Apabila perasaan beragama menjadi minoriti

Saya benar-benar terpanggil untuk menulis artikel ini setelah membaca satu artikel disini.

Kita mungkin ingin bertanya, mengapa si polan itu mendedahkan aurat, mengapa mereka berdua itu berpegang tangan tampa ikatan perkahwinan, mengapa mereka membenci masjid dan solat berjemaah, mengapa mereka sanggup menghina ketetapan ilahi dalam al-quran dalam bab ekonomi, urusan negara dan sebagainya.

Artikel diatas mendedahkan betapa orang-orang melayu yang beragama islam sanggup menjual kehormatan mereka, berpelukan, berpakaian umpama telanjang, berciuman bersama apa yang mereka i'tirafkan sebagai kekasih, di dalam satu majlis anjuran mereka sendiri.Biarpun fenomena ini bukan satu yang baru. Bersepah di dalam friendster dan myspace gambar-gambar yang menjelekkan, berpelukkan dan bertelanjangan, dan mengi'tiraf itulah bukti cinta mereka sedangkan agama sama sekali tidak mengi'tiraf perbuatan sumbang dan derhaka mereka itu.

Kebebasan untuk menyuarakan kebenaran sudah disekat, namun kebebasan untuk melakukan dosa terbuka dengan begitu luas malah kadang-kala disokong pula.Jika 4000 orang polis yang dikerahkan menghadapi perhimpunan bersih itu dikerahkan membersihkan tempat-tempat maksiat diseluruh ibu kota Kuala Lumpur yang penuh lumpur maksiat itu, masakan tidak berhasil apa-apa?Anak muda didedahkan dengan konsert-konsert yang pelbagai, membudayakan hedonisme ciptaan yahudi dan nasara kemudian konsert itu dengan mudah mendapat permit. Permit untuk apa?Untuk menjahanamkan sahsiah modal insan yang bakal menerajui tampuk pemerintahan negara ini kelak?

Hilang identiti

Kemanakah perlaksaan modal insan yang dilaungkan?Jika pelajar universiti yang bakal mengisi tempat professional didalam masyarakat menjadi serosak itu akhlaknya, apalagi yang harus dibanggakan dengan slogan Islam Hadhari, Modal Insan, dan sebagainya.Jangan hanya bermain dengan slogan dan ummat terus jahanam didalam suasana kehancuran yang tidak dibendung oleh penguasa yang hanya memikirkan soal pembangunan mererialistik sempit.

Jika mat rempit yang rosak mungkin kita tidak bertempik sebegini.Jika bohsia dan bohjan yang jahanam akhlaknya mungkin tidak sekeras ini saya menulis.Tetapi apabila pelajar yang nantinya akan membina kerjaya sebagai engineer yang rosak, apalagi yang harus saya tunggu untuk melunakkan suara terhadap kegagalan tamadun malaysia ini?Kemanakah berambusnya identiti ketimuran mereka?Atau mereka sudah menganggap mereka telah menjadi barat hanya kerana berada dipantai barat semenangjung malaysia?

Saya berfikir, mungkinkah insan yang inginkan agama sudah menjadi minoriti? Tapi mungkin juga tidak tepat sangkaan itu.Sebenarnya perasaan beragamalah yang sudah menjadi minoriti.Apabila menjadi minoriti, perasaan itu akan tewas kerana dunia demokrasi mengajarkan, majoriti akan menang terhadap minoriti.Namun islam mengajarkan, kebenaran akan menang mengatasi kebatilan.

.... rest of template code ....

Islam, Matlamat dan Kebanggaan

Bangga!

Ramai orang berbangga apabila negara berjaya menghantar rakyatnya yang pertama ke ISS.Perasaan bangga, menyelit di celah-celah kehinaan ummah dalam perjalanan panjang mencari destinasi yang pastinya bukan sekadar kebanggaan.

Di tepi muara kuala terengganu, tersergam indah tidak kurang dari 7 buah masjid yang dibina diatas niat pameran dan menunjukkan seni tamadun islam.Perasaan bangga sesekali memunculkan diri mengenangkan betapa indahnya rumah Allah yang bernama masjid, namun sesekali itu jugalah hati ini terpanggil untuk kembali duduk dan bertanya, kemanakah harus ku bawa perasaan bangga ini?

Bangga dengan masa silam islam yang melahirkan tamadun mendahului tamadun yang dicipta oleh barat.Nama-nama besar seperti Ibnu Sina(avicenna), Abu Raihan Muhammad Ibnu Ahmad Al-Biruni(Al-Biruni), Muhammad Ibnu Musa Al-Khawarizmi(Al-Khawarizmi) , Abu Zaid Abdul Rahman bin Muhammad Bin Khaldun al-Hadrami(Ibnu Khaldun) dan ramai lagi pastinya meniti setiap bibir ummat islam setiap kali kanvas sejarah itu terselak.Dan di setiap kali itu juga kita mengagumi dan bangga dengan sumbangan mereka dalam bidang sains, perubatan, astronomi, ekonomi yang mendahului saintis dan sarjana daripada barat yang pada ketika itu masih lagi dalam "Dark Ages".

