Belajar dari kewujudan Istimewa

Mungkin saya semakin faham tulisan Saudara Kang atau Razzi Ar-mansur di dalam artikelnya iaitu lagenda ayam.Pertamanya tentang malu, kemudian menyedari, kemudian mencontohi dan seterusnya menjadikannya sebagai amalan.

Photo Sharing and Video Hosting at Photobucket

Baru-baru ini saya menonton satu lagi drama jepun bertajuk "boku no aruku michi" atau "jalan yang aku lalui".Mengisahkan tentang seorang lelaki yang menghidap congenital disorder dan juga autism.Dalam drama tersebut di ceritakan bahawa lelaki tersebut atau "teruaki" adalah abnormal, faham sesuatu perkataan sebagai perkataan, lurus, dan seolah-oleh tiada perasaan.

Beliau terlalu sensitif terhadap kegagalan, dan apabila stress(menghadapi tekanan), beliau akan mengulangi perkataan-perkataan tertentu yang di lekat di ingatanya. Secara mudah, dapat saya katakan ialah, teruaki seorang yang tersangat lurus.

Teruaki adalah seorang yang berdisiplin, tidak pernah memungkiri janji, tidak pernah berbohong, kerana dia di ajar oleh ibunya begitu.Oleh kerana sifat lurus yang ada padanya, setiap kali dia ingin melanggar disiplin tersebut, fikirannya tiba-tiba tertekan dan mengulang perkataan-perkataan tertentu.Teruaki tidak mempunyai banyak kelebihan pada dirinya melainkan lurus, dan kekuatan mengingat perkataan.

Menonton drama ini membuatkan saya benar-benar terfikir, kewujudan istimewa seperti teruaki seolah-olah cermin-cermin kepada diri sendiri.Merasakan diri kita serba lengkap, sehingga kita memandang ke atas dan membina ego untuk tidak memandang kepada yang insan dibawah untuk di pelajari sesuatu daripadanya.

Teruaki di ajar oleh ibunya,

tidak mampu untuk membuat banyak benda bukanlah satu keburukan.Buatlah apa yang kita mampu di lakukan, dan berusahalah sedaya upaya padanya.Itulah yang terbaik.
Di situ saya berfikir, mengapakah agaknya kita tidak bersyukur dengan apa yang kita ada? Mengapakah perlu untuk kita buktikan bahawa kita adalah "lebih" dari pesaing kita sehingga merosakkan silaturahim?Saya merasakan, psikologi yang sama juga di miliki oleh insan istimewa yang dilahirkan ke dunia ini.Semua mereka menerima kekurangan yang ada dan mereka mengerti bahawa, buatlah apa yang mampu dilakukan dan berusaha sedaya upaya padanya.Itulah yang terbaik.

Di sini saya beristighfar. Kita yang serba lengkap asyik bertarung untuk hidup yang sementara. Samada kita telah menyalahgunakan nikmat yang ada, atau enggan berpaling kepada mereka yang lebih lemah untuk di ambil pelajaran, telah melempar diri-diri kita ke tempat yang hina dan menjijikkan.

Perkembangan semasa di kalangan ummat islam, jika diperhati, masalah bukan hanya pada masyarakat awam.Fitnah agama itu bukan lagi hanya menyelubungi orang jauh dari agama,tetapi fitnah itu telah meresap dan membungkus orang-orang yang rapat dengan agama dan taat kepada Allah.Kita di bungkus dengan permasalahan sikap yang melanda sesetengah daripada kita.Berbagai istilah yang mengambarkan jalan pendekatan dan imej perjuangan, hadhari, wahhabi, salafi, khilafi, begitu membuatkan orang awam dalam keadaan keliru dan terpinga-pinga.

Terus terang saya katakan, saya tidak suka mengambarkan berlaku ada perbalahan kerana tindakan mengambarkan ada perbalahan itu adalah tindakan yang menyumbang kepada kekeliruan yang lebih parah.Sehingga kini saya masih terpaku dan menjadi saksi-saksi bisu kepada apa yang di perbalahkan.Tentang mazhab, pemahaman hadis, bidaah, dan sebagainya.

Saya pelik, sedangkan ulama mazhab yang mujtahid tidak pernah berbalah, tiba-tiba lahir kita di akhir zaman ini dengan serba lemah dan di lemahkan tiba-tiba berbalah tentang itu dan ini.Mengapakah tidak belajar dari alam, dan kewujudannya yang istimewa? Mengapakah perlu di rasakan diri sendiri begitu hebat dan betul dan memperjudikan nasib agama untuk survival pandangan masing-masing?

Itulah krisis sikap yang perlu dan wajib di atasi oleh setiap insan agama dan insan biasa.Betul-betul ingin saya tegaskan bahawa, belajarlah dari kewujudan istimewa.Mungkin ia tidak banyak membantu, tetapi ia mendorong untuk kita berfikir.

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang yang berakal, (iaitu) orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang ciptaan langit dan bumi (seraya berkata) Ya Tuhan kami, tiada Engkau ciptakan ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, peliharalah kami dari seksa neraka.(Surah Ali Imran, Ayat 190-191)

.... rest of template code ....