Adakah saya malu dengan Islam?

Beberapa tahun dahulu,ketika saya belajar di ibu negara dan menetap di hostel di Petaling Jaya,selalu juga di hujung bulan keluar ke "Kotaraya" menaiki bas no.12.Kadang-kadang bertemankan sahabat dan dikebanyakkan waktu saya hanya keseorangan.Destinasi tetap pastinya jalan masjid india.Meninjau-ninjau kalau-kalau ada buku-buku pengisian jiwa yang bagus untuk di tatap.

Disamping buku,antara kegemaran lain saya ialah majalah i.Tidak ketinggalan untuk memiliki majalah tersebut di setiap keluaran.Tiba masa untuk pulang ke hostel.Kadang-kala saya menaiki bas dan kadang kala juga saya menaiki LRT.
Ia bukan fokus saya.Apa yang ingin saya ceritakan ialah apa yang saya rasa apabila ingin membaca buku agama di dalam bas ataupun LRT.

Malu?Ya!Perasaan dan lintasan hati itu sering datang dan mengoyahkan hati saya setiap kali ingin membaca buku agama atau majalah agama di dalam kenderaan awam.Hingga saya bertanya,saya malu dengan islam yang saya anuti?Astaghfirullah al azim..Beristighfar beberapa kali lalu saya membaca juga.Biarlah beribu mata memandang dengan pandangan pelik, pandangan kebawah,tidak "macho" dan sebagainya.

Pulang ke tanah air di akhir ogos 2006.Saya memakai jeans, t-shirt biasa dan "cap" kemudian meneruskan amalan membaca di dalam LRT.Sekali lagi saya menerima pandangan yang sama.Pandangan yang seakan-akan ingin memaksa saya supaya berhenti dari membaca, pandangan pelik, dan sebagainya.Terpaksa sekali lagi saya bertanya "adakah aku ni hina?".

Pernahkah ini terjadi kepada anda juga?

Inilah zaman,ummat islam sudah tidak bangga dengan islam.Tidak usah menafikan,kerana ia berlaku pada setiap diri.Mungkin tidak di semua keadaan, tetapi adakala kita tewas di beberapa keadaan.

Ianya agak kontra,apabila LRT yang di naiki di penuhi dengan pakar "dedah",pakar macho dan pakar "dating",rapat-rapat dan himpit-himpit kemudian saya duduk di kerusi sambil menatap "Penenang Jiwa" terjemahan karya Imam al-Ghazali.Jujur juga ingin saya akui,kadang-kadang saya kalah.Disaat saya kalah sekali lagi saya bertanya, "adakah saya malu dengan islam?" ....

Zaman ini penuh dengan kecelaruan.Kerosakan yang sedang berlaku di dalam masyarakat ialah antara tindakbalas automatik apabila islam terbuang.Islam tidak memerintah dan hanya menjadi anutan rasmi sahaja.Tiada kebanggaan apapun atas agama yang di anuti.Al-Quran hanya di lagukan dan dijadikan perbincangan intelek sahaja.Tiada penghayatan yang benar-benar membawa kepada praktikal.Al-Quran turun bukan untuk dikaji, diselidiki,dijadikan perbincangan intelek,ianya adalah untuk diamalkan.

Percayalah,kita sedang menuju kearah kebinasaan.Suasana masyarakat yang sedang membina persekitaran yang "tidak bangga dengan islam" adalah salah penanda bahawa kebinasaan itu semakin hampir.Saya percaya, pasti ada antara kita yang pernah mengalami apa yang pernah saya alami.Jika lelaki,pasti agak segan berkopiah mahupun berserban.Jika wanita,pasti segan untuk bertudung labuh.

Betul.Islam tidak mewajibkan kopiah, serban dan bertudung labuh.Tetapi belajarlah apa itu suasana.Pendorong dan sebagainya.Pakar "dedah" tidak akan "dedah" ketika berlaku kematian.Mengapa?
Belajarlah apa itu suasana...
Kerana itu,saya amat tidak bersetuju dengan kes pelajar berserban yang dibuang sekolah suatu masa dahulu.Ramai orang berkata,rasulullah tidak pernah menyuruh ummatnya berserban.Ya,saya pun tahu hakikat itu.Sesungguhnya kita tidak berbicara soal hukum.Kita berbicara soal suasana yang sedang terbentuk.Ummat islam sudah tidak bebas melakukan perkara-perkara yang dirasakan mampu mendekatkan dirinya dengan agama.Ianya antara rintisan-rintisan jalan ke arah kebinasaan.

