Keluhan biasa...

Islam itu beerti selamat.Islam itu memilih keamanan.

Diatas hujjah itu,ada diantara kita yang terpesong dalam mentafsir peristiwa yang berlaku di palestin dan beberapa wilayah islam yang bergolak.Persoalan yang mereka hamburkan ialah, mengapa ummat islam sanggup menjadi pengebom berani mati, merusuh, memberontak dan mengganas sehingga dilabel sebagai pengganas oleh dunia.Mengapa ummat islam tidak memilih keamanan, bukankah islam itu sukakah kedamaian?Tidakkah ummat islam yang mengganas itu menconteng arang pada agama sendiri?

Lagi sedih apabila mereka berhujjah, mengapa hamas memilih jalan perang dengan israel.Mengapa tidak menyokong fatah untuk berdamai dengan israel?Adakah ini sikap orang yang benar-benar islam?

Hujjah-hujjah diatas bukan rekaan saya.Saya petik dari beberapa hujjatul liberal yang masih tidak mahu membuka hati untuk kebenaran bertapak.

Pertamanya ialah, mereka tidak faham.Apabila kita berfikir mengapakah terlalu sukar untuk manusia sebegini memahami keadaan,kita akan menemui hakikat bahawa, tidak semua manusia diberi hidayah oleh Allah untuk faham.

Contohnya, ada orang arab yang membaca al-quran,memahami setiap maksud alquran tetapi akhirnya memilih taghut sebagai ikutan dan cara hidup.Disebalik itu ada orang melayu yang membaca al-quran,tidak tahu makna alquran tetapi sanggup mati mempertahankan islam dan iman didadanya.Mengapa?

Sepertimana apabila ada sekumpulan manusia mendengar ayat dari Allah,

Sesungguhnya orang yang benar-benar percaya kepada ayat-ayat Kami adalah mereka yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat itu mereka segera bersujud seraya bertasbih dan memuji Rabbnya, dan lagi pula mereka tidaklah sombong.
[As-sajadah 15]*

*setiap pagi jummat kita sujud sejadah apabila sampai kepada ayat ini.

Lalu ada sebilangan daripada mereka yang masih sombong dengan menolak al-quran lalu mengambil "kitab" lain sebagai dustur hidup.

Fahamlah kita betapa besarnya peranan hidayah didalam membentuk keimanan manusia.Orang yang diberi kesempatan(kerana tidak semua orang berkesempatan) memikirkan makna alquran dan melihat bagaimana Allah swt menghurai sifat yahudi terhadap nabi-nabi dan rasul-rasul yang diutuskan kepada mereka.Ada diantara nabi dan rasul itu yang dibunuh, dihalau, dan sebagainya.Maka apakah kita tidak melihat apa yang sedang dilakukan oleh yahudi dibumi ummat islam palestin itu?

Ya,Islam adalah agama perdamaian.Tetapi islam bukan agama yang membenarkan penganutnya diperbudakkan, dihina dan dijajah.Apa yang berlaku di Iraq misalnya,lihatlah bagaimana bumi ummat islam itu dihancurkan dan bagaimana ummat islam disana ditindas dengan sebegitu rupa.Lalu siapakah yang benar-benar patut digelak sebagai pengganas?

Fahamlah kita bahawa,hujjatul liberal ini sebenarnya sudah termakan racun propaganda BBC,CNN dan media-media propaganda yahudi dan nasrani yang lain.Hujjah mereka selari dengan hujjah yahudi dan nasrani,cara hidup mereka selari dengan kehendak yahudi dan nasrani semoga tempat kekal mereka diakhirat tidak sama dengan yahudi dan nasrani.Carilah jalan kembali,melihat islam dari sudut pandangan alim ulama' yang ikhlas berjuang menegakkan kesyumulan dan bukan ulama' su' yang hanya berpura-pura umpama anjing yang menjelirkan lidah menunggu habuan dunia.

Memerhatikan kemana hala tuju agama ini dimasa depan,membuatkan hati-hati kita gerun dan bimbang.Golongan muda sudah menjauhkan diri mereka dengan buku-buku agama.Jika bukan dijurusan agama,jangan harap untuk mengelek buku agama kesana kemari.Generasi muda lebih senang dengan majalah hiburan,majalah lawak dan sebagainya lantas melupakan agama.

Apabila berhujjah tentang agama pun,sudah ramai yang lupa samada ayat alquran,hadis atau kata-kata ulama.Lalu ramailah yang teragak-agak seperti "ana tak pasti samada hadis nabi atau kata-kata ulama..." dan sebagainya.Mana sempat untuk kita menangkis hujjah yahudi nasara,mana sempat menjawab hujjah puak liberal,mana sempat untuk memikirkan tentang kebangkitan islam?Mungkin kerana itulah terlalu banyak kerosakkan dan jenayah yang sedang melanda didalam negara.

Kita sibuk membicarakan soal kemajuan, kita tidak sibuk membicarakan soal bilakah lagi undang-undang hudud itu boleh dilaksanakan.Bodohkah kita?Atau sememangnya berani menangung bala Allah?

.... rest of template code ....