Matlamat Islam!

Begitulah islam turun kepada manusia mengubah masyarakat arab yang "Jahiliah"- bodoh dan tidak bertamadun kepada bangsa yang menguasai 2/3 dunia.Arab bukan mulia dengan arab tetapi arab telah di angkat kemuliaan mereka dengan Islam.Rasulullah saw di utuskan bukan untuk mengajar membuat bangunan, mencari makan, bukan untuk memperbaiki ekonomi, bukan untuk mencerap langit yang berjuta bintang, bukan untuk memperbaiki teori sains dan kimia apalagi perubatan dan pertanian, tetapi Rasulullah saw itu diutuskan untuk membawa manusia menunjukkan jalan kearah cara hidup bertuhankan hanya kepada Allah swt.

Apabila sejarah tokoh-tokoh islam diatas dicungkil, juzuk yang sering tertinggal untuk turut sama direnungi ialah akhlak dan prinsip tokoh tadi terhadap ilmu dan bidang kajian mereka.Akhirnya kita hanya mengambil "kebanggaan" dan melupakan aspek "matlamat" kepada ilmu dan kajian yang dilakukan.Ya,matlamat akhir kepada ilmu tadi adalah untuk mengagungkan kebesaran Allah swt dan seterusnya mendapat keredhaan Allah swt.

Namun dewasa ini, ummah sudah terikut-ikut dengan rentak barat yang memusatkan matlamat ilmu mereka adalah untuk kebanggaan semata-mata.Kekuatan ekonomi, kemajuan pembangunan dan semuanya dipusatkan diatas paksi kebanggaan walaupun terpaksa mengenepikan redha Allah.Maka benarlah segalanya yang tertulis didalam kalamNya;

Mencari redha dan bukannya kebanggaan!

Sekiranya islam ini matlamatnya untuk mencari kebanggaan, sudah tentulah Allah mengutuskan Rasulullah saw itu sebagai seorang raja yang membina empayar yang besar, istana yang ajaib, dan kerajaan yang lama memerintah.Namun bukan itu matlamatnya!Kita boleh berbahas diatas nama "syiar islam" dan sebagainya namun apabila matlamat sudah terpesong, tidak ada gunanya mencipta tamadun yang dipenuhi dengan dengan topeng-topeng syiar yang palsu.

Fokus kebangkitan islam ialah untuk kembali kepada landasannya yang betul iaitu menuju kepada matlamat yang hakiki-mencapai keredhaan Allah swt.Pada setiap ketika ummah tergelincir dari landasan ini, wajib bagi ummah untuk kembali!Untuk apa membina tamadun benda yang telah dibuang agama dan akhlak dari keilmuan penghuninya, lalu terciptalah sebuah tamadun palsu semata-mata untuk mencari redha manusia.Supaya orang memuji-muji kehebatan si polan bin si polan bukannya memuji Allah swt.

"Bangga" tidak akan membawa ummah dan manusia kemana-mana.Tetapi redha Allah jua lah yang akan memandu manusia kearah rasa bertuhan, seterunya kearah negeri akhirat yang kekal abadi.

Fahami Islam Sepenuhnya

FAHAMI ISLAM SEPENUHNYA

Islam adalah agama yang syumul.Apabila seseorang menganut agama Islam, dia bukan sahaja terikat dengan peraturan-peraturan, hukum-hukum tapi seluruh hidupnya mestilah berada dalam landasan agama Islam itu sendiri. Dewasa ini, ramai yang menganut agama Islam tetapi tidak mengamalkan Islam sepenuhnya dalam diri. Apa yang penting dalam hidup seorang yang menggelarkan dirinya Islam ialah akidah. Dakwah Rasulullah pada peringkat awal di Makkah juga menekankan aspek akidah berbanding syariah yang sebahagian besarnya bermula di Madinah.

KENAPA TAK FAHAM ISLAM?

Kebanyakan orang memeluk Islam disebabkan keturunan. Oleh yang demikian, mereka menganggap cukuplah sekadar melaksanakan perintah agama seperti solat, puasa, zakat, dan haji sedangkan banyak lagi perkara-perkara yang perlu diberi perhatian terutama soal aurat, pergaulan, institusi masyarakat, undang-undang dan banyak lagi perkara dari pelbagai sudut dalam aspek kehidupan kita.Islam tidak pernah menyekat atau mengongkong ummatnya malah sebenarnya menjaga agar kehidupan penganutnya selamat dan sejahtera sesuai dengan nama Islam itu sendiri.

