Post Mortem

Kes lina joy @ Azlina Johari sudah menemui noktahnya.Samada ia noktah penamat atau ia hanyalah noktah untuk ayat atau perenggan pertama, setidak-tidak telah membuka ribuan mata ummat islam untuk kembali fokus kepada institusi agama dalam negara.Bergema disana-sini, malah hiruk pikuk pula dikalangan sahabat saya yang dahulunya tidak pernah concern (ambil tahu) tentang institusi islam dalam negara, turut menjadikan isu lina joy sebagai salah satu tajuk perbualan.

Mungkin ianya menjadi satu amaran kepada puak kuffar bahawa "usah dikejutkan harimau yang sedang tidur,kelak ia akan membaham".Saya tidak pula berniat untuk mengatakan bahawa kita sudah 100% berada dizon selesa.Dikesempatan yang reda ini,saya ingin melontar sebuah tulisan yang pada saya cukup penting untuk difikirkan demi kelansungan generasi islam dimasa akan datang.

Berbicara soal murtad, kita tertanya-tanya mengapa ummat islam boleh murtad?Atau mengapa ada orang islam sanggup keluar dari agama yang benar?Dengan senang saya boleh menjawab, ianya kesilapan persekitaran.Ianya kesilapan media masa yang 24 jam menanam racun hedonisme, ianya kesilapan kerajaan yang tidak mengawal media masa, ianya kesilapan mak ayah yang tidak mendidik anak dengan agama, ianya kesilapan si polan si polan kerana itu dan kerana ini.

Akhirnya saya menyedari, perbuatan menyalahkan seolah-olah meletakkan saya di awang-awangan dan tidak berpijak dibumi nyata.

Lalu saya berfikir, mungkin murtad berlaku kerana hukuman bunuh keatas si murtad tidak dilaksanakan.Ya,maksud saya setelah dinasihati dan diterangkan tentang islam,lalu si polan yg ingin murtad tetap untuk murtad,lalu ia dibiarkan.Adakah dengan hanya bertemu dengan faktor sebegini masalah mampu selesai?

Sudah tiba masa kita berpijak dibumi nyata.Masih terlalu awal untuk berbicara soal hudud,qisas dan takzir.Di alam maya inipun, tidak sedikit orang islam yang jahil tukir tentang hukum-hukum tadi.Selalu juga saya mengembara ke laman malaysia today misalnya,menemukan saya dengan orang-orang yang terlalu jauh dari destinasi faham apalagi destinasi cita-cita untuk melihat ia tegak sebagai hukum.

Persoalan saya ialah,sejauh mana ummat islam sekarang ini faham tentang islam?

Saya ubah soalan, sejauh mana ummat islam faham apa itu aqidah?

Saya ubah lagi, sejauh mana usaha kita untuk menjadikan ummat islam faham 2 perkara diatas?

Saya cukup yakin, lina joy tidak faham apa itu islam.Dia lansung tidak tahu apa itu kehebatan islam.Dia tidak faham pun apa itu aqidah.Jadi,dimana peliknya jika dia boleh murtad?Salah siapa jika orang islam sepertinya murtad?Adakah salah dia?Atau adakah salah kita yang tidak memahamkan?Atau adakah teknik menyalahkan sebegini sudah tidak valid?

Disaat kita dihantui persoalan tadi, cubalah berpaling kepada angka-angka orang-orang islam yang tidak tahu lansung apa itu aqidah ibadah, feqah, dan seumpamanya.Islam mereka hanya pada nama kerana sistem pewarisan, tetapi mereka seolah-olah tin kosong yang tidak berisi apa-apa.

Kita memarahi mereka kerana tidak solat,sedangkan mereka tidak tahupun bacaan-bacaan solat.Kita berburuk sangka apabila mereka berkepit kesana kemari, sedangkan mereka tidak pernah diajar batas pergaulan dalam islam, kita memandang serong kepada mereka apabila mereka mendedahkan aurat,sedangkan mereka tidak tahupun apa itu aurat.Mengapa kita harus menjadi sebodoh ini?Mereka tidak memerlukan amarah,pandangan serong dan buruk sangka dari kita sama sekali.Sudah tiba masa untuk kita menyedari bahawa mereka sebenarnya memerlukan bimbingan dari kita!

Namun kita tersilap.Memilih jalanan senang iaitu hanya menyalahkan.Berapa ramai antara kita yang cuba menghampiri mereka diatas niat dakwah yang ikhlas kerana Allah?Berapa ramai pula yang menganggap diri kita terlalu suci untuk bergaul dengan mereka?Adilkah insan dakwah bersikap sebegitu?

Sedarlah, ummat islam ini sedang menangis...

Dengarlah tangisan mereka dan sambutlah dengan dakwah.Ianya tidak sesenang menulis artikel.Memulakannya sesusah menjayakannya!

Bermula pada hari ini, ubahlah persepsi.Ingatlah,dalam dakwah First Impression is Nothing.Jika anda menilai seseorang hanya dari pandangan pertama dan berkata "dia ni xleh nak buat camne dah..", anda akan selama-lamanya gagal.

wassalam...

.... rest of template code ....

Sebuah Sajak Dalam Kesibukan...

