Mendalam dan bukannya Melebar

Menebang pokok dikaitkan dengan tindakan menghentakkan mata parang pada batang ditempat yang sama.Tidak lama kemudian pokok yang besar dan kukuh itu tumbang menyembah bumi.

Air yang menitis diatas batu, menitis dan terus menitis sehinggalah batu yang keras dan pejal itu berlubang.

Ahli sukan yang berjaya dikaitkan dengan sebuah kehidupan yang ditumpukan hanya pada satu bidang sukan.Terlalu jarang yang mampu berjaya dalang banyak bidang lapangan sukan.

Saya selalu menasihati seorang rakan baik saya dengan kata-kata,"usah terlalu banyak memasang impian,kelak ia akan merosakkan impian yang utama".

Duduk termenung lantas berfikir, mengapa tidak dihentakkan mata parang pada tempat berlainan? Ya,masih mampu menumbangkan pokok tetapi mungkin memakan masa yang lama dan batang pokok mungkin rosak.

Saya pulang ke Malaysia dan berjumpa dengan buku "Apa yang diajar di Akademi Jutawan" tulisan Razzi Armansur.Bukan niat saya untuk belajar menjadi jutawan kerana untuk menjadi jutawan tidak perlu kepada kelas pengajian yang khas.Tetapi saya berminat untuk mencari sedikit ilmu daripada buku tersebut dan ternyata saya menemuinya.

Mendalam dan bukannya Melebar?

Asalnya saya sudah terfikir teori ini sebelum ini namun saya gagal merumuskan kedalam bentuk "frasa" yang ringkas dan padat.Buku tersebut telah menekankan aspek "mendalam" dan bukannya "melebar" dalam perniagaan.Sepertimana biasa, saya tidak melihat teori ini hanya untuk bidang perniagaan tetapi juga disemua aspek kehidupan sepertimana contoh yang saya bagi diatas.

Namun untuk memberi gambaran yang lebih,izinkan saya mengulas dari aspek perniagaan.

Contohnya jika kita mengusakan satu perniagaan.Dalam masa yang sama kita mencari peluang-peluang lain untuk diceburi.Ketika itu ingatlah bahawa, mendalam itu lebih baik dari melebar!

Sekiranya kita ingin mengambil kos yang lain di universiti,ingatlah bahawa mendalam itu lebih baik dari melebar.

Apakah maksudnya? Ini membawa maksud, dalamilah apa yang kita percaya dengannya dan jangan biarkan perkara lain menganggu apa yang kita percaya tadi.

Kebenaran itu ada.

Walaupun cara berfikir sebegini kelihatan agak negatif, seakan-akan menolak peluang untuk maju dan sebagainya, namun ianya menjadi asas dalam banyak perkara dan ternyata kebenarannya tetap ada.Contohnya, dalamilah agama islam itu terlebih dahulu sebelum sibuk mendalami agama lain untuk mengetahui kelemahan agama yang lain.Percayalah,keberannya tetap ada!

Daripada cerita menebang pokok dan air yang menitis diatas batu, alam mengajar kepada kita supaya mementingkan "Fokus" dan "Istiqamah".Namun sejauh manakah kita ingin belajar dari alam?

Fikirkan, insyaallah kebenaran itu ada.

.... rest of template code ....

1 Comment:

  1. Unknown said...
    Duduk termenung lantas berfikir, mengapa tidak dihentakkan mata parang pada tempat berlainan? Ya,masih mampu menumbangkan pokok tetapi mungkin memakan masa yang lama dan batang pokok mungkin rosak.

    salam..
    mintak maaf...tp bleh x explain sket ayat ni?

Post a Comment