Islam : Suka duka jalanan kebangkitan

Ianya terlalu menarik untuk duduk, memerhati dan berfikir.

Perokok akan mudah menjadi rakan baik sesama perokok yang lain.Mereka bertemu dengan sesiapa jua yang turut sama merokok lantas berkata "ada lighter tak?".Kemudian mereka berkenalan dan menjadi rapat.

Peminat bola sepak, contohnya peminat MU.Keluar ke kedai mamak untuk menonton perlawanan bolasepak yang melibatkan pasukan idola mereka.Boleh duduk semeja dengan orang yang sama sekali mereka tidak kenali tetapi boleh bersorak bersama-sama hanya kerana sebuah pasukan bola sepak.

Peminat motor vespa misalnya, boleh berjumpa dengan peminat motor vespa yang lain,bercakap tentang motor kegemaran mereka itu tiap-tiap hari.

Peminat artis tertentu, boleh duduk dan bersorak bersama-sama hanya kerana seorang artis yang mereka minati.

Daripada pemerhatian ini, kita menyedari betapa "persamaan" telah mendekatkan hati-hati yang jauh.Kerana persamaan, membawa kepada kebersamaan, dan lahirlah sifat untuk berkumpulan dan lahirlah berbagai istilah yang menghuraikan persamaan mereka itu tadi.Kita juga menyedari, manusia akan senang untuk "bersama melakukan sesuatu" diatas persamaan dan kerana persamaan membawa kepada penyatuan dan perpaduan.

Kerana persamaan negeri dan dialek kita terlalu mudah untuk menjadi rapat dengan seseorang.Mungkin teori ini begitu praktikal dalam menerangkan, kerana persamaan ibu dan ayah, kita menjadi rapat dengan adik beradik yang lain melebihi rapat dengan kawan dan sahabat handai.

Namun, mengapa persamaan aqidah telah meyusahkan kita untuk bersatu?Persamaan dalam tabiat merokok, persamaan dalam meminati sesuatu, persamaan dalam dialek dan tempat asal, tidak memainkan apa-apa perana dalam menentukan tempat duduk kita di akhirat.Namun persamaan aqidah yang telah kita i'tiqadkan sebagai nikmat paling besar dalam hidup kita tidak digunakan sebaiknya untuk kita menjadi "satu" dan kuat dalam mendepani musuh.
Isunya ialah Mengapa?

Sejak jatuhnya Uthmaniah Turki, Islam mengorak jalanan kebangkitan pertamanya melalui penubuhan Ikhwan Al-Muslimin(1928).Dari titik itu sehingga ke hari ini,tidak banyak perkara yang mampu dibanggakan kerana islam tidak menguasai pemerintahan dinegara ia bangkit.Di mesir, ikhwan muslimin diharamkan sama sekali dan ribuan anggota ikhwan menghuni penjara-penjara di Mesir,tempat letaknya universiti islam terulung-Al-Azhar.

Begitulah juga islam dinegara-negara lain.Nasib kebangkitan islam tersekat apabila Ami-amir yang memerintah negara dikuasi oleh pejuang kebangsaan, mahupun kerajaan boneka.Islam ditopengkan untuk meraih sokongan politik sedangakan ajaran islam yang tulen ditinggalkan kerana menyekat kemajuan.
Isunya, adakah islam menyekat kemajuan?

Apa yang diharapkan dari kebangkitan ini adalah tertegakkan sebuah pemerintahan islam yang mencontohi pemerintahan rasulullah dan zaman khalifah-khalifah islam yang agung.Sejarah telah membuktikan bahawa, islamlah yang memandu kemajuan barat.Namun apabila ummat islam mula meletakkan objektif hidup mereka adalah kemajuan, disaat itulah ummat akan mundur!

Jika kita bertanya, adakah ummat ini terlalu miskin sehingga dihina sebegini rupa? Tidak! Negara ummat islam dikurniakan khazanah telaga minyak yang terlalu banyak.Namun kemana hasil itu pergi?Harga minyak dunia ditentukan oleh barat sedangkan dunia islamlah yang menjadi sumber utamanya.Mengapa ummat harus menjadi sebodoh ini?

Dubai 1989:

Dubai 2005:

Isunya, kemanakah perginya keberkatan?