Tidak sempat update.Terimalah sebuah sajak untuk direnung bersama;

Senja itu,
Di Garhayu irama gerimis yang tandus
Aku sempat menalkinkan sebuah harapan
Untuk paku terakhir sebuah keranda Ilusi
Lantas terkoyaklah mihrab yang melangsiri antara Cita dan Cinta
Membenarkan aku mengangguki segalanya
Pasrah dalam renyuk doa kerinduan..
Hujan masih renyai diluar,
Memercikkan sebuah memori yang kelam
dalam kelunturan asyik..
Aku enggan mengenang sebuah ketewasan
Yang hanya berkronikan janji semata
Lantas,
Pandangan ku lempar nun sayup ke jendela malam
Menatap zulumat yang membungkus dimensi nyata
Asyik dalam keterbatasan usia
Dan aku sendiri disini
Gagal mentafsir erti gerimis yang mula kebingungan
Diantara alir dan terhenti
Izinkan aku bersimpuh disini
Menatap saki baki makna hidup derita
Mencari kalau-kalau ada sedikit sinar dalam terowong keliru
Sesudah penat berbicara bersama sunyi
Ku tutup kitab puaka itu
Untuk ku hampar sebuah sejadah hidup
Lantas ku sujud sepuasnya.

nurkilan:syahid_zul, 19/6/07

p/s:Mungkin susah nak faham atau mungkin ada tempat2 tertentu yang kedengaran pelik.Tapi asalkan ia dapat menyampaikan perasaan penulis, ia dikira sebuah karya.

Technorati

Tidak ada masa untuk melawat semua blog tiap-tiap hari?
Kesempitan masa untuk membuat benda-benda lain dan melayari internet?
Selepas menunggu blog page untuk load sepenuhnya,blog yang dilawati tidak diupdate?

Kepada sesiapa yang mempunyai simptom diatas,sila baca artikel ini hingga habis.

Pernahkah anda dengar tentang Technorati?Bagi penulis blog professional semestinya sudah terlalu maklum dengan fungsi technorati yang menyediakan ranking antara blog.

Bagi blog yang mempunyai paling banyak link di blog-blog yang lain,ranking blog tersebut akan naik dan ia berkadar terus antara satu sama lain.

Ketika entry ini ditulis,blog theriseofislam.blogspot.com menduduki rangking ke 92921 dengan memiliki link di 55 buah blog.Bermakna ada 55 buah blog yang meletakkan link http://theriseofislam.blogspot.com di dalam blog mereka.

Namun itu bukan fokus saya.Berbalik kepada tajuk simptom diatas dan bagaimana untuk mengatasi, technorati menyediakan perkhidmatan favorite blogs kepada user yang register di laman web tersebut.Contohnya,jika anda register di technorati dan mark blog ini sebagai favorite blogs anda,anda boleh mengetahui samada saya update atau tidak blog ini dengan hanya login di technorati.

Senang bukan?

Dengan hanya sekali loading (di technorati) , anda dapat mengetahui blog mana yang paling terbaru di update dan blog mana yang tidak di update.Anda tidak perlu lagi merayap dari blog ke blog untuk membaca entry terbaru oleh penulis blog.

Bagi user yang mempunyai blog sendiri pula,anda boleh register blog anda di technorati.Ia akan memudahkan anda untuk melihat rangking blog anda :)

wassalam..

Menyumbang dan Berkorban : Dimanakah kita?

Saya telah menyentuh sedikit berkenaan menyumbang dan berkorban dalam artikel lepas, tetapi merasakan tajuk ini memerlukan kupasan yang lebih terperinci lagi,lalu saya membuat keputusan untuk menulis entry khas mengenainya.

Apabila sejarah perjuangan Rasulullah saw digali untuk mengenal corak perjuangan baginda serta sahabah dan mengutip pengajaran yang cukup berharga buat ummat manusia kemudian, lalu disana kita sering dipertemukan dengan kisah-kisah hebat Rasulullah saw dan sahabah ridhuanullah dalam menyampaikan dakwah islam.Selalunya reaksi kita sebagai ummat akhir zaman ialah "itu rasulullah" atau juga "itu sahabat" dan diikuti dengan "mana mungkin sama dengan kita".

