Ruang untuk berjuang...
Assalamualaikum...
Jika ada pembaca yang perasan, saya mula pelbagaikan style posting dan diharapkan ada kebaikan untuk semua.Menyedari bahawa akal dipengaruhi mood, dan ianya tidak pernah stabil setiap waktu, maka bahan dakwah juga perlu dipelbagaikan.
Alhamdulillah, dengan kepesatan teknologi maklumat, sumber ilmu begitu luas di hadapan.Terpulang untuk kita memanfaatkannya untuk kebaikan diri kita dan untuk kebaikan masa depan masyarakat seluruhnya.
Dalam blog ini saya cuba menyediakan altenatif ilmu tersebut.Saya bukanlah ahli dalam soal agama.Saya bukanlah lulusan sekolah agama dan saya tidak belajar dalam kos agama!Jika pembaca perasan, saya agak jarang menyentuh bab agama terlalu spesifik atau terlalu dalam.Ianya satu disiplin bahawa, jangan berbicara atas apa yang kurang kita ketahui!
Saya pecahkan blog ini kepada tiga.Penulisan umum, pena politik dan videoceramah.Asalnya ingin saya rangkumkan kesemuanya ke dalam satu blog,tetapi mungkin ianya lebih bagus jika dipecahkan.
Insyaallah, dalam sedikit masa lagi, saya akan uploadkan satu kuliah subuh yang sangat menarik yang disampaikan oleh Tuan Ibrahim Tuan Man.Ada satu cerita yang sangat-sangat ingin saya kongsikan bersama pembaca dalam kuliah tersebut.Ianya berkaitan dengan satu suara dalam tanah yang di temui oleh seorang pakar geologi.Kajiannya ialah meletakkan microphone di dalam bumi untuk mendengar bunyi bumi bergerak kemudiannya terdegar suara jeritan manusia.Insyaallah saya akan uploadkan video ceramah tersebut sedikit masa lagi.
Apa yang telah berjaya saya lakukan ialah meng"upload" kuliah-kuliah jumaat Tuan Guru Haji Hadi Awang.Ianya satu sumbangan yang terlalu sedikit.Saya berniat untuk menulis review untuk setiap kuliah tersebut tetapi keterbatasan waktu menghalang niat tersebut.Jika pembaca disini merupakan penulis blog dan ada kelapangan, silalah luangkan masa melihat video tersebut dan jika ada kekuatan tulislah sesuatu tentangnya.Ianya sumber ilmu islam dan entah bila ia mampu bertahan.
Manakala pena politik pula saya wujudkan untuk tulisan politik.Saya terlalu mentah dalam dunia politik, namun jika disana ada ruang untuk saya menyumbang, insyaallah saya akan menyumbang.
Harapan saya kepada pembaca yang hanya ada kekuatan membaca, buatlah sesuatu untuk islam.Kita sudah tidak mempunyai banyak waktu untuk bersahaja.Panjatkan setinggi-tinggi syukur untuk Allah yang mengurniakan nikmat iman dan islam, semoga bertemu di hari islam itu menang dan memerintah...
Wassalam..