Ilmu untuk apa ?
Blog baru , semangat baru , iltizam baru . Matlamatnya tetap sama , bukan hanya mengisi masa lapang (walaupun selalu kesempitan masa) , tetapi mengisi kelapangan perjuangan yang terlalu suram tampa dihiasi bunga-bunga muda dan harum . Gerangan yang muda masih tidur , tinggallah yang tua-tua yang sedang menunggu saat perpisahan dengan dunia .
Saya masih muda , kuantiti garam yang saya hadam pun taklah sebanyak mana , sekadar boleh diumpamakan dengan frasa "setahun jagung" dalam dunia dakwah dan penulisan . Manakala saya bukanlah dibidang pengajian islam atau hadis atau usuluddin dan seumpamanya . Saya dalam jurusan kejuruteraan . Tiada lansung kaitan dengan dakwah atau penulisan , itupun jika kayu masih dilihat sebagai kayu .
Bidang kejuruteraan mengajar saya menganalisis sesuatu berdasarkan teori yang dibuktikan secara fizikal (eksperimen) . Bukan dengan andaian dan agakkan sahaja . Cara berfikir seperti ini saya aplikasikan kedalam analisis ilmu agama , tetapi saya kecuali terhadap beberapa perkara seperti perkara ghaib yang tidak sama-sekali boleh dianalisis secara logikal semata .
Kadang-kadang saya terfikir , apa gunanya ilmu kejuruteraan yang saya belajar ? Adakah semata-mata untuk mendapatkan pekerjaan ? Ataupun untuk memberi guna kepada generasi akan datang . Jika ilmu ini hanya berguna untuk perkara diatas , apa bezanya saya dengan Ah Meng , Muthu , atau mungkin Tanaka ? Tiada beza sedikitpun ! Disitu saya cuba untuk berfikir dengan lebih dalam lagi . Dan saya temui satu perasaan yang sangat indah ketika menelaah perkara yang baru , "kekaguman!". Saya kagum bagaimana satu atom yang kecil mempunyai sistem yang begitu rapi . Saya kagum bagaimana sistem solar dibentuk oleh objek-objek yang saling tarik menarik antara satu sama lain dan membentuk kestabilan posisi yang begitu tersusun dan indah . Saya kagum dengan teknologi komputer yang dibangunkan hanya dengan wujudnya satu benda bernama elektrik . Perasaan kagum membawa saya mengenal "PENCIPTA" yang mencipta dan merencanakan kejadian alam . Kenal pencipta membawa saya kepada keyakinan aqidah bahawa lailahaillallah.Kalimah yang jarang-jarang kita kaji makna pada kedalamannya yang hakiki . Membawa maksud pengabdian , sumber hukum , cinta , sumber rezeki , pada-Nya yang tidak berbelah bagi .
Apabila kita gagal memahami untuk apa ilmu yang kita miliki , maka lahirlah generasi yang bakal memporakperandakan alam . Menjadi jurutera yang menipu , doktor yang mengambil kesempatan , arkitek yang tidak amanah , menteri yang rasuah , dan plus++ . Saya agak terkejut dengan satu fakta yang dibongkar berkenaan bangunan kustem yang mana dibumbungnya bertanda salib .
Saya masih sukar menerima pendapat yang mengatakan ini hanyalah satu kebetulan . Walaupun saya suka mendengar lagu suratan atau kebetulan , tetapi hati tidak mungkin boleh ditenangkan hanya dengan sepatah kata bernama "kebetulan" . Jikapun boleh , umumkan kepada umum bahawa gambar ini adalah gambar bangunan lain di negeri atas angin . Jika tidak , saya tetap bertegas bahawa arkitek yang melukis plan bangunan tersebut merupakan manusia yang tidak amanah atau lebih ringan lagi , cuai !
Kerana itu saya ingin bertanya kepada insan yang bakal menjadi golongan middle class dalam masyarakat , untuk apa anda berilmu ? . Untuk hartakah , atau untuk syurga ?