari jawapan, akhirnya jemari terpaksa mencapai keyboard di meja.Ada beberapa perkara yang menganggu fikiran.Ia bermula dari satu peristiwa yang sangat saya sesali kerana terlalu mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan saya (khasnya).

Suatu hari.Selepas habis kuliah, saya mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Sedang saya mengayuh basikal melalui jalan utama ke pagar universiti, menunggu di gate utama universiti ialah seorang gadis jepun yang cantik molek (bla..bla..bla) yang dari jauh sudah melemparkan senyum kearah saya.

Mulanya saya tidak mengendahkannya.Terus dengan kayuhan.Semakin dekat semakin saya perasaan, bahawa dia sedang tersenyum kepada saya.Rupanya ditangannya terdapat pamplet dan tugasnya mungkin mengedarkan pemplet tersebut kepada pelajar-pelajar yang melalui kawasan itu.

Beberapa meter sebelum saya melepasi gadis tadi, benar-benar saya berniat untuk mengambil pamplet tersebut.Namun sebaik sahaja gadis tersebut menghulurkan pamplet kepada saya, saya tidak mengambilnya.

Mengapa?

Pilihan jawapan ada dua.
Samada saya tidak mengambil pamplet tersebut kerana memang saya tidak memerlukannya.Atau, jika saya mengambilnya, sudah tentu orang lain akan fikir, saya mengambilnya kerana yang mengedarkannya ialah seorang gadis yang cantik.

Jujur saya katakan, saya tidak melihat peristiwa tadi terlalu menganggu fikiran.Hinggalah apabila ada suatu peristiwa yang berikutnya yang benar-benar mencabar prinsip saya.

Ketika saya kecil, agak kerap saya terjumpa dengan cerita seorang ayah, anak dan keldai, mengembara dari satu kampung ke satu kampung.Ketika si ayah menaiki keldai tersebut, penduduk kampung mengutuknya dengan berkata "lihat si ayah menzalimi anaknya", ketika si anak menaiki keldai "lihatlah si anak menzalimi ayahnya".Ketika kedua-duanya menaiki keldai "lihatlah ayah dan anak menzalimi keldai", dan ketika "kedua-duanya berjalan kaki dan tidak menaiki keldai, "lihatlah betapa bodohnya si ayah dan si anak, ada keldai tapi berjalan kaki".

Setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat, perasaan manusia berperang diantara ikhlas dan ujub.Adakala keihklasan menang, dan ada kala keujuban itu menang.Samada ikhlas atau ujub, atau juga kepura-puraan, manusia lain gagal mengetahui rahsianya kerana ia termasuk dalam perkara hati yang ghaib dari penglihatan.

Namun mengapa manusia lain berlagak seolah-olah dapat mengetahui rahsia hati itu tadi?Jika tidak dizahirkan dengan perkataan, mana mungkin manusia lain dapat mengetahuinya?

Saya tahu, manusia lain tidak dapat mengetahui rahsia hati saya.Samada saya ikhlas atau saya hanya berpura-pura, hanya saya dan Allah sahaja yang mengetahui.
Dia mengetahui apa yang ada dilangit dan dibumi, dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan.Dan Allah maha mengetahui segala isi hati.[At-Taghaabun 4]
Jadi apa perlu saya memikirkan apa yang orang lain akan sangka dengan tingkah laku saya?Persoalan inilah yang masih belum berjawab.

Persoalan ini bertembung dengan prinsip saya iaitu, "insan dakwah perlu menjadi contoh tauladan secara lansung kepada objek dakwah."Lalu ia membentuk persoalan-persoalan lain yang semakin mendera kotak pemikiran saya sediri.

[CONTOH]
Katakan, saya membuat satu perkara yang apabila orang lain melihatnya, membuahkan tafsiran yang kurang elok.Bagi saya, saya membuat perkara tersebut dengan ikhlas, dengan segala kesungguhan dan saya yakin apa yang saya buat itu betul.Apakah saya melanggar prinsip sendiri?Perlukah saya tidak melakukan perkara itu demi prinsip dan demi kelancaran dakwah?

Wacana fikir untuk direnungkan bersama.

-syahid_zul for the rise of islam-

Survey

Apakah pandangan anda tentang tulisan di blog ini?

View Results
Free poll from Free Website Polls

Assalamualaikum...

Disini saya ingin membuat sedikit bancian berkenaan blog ini.Saya dengan rendah diri berharap agar mendapat kerjasama dari pembaca dan pelawat blog ini untuk membuat undian secara jujur dan ikhlas..

