Why do we care?
Di sebalik kesibukan harian, saya sempat membuat satu kajian rambang tentang status anak gadis kita di friendster.Saya mengolongkan kajian saya kepada empat kategori iaitu SINGLE,Its COMPLICATED,In a RELATIONSHIP dan Domestic PARTNERSHIP yang merangkumi anak gadis berumur antara 20-22 tahun.Daripada 205 anak gadis, saya mendapati 111 daripadanya berstatus "single", 69 daripadanya berstatus "in a relationship",24 daripadanya "its complicated" dan 1 daripadanya "domestic partnership".
Mungkin selepas ini ada antara kita yang teringin untuk membuat bancian dalam ruang lingkung yang lebih besar tetapi bagi saya, angka diatas sudah cukup untuk saya membuat beberapa rumusan dan sekaligus menulis artikel ini.
Pertamanya, apakah hukum bercouple?Dalam bancian saya diatas,saya cukup pasti bahawa objek bancian adalah dari kalangan yang belum berkahwin.
Ada pendapat mengharamkannya secara total dengan hujjah yang tersendiri.Jika saya menggunapakai pendapat ini, lalu dengan senang saya boleh mengharamkan perlakuan 69 anak gadis diatas.Dan dengan method yang sama, saya bisa mengharamkan perlakuan lebih separuh dari sahabat saya yang sedang merangka untuk berkahwin dengan pilihan hati masing-masing.
Lalu saya bertanya,adakah ia sesenang itu?Sekiranya ada seorang hamba Allah sedang keluar bersiar-siar ditaman.Tiba-tiba matanya terpaku pada sesusuk tubuh wanita yang mendedahkan aurat sedang berjoging.Adakah wajar kita mengharamkan perbuatan bersiar-siar hamba Allah tadi?Atau adakah kita hanya perlu mengharamkan pandangan kedua dari hamba Allah tadi?
Jika kita cermat dalam menekuni method islam dalam menentukan halal dan haram sesuatu benda yang samar,selalunya faktor situasi menjadi penentu.Muzik misal, diharamkan jika situasi bercampur dengan haram, dihiasi dengan tarian wanita, arak dan sebagainya.Namun ada ulama' yang keras telah mengharamkan muzik secara total.Bagi saya, saya bersetuju menjadikan "situasi" sebagai penentu hukum diatas beberapa sebab.
1]Ummah dalam keliru.Keliru diantara menuruti fitrah manusia yang memerlukan cinta dan menuruti hukum agama.Lalu terlalu ramai yang memejamkan mata lalu terus bergelomang dalam dunia cinta yang palsu, tidak terdidik dan tiada berprinsip.Daripda terus melahirkan insan yang keliru dengan agama, saya lebih bersetuju jika ia dibenarkan dalam suasana berprinsip.
2]Couple telah menjadi budaya masyarakat.Menjadi method dalam islam,ketika ingin mengharamkan sesuatu perkara yang menjadi budaya di dalam masyarakat, islam menggunapakai method pengharaman berperingkat.Bagaimana kalau ia tidak haram secara total seperti kes couple?adakah wajar kita berkata "ia haram" begitu sahaja?
Jikapun saya berkata, "couple itu haram", agaknya berapa ramai yang akan mematuhinya?Akankah saya sendiri mematuhinya?Atau adakah saya hanya bermain drama yang mengelirukan diri sendiri dan orang lain?Disini saya tidak berniat menggunakan pendekatan "mengasak" tetapi saya ingin mengfokuskan kepada "mendidik".
Percaya atau tidak, jika kita mengasak seseorang hingga ke suatu tahap, orang tadi akan mempertahankan dirinya walaupun dia sebenarnya mengengam kebatilan.Saya belajar dari kesilapan lampau,manusia sememangnya begitu.Saya membaca buku dakwah tulisan albanna, maududi dan sebagainya, ulama dan pemikir islam sudah menyentuhnya secara detail dan praktikal betapa tersilapnya kita dalam menghadam situasi.
Rasanya saya sudah menulis tentang faham insan, insyaallah dalam beberapa waktu lagi saya akan menulis tentang faham situasi.
Tulisan ini adalah mukaddimah.Angka diatas saya lampirkan sebagai satu lontaran isu yang seharusnya difikirkan untuk kita merenung masa depan negara tercinta ini.Jika kajian yang sama saya lakukan keatas bangsa jepun, saya akan menurunkan had umur objek bancian kepada 16 hingga 18 tahun.Dan kajian saya bukan dalam ruang lingkup status "cinta" anak gadis tetapi status dara anak gadis.Saya cukup yakin untuk meramalkan keputusan kajian saya itu nanti, dari 200 responden,paling kurang 70 orang sudah kehilangan dara!
Itu hakikat jepun sekarang.Malaysia sedang menirunya.Saya sedang cuba membuat kajian tentang persamaan malaysia dan jepun dari sudut moral.Mungkin malaysia ketinggalan 10~20 tahun dari aspek keruntuhan moral.Dan saya sedang mencuba mencungkil faktornya...
Wassalam...