Melatanya kejahatan akibat manusia itu sendiri
Kami tidak melalaikan sesuatupun didalam Kitab ini… (6:38)
….dan telah Kami wahyukan Kitab (Al-quran) kepadamu untuk menerangkan segala sesuatu dengan jelas…. (16:89)
Hadis ;
Rasulullah bersabda, “Akan terjadi kejahatan-kejahatan.” Baginda ditanya, “apakah yang menyelamatkan kita darinya? “Baginda menjawab, “Kitab Allah, didalamnya terdapat berita-berita tentang apa yang terjadi sebelum kalian dan yang terjadi setelah kalian”
Jika orang bertanya, apakah hukuman yang paling setimpal kepada penjanayah Nurin? Saya akan berkata, saya tidak berhak “mencipta” hukuman. Allah sahajalah yang berhak meletakkan hukuman-hukuman kepada penjenayah seperti itu. Ianya hak Allah swt dan kita sebagai hamba telah berjanji untuk meletakkan hak tersebut hanya pada Allah disaat kita mengucapkah 2 kalimah agung “Lailahaillallah Muhammad rasulullah”.
Automatiknya ialah, sekiranya kita meletakkan hak untuk berhukum bukan kepada sumber yang datangnya dari Allah swt, samalah dengan kita memungkiri janji 2 syahadah tadi dan automatiknya gugur 2 kalimah itu dari kita.Apabila gugur 2 syahadah dari kita, maka gugurlah darjat islam itu dari kita dan apabila kita mati disaat itu, hanya Allah sahajalah yang tahu destinasi kita seterusnya.
Kita meratapi pemergian Nurin, mangsa kekejaman manusia yang tidak mengenal kasihan. Namun kita tidak merasa apa-apa apabila undang-undang had yang ditentukan Allah diketepikan untuk memberi jalan kepada undang-undang tinggalan british dilaksanakan diatas muka bumi ummat islam ini. Nurin adalah diantara mangsa kezaliman ummat islam Malaysia seluruhnya kerana bisu dan membiarkan undang-undang islam diperlekeh dan diketepikan didalam tanah air yang sudah 50 tahun merdeka.
Kita boleh faham jika non-muslim enggan undang-undang islam ini berjalan. Tetapi kita gagal faham mengapa ummat islam sendiri yang tidak mahu undang-undang islam berjalan dan dilaksanakan diatas bumi Malaysia. Lalu apakah ertinya kalimah syahadah yang diucap itu? Adakah hanya slogan, kata-kata semangat atau kata-kata yang menipu?