Hidup untuk memberi

Kini genap sebulan saya meninggalkan Kg Tanggai, Johol, Negeri Sembilan. Teringat saya akan kenangan & pengalaman yang kadang-kala sukar untuk diperolehi..

Tiada yang lebih menggembirakan hati ibu bapa yang telah tua melainkan mendapat kasih sayang yang tulus ikhlas dari anak-anak mereka.Setelah hampir 1 minggu saya menyertai OPKIM anjuran Persatuan Mahasiswa Negeri Sembilan, saya mengerti dan memahami,saya dapat melihat serta nampak bahawa pentingnya hidup ini adalah untuk memberi.Sedar bahawa diri kita bukanlah hak milik persendirian bahkan adalah hak milik semua orang disekeliling kita.

Mendekati dan memahami masyarakat kampung serta keadaan sekelilingnya adalah satu pengalaman serta perasaan yang amat berharga yang tidak dapat saya ungkapkan.Menjadi cucu /anak angkat kepada seorang nenek berusia 73 tahun membuatkan saya berfikir panjang.Sampai sahaja diterataknya di Kg Tanggai,Johol menimbulkan banyak persoalan diminda saya.

KESEPIAN

Begitulah keadaannya apabila sudah tua dan ditinggalkan anak-anak kerana masing-masing sibuk mencari nafkah dibandar.Rumah ‘wan’ sedikit bising dengan kehadiran kami disusuli dengan hilai ketawa saya dan sahabat saya ‘Awe’. Berbeza dengan keadaan di rumah atuk saya di kg, rumahnya sentiasa dikunjungi serta hidup suasananya. Apabila ada waktu senggang jika tiada aktiviti yang dijalankan saya dan sahabat saya berbual-bual bersama wan sambil menyesuaikan diri dengan keadaan di situ. Maklum sahajalah segalanya agak berbeza termasuklah makanan sehinggalah percakapan. Bak kata pepatah “Masuk kandang kambing mengembek, masuk kandang lembu menguak”.. Menurut wan, anak-anaknya masing-masing berkerjaya serta sukar untuk pulang..Bagaimanalah keadaan wan sebelum dan selepas kehadiran kami bahkan juga dia telah mengalaminya sudah bertahun-tahun.

KASIH-SAYANG

Semasa perasmian OPKIM dijalankan, Tok Karim(Ketua Kampung Tanggai) ada memberitahu bahawa ramai penduduk di kampungnya masing-masing hendak mengambil anak angkat di kalangan kami.Saya hairan dan agak teruja. Pada hemat saya, cukuplah dengan bilangan anak yang ada di rumah kenapa perlu ditambah dengan yang baru. Andaian saya silap sama sekali, sebenarnya bukanlah bilangan yang menjadi perkiraan tetapi limpahan kasih sayang yang diutamakan. Setiap dari batang tubuh diri kita adalah berharga bagi orang disekeliling kita. Ketika saya beramah mesra dengan seorang Pak Cik, beliau memberitahu saya bahawa anak-anak adalah segala-galanya bagi ibu bapa. Hatta RM 1O pun yang kita berikan kepada mereka dengan penuh rasa kasih sayang itu sudah cukup bermakna kepada mereka. Bukanlah harta kekayaan yang bertimbun-timbun yang mereka idamkan tetapi kasih sayang dan perhatian yang mereka mahukan. Insaf saya mengingatkan perbualan itu kerana ketika pada saat itu pak cik tersebut sedang mengendong anaknya lelakinya yang bongsu dan itulah harapan beliau kepada anaknya kelak.

KITA SERUPA

Program motivasi yang telah di anjurkan di sebuah sekolah sedikit sebanyak memberi ruang & peluang untuk sama-sama koreksi dan mengenali diri masing-masing. Matlamat yang sama, tujuan yang juga sama malahan mempunyai latar belakang keluarga yang sama membuatkan saya memahami sedikit sebanyak perasaan adik-adik yang berusia 12 tahun ini. Perasaan yang sama ketika saya di bangku sekolah dahulu. Apa sahaja yang adik-adik tersebut luahkan terasa seperti diri saya dahulu. Begitulah keinginan dan impian seorang anak kampung yang mahukan sedikit perubahan dalam hidupnya. Insyaallah berkat hasil usaha, mereka akan berjaya serta menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan juga negara..

Sementara masih diberikan kesempatan oleh Allah untuk terus menikmati nikmatNya, marilah kita sama-sama memberi dengan semaksima mungkin kerana telah banyak yang dikurniakanNya, jadi tidak salah jika kita memberi dengan seadanya..kerana kita bernafas kerana Allah..

.... rest of template code ....

1 Comment:

  1. krulayar said...
    'KIAMAT DAN KEADAANNYA'

    http://www.scribd.com/doc/36025155/Surat-Kepada-Yang-DiPertuan-Agong-Dan-Mufti-Mufti

Post a Comment