Terkejut!Itulah yang mampu saya katakan apabila membaca petikan ini;
Guru sepatutnya memainkan peranan dengan menganjurkan amalan dan kegiatan-kegiatan yang menyatu-padukan murid dan menggalakkan mereka berinteraksi secara bebas, bukan memecah-belahkan mereka. Kita tidak mahu timbul isu kerana guru atau ustaz serta ustazah berpandangan sempit dalam soal agama sehingga boleh menjejaskan perpaduan sesama murid, katanya.

Beliau berkata, amalan itu telahpun diberhentikan di semua taman bimbingan kanak-kanak yang ditadbir oleh Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional.

Di tabika-tabika perpaduan, arahan sudah dikeluarkan supaya bacaan doa tidak diamalkan. Ada guru-guru yang berasa seronok apabila kanak-kanak bukan Islam pun boleh mengikut membaca doa, tetapi saya ingatkan mereka bahawa itu sesuatu yang melanggar etika kerana mereka masih kanak-kanak.

Kita tidak mahu anak-anak kecil bukan Islam nanti membaca doa apabila pulang ke rumah masing-masing. Ini boleh menyinggung perasaan ibu bapa mereka, katanya.

Beliau yang membuat kenyataan itu adalah Ketua Pengarah Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional Datuk Azman Amin Hassan.[mSTAR Online]

Berkali-kali saya berhujjah di suatu portal suatu ketika dahulu ketika isu serban sedang hangat.Saya berkata,mata rantai islam sedang dicabut dan tercabut satu persatu.Dihari ini mungkin kebebasan untuk berserban.Namun kita tidak tahu apa pula selepas ini.

Ternyata ia bukan omongan kosong sahaja.Sudah ada usaha menghapuskan doa dari dibaca di sekolah.Selepas ini apa pula?Adakah kita ingin terus tunggu dan lihat tampa apa-apa usaha?Betul, kita boleh mencari alasan untuk menjustifikasikan tindakan tersebut.Manusia sememangnya begitu.Ingatlah bahawa,alasan apabila dicari pasti ditemui!Namun pastinya Allah adalah lebih hampir dari urat tengkuk mu untuk menilai ketulusan hatimu terhadap agama.

Sekang kita sedang menghitung "apa yang masih ada pada islam untuk dipertahankan!"Hudud, Qisas sudah terlalu jauh untuk digapai.Riba?Terlalu jauh untuk diatasi.Arak?Judi?Pusat hiburan?Terlalu bermaharaja lela.Aqidah?Sudah digugat keyakinannya dengan kes murtad.Bermacam-macam...Hitunglah,mungkin anda lebih maklum dengan malaysia lebih daripada saya...

Di hari ini, sebelum masyarakat ini binasa,kita disini dan sedang membaca.Selepas ini pada anda dan saya ada dua pilihan.Diam atau bertindak!Mungkin tiga pilihan mungkin empat pilihan.Yang pasti kita sedang dipersimpangan.Persimpangan untuk memilih.Saksikanlah...aku telah menyampaikan...

.... rest of template code ....

7 Comments:

  1. Unknown said...
    menurut hadis yg pernah saya dengar.
    pada akhir zaman kelak yang menjatuhkan islam bukanlah kafir laknatullah.tetapi org islam sendiri.bolej jadi org islam yg menjadi tali barut untuk menghancurkan agama sendiri.munafiqun yg bersembunyi dalam selimut.secara senyap cuba memerangi islam.
    bertopengkan islam.namun dalam bnyk2 org islam, yang mana benar2 islam sejati?ikhlas berjuang,takkan berundur walau setapak.
    hakikat perjuangan bukan saja melalui fizikal malah kekuatan iman.semakin hari semakin tegarkah iman kita.tanda munafiq tu ada 3.semua orang tau.tapi dlm kehidupan seharian pun,memang selalu org terlupa termasuk saya.kadangkala 'terpaksa' berbohong demi menjaga imej.kadang2 janji tidak dapat ditepati.
    semoga rahmat Illahi setiasa menurunkan hidayah kepada hati ini..=c
    zf_zamir said...
    manusia melayu islam ini bukankah terkenal dengan toleransinya?