Di kanvas sejarah, tercatat terlalu banyak peristiwa hebat yang melibatkan Rasulullah saw dan para sahabah.Antaranya ialah ketika Ali ra mengantikan Rasulullah saw untuk tidur ditempat tidur baginda ketika peristiwa hijrah.Dalam sirah nabawiyah,Mustafa Sabaie menitipkan
Tindakan Ali ra tidur di tempat tidur Rasul s.a.w. pada malam Hijrah merupakan pengorbanan nyawa untuk menyelamatkan nyawa Rasulullah s.a.w.. Ini kerana ada kemungkinan pedang pemudapemuda Quraisy akan dihayunkan ke kepala Ali r.a. sebagai membalas dendam, ekoran beliaulah yang memudahkan Rasulullah s.a.w. menyelamatkan diri. Namun Ali r.a. tidak menghiraukan perkara tersebut. Cukuplah bagi beliau, jika Rasulullah s.a.w selamat, Nabi umat dan pemimpin dakwah terselamat.
Kemudian ingin saya memetik satu cerita dari bingkisan Fiqh Al-Sirah tulisan Muhammad Sa’id Ramadhan al-Buti,
Tahukah saudara siapakah Mus’ab bin Umair itu?Ia adalah satu-satunya putera ‘Arab yang hidup dengan serba kemewahan, dengan pakaian yang serba mahal. Tapi bila saja beliau menganut agama Islam maka segala—galanya ditolak ke tepi. Dengan penuh semangat kelslaman beliau turut serta di barisan hadapan di belakang Rasulullah berda’wah dan menyeru manusia ke jalan yang sebenar. Dengan relahati pula beliau menerima siksaan kaum Quraisy dan beginilah keadaannya yang penuh dedikasi berkorban untuk Islam hingga ke titisan dan nafasnya yang terakhir. Di dalam peperangan Uhud ditaqdirkan beliau telah gugur syahid. Dengan pakaian yang sehelai ditubuh sahaja, baju labuhnya tidak mencukupi untuk menutup ‘aurat jenazahnya sehingga kalau ditutup di bahagian kepalanya maka kakinya akan terjuntai keluar dan kalau ditarik ke kakinya maka kepalanya pula akan terdedah. Akhirnya mereka menceritakan kepada Rasulullah. Rasulullah menangis, teringat kembali betapa beliau sanggup menolak kemewahan duniawi semasa mudanya dahulu. Rasulullah pun bersabda: “Litupilah bahagian kepalanya dengan baju labuhnya itu dan tutuplah dua kakinya dengan daun kayu izkhur”.
Apabila membaca cerita-cerita sebegini, satu persoalan yang harus ditanya ialah, apakah yang membezakan "mereka" dan kita?Mereka juga manusia sama seperti kita.Mereka memiliki otak yang membesar dan berfungsi sama seperti otak kita.Lalu dimanakah silapnya apabila kita pada hari ini terlalu jauh terpesong atau dipesongkan sehingga gagal mencapai tahap keimanan mereka?

Menyumbang dan berkorban untuk agama.

Apa yang saya lakukan disini hanyalah menyumbangkan masa untuk agama dan dakwah.Saya yakin, diluar sana terlalu ramai da'i yang bersedia bila-bila masa untuk menyumbang.Manakala bagi masyarakat awam yang terkontang-kanting mencari matlamat hidup, tajuk "menyumbang" pun masih terlalu "baru" bagi mereka.Sumbangan mereka masih berputar dan bergelut dengan elemen takbur dan riak.

Disaat kita hanya beredar dalam paradigma menyumbang, sejarah mencatatkan bahawa rasulullah saw dan sahabah telah beranjak ke paradigma berkorban.Disaat kita merangka strategi untuk sebuah anjakan paradigma yang cukup bermakna ini, sahabah telah membuktikan kepada kita bahawa, manusia biasa tetapi memiliki iman yang luar biasa bisa melakukannya.

Apabila saya membaca mukadimah Petunjuk Sepanjang Jalan tulisan As-syahid Syed Qutb, diawal tulisan beliau, beliau mengariskan beberapa faktor mengapa generasi agung ummat manusia iaitu generasi al-quran boleh dilahirkan.Generasi al-quran ialah satu kumpulan manusia yang cukup luar biasa yang memiliki desire(keinginan) yang cukup tinggi untuk melihat islam itu tinggi dan tiada yang lebih tinggi darinya(islamu desiya'lu wala yu'la alaih).

Biarlah diri sendiri terkorban, asalkan islam selamat.Bagi yang pernah membaca sejarah perang uhud pastinya mengetahui cerita sahabah menjadikan tubuh-tubuh mereka sebagai perisai kepada Rasulullah disaat tentera islam dikepung oleh tentera Musyrikin mekah.Mereka faham bahawa, jika rasulullah saw dibunuh(wafat) maka islam akan terbunuh,danbegitulah sebaliknya.

Lalu kita bertanya, apakah yang dimaksudkan dengan menyumbang dan apakah pula makna berkorban?Berkorban ialah meletakkan kepentingan agama itu melebihi dari kepentingan diri sendiri.Manakala menyumbang pula ialah kepentingan diri sendiri selalunya lebih utama dari kepentingan agama.

Saya menulis disini disaat ada kelapangan.Apabila kesibukan mencelah,saya menghentikan kerja menulis.Bermakna saya hanya menyumbang.Bagi seorang hamba Allah yang menderma,jika dia menderma diwaktu kaya(senang)nya sahaja, maka dia hanya meyumbang dan bukan berkorban.

Kita Dimana?

Dalam perjalanan hidup selama 22 tahun ini, saya menemui ramai sahabat yang bercita-cita untuk mati syahid dijalan Allah.Dan dalam masa yang sama saya sendiri turut memasang angan-angan untuk syahid di jalan Allah.Saya selalu bertanya, adakah sesenang itu?Sedangkan diri sendiri masih terkial-kial untuk istiqamah dalam kerja dakwah yang hanya salah satu juzuk menyumbang,adakah layak untuk saya bercakap mengenai perngorbanan nyawa demi agama yang benar ini?

Dalam perbualan bersama rakan-rakan mengenai cita-cita untuk syahid, selalunya dimulai dengan ayat ini

"memangla semahunya nak mati syahid, tapi..."

lalu perbualan memasuki zon alasan yang tidak berkesudahan.

