Mendidik dan Menjaga

Memandangkan cuti selepas exam kali ni..saya banyak menyenaraikan aturkan pelbagai aktiviti untuk dilakukan, walaupun begitu hanya beberapa sahaja yang berjaya dilakukan. Walaupun begitu, saya sangat berpuas hati kerana banyak peroleh pengalaman serta pengajaran sepanjang menjadi ‘bibik’ secara sukarela sepanjang 3 minggu ini.
Saya bukanlah seorang yang layak untuk bercakap mengenai ilmu keibubapaan kerana belumpun menempuhi fasa-fasa berkenaan tetapi mungkin sedikit sebanyak pengalaman ini dapat memberi tunjuk ajar kepada diri saya sendiri dan pembaca sekalian kerana setiap perkara pasti memberi hikmah kepada diri kita..

Menjaga dan mendidik

Memandangkan kita semua sama-sama telah melihat , mendengar, membaca masalah-masalah yang realitinya telah berlaku dalam masyarakat kita..maka sedarlah saya bahawasanya mendidik tidaklah semudah menjaga sesuatu..sama sekali tidak!!
Tertarik saya, apabila anak buah saya yang berumur 8 tahun bertanya kenapa saya sibuk-sibuk mengajak dia untuk solat berjemaah bersama?? Penat juga hendak memahamkan dia kenapa saya berbuat demikian..Keesokan harinya, ketika hendak solat maghrib, dia pula yang beria-ia mengajak saya untuk bersolat secara berjemaah..hmmm, terfikir juga saya, bersihnya hati yang Allah kurniakan kepada mereka..dengan hanya beberapa kali di ajar telah pun melekat di hati mereka..secara generalnya, benarlah..ibubapalah yang mencorakkan anak-anak, jika dididik untuk menjadi yahudi maka yahudilah anak tersebut dan jika dididik untuk menjadi nasara maka nasaralah jadinya..

Bagai menatang minyak yang penuh

Samada bibik,pengasuh,rumah jagaan kanak-kanak (Nursery) adalah semata-mata untuk memberi jagaan penuh kepada kanak-kanak. Setiap situasi samada makan, minum, pakai dijaga rapi zahirnya..Semuanya untuk memudahkan urusan ibubapa yang bekerja.Tempoh umur kanak-kanak yang dijaga biasanya antara 1 tahun hingga 5 tahun..Saya cuba bayangkan bagaimana pula dgn pendidikan berkaitan rohani yang diperlukan kanak-kanak..tidak memadai untuk sekadar belajar pendidikan ‘jiwa’ hanya di sekolah..Runsing juga memikirkan bagaimana keadaan ibubapa yang sibuk mencari nafkah untuk menampung sara hidup, susu, lampin dan keperluan anak-anak yang lain sehinggakan menyerahkan tanggungjawab mendidik kepada pihak yang lain..Lihatlah sekarang kebobrokan akhlak dan tingkah laku anak-anak muda belasan tahun..pelbagai aksi dan reaksi mereka yang makin ligat ditelan kemusnahan zaman..
Ayat Allah dari surah al-Anfal ayat 28 ini mengingatkan kita semua..

"Dan ketahuilah, bahawa hartamu dan anak-anakmu itu hanyalah sebagai cubaan dan sesungguhnya di sisi Allah-lah pahala yang besar"

Psikologi dewasa vs psikologi kanak-kanak

Saya ada menanyakan emak saya bagaimanalah keadaannya ketika membela kami 7 beradik yang pelbagai karenah dan fe’el, sedangkan saya dan adik-adik baru sahaja sudah mengeluh keletihan dengan keletah anak-anak buah..
Bukan mudah untuk menjaga dan mendidik..Berbekalkan ilmu jualah yang mampu merubah segalanya. Dewasa mahupun kanak-kanak masing-masing mempunyai watak tersendiri. Psikologinya juga turut berbeza..pelbagai idea yang bermain di fikiran mereka. Anak buah saya yang berumur 4 tahun ada bertanyakan bagaimana hujan turun,asal hujan dari mana? hujan ni macam air mata ye? Saya agak terkedu dan rasa sangat tidak bersedia untuk menjawab soalan soalan-soalan tersebut. Mahu saja saya huraikan tentang kitaran hujan,tentang komposisi air..tapi fahamkah nanti??
Memandangkan saya tidak meletakkan diri saya seolah-olah berada ditempat mereka maka agak sukarlah memberi penjelasan dan mendekati mereka..Mudah saya katakan bahawa sebenarnya saya tidak bersedia mental & fizikal untuk menghadapi ragam kanak-kanak.Begitulah sedikit situasi dan pengalaman dalam mendidik & menjaga kanak-kanak..jika ibubapa berjaya dalam penyediaan diri keseluruhannya maka dapatlah kita simpulkan bahawa akan terlahirlah golongan-golongan yang berkualiti, insyaallah..

Konklusi

Saya percaya dan yakin untuk menjadi seorang yang berkualiti keseluruhannya, perlulah bermula dengan diri kita sendiri (fardul muslim), demi untuk mencapai matlamat akhir iaitu masyarakat muslim seterusnya mendirikan daulah islamiah pada suatu hari nanti, Insyaallah..
Aspek mendidik & menjaga perlulah kita bezakan kerana kedua-duanya adalah dua aspek yang berbeza. Setiap satunya memberi penjelasan yang tidak sama. Oleh yang demikian, sesungguhnya setiap daripada kita adalah saling berhubung-kait serta saling memberi dan menerima. Walau berbeza peringkat umur mahupun kedudukan, setiap dari diri kita adalah memberi faedah kepada yang lain.Dan akhirnya, Firman Allah dalam Surah al-Hujurat: 13

"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling mengenal.Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling bertaqwa diantara kamu.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal"

.... rest of template code ....