Manusia bukan peramal tarikh kiamat

Kita semua mengetahui hakikat ini, kiamat itu pasti berlaku!

Bila?
Wallahuaklam..!

Bagaimana berlaku?
Diceritakan oleh al-quran surah Al-qiyaamah,Al-Zalzalah dan ayat-ayat yang lain beserta hadis-hadis rasulullah yang sahih.
Aku bersumpah demi hari kiamat,
dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri,
Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan kembali tulang belulangnya?[Al-Qiyaamah 1-3]

Tanda hampir berlaku?
Semua orang menghafalnya.Ada tanda kecil dan ada tanda besar.

Bagi orang-orang yang beriman dengan hari kiamat, mereka mempersiapkan diri untuk menghadapi kedahsyatan hari tersebut.Sebaliknya pula bagi orang yang ragu, mereka terus hidup dalam dunia mereka yang sementara.Meskipun kita cukup mengetahui,"70 tahun terlalu singkat untuk hidup bahagia kemudian terpaksa menderita di neraka,70 tahun terlalu singkat untuk menderita kemudian dilimpahi rahmat Allah di syurga"namun kadang kala kita juga memilih untuk terus berada dalam keraguan.

Berbicara mengenai hari kiamat, terlalu banyak teori mengenai tarikhnya.Semua teori adalah disandarkan kepada kajian manusia, perubahan alam dan seumpamanya.Contohnya ada meteorite sedang menuju tepat kearah bumi dengan kelajuan tertentu dan akan melanggar bumi pada tarikh tertentu.Apabila diselidiki, tarikh tersebut jatuh atas hari jumaat.Lalu kita merasakan hari "itu" mungkin hari kiamat.

Banyak lagi teori-teori mengenai tarikh kiamat.Matlamatnya hanyalah satu iaitu mencari tarikh sebenar kiamat.Sedangkan bagi orang islam yang benar-benar beriman, mencari tarikh kiamat bukanlah kewajipan.Kita percaya bahawa kiamat itu pasti berlaku, tidak perlu mengetahui bila ia akan berlaku.Apa yang wajib keatas kita ialah bersedia menghadapinya dengan melakukan semua suruhan dan meninggalkan semua larangan Allah.

Hari ini saya terkejut apabila membuka satu website dan tertera di muka depannya artikel tentang seorang manusia "aneh" bernama Sai Baba yang berasal dari India.Isunya ialah, manusia ini dianggap sebagai dajjal dan memiliki sifat dan kebolehan seperti dajjal.Artikel itu menyatakan:
Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,
menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan
mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi
belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi
menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh
Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari
berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut..
Sila rujuk wikipedia untuk fakta lanjut tentang lelaki ini.

Apabila membaca berita/artikel seperti ini, kesilapan "mentafsir" selalu berlaku.Selalunya kita akan mentafsir hanya dari segi ucapan dengan berkata "kiamat semakin hampir" kemudian full stop.Kita lupa untuk menjadikan ucapan kita tadi motivator kepada diri sendiri untuk memantapkan keyakinan terhadap agama islam yang kemudiannya akan menjadikan kita lebih taat kepada Allah dan suruhanNya.Mungkin juga kita terlalu banyak berteori dan lupa kepada praktikal.

Sehingga ke hari ini saya masih berfikir tentang sebaris ayat;
Islam takkan bangkit selagi mana bilangan makmun solat subuh tidak menyamai bilangan makmum solat jumaat!
Apa cerita kita yang tidak langsung menjadi makmum?Apa cerita mereka yang tidak lansung sembangyang?Apa cerita mereka yang bercita-cita melenyapkan islam dari muka bumi?Semua ini mengambar bebanan yang sedang menanti setiap pejuang islam.Masih terlalu jauh untuk berfikir tentang kiamat.Sebelum bertanya "bilakah kiamat?", tanyakan dahulu pada diri sendiri "sudah bersediakah aku untuk mati", kerana mati ialah kiamat kecil yang belum terkupas persoalan tarikhnya!

Renungkan video ini..

Palestin : Lipatan sejarahnya yang terus berlipat

Sejak munculnya fahaman nasionalisme (fahaman kebangsaan), islam, ajaran dan ummatnya terheret ke dalam satu ruang "kepelbagaian ideologi" yang kemudiannya menjadi racun yang paling berbisa bagi membunuh ketulenan ajarannya.Nasionalisme yang lahir di antara manusia yang dijajah dan colonialist, dilihat sebagai satu ideologi baru dan bertindak sebagai savior kepada sesuatu bangsa yang dijajah.