Alhamdulillah,masih ramai yang bercita-cita untuk syahid dijalan Allah.Tapi angka ramai tadi sering tidak berkadar terus dengan angka yang faham apakah erti cita-cita mereka sendiri.Jika sekarang ini kita masih teragak-agak untuk meletakkan kepentingan agama melebihi kepentingan sendiri, usah terlalu awal untuk hanya berangan-angan syahid dijalan Allah.

Hassan Al-Banna,Syed Qutb,Syeikh Ahmad Yassin,Aziz Rantisi berdiri antara mereka yang bukan sahabah yang telah membuktikan bahawa anjakan paradigma itu tidak mustahil,lalu untuk apa kita masih bermenung lalu berkata, "itu sahabat..mana mungkin sama dengan kita.."?

Akad dan Dakwah yang terpisah?

Selepas saya menulis artikel "Akad:Peluru dakwah yang dilupakan?",saya mendapat banyak respon dari pembaca dan sahabat handai yang terdekat mahupun sahabat yang baru dikenali.Berbagai pendapat diutarakan dan saya menerima segalanya dengan hati terbuka dibawah suasana perbincangan yang penuh muhibbah.Mungkin kerana itu jugalah artikel ini tercipta,mungkin sebagai kesimpulan, mungkin juga sebagai sambungan atau mungkin juga sebagai pelengkap kepada artikel saya yang pertama tadi.

Apabila ummat islam malaysia digemparkan dengan kes murtad secara besar-besaran sedikit waktu dahulu,lalu kajian demi kajian tentang sebab dan faktor pendorong kepada gejala "jenayah agama" tersebut telah dilakukan oleh mereka-mereka yang benar-benar cintakan agama ini.Saya memetik salah satu faktornya ialah kerana kegiatan kristianisasi yang begitu hebat didalam masyarakat.

Diantara trick yang digunakan oleh mereka ialah mengumpan gadis-gadis melayu islam dengan cinta,lalu terlanjur dan terpaksa di kahwinkan.Lelaki tersebut akan mendesak gadis(yang tidak lagi bergelar gadis) tadi supaya menukar agama sebagai syarat untuk berkahwin.Gadis yang tiada pilihan lain itu terpaksa menerima walaupun mengetahui tindakan itu akan meremuk dan menghancur luluhkan hati ibu bapa mereka sendiri.

Saya tidak berkata tampa bukti dan fakta.Lihatlah kes Aisyah Bukhari.Dijerat dengan cinta dan kemudiannya menukar agama.Siapakah Aisyah Bukhari?Adakah dia jahil tentang agama?Adakah cara berpakaiannya ketat dan singkat?Adakah ibu bapanya gagal mendidiknya akan agama?Anda sudah menghafal jawapan-jawapan tersebut.Tidak perlulah diulas kerana mungkin ulasan pembaca lebih detail dan mendalam berbanding ulasan saya disini.

Ertinya ialah, kritianisasi telah menjadi juara dalam menjadikan cinta dan perkahwinan sebagai peluru dakwah mereka yang bertopengkan agama.Hakikatnya, bukan "perkahwinan" yang menjadi matlamat "dakwah" mereka, tetapi usaha mereka lebih menjurus kepada menjatuhkan maruah dan kesucian ajaran islam dengan memurtadkan orang-orang islam secara beramai-ramai dan terancang.Aisyah Bukhari sebagai contoh, adakah dia berkahwin dengan lelaki kristian yang dikatakan bercinta dengannya?Tidak!Dia sekarang menetap di Autralia dan mendapat perlindungan daripada pertubuhan tertentu agar tidak dihampiri oleh orang-orang islam yang inginkan dia kembali kepangkal jalan.

Apabila kita ingin bertanya, mengapa perkara-perkara seperti ini terjadi,dalam tidak disedari ianya kian membarah dan membusuk di dalam masyarakat islam malaysia.Saya tidak begitu gemar untuk membawa perbincangan ini kepada angka-angka mereka yang telah dimurtadkan dengan cara tadi, tetapi marilah kita merenung "the next step" yang boleh di ambil supaya penyakit yang merebak ke dalam pemikiran ummat islam ini boleh di atasi.Ianya tidak lain dan tidak bukan, ialah dakwah dan pelaksanaan segenap ajaran islam di semua peringkat.

Dakwah.

Bercerita tentang dakwah, saya telah menulis bahawa, akad merupakan antara peluru dakwah yang tidak boleh diketepikan.Saudagar arab yang datang ke Melaka di era pemerintahan Parameswara misalnya, menjadikan akad sebagai antara strategi dakwah mereka.Kerajaan Melaka telah mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan putera kerajaan melayu yang lain juga merupakan faktor penyebaran islam di tanah melayu.Sejarah telah membuktikan, akad merupakan faktor penting yang mencorakkan litar penyebaran islam ke serata ceruk nusantara dan asia.