Manusia akhir zaman ini seolah-olah sudah lupa pada agama Islam.Keindahan duniawi seolah-olah mengasyikkan sehingga mereka lupa pada agama Islam lantas menutup kedua belah mata untuk melihat kesucian agama Islam. Lebih teruk lagi apabila ahli agama itu sendiri yang mempersendakan agama Islam dengan mempermainkan hukum yang ditetapkan oleh Tuhan Yang Esa. Alangkah dahsyatnya azab dan balasan yang akan diterima. Nauzubillah. Kelazatan duniawi juga menyebabkan manusia alpa diulit nikmat sementara yang sebenarnya hanyalah tipu daya. Betapa ramai ummat Islam masa kini yang hanya mengambil sebahagian daripada Islam tanpa mengambil Islam secara sepenuhnya dalam hidup mereka.

Islam bukan sahaja melibatkan ibadat, Islam melibatkan seluruh kehidupan. Kehidupan kita bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat kelak.

ISLAM AGAMA KEAMANAN

Sewaktu saya menulis artikel ini, Malaysia baru saja dicatatkan dengan sejarah Himpunan Aman 100000 orang di Dataran Merdeka untuk menuntut pilihanraya bersih dan adil. Namun sungguh mengecewakan apabila sejarah aman yang mahu diukir menjadi sebaliknya. Apakah nasib ummat Islam pada masa akan datang? Sekiranya kejadian seperti ini berterusan adakah akan tertegak agama ALLAH di Negara yang tercinta ini. Tepuk dada, tanyalah iman dalam diri. Apakah sumbangan anda terhadap Islam dan apakah yang anda akan buat untuk Islam? Persoalan ini memang sukar untuk dijawab tetapi tidak mustahil untuk direalisasikan.

Agama yang benar disisi ALLAH adalah agama Islam. Itulah janji ALLAH. Islamkan menang….itu juga janji ALLAH.. Percayalah, berimanlah….

FAHAMKAH KITA?

Sebelum soalan ini diajukan kepada pembaca, terlebih dahulu soalan ini perlu saya jawab…Sebenarnya kita masih belum faham Islam. Kalau kita faham, tentu sahaja kita tidak akan buat perkara yang mungkar.., tidak menganiaya orang lain, pemimpin akan memimpin dengan adil, serta kita lakukan sesuatu kerana ALLAH dan kerana Islam……….

Adakah kita sudah khatam al-Qur’an, fahaminya dan amal apa yang disuruh serta tinggal apa yang dilarang…

Bagaimana pula dengan as-sunnah??????????Berapa pula hadis yang kita hafal? Berapa pula yang kita amalkan? Soalan yang saya sendiri sukar untuk menjawabnya…

Sirah Rasul kesayangan kita amat sempurna untuk dijadikan pedoman dan ikutan tapi setakat mana ia dihayati…..Kita hanya memandang sepi…kadang-kadang tidakpun disusuri……adakah itu tandanya kita sayang Rasulullah? Cinta kepadanya…….

Semua tanda-tanda ini menunjukkan tahap kefahaman kita terhadap Islam. Kita boleh mencari beribu alasan untuk menjawab persoalan ini tetapi dapatkah kita mencari alasan lagi dihadapan ALLAH kelak.

Oleh itu apa tunggu lagi….mari kita sama-sama meningkatkan kefahaman kita terhadap Islam agar kehidupan kita selamat dunia dan akhirat………

Jangan lagi kita bergaduh sesama Islam tetapi carilah jalan perdamaian dengan menjadikan al-qur’an dan as-sunnah sebagai panduan….

Mungkin artikel ini terlalu ‘radikal’ tapi inilah yang terluah dari hati lalu diterjemahkan dalam artikel ini… Moga sama-sama mendapat manfaat.

Sudu Garfu VS Tangan

SUDU GARFU VS TANGAN

Sesekali berjalan pulang dari kuliah melalui bangunan-bangunan comel Ambang Asuhan Jepun, terasa satu ketenangan yang menusuk di jiwa..lanskapnya agak unik dan suasana yang agak tenang dan mendamaikan.Teringat saya satu peristiwa yang agak keruan dibuatnya..Masakan tidak itulah..Kerana mulut badan juga yang binasa.Sewaktu lunch bersama-sama seorang sahabat di bilik,saya ditegur kerana sejak kebelakangn ini kerapkali bersudu & bergarfu..”Hmm,kalau di A(nama fac yang dirahsiakan) makan dengan tangan,balik kolej makan dengan garfu pulak.. nk jadi omputeh ke??”..tegurnya..pantas saya menjawab, “Hmm,boleh pula kalau di A pakai begini di B pakai begini”..Tersentak sabahat-sahabat saya yang lain dan masing-masing mengambil keputusan untuk mendiamkan diri hinggalah selesai makan..