    disaat berdengung telinga umat islam dengan soal serban, sebuah sekolah di batu gajah membenarkan seorang murid singhnya memakai serban juga..inilah toleransi..

    disaat terpendam haba dalam hati umat melayu dengan kadar baru tol di kl, tol di pulau pinang ditangguhkan kenaikannya, kerana sebuah parti bernama gerakan..inilah toleransi..

    tetapi yang peliknya, toleransi itu hanya kepada bangsa lain, tetapi tegas pula kepada bangsanya sendiri..

    kemusykilan ini sama dengan soal doa di tadika itu..
    Fauziah said...
    berani kerana benar, takut kerana salah. teruskan perjuangan. setakat ajar doa pd kanak2 apa lah sangat. bukan ajar doa supaya jahanamkan hidup org lain. doa yg diajar stakat doa makan apa la sangat besarnya silap tu. hai ketua pengarah tu takut kat ibu bapa ke takut kat Allah. kalu takut kat ibu bapa non muslim tu, ketua pengarah tu ubah je la nama. Malu aku melihat nama Islam tuan itu.
    Maryam said...
    'izzah dengan islam... 'izzah dengan cara sendiri.. yang mengikut lunas Islam..

    Qulilhaq walau kaana murran.
    syahid_zul said...
    Alhamdulillah....diharap semua disini ada izzah dgn islam...

    Mungkin mulut mudah menyebut,"sesungguhnya kita dimuliakan dengan islam",tapi hakikat untuk mencapai tahap keyakinan itu terlalu sukar..

    Kadang2 datang bisikan hati "adakah aku terasa terhina dengan islam?"...

    Mungkin yang ada disini tidak tergolong dalam golongan yang rasa terhina dengan islam,namun lihatlah kedalam masyarakat.Hakikatnya,ia sedang terjadi dan membarah.... Mereka rasa terhina bila bertudung,mereka rasa terhina bila berkawan dengan imam,mereka rasa terhina dengan kopiah,mereka rasa terhina dengan cara hidup islam,mereka rasa terhina dengan undang2 dan ajaran islam dot dot dot...
    ~ n.u.u.r ~ said...
    turut berkongsi pglaman..
    sy baru pulang ke rumah dr kampung~ sendirian. menaiki bas ekspress.. prjlnn lbey kurang 7 jam gitu, tanpa ada sebarang henti yg lama. pjlanan waktu pagi, semestinya libatkn waktu solat.~ disebabkan destinasi sy adlh rumah, so sy x dpt jama takhir zuhur+asar. Pohon keizinan dr pemandu bas utk berhenti sekejap solat. tp ditolak krn katanya nak kejar waktu. jadi terpaksa solat menghormati waktu. agak terkilan dgn senario ni.
    waktu solat menghormati waktu, sy mengaku sy teragak2. yelah, sy sendirian., dan orang2 dlm bas xde satu pun yg bersuara utk bhenti solat. barangkali masing2 buleh jamak takhir. malu ke sy utk solat hormati waktu? agak kaget. sy dapat rasakan org seat belakang tgk sy mcm sy sedang lakukan satu sesi pemujaan yg salah. org sebelah tenung macam sy amal ajaran sesat, huhu.. rasa tersisih di negara yg mengaku menjadikan islam as agama rasmi.~ syukur sgt ntah macamana, kami ttba terpaksa tukar bas kat satu perhentian bas. sdg org sibuk tukar bas, sy amik kesempatan untuk menyelit2 ke musolla. Allah mendengar rintihan. Allh sentiasa membantu hambanya. syukur.....
    syahid_zul said...
    bg kes sdri nuur tu,agama benarkn sdri jamakkan zohor dan asar dlm 1 waktu walaupun dh sampai kt rumah..
    tapi harus diingat bhw sdri tidak boleh qasar tetapi hanya boleh jamak..ini krn sdri sudah diluar dr musafir...
    ini adlh berdasarkn hadis yg mana rasulullah pernah menjamakkan solat walaupun tidak bermusafir...
    sila rujuk ustaz balik..
    wassalam

Post a Comment