Setelah hampir setengah kurun dilangkau masa, akad tidak lagi menjadi senjata ampuh untuk menundukkan hati manusia kepada islam.Persekitaran semasa memberitahu saya bahawa, ramai dari kalangan ummat islam yang berkahwin dengan pasangan yang "sama martabat" iaitu martabat keimanan dan ketaatan kepada Allah dan ajaran islam.Jika artis,mereka lebih selesa berkahwin sesama artis, manakala jika ustaz mereka lebih selesa berkahwin sesama ustazah berdalilkan
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.[An-Nur 26]
Dalam tulisan lepas, saya menegaskan bahawa, itulah yang sebaik-baiknya.Semoga akan lahir dari gabungan seorang ustaz dan ustazah nanti, seorang pejuang yang akan membawa obor agama ini dengan cekal dan tabah.

Namun ternyata teori dan praktikal saling mempunyai kes terpencil(isolated case) yang tersendiri.Aisyah Bukhari di lahirkan dalam keluarga yang sangat taat kepada Allah dan diasuh dalam persekitaran agama.Namun dia telah mencipta kes terpencilnya yang telah mengemparkan seluruh bumi Malaysia.Kita sedang menanti kes terpencil dari gabungan artis sesama artis (mungkin) akan lahirnya seorang pejuang tulen yang akan mengemparkan dunia dakwah dengan membawa satu obor yang terang untuk menyuluh seluruh kegelapan ilmu islam kepada cahaya dan kelayuan dakwah kepada kerancakkannya.

Adakah ia akan berlaku?Allah berkuasa atas segalanya namun tampa usaha kearah pencerahan daerah kegelapan mana mungkin ianya akan tercapai?Jika puak kristian berjaya membangunkan kes terpencil (dengan murtadnya Aisyah Bukhari) dengan usaha mereka, adakah kita hanya perlu goyang kaki untuk membangunkan kes terpencil kita sendiri?

Saya tidak mengatakan setiap ustaz perlu mencari gadis jalanan untuk dijadikan isteri,tetapi apabila ketetapan itu menjengah, usahlah ditolak dengan mengatakan, 'aku "hanya" mencari gadis yang "layak" buatku.'Ianya terlalu tidak adil dengan memisahkan gadis jalanan dengan martabat ustaz lalu terciptalah satu gap (jurang) yang nantinya akan dinilai oleh masyarakat bahawa ustaz merupakan satu kewujudan suci yang hanya layak untuk gadis yang bergelar ustazah.

Di antara respon dalam tulisan saya yang lepas, ada sahabat dan pembaca yang menulis, sekiranya muslimin mencari gadis yang compang-camping dengan ilmu islam untuk dijadikan isteri, bagaimana pula dengan muslimah sedangkan muslimah sekarang ini semakin bertambah dengan kadaran masa?Saya mengangkat tangan membenarkan hujjah tersebut.Mungkin kerana itu juga pendapat saya ini hanya sesuai untuk beberapa kes terpencil dan tidak perlulah di perbincangkan sangat.

Jadi mengapa saya menulis tentang isu ini disini jika ianya tidak tersenarai dalam top prioriti?Sebabnya ialah apabila saya melihat kelayuan dakwah dikalangan mereka yang jauh dari islam.Selama ini kita hanya hidup di dalam kepompong yang mana orang-orang di sekeliling kita(yang boleh dikatakkan mukmin) hanya 20% sahaja mewakili masyarakat keseluruhan.Manakala orang-orang awam yang berjumlah 80% lainya adalah terlalu "awam" untuk di ajak kepada kebenaran dan kesucian agama melainkan ada satu usaha pengerak yang nekad mengorbankan dirinya demi agama dan demi ummat yang sedang dalam kelemasan arus keduniaan yang selama-lamanya melalaikan.

Menyumbang dan berkorban.

Di kalangan orang islam pula lahirnya simptom yang mengerhanai dakwah iaitulah simptom "kebiasaan".Katanya,
aku lahir dalam keadaan biasa, dibesarkan dalam suasana biasa, mendapat result upsr, pmr dan spm yang biasa.Melanjutkan pelajaran ke universiti yang biasa dan grad secara biasa-biasa.Aku berkerja di syarikat yang biasa, berkahwin secara biasa, mendapat anak yang biasa,mendapat cucu yang biasa,kemudian aku mati sepertimana biasa lalu ditanam ditempat orang yang biasa-biasa.Anak-anakku pula akan mengikuti jejak langkahku menganggotai kewujudan-kewujusan yang biasa dan begitulah pula seluruh keturunanku.
Biasa dalam keadaan selesa dengan apa yang ada.Melahirkan insan-insan yang enggan untuk berjuang apalagi mengorbankan diri untuk agama.

Rasulullah merupakan pemimpin yang berjaya melahirkan ratusan sahabat yang luar biasa.Bukan penampilan mereka yang luar biasa tetapi semangat mereka untuk melihat islam itu tegak terlalu luar biasa sehingga debu-debu yang terpercik dari derapan kaki kuda yang mereka tunggani itupun diumpamakan lebih berat dari keimanan kita dihari ini.Perjuangan mereka bukan lagi hanya berlegar di dalam paradigma "menyumbang" tetapi mereka telahpun berada di dalam paradigma "berkorban",satu anjakan paradigma yang terlalu di impikan untuk berlaku di dalam diri setiap orang islam.