Sejarah dalam lipatannya yang tersendiri mencatatkan, perjuangan menuntut kemerdekaan oleh kebanyakkan bangsa di dunia adalah berpaksikan kepada semangat nasionalisme.Bangsa red indian di amerika, bangsa kulit hitam di afrika, bangsa melayu di malaysia, masing-masing ada cerita yang tersendiri di sebalik perjuangan nasionalisme mereka.

Tinggalkan bab nasionalisme, dan marilah kita merenung sejenak apa yang sedang terjadi kepada manusia di zaman ini dalam mencari titik penyatuan.Ternyata manusia terkial-kial dalam mencari formula yang paling sesuai untuk disatukan semua manusia diatasnya. Ada kalanya manusia bersatu diatas kesamaan bangsa, ada kalanya mereka bersatu atas kesamaan sempadan geografi, ada kalanya mereka bersatu atas kesamaan level ekonomi.Namun zaman yang berubah membuktikan bahawa, asas penyatuan yang dicipta sendiri oleh akal itu ternyata gagal dalam menyatukan manusia, apalagi untuk mewujudkan satu suasana harmoni di planet ini.

Bangsa yang kerdil ditindas dan dihina, negara yang kerdil diperbudakkan, negara yang miskin terus dengan kemiskinan, negara yang kuat sesuka hati menjajah dalam bentuk baru(new colonialism).Ternyata ketamadunan manusia tidak berkadar terus dengan keharmonian dunia.Awal millennium ke-2 menyaksikan satu lagi bukti kegagalan asas penyatuan yang diilhamkan oleh akal.Ternyata negara yang kuat(US) mengunakan segala kekuatan yang ada untuk memusnahkan negara yang lemah(Afghanistan).

Bagi saya, kegagalan dunia untuk mewujudkan keharmonian antara negara-negara ialah kerana terdapat "special case" yang dilihat dengan sebelah mata, tidak dihiraukan dan ditidakmengapakan.Ia ialah isu palestin-israel!

Terlalu sukar untuk difahami mengapa isu palestin-israel ini berpanjangan dengan begitu lama.Kemana perginya United Nation(PBB)?Jika seluruh kekuatan dan pengaruh dunia ditumpukan untuk menyelesaikan pertikaian ini, insyaallah ia akan dapat diselesaikan dengan mudah!Tetapi seluruh dunia diam, dan terus menganggap ianya special case yang tidak mengapa jika dibiarkan pun.

Mind-set dunia yang menganggap isu palestin-israel sebagai special case ternyata telah menjangkiti isu-isu ummat islam yang lain umpamanya isu penghapusan etnik di bumi Bosnia.Agak tidak keterlaluan jika saya katakan, dunia telah berfikiran "jika orang islam yang ditindas, ianya ialah special case"!

Dimana silap kita?

Pantun melayu ada menyebut;

Apa diharap padi seberang,
Entahkan jadi entahkan tidak,
Apa diharap kasih orang,
Entahkan sudi entahkan tidak.

Ingin saya berbalik kepada nasionalisme, kesan racunnya ialah, ummat islam menjadi lupa kepada ajaran islam yang tulen yang mengajak manusia bersatu diatas kalimah lailahaillallah.

Apabila lipatan sirah dibuka kembali, pernah disuatu ketika apabila bapa saudara Rasulullah, Abu Talib datang kepada Rasulullah memberitahu bahawa dakwah baginda telah memutuskan ikatan kekeluargaan dan memecahbelahkan bangsa arab, lalu Rasulullah berkata, wahai bapa saudaraku, pergilah kepada Abu Jahal dan mintalah kepadanya satu formula yang boleh menyatukan seluruh ummat manusia.Lalu Abu Talib pergi menemui Abu Jahal dan Abu Jahal berkata, bukan sahaja satu formula, bahkan 10 formula dia boleh bagi.Apabila disampaikan kepada Rasulullah, baginda menggelengkan kepala lalu bersabda, "tidak!yang boleh menyatukan seluruh manusia(arab atau bukan arab) ialah kalimah lailahaillallah."

Kesan perjuangan kemerdekaan diatas nama bangsa telah menjarakkan muslim berbangsa palestin dan muslim berbangsa melayu.Kesan penyatuan diatas sempadan geografi menjarakkan muslim malaysian dan muslim palestinian.Kesan penyatuan diatas level ekonomi menjarakkan negara membangun malaysia dan negara palestin!

