Melayu sudah ke angkasa, Islam masih melukut dibuminya

Di antara tahniah dan bangga, izinkan saya menerokai satu perspektif berbeza dalam menghurai kejayaan Malaysia menghantar angkasawannya yang pertama ke angkasa.Izinkan saya mengajak minda pembaca merenung sejenak nasib agama yang kita anuti dan telah kita ishtiharkan ianya sebagai addin ataupun "the way of life" dibumi malaysia tercinta ini.

Dengan hati yang berbaur diantara kecewa dan dukacita, izinkan saya melontar satu persoalan yang dirasakan terlalu sinonim dengan perjuangan kearah kesyumulan islam iaitu,bilakah lagi agaknya islam itu akan tegak dibumi malaysia ini?

Rasulullah tidak pernah menunggu terlalu lama untuk mendaulatkan islam dibumi madinah yang telah dimerdekakan itu, namun kita terpaksa menunggu 50 tahun dan masih lagi sedang menunggu sehingga ke hari ini untuk melihat islam itu tegak dalam erti kata yang sebenar.

Disaat kita berbangga sekurang-kurangnya ada dari kalangan bangsa kita yang telahpun ke angkasa, kemanakah pergi keazaman kita untuk menegakkan islam?Islam hanya tegak dalam bidang-bidang yang terpilih tetapi dilupakan dalam bidang-bidang yang membawa keuntungan material.

Apakah disana masih ada halangan untuk islam ini tegak?Tidak cukupkah masa 50 tahun itu untuk kita mencukupkan syarat diantara ilmu dan persiapan untuk kita menegakkan islam yang kita cintai ini?Ataukah kita hanya berpura-pura beriman dengan sebahagian dari al-quran dan melupakan bahagian yang dirasakan menjadi penghalang kepada kemajuan dan perpaduan nasional?

Sekiranya orang kristian maju kerana mereka meninggalkan agama mereka, percayalah bahawa orang islam telah mundur kerana mereka melupakan kesyumulan agamanya.

Tahukah kita bahawa sistem ekonomi negara masih dibelenggu dengan sistem riba yang haram?Tahukah kita bahawa perundangan yang melibatkan orang islam masih menggunapakai common law yang ditinggalkan british?Tahukah kita bahawa perlembagaan itu lebih dimuliakan dari al-quran didalam negara ini?

Mungkin kerana itu,hati saya berdetik untuk menulis,orang melayu sudah ke angkasa.Namun islam masih melukut dibuminya.

.... rest of template code ....