Kita mungkin enggan mengakui satu hakikat pahit iaitu, kita mungkin masih terlalu jauh daripada kemenangan.Kerana itulah dari segenap celahan kesempatan, wajib untuk kita meletakkan antena-antena dakwah yang akan menghantar isyarat bahawa ummat ini masih sempat untuk diselamatkan dengan islam dan usaha yang berterusan.Kita tidak mempunyai terlalu banyak waktu untuk bermenung atau hanya berwacana dengan nada kecewa.Bermula dari setiap jiwa yang mengimpikan islam itu tinggi dan memerintah, marilah bersama-sama memperbaiki diri kita sendiri dan seterusnya orang-orang sekeliling kita dan seterusnya ummah yang sedang lena.

"Ana harap enta pilih muslimah".Itulah antara nasihat seorang sahabat karib saya tidak berapa lama dahulu.Sehingga kini, saya masih menganggapnya sebagai satu nasihat..

Mengembara ke Negeri Mungkar (bhg2)

Saya ditegur oleh seseorang kerana membuatkan dia tertunggu-tunggu sambungan cerita ini(walaupun saya xde bakat dan penyampaian yg agak membosankan).Bagi yang belum membaca bahagian pertama,sila klik disini.

............................................................................................

Aku pun tidak begitu pasti berapa lama aku telah berdiri di hadapan mesin tiket tersebut sehinggalah datang seorang pemuda berpakaian seragam menyapaku.

Selepas berlaku soal jawab yang agak panjang,aku dibenarkan untuk melepasi mesin tiket tersebut.Langkah terus ku hayun ke luar bangunan dan cuba mencari masjid jamek untuk bersolat jumaat.Puas aku mencari kesana kemari namun kelibat masjid jamek tetap tidak ku temui.

Kenderaan yang lalu lalang begitu menarik perhatianku.Canggih sekali dengan berbagai bentuk yang begitu futuristic.Mungkin penilaianku bukan sahaja dari bentuk rekaan, apa yang sempat aku perasan ialah kenderaan-kenderaan tersebut kurang menghasilkan bunyi dan tidak lansung mengeluarkan asap.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 tengah hari.Tiada bunyi azan.Tiada kelibat manusia yang sedang menuju ke tempat solat.Aku berdiri di birai jalan.Meninjau-ninjau tampa haluan yang tetap.Peluh memercik seluruh badan.Otakku yang sejak dari tadi berserabut dan masih dalam keadaan antara percaya dan tidak terus buntu.Pastinya aku tidak bermimpi.Aku disini,disuatu tempat di malaysia, bumi tumpah darahku.

Ku hayun kaki tampa tujuan menerokai bandar “kuala lumpur” yang tersangat asing bagi diriku dengan harapan kalau-kalau terjumpa petanda arah ke masjid atau ke tempat solat.Tidak sampai 10 minit kakiku melangkah di tepi-tepi koridor bangunan, tiba-tiba langkahanku terhenti disapa oleh satu suara dari belakang.

“Bang, tolong beli ni..”Aku berpaling ke belakang.

Berdiri dihadapanku seorang budak lelaki berpakaian compang-camping menghulurkan sesuatu.Seakan-akan gula-gula,bewarna putih dan berbentuk segi empat.Aku tersenyum ke arahnya meraikan kehadirannya.

“Rupanya kewujudan yang terabai sebegini masih wujud di zaman ini”,bisik hatiku spontan.

Aku merapati adik tadi dan cuba memerhatikan betul-betul barangan yang dijual oleh budak lelaki dihadapanku kini.

“Astagfirullahalazim…Budak ni jual kondom rupanya”.Raut wajahku berubah tiba-tiba.Senyumku terhenti dan tampa berfikir panjang aku terus beredar dari situ tampa berpaling ke belakang walau sekali.”Sebenar-benarnya aku dimana?Aku dinegeri apa?Apa sudah terjadi padaku?”Kotak fikiranku sudah penat mengulang persoalan yang sama, namun tiada siapa yang sudi menjawab.

Aku sudah tidak tahu lagi haluanku.Ku hayun kaki meredah kepanasan ,berjangkit dari satu kaki lima ke kaki lima yang lain.Aku ingin jauh dari situasi tadi.Fikiranku kelam kabut.Tidak dapat menerima apa yang sedang terjadi didepan mata.

Setelah agak lama melangkah tampa hala tuju,telingaku menangkap suatu bunyi.Bunyi yang cukup ku kenali.Hatiku melonjak riang.Dari kejauhan terdengar..
“Allahuakbarullahuakbar…. Allahuakbarullahuakbar …”

Suaranya agak garau dan bukan suara dari mikrofon.Ianya suara seseorang yang ku rasakan tidak jauh dari tempatku berada.

Setelah di amati betul-betul,suara tadi datang dari sebuah bangunan.Aku bergegas ke arah suara tadi.Harapanku jika ada masjid disitu.Setelah aku menghampiri bunyi tadi, kudapati hanya terdapat seorang pak cik tua sedang menghampar sejadah dikaki lima sebuah bangunan usang.Kelihatan dia hanya seorang diri.Tampa berfikir panjang aku terus menghampiri pakcik tadi.

