Apa sudah jadi dengan negara ini?

Apa sudah jadi dengan negara ini?Satu persoalan yang tidak mampu diketemui jawapannya.Adakah ini benar-benar soalan atau sebenarnya saya hanya berpura-pura bertanya untuk membayangkan betapa kecewanya hati ini meratapi apa yang telah, sedang dan bakal terjadi.

Sejak kecil lagi, saya melihat kezaliman itu dari jarak yang tersangat dekat.Hanya perbezaan politik semata-mata, manusia mengangkat dan menghinakan manusia umpama tiada apa-apa dosa yang perlu di hitung di kemudian hari.Kadang-kadang pengalaman itu benar-benar membawa saya berfikir, manusia adalah makhluk yang tersangat zalim dan tidak adil.

Dari jauh, saya memerhatikan malaysia, bumi tumpah darah saya.Disitu saya di lahirkan, dibesarkan, kenal dunia, kenal saudara, kenal kehidupan dan kenal harapan.Disitu saya belajar segalanya tentang hidup.Membina cita-cita dan impian di bumi tumpah darah sendiri, suatu pengalaman yang benar-benar berguna kepada saya.

Malaysia bagi saya adalah bumi yang sungguh bertuah.Memiliki rakyat yang mencintai keamanan dan keadilan.Bumi yang makmur dan penuh dengan sumber alam yang menjadi sumber pendapatan negara.Paling penting ialah, rakyatnya ialah majoriti muslim, bersikap baik hati sesama manusia.

Apabila melihat apa yang sedang terjadi di dalam negara yang dicintai pada ketika ini, membuatkan perasaan menjadi tidak tenteram.Seakan-akan saya yang berada lebih 4000km dari malaysia ini hanyalah seorang yang bisu dan pekak.Boleh meneruskan kehidupan seperti biasa tampa mempedulikan apa-apa pun.Saya boleh melakukannya.Namun perasaan tidak membenarkan.Jiwa dan hati tidak membenarkan.Mungkin juga kerana, saya pernah melihat kezaliman itu dari jarak yang terlalu dekat.Dan saya tahu, ada air mata yang tidak pernah ditunjukkan kepada sesiapa, pernah mengalir disebabkannya.

"Aku bahagia seperti ini.Biarlah orang lain derita.Biarlah orang lain di zalimi.Asalkan aku boleh meneruskan hidup seperti biasa.Butakan mata, pekakkan telinga dan kunci mulut.Hiduplah seperti tidak pernah berlaku apa-apa."

Mungkin ramai, atau terlalu ramai yang memilih cara tersebut.Tiada apa yang pelik.Manusia, kesimpulannya hanya mahkluk yang memetingkan diri sendiri.Paling tidak pun ialah mahkluk yang paling hipokrit.Pandai beralasan!Pandai berkata-kata!Namun disebalik alasan dan kata-kata mereka itu, tertulis apa yang terbuku di hati.Terlalu jelas.

Jika ingin memetingkan diri sendiri, silakan.Jika hipokrit, silakan.Setiap yang bernyawa itu pasti mati.

RTB Bujal, kg berembang, antara saksi-saksi bisu yang bakal berkata-kata.Peristiwa dalam siri demontrasi kenaikan minyak dan tol, juga bakal berkata-kata.Kata-kata yang terlalu tajam untuk difahami.Terlalu pahit untuk disesali.Terlalu manis untuk mereka yang menyebelahi kebenaran.Terlalu hina untuk mereka yang menyondongi kezaliman.

Paling tidak pun, peristiwa tersebut melahirkan saya yang benci kepada kezaliman.Benci dengan polis.Benci dengan FRU.Benci dengan ahli politik yang jahat.Mungkin kerana itu juga saya bertanya di awal tulisan ini, "apa sudah jadi dengan negara ini?".Negara yang melahirkan rakyat yang memilih benci dan dendam sebagai pemuas perasaan.Hanya benci dan dendam yang mampu menahan luapan kemarahan.Adakah negara sebegini layak dipanggil negara?

Apabila akal dan fikiran dipaksa untuk bekerja, kemudian diakhirnya hanya ada tanda soal, tiba-tiba diri dilanda perasaan penat.Penat untuk memikirkan perihal manusia lain.Kalaupun saya abaikannya, tiada apa-apa yang merugikan saya.Kalaupun saya tidak menulis tulisan sebegini, saya tidak rugi apa-apa.Tapi bolehkah saya menjadi insan yang se"bansat" itu?Hanya memikirkan kepentingan diri, hanya memikirkan impian sendiri.Saya kekal bansat, jika memilih jalanan diam.

Saya terpaksa berperang dengan pemikiran sebegini untuk beberapa ketika.Berfikir, "ah, aku terlalu lemah untuk membela.Kalaulah aku ada kuasa.Kalaulah dan kalaulah..."Sedar tidak sedar, diri sendiri sedang menulis impian diatas kertas yang hitam.Berdakwat juga hitam.Masakan berbekas.Namun ia bukan untuk dibaca.Bukan untuk ditatap.Bukan untuk dibanggakan.Ia untuk...

Mungkin sudah tiba waktu untuk kita memilih diri kita sendiri untuk menjadi saksi.Saksi yang tidak bisu lagi.

Manusia bukan terlalu bodoh untuk ditipu.Manusia bukan terlalu bodoh untuk dirahsiakan sesuatu daripadanya.Manusia sebegitu ialah kita...yang sedang membisu.Namun bakal berkata-kata.Umpama bumi bujal dan berembang juga...

.... rest of template code ....

2 Comments:

  1. me said...
    ["Aku bahagia seperti ini.Biarlah orang lain derita.Biarlah orang lain di zalimi.Asalkan aku boleh meneruskan hidup seperti biasa.Butakan mata, pekakkan telinga dan kunci mulut.Hiduplah seperti tidak pernah berlaku apa-apa."

    Mungkin ramai, atau terlalu ramai yang memilih cara tersebut.]

    Atau mungkin juga ada yg cuba mahu mengubah tp tak tahu caranya?

    Knapa sume org tk boleh hidup dgn harmoni saje ye?

    Atau saya yg tak faham sesuatu..
    syahid_zul said...
    "mahu" tetapi tidak "tahu"...disebaliknya ada satu lagi elemen, iaitu "mampu"..agaknya apa yang manusia dapat tolong untuk memampukan orang lain?sekurangnya saya memberitahu...

Post a Comment