Berilmu untuk berfikir

Mungkin entry kali ini adalah kesinambungan dari entry saya terdahulu iaitu ilmu untuk apa. Dalam tulisan tersebut, saya cuba membawa pembaca berfikir sejenak, untuk apakah ilmu yang kita cari selama ini.Adakah untuk lulus peperiksaan, adakah untuk mendapat pekerjaan, adakah untuk membanggakan mak dan ayah, adakah untuk menunjukkan standard pemikiran, adakah untuk dunia dan sebagainya. Yakinlah bahawa, berfikir ilmu itu untuk apa adalah sangat penting dalam merintis kebangkitan ummah ini.

Ummah sedang kesempitan modal insan.Di kalangan ummat ini, lahirnya para-para doktor.Mereka melihat peristiwa kematian hampir setiap hari. Tetapi peristiwa itu seolah-olah gagal menginsafkan mereka bahawa mereka juga akan mati.Dikalangan ummat ini ramai saintis.Penemuan sains yang mereka terokai gagal mengenalkan mereka kepada kehebatan Pencipta. Dikalangan ummat ini ramai jurutera. Namun potensi intelek mereka hanya disumbangkan untuk mencari kesenangan dunia.Dan begitu jua lah nasibnya bidang-bidang yang lain.Mungkin kerana itu terlalu wajar untuk kita bertanya kembali, ilmu untuk apa?

Disini ingin saya berkongsi satu perkara.Cuba lihat gambar di bawah:

Gambar ini menerangkan tentang panjang gelombang.Apa yang ingin saya kongsi ialah, cuba perhatikan kepada sinaran yang mampu dilihat oleh mata( visible ray-cahaya spektrum).Melaluinya saya perasan dan terfikir beberapa perkara:
  • Manusia hanya mampu melihat sesuatu sinaran dalam lingkungan panjang gelombang yang terlalu terhad
  • visible ray inilah yang membentuk imej di dalam mata hasil gambungan cahaya spektrum (merah, kuning, biru, ungu, indigo,...7 warna-kombinasinya membentuk imej)
Apa yang saya terfikir ialah
  • Sekiranya manusia mampu melihat sinaran yang mempunya panjang gelombang di luar lingkungan visible ray tersebut, adakah manusia mampu melihat "dunia lain"?
  • adakah konsep penglihatan sebegini sama juga dengan konsep pendengaran?Bermakna jika manusia boleh mendengar frekuensi bunyi yang diluar lingkungan frekuensi biasa, adakah manusia mampu mendengar bunyi dari "dunia lain"?
  • adakah ini satu teori untuk menjelaskan alam ghaib?
  • Allah itu Maha Mengetahui dan Dialah yang Maha Hebat!

“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan pada pergantian siang dan malam ada tanda-tanda kebesaran Tuhan bagi orang-orang yang berfikir, iaitu orang-orang yang mengingat Allah di saat berdiri, duduk, atau berbaring, dan bertafakkur tentang penciptaan langit dan bumi. (Mereka berkata:) “Tuhan kami! Engkau tidak ciptakan ini dengan sia-sia”.(Ali Imran 190-191)
syahid_zul for the rise of islam

.... rest of template code ....

Anda mahu?

Bayangkan anda terperangkap di dalam suatu terowong yang gelap gelita.Tiba-tiba dari kejauhan terpancar satu cahaya yang terang.Ketika ini,janganlah sesekali menyangka ianya adalah cahaya dari sebuah tren yang datang untuk melanggar anda.Ia adalah jalan keluar!

Mungkin kita kerap kali menemui perumpamaan sebegini di dalam buku motivasi dan seumpamanya.Cumanya kadangkala "tahu" sahaja terlalu sukar untuk membangkitkan "mahu".Penyakit ini menjangkiti segenap juzuk kehidupan.Dan juzuk terpenting di dalam kehidupan ini pun tidak terkecuali dari dijangkitinya.

Terlalu ramai insan yang tahu apa itu agama.Apakah tuntutannya.Apakah tujuannya.Apakah kesinambungannya.Namun angka insan yang tahu tidak pernah berkadar terus dengan angka insan yang mahu(untuk hidup beragama).Lantaran itu juga kita berdepan dengan musuh yang bukan sahaja dari golongan yang jahil, tetapi juga kita mendepani mereka-mereka yang alim.Mereka mungkin tidak menolak agama secara total, tetapi amalan agama mereka tidak ubah seperti apa yang telah dan sedang ahli kitab amalkan, iaitulah patuh pada sebahagian kitab dan kufur pada sebahagian yang lain.

Mengapakah kita tidak mengambil peluang ketika hidup ini untuk menekuni jalanan yang telah kita lalui?Adakah kita patuh pada sebahagian kitab dan kufur pada bahagian yang lainnya?Kita tidak akan perasan, selagi tiada inisiatif kendiri untuk menyedarinya!Untuk itu saya memulakan diri saya sendiri untuk bermuhasabah, berpaling kepada masa lalu dan menjejaki setiap ceruk jalan yang pernah saya lalui.Adakah hidup, cara berfikir, cara bertindak, sifat, sikap, dan i'tikad saya menepati apa yang agama dan Pencipta inginkan?