Mungkin kita masih belum terlewat untuk mengakui, kita telah terlalu lama melupakan apa yang terkandung di dalam al-quran.Negara-negara ummat islam masih terlalu takut untuk berubah kepada islam dengan pelbagai alasan dan sekatan.Namun sebenarnya mereka tidak yakin dengan pertolongan Allah.Agama ini bukan satu agama yang main-main.Ia datang membawa kebenaran dan penyelesaian buat seluruh manusia, bukan sahaja untuk ummat islam.

Oleh itu mengapa kita harus tunduk kepada kuasa asing mahupun kuasa non-muslim yang mendiami bumi ini bersama-sama dengan kita?Bilakah lagi masanya untuk kita memperlihatkan wajah islam yang sebenar kepada mereka?Non-muslim hanya mengenali islam adalah agama yang tidak jauh berbeza dengan agama yang mereka anuti.Apa yang membezakan ialah islam hanya memperakui Tuhan itu ada satu.Ajaran lain adalah sama.Tidak dapat tidak hakikat ini sedang menjadi mentaliti non-muslim kebanyakkan.

Sedangkan islam itu merangkumi seluruhnya.Islam bukan hanya agama biasa,tetapi ianya adalah cara hidup bagi seluruh manusia.Assignment kita ialah, bagaimana untuk memberitahu hakikat ini kepada non-muslim diluar sana?
Islam perlu memerintah!

Kerana itulah islam itu perlu tegak dan memerintah.Ada orang memerli tajam cadangan ini dengan berkata, adakah islam itu akan tegak dengan kuasa pilitik sebegitu sahaja?Sudah tentu tidak.Namun dengan politiklah islam ini akan terjaga dan dengan kuasa politik jualah dakwah ini akan lebih berkesan.Kita melihat, adakah kurang dakwah pada ketika ini?Jika kita tidak kurang dalam dakwah mengapa ia tidak berkesan?

Bagaimana dakwah itu boleh berkesan apabila situasi dikuasi kekalutan kemungkaran.Mungkin ada kuliah agama di masjid,lalu jemaah masjid pulang menonton television tajaan yahudi.Bagaimana dakwah akan berkesan?
Objektif.

Apabila objektif ummat ialah kemajuan, ummat akan mundur.Namun apabila objektifnya ialah keredhaan Allah, ummat akan diberkati dan insyaallah,Allah itu tuhan yang maha kaya.Isunya ialah samada kita yakin ataupun kita berpura-pura.

Mungkin kerana itu juga,apabila bercakap mengenai kebangkitan semula islam, kita wajar bertanya kembali.Adakah kita bangkit ini adalah semata-mata untuk maju, atau untuk mendapat keredhaan Allah.Sesungguhnya mencari keredhaan Allah dengan murka manusia itu adalah lebih baik jika kita mengetahui dan yakin.

Wassalam.

.... rest of template code ....

2 Comments:

  1. ibtihaj_276 said...
    assalamualaikum..

    "kebersamaan wadah penyatuan" teringat sy di asasi dahulu.. itulah moto km gunakan spjg sesi tersebut..memegang jwtn bknlah satu tanggjwb yg mudah..bak kata siapa ya.. pemimpin ni kn menjadi hamba kpd rakyat..bgtulah senario prjlnan mmgang taklifan..yg baik di mata kt buruk di mata org ramai..begitulah sebaliknya.slps meletakkan jwtn pelbagi soalan timbul..aku ni buat kerja atau x?? melihatkan usaha dakwah yg dijalankan melalui program2 samaada keagamaan atau ilmiah tidak menunjkkan hasil yg memuaskan.. setiap postmortem program dikaji n diselidiki..dan smlm br terdetik dihati sy..ya..satu perkataan.. "keberkatan"..& betullah apa yg saudara katakan..n peringatan kpd semua,hasil dakwah jgn diukur dgn postmortem tp ukurlah dgn amal perbuatan hasil dr tarbiah sebuah program..itulah kayu ukur keberkatan..
    syahid_zul said...
    syukran atas komen sdr...

    mungkin juga kita masih belum memenuhi syarat2 untuk berjaya..tapi setidak-tidaknya kita telah melakukan sesuatu.Teringat saya tentang cerita dalam surah yassin.Diutuskan 3 nabi kepada suatu kaum.Hanya seorang drp kaum itu yang beriman...Namun seorang itulah manusia yang sangat hebat sehingga diberi keistimewaan iaitu kata-katanya ketika dia disyurga dirakam oleh Allah didalam surah yassin...mungkin impak dari usaha kita tidak banyak,namun drpd "tidak banyak" itu semoga lahirnya kualiti yang memimpin perubahan...

Post a Comment