Pakcik tersebut kelihatan sedang asyik menghampar sejadah tampa menyedari kehadiranku.Ku perhatikan keadaan sekeliling kaki lima tersebut.Cukup dhaif sedhaif bangunan yang menaunginya.Terdapat sebuah kerusi dihadapan.Manakala ditempat lain hanya dialasi dengan kain.

Aku merapati pakcik tadi lantas memberi salam.

“Assalamualaikum pak cik.”

Pakcik tadi terus berpaling kearahku.Apabila pandangan matanya tepat jatuh pada wajahku reaksi pakcik tadi yang pada mulanya tersenyum bertukar kepada kehairanan.

“Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh.Anak ni siapa?”
“Saya Naim.Boleh saya tanya sikit tak?Dengan cepat aku memintas.
“Masjid paling dekat dengan sini ada tak?”

Pakcik tadi memandangku dengan tepat buat kali yang kedua.Riak kehairanannya semakin jelas.

“Biasanya kami bersolat disini.”Jawab pakcik tadi.Pakcik tadi masih merenung ke arahku.Pandangan cukup tajam.Daripada kopiah yang kupakai hinggalah kepada kasutku,semuanya diperhatikannya dengan penuh kehairanan.

“Dari mana anak ni dapat pakaian macam ni?”tersembul satu soalan dari mulut pakcik tadi.

Aku kaget.Tidak tahu bagaimana harus menjawab.

“Ni memang pakaian mingguan saya pakcik”.Jawabku sambil tersenyum memandang tepat kewajah pakcik tadi.Ada garis-garis tua diwajahnya.Aggaranku umurnya sudah lewat 60 tahun.

Sebelum sempat pakcik tadi bertanya soalan kedua, aku bersuara.Menceritakan segala-galanya yang ku alami hari ini.Sudah dalam jangkaanku, pakcik tadi yang memperkenalkan dirinya sebagai pakcik Musa agak sukar mempercayai bahawa aku ialah seorang manusia yang pernah hidup di tahun 2007.Manakala aku pula hampir tidak percaya apabila pakcik tadi sungguh-sungguh mengatakan bahawa aku sekarang berada di tahun 2157.

Rupanya aku sudah melangkau zaman.Aku tidak tahu apakah yang membawaku kesini.Mengapakah aku terpilih dan apakah tujuannya.Benakku benar-benar buntu untuk memproses kesemua persoalan itu.

Melihat keadaanku yang sudah tidak menentu, pakcik Musa memegang tanganku dan mendudukkan aku dihadapannya.”Sabarlah Naim, ini semua kehendak Allah.Kalau Naim ialah salah seorang yang masih mengengam islam di tahun 2007, lalu Naim tercampak kesini untuk bersama-sama kami mengengamnya.”Kata-kata pakcik Musa cukup bermakna.Namun ada satu perkara yang kurang ku fahami.

“Apa yang pakcik maksudkan dengan “kami”?”Belum sempat pakcik Musa menjawab terdengar suara beberapa orang memberi salam dari belakang.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam”Jawabku agak serentak dengan pakcik Musa.Tetapi suara pakcik Musa agak perlahan apabila menyambungnya kepada “warahmatullahiwabarakatuh”.

Tiga orang yang baru datang tadi juga kelihatan agak sebaya dengan pakcik Musa.Pakcik Musa memperkenalkan aku kepada mereka bertiga.Pakcik yang berjanggut panjang bernama pakcik Saiful, pakcik yang kedua yang agak rendah bernama pakcik Basri, dan pakcik yang ketiga yang selalu tersenyum bernama pakcik Sufian.

Selepas memperkenalkan diri , aku sekali lagi menjadi tatapan ketiga-tiga pakcik tadi.Mereka seolah-olah tidak percaya tetapi pakcik Musa cepat-cepat menerangkan keadaan sebenar kepada mereka bertiga.Akhirnya mereka percaya dan kami bersalaman.Dari garis-garis tua wajah keempat-empat sahabat tadi, saya mengesan perasaan gembira dan syukur diwajah-wajah mereka.

Selepas memberi khutbah,pakcik Musa berdiri dihadapan mengimamkan kami berempat.

“Allahuakbar”Sebaik sahaja imam mengangkat takbiratulihram, kami bertiga pun mengikutinya.Walaupun aku datang dari tahun 2007, dan mereka hidup ditahun 2157, namun kami masih mempunyai persamaan iaitu pada agama.Alangkah indahnya islam.
Dalam rakaat terakhir, keadaan menjadi hening apabila kedengaran isak-isak kecil dari imam.Mungkin aku terlalu memahami untuk turut sama mengalirkan air mata.Sujud terakhir yang agak panjang dirasakan sebentar.Selepas solat dan doa,kami berpelukkan.Entah mengapa cepat benar aku menjadi rapat dengan mereka...

bersambung...

"Unknown"

Bertemu dengan hari yang terlalu panjang untuk "terus hidup", benar-benar mengingatkan kita kepada kehadiran Allah swt di sisi kita.Kita melupai Allah namun Dia tidak pernah melupai kita.Berdoalah seikhlasnya semoga "ingatan" Allah pada diri kita yang hina ini terus berkekalan sehingga kita menemuiNya nanti.