Saya memetik satu teori nasionalisme dari wikipedia yang menyatakan

Nationalist movements are surrounded by other nationalist movements and nations, and this may colour their version of nationalism. It may focus purely on self-determination , and ignore other nations.

Kerana itulah apa jua yang terjadi di Palestin, apa jua yang terjadi di Bosnia tidak begitu menguris perasaan sesetengah dari orang islam sendiri.Simpati kita kebanyakkannya didorong oleh sifat kemanusian bukannya keagaaman dan bukannya persaudaraan.Sekiranya ketidakadilan berlaku kepada keluarga kita, sudah tentu kita adalah pembela di barisan yang paling hadapan.Sekiranya kekasih kita cuba dirogol didepan mata, sudah tentu nyawa akan kita korbankan untuk mempertahankannya.

Suasana yang sama tidak berlaku antara kita dan rakyat palestin.Kita dan mereka terlalu jauh!Ini membuktikan bahawa kita terlalu lemah dalam menghadamkan makna penyatuan diatas kalimah lailahaillallah.Dalam sedar atau tidak, kita turut menjadi sebahagian dari dunia yang terus menerus memandang palestin sebagai special case.

Masih sempat untuk saya bertanya...

Zon sibuk sedang berhenti rehat.Penyelamatnya ialah golden week.Jepun ketika ini sedang memasuki zon golden week iaitu deretan cuti bermula 29hb4(greenery day), 30hb4(sub holiday), 3hb5(constitution day), 4hb5(national holiday), dan 5hb5(children's day).Walaupun tidak panjang, namun cukuplah untuk merehatkan minda dan masa yang sedikit terluang pastinya menuntut untuk diisi dengan aktiviti kebaikan.

Semalam saya dikejutkan dengan satu video di youtube.Seorang ustazah yang taraf ilmunya pastinya lebih tinggi daripada saya berkata

"adakah apabila dilaksanakan hukum hudud (potong tangan) sahaja itu boleh menghalang dari berlaku kecurian?Kalau dia terus mencuri, adakah perlu kita potong kaki.Kalau dia mencuri lagi,mencuri dengan mulut ke apa dak tau, kita nak buat apa lagi?"

Beberapa bulan yang lalu, saya sempat berbalas hujjah dengan seorang sahabat di satu portal islamic.Sahabat berkenaan berhujjah
"tidak semestinya islam memerintah negara akan aman , tidak semestinya gejala seks bebas akan pupus..ini semua bergantung kepada sikap dan hubungan sesama manusia. buat lah pendekatan camnepun, tp sekiranya akhlak islam tu takde, tak mustahil kita tgk org yg bertudung litup akan melakukan kegiatan tidak bermoral.."

Meruncingnya krisis keyakinan!

Apabila difikirkan dalam-dalam, apa yang kita perjuangankan, apa yang kita ibadahkan, apa yang kita ikut hanyalah berpaksikan kepada keyakinan.Yakin, bahawa islam itu agama yang benar dan yakin bahawa Allah itu tuhan semesta alam.Ternyata tuntutan kearah kemantapan keyakinan amat perit untuk di tafsirkan ke dalam kehidupan manusia.

Tiba-tiba perasaan takut dan gerun menyergah.Sekiranya seorang ustazah yang ada Phd dalam ilmu agama, dan apabila seorang pelajar yang islamic boleh berhujjah sedemikian rupa, siapalah syahid_zul untuk tidak melakukan kesilapan?Saya yakin bahawa, mereka tidak bermaksud memperkecilkan, tidak bermaksud untuk berperasaan tidak yakin dengan islam dan ajarannya, namun mulut yang tersasul membuktikan mereka tiada fokus dalam keyakinan.Mereka tiada fokus dalam perjuangan!

Sering kita membaca buku-buku dan tulisan-tulisan pemikir islam di zaman ini.Mereka mengariskan kewajipan untuk semua ummat islam berusaha dan bekerja sekeras-kerasnya kearah kewujudan sebuah daulah islamiyyah (negara islam, khilafah islam).Hudud bukan matlamat yang akhir, kuasa bukan matlamat yang akhir, pemerintahan bukan matlamat yang akhir, pembangunan bukan matlamat yang akhir, ketamadunan bukan matlamat yang akhir.Matlamat terakhir ialah islamu ya'lu wala yu'la alaih.Membebaskan manusia dari menjadi hamba sesama manusia kepada manusia yang bertuhankan Allah.

