Isu 886 : Menangani Kepahitan Realiti

886 dari 887 gadis 'berisiko tinggi' terlibat seks.Satu angka yang mengundang pandangan yang pelbagai dari segenap masyarakat.Ada yang pada mulanya seolah-olah tidak percaya, ada yang percaya dan apapun reaksinya, ianya satu realiti pahit yang dibuktikan oleh kajian akedemik dan bukan hanya angka andaian.

Manakala Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di dalam Utusan hari ini berkata "Usah hukum semua gadis hanya disebabkan kecurangan 886 orang gadis yang berisiko tinggi itu."

Saya mengembara di alam maya ini untuk survey apakah pandangan orang awam berkenaan isu ini.Ada antara mereka lebih suka jika isu ini tidak dilihat begitu serius dan menggunakan pendekatan "feel good" sebagai jalan keluar.Tidak kurang ada yang meminta ia ditangani secara segera!

Jika pembaca mengikuti tulisan saya yang lepas, pastinya pembaca akan mendapati isu sebegini telahpun beberapa kali saya sentuh.Tidak saya menyangka sama sekali bahawa hari ini saya akan menyentuhnya sekali lagi.Jika selama ini ia hanyalah andaian yang tidak disokong dengan hujjah fakta, hari ini ia sudah berbeza.

Bertudung sahaja tidak lagi menjamin seseorang gadis itu "bersih" dari apa-apa kegiatan yang tidak sihat!Saya bukan berniat untuk membuat spekulasi atau menghasut pembaca untuk bersangka buruk,tetapi itulah hakikat.Menangisi realiti yang se-pahit ini , menghukum dan menuding jari pastinya bukan jalan keluar yang sebenar.

Ikhlas saya bertanya, apakah yang boleh menghalang sepasang kekasih dari dating pada masa sekarang?Tiada apa-apa halangan terutamanya dikalangan pelajar IPT.Apa yang mampu menghalang sepasang kekasih dating hingga ke Genting dan bermalam disitu dalam satu bilik?Tiada apa-apa halangan!Apa lagi jaminan yang kita ada?

Pertanyaan-pertanyaan sebegitu sepatutnya dijawab dengan iman yang sebenar kepada Allah.Namun di zaman serba "berkejaran" seperti sekarang,elemen iman, agama, maruah, moraliti merupakan elemen yang dilihat sebagai kokongan kepada human right mereka.

Islam meletakkan maruah di tempat yang terlalu tinggi apatah lagi maruah seorang wanita.Akhir zaman datang lalu wanita benci dengan maruah mereka yang sangat bernilai lalu mereka menjatuhkan maruah mereka sendiri.Berpeleseran dengan boyfriend dan membiarkan boyfriend menyentuh badannya ditempat manapun yang disukai oleh lelaki tersebut.Bercium dan bercumbu di tempat sunyi dan ditempat bising.Mengambil gambar lalu di pamerkan dalam friendster, myspace dan sebagainya.Ianya suatu trend yang tidak lagi dianggap janggal,apatah lagi menjatuhkan maruah.Bagi mereka, itulah kebebasan yang sebenar!

Kita mungkin mampu menghasilkan berpuluh-puluh buku, beratus-ratus blog, beribu-ribu artikel agama.Kita mampu membuat orang benci kepada maksiat dan bimbang kepada apa yang sedang terjadi kepada ummah.Namun kita gagal untuk menyebabkan insan "bertindak" hanya dengan buku, blog dan artikel.

Tulisan ini mungkin mampu untuk membuat seseorang bimbang tentang nasib masyarakat islam di malaysia,namun tulisan ini pastinya gagal untuk memujuk seseorang untuk bertindak memperbaiki kelemahan masyarakat.Saya menyeru, berubahlah dan bersamalah kita teguhkan iman dan keyakinan kita.Kita sudah tidak mempunyai banyak masa untuk hanya merasai bimbang sahaja.

.... rest of template code ....

2 Comments:

  1. BaYu SenJa said...
    selalu diungkap orang tua "menjaga anak dara seorang lebih payah dari mem bela lembu sekandang.."
    saya berfikir sendiri..
    "mungkinkah kebobrokan sistem pendidikan negara menjadi punca? atau kedurjanaan hiburan melampau telah menerjah pagar-pagar yang diasuh islam ke jiwa umatnya?!
    biarlah umat lain menjadi liar dalam hidup, tapi kenapa umat Islam?!"
    Ismi : Arjuna said...
    salam pejuang..!
    Agama diperkecilkan..di hina..di pijak lumat..Rakyat di ajar untuk takutkan 'insan' bukan 'tuhan'..Di jamu dengan hiburan..Macamana akhlak pewaris bangsa tidak hancur..?Kembalilah kepada Islam!..

Post a Comment