Disaat ujian bertamu, tidak lekang ingatan kita kepada kebesaran Allah.Namun disaat ujian pergi,kita kembali kepada dunia yang mempersonakan.Begitulah kehidupan manusia yang melalui proses pengulangan yang panjang tampa henti.Berhentinya ia apabila berpisahnya roh dan jasad, meneruskan sebuah ketetapan perjalanan ruh ke alam barzakh dan tidak mampu lagi berpaling lalu insaf pada kehinaan diri yang tidak pernah disedari.

Dunia yang mempersonakan seolah mengikat dan membelenggu perasaan.Semakin dijauhi semakin ia hampir menawarkan harapan-harapan indah.Manusia yang sifatnya berkehendak, menerima lalu mengharapkan.Apabila ia berharap maka manusia itu akan dihampakan dan dilukai."We hurt because we hope."

Kerana itu juga diantara nama lain bagi hari kiamat di dalam al-quran ialah "hari penyesalan".Apabila ditanya mengapa ia dinamakan hari penyesalan?Adakah orang-orang yang taat kepada Allah juga akan menyesal pada hari itu?Jawapannya ya!Semua orang menyesal.Si pendosa dan kuffar menyesal dengan dosa dan kekufuran mereka.Manakala orang-orang beriman menyesal kerana tidak melakukan ketaatan lebih dari apa yang telah mereka lakukan.Lalu kesemuanya menyesal pada hari tersebut.

Sahabah rasulullah menangis apabila tidak datang ujian kepada mereka, manakala kita yang jauh dari rasulullah menangis disaat ujian bertamu.Mungkin ini bukti perbezaan keimanan kita dan keimanan mereka.Apalah yang hendak diharapkan kepada dunia.

Ya Allah, keluarkan kami dari kesempitan dunia kepada keluasan akhirat,teguhkan diri dan keimanan kami,jangan Kau mati kami kecualilah kami di dalam iman dan islam,selamatkan kami dari siksaan api neraka, benarkan kami berbaris sebaris dengan mereka-mereka yang akan memenangkan agamaMu,dan berkatilah hidup kami dan orang-orang beriman disekeliling kami...
Apabila huruf enggan menjadi perkataan, apabila perkataan enggan menjadi ayat, apabila ayat enggan menjadi perenggan dan apabila perenggan enggan menjadi sempurna, aku menulis dengan nama Allah, yang menghidup dan mematikan..

Ubuntu Muslim Edition (UbuntuME)

Sejak seminggu kebelakangan ini saya agak sibuk melakukan beberapa eksperimen ke atas open source linux atau dengan lebih tepat lagi ubuntu.

Pada percubaan pertama hingga ketiga, ubuntu yang saya telah install mengalami masalah dan apabila di semak kembali, rupanya saya tidak menyediakan swap partition semasa proses installation.Ini menyebabkan beberapa sistem dalam ubuntu gagal berfungsi.

Kali keempat, saya nekad untuk menginstallnya sekali lagi.Penat lelah mencari penyelesaian,tutorial dan sebagainya, saya berjaya meng"install"nya tampa sebarang error.

Dari laman web zulkiplyharun.com, saya mendapat tahu terdapat Ubuntu Muslim Edition.Setelah membuat sedikit rujukan di ubuntume.com dengan izin Allah saya berjaya upgrade kepada ubuntu Muslim edition.

Mungkin ramai diantara kita yang masih baru dengan linux, ubuntu dan seumpamanya.Saya yakin, pembaca disini kesemuanya mengenali dunia komputer dengan perantaraan sistem operasi(operating sistem-OS) windows samada windows 98,windows xp, atau yang terbaru windows vista.Namun disana masih ada sistem operasi yang dibangunkan untuk membayangi pengaruh windows sebagai sistem operasi komputer.Contohnya linux dan mac OS.

Manakala ubuntu adalah salah satu distribusi linux.Walaupun dunia komputer dikuasai oleh syarikat Microsoft windows, namun keupayaan dan kualiti tidak semestinya ditentukan oleh bilangan pengguna.PC World misalnya menyenaraikan ubuntu sebagai antara 100 produk terbaik bagi tahun 2007 dan meletakkannya ditempat ke-16.Dalam 100 produk itu, saya gagal mengesan kemana jejak windows vista yang digembar-gemburkan menjanjikan "wow" bagi penggunanya.

Berapa harga bagi mendapatkan ubuntu? RM0! Berapakah harga bagi windows vista(original)? Anda tahu jawapannya.

Disini saya letakkan video desktop ubuntume di komputer saya.Saksikan dan bandingkan dengan xp mahupun vista.

Saya install vista dan ubuntume ke dalam komputer saya.Dan dapat saya bandingkan antara kedua-duanya.Buat masa ini,dari segi performance, saya memilih ubuntu dan dari segi senang guna, saya memilih vista.Mungkin pertimbangan ini kerana saya juga masih baru dengan ubuntu.

Mungkin ramai yang ingin mengetahui bagaimana proses install, apa kelebihan ubuntume berbanding ubuntu biasa dan sebagainya.Saya nasihatkan silalah melawat ke laman web zulkiplyharun.com untuk maklumat lanjut dan pertanyaan.Kalau ada apa-apa soalan disini pun insyaallah saya akan jawab dengan ilmu yang saya ada.