Ambillah segenap kesempatan dan ruang untuk reformat dan delete segala unsur asing yang menjalari dan meracuni disk pemikiran.Kita mungkin mempunyai kelapangan masa yang terlalu banyak.Tetapi dalam masa yang sama juga kita terlalu kesuntukan masa.Kita perlu menyedari bahawa, perjalanan selepas ini tidak menjanjikan jalanan yang terlalu lebar dan lurus untuk di pecut.Jalannya penuh berliku.Penuh ranjau yang terhunus menanti jasad untuk di tikam.Hanya yang telah bersiap sedia sahaja dapat survive.Manakala yang lainnya bakal tersekat, terkandas, gagal ,tersesat dan menyesal.

Apa yang terlalu ingin saya tekankan di sini ialah aspek membina diri sendiri.Bacalah apa jua buku motivasi diri, motivasi perniagaan, dan sebagainya, kita bakal dan pasti mendapati bahawa penulisnya akan menekankan aspek pembinaan diri.Many succeed momentarily by what they know;Some succeed temporarily by what they do;but Few succeed permanently by what they are.

Satu hakikat yang wajib kita faham dalam dunia dakwah mutaakhir ialah, objek dakwah (mad'u) inginkan contoh.Malah mereka dan kita terlalu dahagakan contoh dan tauladan yang boleh dijadikan role model dan ikutan secara praktikal, secara live, secara in-person.

Di antara kegagalan insan dakwah ialah gagal menampilkan dirinya sebagai role model.Lalu mad'u akan berkata "lihat si polan tu,ingin berdakwah tapi diri sendiri pun....".Sebijak manapun alasan yang kita berikan kepada mereka, kita tetap gagal untuk mengelak dari terjun ke lecahan kegagalan.

Kerana itulah perlunya di semat kedalam minda dan cara berfikir secara rela dan paksa bahawa kita sedang kesuntukkan masa.Bagaimana mungkin se ekor ketam bisa mengajar anaknya berjalan lurus?Bagaimana mungkin insan dakwah bisa mendatangkan impak positif dalam dakwahnya jika dia sendiri terbabas?Apatah lagi jika terbabas di tempat yang paling bahaya iaitu bab aqidah.Perjalanan hidup, cara berfikir, dan cara bertindak perlu di scan dalam-dalam dan membandingkannya dengan kehendak agama dan kehendak Allah swt.

Anda telah membaca tulisan ini.Anda sudah tahu.Adakah anda mahu bermuhasabah?Anda berpenyakit(!) jika masih tidak mahu..

syahid_zul for The Rise Of Islam

Dunia dan Aku

Dunia itu sepi

Dunia itu keliru

Dunia itu persoalan

Dunia itu harapan

Dunia itu pencarian

Dunia itu pertemuan

Dunia itu cinta

Dunia itu ketewasan

Dunia itu kehidupan

Dunia itu kematian

Dunia itu perpisahan

Dunia itu penyesalan

Bersamamu dunia

Aku lupa siapakah aku

Aku lupa apa ertinya pertemuan denganmu

Aku lupa usulku

Aku lupa...

Mencari punca kewujudan aku dan kamu

Sehinggalah aku keliru

Sehinggalah aku buntu

Sehinggalah aku bosan

Sehinggalah aku memberontak

Sehinggalah aku merana

Sehinggalah aku meronta

Sehinggalah aku...

Kenal kalam-Mu

Powered by ScribeFire.

.... rest of template code ....

Dunia dan Aku

Dunia itu sepi

Dunia itu keliru

Dunia itu persoalan

Dunia itu harapan

Dunia itu pencarian

Dunia itu pertemuan

Dunia itu cinta

Dunia itu ketewasan

Dunia itu kehidupan

Dunia itu kematian

Dunia itu perpisahan

Dunia itu penyesalan

Bersamamu dunia

Aku lupa siapakah aku

Aku lupa apa ertinya pertemuan denganmu

Aku lupa usulku

Aku lupa...

Mencari punca kewujudan aku dan kamu

Sehinggalah aku keliru

Sehinggalah aku buntu

Sehinggalah aku bosan

Sehinggalah aku memberontak

Sehinggalah aku merana

Sehinggalah aku meronta

Sehinggalah aku...

Kenal kalam-Mu

Powered by ScribeFire.

Untitled

Zaman itu telah hanyut
Mengalir deras meninggalkan kenangan
Memori itu bisa di tatap kembali
Ruh perjuanganmu bisa di perdengarkan
Namun aku masih ragu di hurung persoalan
Mengapa ummatmu memilih lupa?
Senyummu mungkin masih sempat ku lukis
Jika aku disitu menatap redup wajahmu
Akan ku ingati setiap kedut di raut wajahmu
Untuk aku kenal perjuangan yang kau lalui tidak mudah
Akan aku perdengarkan kata-kata mu yang terakhir
Bukti cinta suci melangkau dimensi masa
Namun raguku memintas kewarasan
Mengapa ummatmu memilih cinta dunia?
Berapakah harga yang perlu ku bayar untuk berada disitu
Meriba insan agung yang sedang bersiap menemui Pencipta
Lalu aku mengerti, siapalah diriku ini
Untuk air mataku menitis di jasadmu
Lalu kau pergi jua meninggalkan kami..
Kau pergi jua..
Tiada lagi jasadmu disisi
Namun perjuanganmu tetap hidup di hati kami
Untuk menjawab ragu di hati
Ya Rasulullah...
Akuilah kami
Sebagai ummatmu
Di zaman yang akhir!