Suara dari Kesibukan

Pertamanya saya ingin memohon maaf kerana terlalu lama menyepi disebabkan oleh kesibukan untuk melaksanakan tugas harian sebagai seorang pelajar.Sejak akhir-akhir ini agak jarang dapat memfokuskan fikiran kepada penulisan dan blog.Mungkin disebabkan oleh otak yang terlampau penat memikirkan hal-hal pelajaran dan sama waktu dengannya.

Kesannya bukan sahaja dalam bab penulisan dan blogging, malah turut mempengaruhi tabiat membaca saya.Saya sempat membeli buku "The Art Of War" tafsiran dari karya tulisan Sun Tzu.Sudah seminggu buku tersebut menghuni bilik saya, namun tidak pernah ditatap.

Saya terkesan dari sebuah movie yang bertajuk "Grave Of The Fireflies".Ceritanya berkisar tentang kehidupan 2 orang adik-beradik yang hidup dizaman perang dunia ke-2 di negara jepun.

Saya pernah menulis berkenaan pengembaraan saya dibumi Hiroshima di awal tahun,
dan mungkin kerana itu juga cerita Grave Of The Fireflies agak memberi kesan dan memberi gambaran yang tepat kepada saya tentang apa yang dialami oleh mangsa perang ketika meledaknya perang dunia ke-2.

Apa yang dapat saya simpulkan ialah, setiap pihak yang berperang menanggung akibat daripada perang.Kita selalu mendengar cerita dari nenek dan atuk kita dikampung tentang kehidupan mereka ketika perang dengan jepun.Sebenarnya cerita yang sama jugalah yang diceritakan oleh orang-orang tua jepun kepada generasi pewaris mereka.

Sekiranya orang melayu terpaksa makan ubi kayu untuk survive,orang jepun turut menanggung nasib yang sama.Sekiranya orang melayu ketakutan dengan kedatangan jepun,orang jepun turut ketakutan menghadapi kedatangan tentera US.

Menyedari kebodohan mereka dimasa lampau, Jepun telah tidak memperuntukkan apa-apa untuk memperkukuhkan pertahanan negara mereka.Tidak ada peruntukan ketenteraan dalam bajet negara.Semuanya ditumpukan kepada penjanaan ekonomi dan teknologi.

Sebenarnya ada beberapa kesimpulan lagi yang telah saya perolehi dari movie tersebut.Insyaallah dari semasa ke semasa saya akan kongsikannya dengan pembaca yang terus tekun mencari ilmu di alam maya..Wassalam.

.... rest of template code ....

3 Comments:

  1. azlina zabha said...
    buku ni famous..

    lepas awak cceritakan tentang serba sedikit tentang buku ni, baru saya faham.. kehebatan buku tersebut..
    MAT JENIN said...
    http://www.chinapage.com/sunzi-e.html

    sape nak baca ade kat sini leh print out
    denai said...
    saya baru ke sini

Post a Comment