Sudu Garfu VS Tangan

SUDU GARFU VS TANGAN

Sesekali berjalan pulang dari kuliah melalui bangunan-bangunan comel Ambang Asuhan Jepun, terasa satu ketenangan yang menusuk di jiwa..lanskapnya agak unik dan suasana yang agak tenang dan mendamaikan.Teringat saya satu peristiwa yang agak keruan dibuatnya..Masakan tidak itulah..Kerana mulut badan juga yang binasa.Sewaktu lunch bersama-sama seorang sahabat di bilik,saya ditegur kerana sejak kebelakangn ini kerapkali bersudu & bergarfu..”Hmm,kalau di A(nama fac yang dirahsiakan) makan dengan tangan,balik kolej makan dengan garfu pulak.. nk jadi omputeh ke??”..tegurnya..pantas saya menjawab, “Hmm,boleh pula kalau di A pakai begini di B pakai begini”..Tersentak sabahat-sahabat saya yang lain dan masing-masing mengambil keputusan untuk mendiamkan diri hinggalah selesai makan..

PERSOALAN YANG TIMBUL :

1. Persoalan Ilmu dan Amal.

2.Mudahnya kita menjuzu’kan sesuatu perkara

3.Segalanya-galanya berpunca dari Yang Satu.

Ilmu..ilmu kimia,ilmu undang-undang,ilmu kejuruteraan,ilmu bahasa,ilmu kesukanan dan segala-gala jenis tentang ilmu adalah ilmu..Ilmu bukanlah sesuatu yang neutral,jadi ia mempunyai nilai dan juga boleh memberi nilai.Maksudnya, ilmu boleh jadi benar atau salah, boleh jadi Islam atau kufur, boleh jadi Timur dan Barat…Hmm, jadi..manusia yang berilmu dengan ilmu-ilmu tertentu boleh sahaja memanifestasikan nilai ilmu itu.Mudah bukan..

Amal..amal adalah hasil akhir daripada penterjemahan ilmu..jika ilmu yang dipelajari dan dihayati dengan sebetulnya akan ternampaklah hasilnya dan juga sebaliknya. Salah ilmukah jika kebiadaban & nilai buruk di kalangan pelajar-pelajar sekolah semakin menjadi-jadi?? Soal saya kepada seorang sahabat.Jawabnya mudah..mereka keliru & salah faham terhadap ilmu sebenarnya..

Pensyarah saya ada mengatakan kita (manusia) mudah untuk menjuzu’kan sesuatu tanpa memikirkan secara mendalam sesuatu perkara itu.Sebagai contoh mudah, pakaian..perlukah kita berpakaian begini untuk mempelajari sesuatu ilmu & perlukah kita memakai pakaian begitu untuk mempelajari sesuatu ilmu yang lain??Hakikatnya,kita telah menyediakan satu ruang dalam fikiran kita untuk perkara sebegitu.

Semasa saya terlibat dengan satu program bersama PERKID di KLCC, seorang kakak yang telah kami bawa ke program tersebut memarahi kami ,sukarelawan kerana mengajak golongan yang tidak bertudung ke masjid. Dia tahu bahawa tidak sopan untuk golongan sebegitu untuk ke sana, tetapi begitulah hakikat & pendirian golongan yang telah beramal dengan pendirian ilmu yang salah, sedangkan program tersebut bertujuan murni untuk memberi kesedaran kepada insan yang kurang memahami Islam..

Hakikatnya, semua jenis ilmu berpunca dari Allah Yang Esa. Dialah yang memberi taufik dan petunjuk kepada sesiapa yang dikehendakiNya..

“Sesiapa yang dikehendaki Allah akan kebaikan, diberiNya kefahaman dalam agama”

-Muttafakun ‘alaih-

Saya beriman bahawa walau di mana sahaja kita belajar samada di fac bahasa @ law @ engine@ akademi Islam serta memanifestasikan ilmu yang dipelajari segala-galanya kerana Allah Taala,Insyaallah Petunjuk Allah ada di mana-mana sahaja..Begitu juga signifikannya sudu garfu & tangan,sebagai wasilah untuk memasukkan makanan ke dalam mulut.Tiada bezanya. Tidak kira sama ada menggunakan sudu garfu atau tangan tapi matlamat kita adalah makan, begitu juga apabila kita belajar, matlamat akhir kita adalah kembali kepada Yang Satu. Saya yakin semua itu..

.... rest of template code ....