Jalan perjuangan kearah negara islam selalu dipertikai.Katanya perjuangan sebegitu diwujudkan hanya untuk merampas kuasa.Perlu di ingat, persetubuhan dalam perkahwinan bukannya matlamat terakhir.Begitu juga perjuangan kearah daulah islamiyyah.Kuasa dan pemerintahan bukan matlamat yang akhir.Samada kita tidak tahu atau kita yang terlalu tidak pandai untuk memahami.

Apabila saya cuba melempar hujjah sebegini, selalunya cara saya ini akan dipertikai.Adakah ini cara seorang insan dakwah?Mencari kesalahan orang lain dan mengkritiknya?Perlu difahami, al-Quran itu diturunkan kepada manusia.Ia tidak diturunkan kepada binatang yang tidak mengerti apa-apa.Dan jika ia diturunkan kepada gunung-ganang, pastinya gunung-ganang itu akan hancur berkecai.Konsep asas dalam islam ialah, amar ma'ruf nahi mungkar.Kita boleh menyeru ma'ruf sahaja dan kemudian cara kita akan dipersetujui oleh semua orang.Namun itu bukan ajaran islam."Wahai orang-orang yang beriman,masuklah ke dalam islam itu keseluruhan,Dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan...[al-baqarah 208]"

Mungkin kita masih sempat bertanya, mengapa mereka(ustazah dan sahabat saya) tergamak berhujjah demikian? Pada saya, jawapannya ialah, kerana "itu" bukan antara matlamat dan perjuangan hidup mereka.Jika tiada cita-cita untuk melihat hudud itu berjalan di atas muka bumi malaysia ini, sesiapa jua akan melihat hudud se-enteng itu.Samalah juga, jika tiada cita-cita untuk melihat tertubuhnya sebuah negara islam, pastinya kalimah "negara islam" terlalu ringan untuk diperbodohkan.

Dalam kita menangisi krisis moral yang sedang melanda masyarakat yang jauh dari agama, rupanya masih tersimpan tangisan untuk insan yang faham agama tetapi kandas dalam bab keyakinan.Mungkin disini masih sempat untuk saya bertanya, sampai bilakah harus menangis?Ataukah dibahu ini sedang tergalas beban dakwah yang terlalu berat...? Pastinya "silence is not an option"

Lama tak update

Maafkan saya kerana terlalu lama menyepi.Apabila diselak kembali, nampaknya sejak akhir-akhir ini kekerapan saya menulis semakin berkurang dan berkurang.Mungkin waktu begitu lunak membatasi, atau saya yang tidak fokus.Apapun alasan dan sebabnya, perjuangan harus diteruskan.

Kita mungkin membuat beberapa kesilapan di masa yang lalu.Atau juga kita telah membuat terlalu banyak kesilapan di masa yang lalu.

Ada seorang hamba Allah.Dia telah berbuat dosa.Lalu suatu hari dia bertaubat dengan sebenar-benar taubat.Lalu Allah mengampuninya.Tidak lama kemudian dia mengulangi dosa itu lagi.Kemudian dia bertaubat lagi dengan taubat yang sebenar dan berjanji takkan mengulangi dosa itu.Lalu Allah mengampuninya.Tidak lama kemudian dia mengulangi dosa itu kembali.Setelah itu dia bertaubat dengan taubat yang sebenar.Lalu Allah mengampuninya.

Begitulah berulang-ulang walau berapa ratus kali pun, keampunan Allah terbuka luas.Selagi nyawa tidak di halkum dan selagi matahari tidak terbit dari barat.

Begitulah kasih Allah kepada manusia.Namun manusia itu lupa.31 kali Allah bertanya di dalam surah ar-rahman.Maka nikmat tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan?Pernahkah kita cuba berfikir jawapannya?

Semester baru baru sahaja beberapa minggu bermula.Sementara itu,saya telah berpindah ke rumah yang lebih dekat dengan universiti.Kemudian datang pula pertandingan bola sepak yang di anjurkan oleh pelajar malaysia kawasan kyusyu.Mungkin inilah puncanya yang menyebabkan masa saya agak terbatas sejak akhir-akhir ini.

Namun di dalam setiap kesempitan itu ada kesempatan.Dalam setiap musibah ada hikmah.Dalam setiap ketewasan, ada senyum yang terlalu mahal untuk tercipta.Dalam mengisi perjuangan ini, apapun jalanan yang tersedia, harus dilangkahi dan digagahi.Semoga kita sama-sama bertemu di destinasi yang sama.