PERSOALAN YANG TIMBUL :

1. Persoalan Ilmu dan Amal.

2.Mudahnya kita menjuzu’kan sesuatu perkara

3.Segalanya-galanya berpunca dari Yang Satu.

Ilmu..ilmu kimia,ilmu undang-undang,ilmu kejuruteraan,ilmu bahasa,ilmu kesukanan dan segala-gala jenis tentang ilmu adalah ilmu..Ilmu bukanlah sesuatu yang neutral,jadi ia mempunyai nilai dan juga boleh memberi nilai.Maksudnya, ilmu boleh jadi benar atau salah, boleh jadi Islam atau kufur, boleh jadi Timur dan Barat…Hmm, jadi..manusia yang berilmu dengan ilmu-ilmu tertentu boleh sahaja memanifestasikan nilai ilmu itu.Mudah bukan..

Amal..amal adalah hasil akhir daripada penterjemahan ilmu..jika ilmu yang dipelajari dan dihayati dengan sebetulnya akan ternampaklah hasilnya dan juga sebaliknya. Salah ilmukah jika kebiadaban & nilai buruk di kalangan pelajar-pelajar sekolah semakin menjadi-jadi?? Soal saya kepada seorang sahabat.Jawabnya mudah..mereka keliru & salah faham terhadap ilmu sebenarnya..

Pensyarah saya ada mengatakan kita (manusia) mudah untuk menjuzu’kan sesuatu tanpa memikirkan secara mendalam sesuatu perkara itu.Sebagai contoh mudah, pakaian..perlukah kita berpakaian begini untuk mempelajari sesuatu ilmu & perlukah kita memakai pakaian begitu untuk mempelajari sesuatu ilmu yang lain??Hakikatnya,kita telah menyediakan satu ruang dalam fikiran kita untuk perkara sebegitu.

Semasa saya terlibat dengan satu program bersama PERKID di KLCC, seorang kakak yang telah kami bawa ke program tersebut memarahi kami ,sukarelawan kerana mengajak golongan yang tidak bertudung ke masjid. Dia tahu bahawa tidak sopan untuk golongan sebegitu untuk ke sana, tetapi begitulah hakikat & pendirian golongan yang telah beramal dengan pendirian ilmu yang salah, sedangkan program tersebut bertujuan murni untuk memberi kesedaran kepada insan yang kurang memahami Islam..

Hakikatnya, semua jenis ilmu berpunca dari Allah Yang Esa. Dialah yang memberi taufik dan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya..

“Sesiapa yang dikehendaki Allah akan kebaikan, diberiNya kefahaman dalam agama”

-Muttafakun ‘alaih-

Saya beriman bahawa walau di mana sahaja kita belajar samada di fac bahasa @ law @ engine@ akademi Islam serta memanifestasikan ilmu yang dipelajari segala-galanya kerana Allah Taala,Insyaallah Petunjuk Allah ada di mana-mana sahaja..Begitu juga signifikannya sudu garfu & tangan,sebagai wasilah untuk memasukkan makanan ke dalam mulut.Tiada bezanya. Tidak kira sama ada menggunakan sudu garfu atau tangan tapi matlamat kita adalah makan, begitu juga apabila kita belajar, matlamat akhir kita adalah kembali kepada Yang Satu. Saya yakin semua itu..

Kini anda berpeluang menyumbang dalam dakwah!

Apa?
Saya telah membuat keputusan untuk mempelawa pengunjung yang datang kesini untuk turut serta menulis di blog ini.Jika selama ini saya bercakap mengenai peri pentingnya sumbangan kita terhadap bidang dakwah, maka bermula dari sekarang saya membuka peluang "Itu" untuk turut sama dirasai dan dikongsi diatas satu lapangan, dan medan yang sama iaitu penulisan.

Mengapa?
Mungkin kita tidak mempunyai banyak waktu untuk berusrah, bermuzakarah dan memperkembangkan ilmu yang kita ada di alam yang nyata disebabkan faktor-faktor tertentu.Oleh kerana teknologi berkembang mengikut zaman, berdakwah melalui penulisan dialam maya inipun sudah pastinya menjadi salah satu juzuk dakwah yang penting.

Ganjaran?
Saya tidak mampu menyediakan apa-apa.Cuma renungilah;

Lalu apalagi yang kita harapkan melebihi pertolongan Allah?

Bagaimana?
Caranya senang.Sila tinggalkan email anda pada bahagian komen dan saya akan invite anda sebagai penulis melalui email yang anda tinggalkan.

Semoga ada sambutan dan semoga dengan usaha yang sedikit ini mendapat keredhaan Allah jua.