Kearah Cinta Terdidik dan Berprinsip
1]Anda mempunyai adik berusia 7 tahun yang suka menconteng buku-buku nota anda.Anda terlalu marah kepadanya sedangkan adik anda terlalu minat untuk melukis tetapi tidak tahu dimana dia harus memuaskan minatnya.Andakah perbuatan anda memarahi dan melarangkannya itu betul?
2]Anda baru mengenali seorang sahabat(perempuan) yang ditempatkan sebilik dengan anda di hostel.Anda mendapati sahabat yang baru dikenali tadi tidak mengenakan tudung, dan tidak pernah bersolat.Dalam masa yang sama, sahabat anda tadi selalu melihat anda bersolat dan didalam hatinya terlalu ingin bersolat tetapi tidak pernah diajar cara bersolat.Apa yang harus anda lakukan?Adakah patut dengan hanya menyebarkan perbuatannya yang tidak bersolat kepada rakan-rakan anda yang lain?
3]Anda mempunyai seorang sahabat(lelaki) yang selalu berkepit dengan kekasihnya.Dia tidak pernah diajar apa itu batas pergaulan dalam islam.Dia tidak pernah diajar apa itu solat dan apa itu islam.Islamnya hanya pada nama.Apakah wajar untuk anda menghukum sahabat anda tadi?
3 contoh yang terlalu basic sempat saya highlightkan disini untuk difikirkan.3 contoh yang mungkin agak berbeza dan kita biasanya terperangkap dalam kesombongan diri kita terhadap mereka.
Apakata kalau anda membelikan sebuah buku lukisan kepada adik anda yang berusia 7 tahun tadi supaya dia boleh melukis dan mewarna sepuasnya?Apakata kalau anda mengajak sahabat(perempuan) anda tadi solat bersama-sama anda dengan anda menguatkan sedikit bacaan-bacaan solat supaya dia mendengarinya?Apakata kalau anda mengajak sahabat lelaki anda tadi ke masjid mendengar kuliah agama dan sebagainya?
Sengaja saya mencungkil 3 contoh diatas untuk menunjukkan betapa tersilapnya kita dalam memahami situasi.Dalam teori sains,sekiranya suatu gas dimampatkan sehingga ke suatu tahap, ia akan bertukar menjadi cecair(tong gas memasak dirumah adalah dalam bentuk cecair) .Dalam pedagogy of the oppressed yang popular itu,Paulo Freire mengatakan manusia apabila ditekan ke suatu tahap ia akan mengalah lalu pasrah enggan berjuang.Kedua-duanya saya rumuskan kepada satu teori bahawa,manusia apabila ditekan dan dihilangkan harapannya, ia akan memilih satu jalan keluar yang tidak boleh diramalkan.
Saya tidak berminat untuk menghuraikan teori tersebut kerana ia melibatkan kajian ilmiah yang lebih mendalam dan saya berada dalam proses tersebut.
Disini saya ingin membawa pembaca kepada awal hakikat cinta yang terlalu senang diungkapkan namun tidak begitu mudah untuk mendapatkannya,cinta Allah dan rasul.Sejak ia menjadi siulan dan dilagukan, kita hanyut dalam irama, namun lupa akan pra-syarat yang wajib dipenuhi untuk mendapatnya.Percayakah kalau saya katakan, jika insan yang lahir dari kamar tarbiyah ini faham hakikat cinta allah dan rasul, kita tidak perlu lagi bimbang kepada siapapun dia dambakan cinta selepas itu?
Saidina umar pernah berkata kepada rasulullah,"Engkaulah yang paling aku sayangi selepas diriku."Apabila mengetahui dia tersilap lalu umar mengubahnya lantas berkata "Engkau lebih aku sayangi lebih daripada diriku sendiri".Fahamkah ini akandialog ini?Sejauh mana kefahaman kita itu membina diri dan peribadi kita?
Cinta yang tidak terdidik dan tidak berprinsip meletakkan kekasih itu dihadapan Allah dan RasulNya.Lalu apa peliknya jika cinta sebegini menghanyutkan sepasang kekasih yang saling berpegangan tangan, saling bersentuhan tampa berlapik, bedua-duanya ditempat sunyi dan sebagainya?
Saya mencabar sesiapa jua yang ada ada disini yang sedang lena dalan cinta "anta-anti", ungkap kalimah ini kepada kekasih anda,"sayang cinta awak selepas Allah,rasul, dan ibubapa saya."
Untuk apa cabaran ini?Kerana saya cukup menyedari diluar sana terlalu ramai yang lebih suka mengunkapkan "hanya awak yang saya cinta".Tahukah hukum berkata begini?Secara umum saya boleh berkata,kata-kata sebegini mampu membatalkan kalimah syahadah.Kerana "ilah" dalam syahadah itu juga bermaksud "tiada cinta yang melebihi cinta kepada Allah".
Melengkapkan diri dengan cinta kepada Allah dan rasul dan kedua ibubapa, lalu bercintalah anda dengan sesiapa juga.Islam tidak memisahkan anda dengan cinta, dengan syarat ia terdidik dan berprinsip.Tetapi masih juga saya ingin menegaskan disini, perkahwinan itu masih pilihan yang terbaik...
Wassalam
stereotypenya org yg tulis blog pasal couple2 ni emotional sket.. tp alhamdulillah syahid_zul begitu tenang melontarkan pandangan dgn hujah2 yg agak convincing jgkla.. keep up the good work..p(^^)q
err...jdrama "14 sai no haha" tu download kat mna ye?
kat d addicts takde plak
kt daddict la biasanyerr...klu xde xtau la plak..maybe dia ubah tajuk kpd english kot..