Berilmu untuk berfikir
Mungkin entry kali ini adalah kesinambungan dari entry saya terdahulu iaitu ilmu untuk apa. Dalam tulisan tersebut, saya cuba membawa pembaca berfikir sejenak, untuk apakah ilmu yang kita cari selama ini.Adakah untuk lulus peperiksaan, adakah untuk mendapat pekerjaan, adakah untuk membanggakan mak dan ayah, adakah untuk menunjukkan standard pemikiran, adakah untuk dunia dan sebagainya. Yakinlah bahawa, berfikir ilmu itu untuk apa adalah sangat penting dalam merintis kebangkitan ummah ini.
Ummah sedang kesempitan modal insan.Di kalangan ummat ini, lahirnya para-para doktor.Mereka melihat peristiwa kematian hampir setiap hari. Tetapi peristiwa itu seolah-olah gagal menginsafkan mereka bahawa mereka juga akan mati.Dikalangan ummat ini ramai saintis.Penemuan sains yang mereka terokai gagal mengenalkan mereka kepada kehebatan Pencipta. Dikalangan ummat ini ramai jurutera. Namun potensi intelek mereka hanya disumbangkan untuk mencari kesenangan dunia.Dan begitu jua lah nasibnya bidang-bidang yang lain.Mungkin kerana itu terlalu wajar untuk kita bertanya kembali, ilmu untuk apa?
Disini ingin saya berkongsi satu perkara.Cuba lihat gambar di bawah:
- Manusia hanya mampu melihat sesuatu sinaran dalam lingkungan panjang gelombang yang terlalu terhad
- visible ray inilah yang membentuk imej di dalam mata hasil gambungan cahaya spektrum (merah, kuning, biru, ungu, indigo,...7 warna-kombinasinya membentuk imej)
- Sekiranya manusia mampu melihat sinaran yang mempunya panjang gelombang di luar lingkungan visible ray tersebut, adakah manusia mampu melihat "dunia lain"?
- adakah konsep penglihatan sebegini sama juga dengan konsep pendengaran?Bermakna jika manusia boleh mendengar frekuensi bunyi yang diluar lingkungan frekuensi biasa, adakah manusia mampu mendengar bunyi dari "dunia lain"?
- adakah ini satu teori untuk menjelaskan alam ghaib?
- Allah itu Maha Mengetahui dan Dialah yang Maha Hebat!
syahid_zul for the rise of islam
“Sesungguhnya pada penciptaan langit dan bumi dan pada pergantian siang dan malam ada tanda-tanda kebesaran Tuhan bagi orang-orang yang berfikir, iaitu orang-orang yang mengingat Allah di saat berdiri, duduk, atau berbaring, dan bertafakkur tentang penciptaan langit dan bumi. (Mereka berkata:) “Tuhan kami! Engkau tidak ciptakan ini dengan sia-sia”.(Ali Imran 190-191)
bukan mudah untuk mengubahnya, lagipula untuk menganjak pandangan,persepsi dan perspektif di luar linkungan gelombang..
kalaupun ia linkungan yang dekat saja..
kita boleh saja menulis, dan khalayak boleh saja membaca..
signifikan itu yang kita harapkan..
insyaAllah..