Entri ke-100 : Bukan sekadar PERCAYA, tetapi BERUSAHA!

Tidak banyak yang mampu dibanggakan dengan "menerbangkan" blog ini ke alam maya.Apa yang dapat dibanggakan mungkin hanyalah apabila mengenangkan bahawa "aku telah menghasilkan 100 karangan bahasa Melayu disini-tampa guru penanda, tampa markah.".Blog ini belum pun berusia setahun tetapi dalam tempoh itu 100 entri sudah terhasil.Bayangkan dalam masa setahun ketika di tingkatan 5 dahulu,saya tidak menghasilkan himpunan karangan yang sebegini banyak.Namun saya telah melakukannya disini.

11November ini,genaplah setahun usia blog theriseofislam.Apabila berada ditengah-tengah perjuangan melalui penulisan seperti ini,Istiqamah sudah pasti memainkan peranan yang besar.Jika dahulu saya hanya bercita-cita untuk menjadi pendakwah, atau sekurang-kurangnya menjadi penyeru kepada kebaikan dan pemberi peringat supaya jalan kejahatan itu dijauhi,alhamdulillah hari ini saya telah membuktikan bahawa saya mencuba sesuatu.

Kita percaya bahawa islam itu akan bangkit.Malah kitalah juga yang menjadi juara menghafal cerita-cerita tentang Imam Mahdi dan peristiwa turunya Nabi Isa ke bumi dan disaat itu Islam akan menang dan memerintah.KITA HANYA PERCAYA!-Tampa apa-apa usaha untuk mendapatkan kejayaan itu.

Apa yang lebih mendukacitakan ialah,kadang-kadang kita mengeluh apabila kecenderongan ummat bukan lagi kepada agama, tetapi lebih kepada kebendaan.KITA HANYA MENGELUH!-Tiada berusaha apa-apa.Apalagi kalau kita menjadi sebahagian dari kebejatan itu.

Lalu lihatlah kepada negeri yang kita duduki ini.50 tahun merdeka,namun islam hanya menjadi "penyewa" kepada negara ini.Islam sepatutnya menjadi tuan, dan bukan manusia yang menjadi tuan kepada negara ini-lihatlah hasil daripada PERCAYA dan KELUHAN tampa disusuli usaha.

Islam hanya menghuni bank islam, universiti islam, mahkamah syariah, masjid, surau, dan musolla;Dimanakah ketuanan islam yang sebenar? Dimanakah mufti yang sepatutnya menjuarai perjuangan menjadikan Islam ini agama yang memerintah?Dimanakah pula ummat yang percaya dengan yakin akan benarnya islam ini - mereka semua diam, bisu dan mengeluh.

Apabila suasana menjadi begitu, islam mudah dihina dan diperlekeh.Lalu wujudlah golongan yang seakan membela islam;Namun perjuangan mereka hanyalah melalui juzuk terpilih-tidak syumul dan tidak mewakili wajah islam yang tulen.Mereka hanya perjuangkan islam yang hadhari,sedangkan islam yang membenci maksiat tidak diperjuangkan.Mereka mendabik dada menyatakan islam adalah agama yang memacu kemajuan,tetapi ajaran islam tentang ekonomi dan politik ditinggalkan malah dimusihi.

Jadilah mereka itu pejuang-pejuang islam yang compang, dan lompang.Lalu apakah peliknya jika Bush pula menyokong mereka?

Entri ke-100,saya menyeru dari hati yang benar-benar yakin akan kemampuan pembaca blog ini, kita dan islam - Bukan sekadar PERCAYA, tetapi BERUSAHALAH!

.... rest of template code ....

1 Comment:

  1. Destinasi Abadi ' 07 said...
    salam ya akhi .. tahniah ... kadang-kadang memang susah nak percaya, tapi sebenarnya itulah kita .. tika hendak melakukan sesuatu rasa hilangnya keyakinan, bila dah buat ... tak sangka bahawa "aku boleh rupanya" .. maka sebab itulah kita perlu tanamkan dalam diri kita sifat keyakinan yang tinggi, u can do better then pass ... salam aidilfitri dari Life Of Aku http://muhammadkamal.wordpress.com

Post a Comment