Anda mahu?
Bayangkan anda terperangkap di dalam suatu terowong yang gelap gelita.Tiba-tiba dari kejauhan terpancar satu cahaya yang terang.Ketika ini,janganlah sesekali menyangka ianya adalah cahaya dari sebuah tren yang datang untuk melanggar anda.Ia adalah jalan keluar!Mungkin kita kerap kali menemui perumpamaan sebegini di dalam buku motivasi dan seumpamanya.Cumanya kadangkala "tahu" sahaja terlalu sukar untuk membangkitkan "mahu".Penyakit ini menjangkiti segenap juzuk kehidupan.Dan juzuk terpenting di dalam kehidupan ini pun tidak terkecuali dari dijangkitinya.
Terlalu ramai insan yang tahu apa itu agama.Apakah tuntutannya.Apakah tujuannya.Apakah kesinambungannya.Namun angka insan yang tahu tidak pernah berkadar terus dengan angka insan yang mahu(untuk hidup beragama).Lantaran itu juga kita berdepan dengan musuh yang bukan sahaja dari golongan yang jahil, tetapi juga kita mendepani mereka-mereka yang alim.Mereka mungkin tidak menolak agama secara total, tetapi amalan agama mereka tidak ubah seperti apa yang telah dan sedang ahli kitab amalkan, iaitulah patuh pada sebahagian kitab dan kufur pada sebahagian yang lain.
Mengapakah kita tidak mengambil peluang ketika hidup ini untuk menekuni jalanan yang telah kita lalui?Adakah kita patuh pada sebahagian kitab dan kufur pada bahagian yang lainnya?Kita tidak akan perasan, selagi tiada inisiatif kendiri untuk menyedarinya!Untuk itu saya memulakan diri saya sendiri untuk bermuhasabah, berpaling kepada masa lalu dan menjejaki setiap ceruk jalan yang pernah saya lalui.Adakah hidup, cara berfikir, cara bertindak, sifat, sikap, dan i'tikad saya menepati apa yang agama dan Pencipta inginkan?
Ambillah segenap kesempatan dan ruang untuk reformat dan delete segala unsur asing yang menjalari dan meracuni disk pemikiran.Kita mungkin mempunyai kelapangan masa yang terlalu banyak.Tetapi dalam masa yang sama juga kita terlalu kesuntukan masa.Kita perlu menyedari bahawa, perjalanan selepas ini tidak menjanjikan jalanan yang terlalu lebar dan lurus untuk di pecut.Jalannya penuh berliku.Penuh ranjau yang terhunus menanti jasad untuk di tikam.Hanya yang telah bersiap sedia sahaja dapat survive.Manakala yang lainnya bakal tersekat, terkandas, gagal ,tersesat dan menyesal.
Apa yang terlalu ingin saya tekankan di sini ialah aspek membina diri sendiri.Bacalah apa jua buku motivasi diri, motivasi perniagaan, dan sebagainya, kita bakal dan pasti mendapati bahawa penulisnya akan menekankan aspek pembinaan diri.Many succeed momentarily by what they know;Some succeed temporarily by what they do;but Few succeed permanently by what they are.
Satu hakikat yang wajib kita faham dalam dunia dakwah mutaakhir ialah, objek dakwah (mad'u) inginkan contoh.Malah mereka dan kita terlalu dahagakan contoh dan tauladan yang boleh dijadikan role model dan ikutan secara praktikal, secara live, secara in-person.
Di antara kegagalan insan dakwah ialah gagal menampilkan dirinya sebagai role model.Lalu mad'u akan berkata "lihat si polan tu,ingin berdakwah tapi diri sendiri pun....".Sebijak manapun alasan yang kita berikan kepada mereka, kita tetap gagal untuk mengelak dari terjun ke lecahan kegagalan.
Kerana itulah perlunya di semat kedalam minda dan cara berfikir secara rela dan paksa bahawa kita sedang kesuntukkan masa.Bagaimana mungkin se ekor ketam bisa mengajar anaknya berjalan lurus?Bagaimana mungkin insan dakwah bisa mendatangkan impak positif dalam dakwahnya jika dia sendiri terbabas?Apatah lagi jika terbabas di tempat yang paling bahaya iaitu bab aqidah.Perjalanan hidup, cara berfikir, dan cara bertindak perlu di scan dalam-dalam dan membandingkannya dengan kehendak agama dan kehendak Allah swt.
Anda telah membaca tulisan ini.Anda sudah tahu.Adakah anda mahu bermuhasabah?Anda berpenyakit(!) jika masih tidak mahu..
syahid_zul for The Rise Of Islam
p/s: org rusia pun reti wat, malu la kalau org jepang tk penah cuba wat sushi hehe ;-)