Mencari damai di bumi Hiroshima

HIROSHIMA:Pagi 6 Ogos 1945,Cuaca yang cerah dan hari yang biasa.Suasana perang tidak begitu mengganggu aktiviti harian penduduk hiroshima.Namun pada hari itu,di bumi itu, manusia menempa sejarah hitam yang paling dahsyat dalam sejarah ketamadunannya.17 saat selepas pukul 8:15 satu ledakan nuklear berlaku pada ketinggian 600 meter diatas pusat bandar hiroshima memusnahkan segenap bangunan dan membakar setiap inci bumi pada radius 2kilometer dari pusat letupan.

Manusia telah mencapai lompatan kuantum dalam sains dan teknologi penghancuran!
Jam tangan yang terhenti pada pukul 8:15 pagi

Apabila berjalan diatas bumi yang pernah meragut ratusan ribu nyawa ini,hati saya dihinggapi seribu macam perasaan.Ternyata senyuman terlalu sukar untuk di ukir dibumi itu.Beberapa ratus meter dari pusat letupan tersergam indah bangunan Hiroshima Peace Memorial Museum.Didalamnya terakam segala peristiwa dan penderitaan akibat pengeboman tersebut.

replika bandar hiroshima sebelum letupan

selepas letupan

Namun disebalik letupan yang dahsyat tersebut,terdapat beberapa bangunan yang enggan menyembah bumi.Antaranya ialah bangunan yang sekarang ini dikenali sebagai "genbaku dome" atau "A-bomb Dome."Walaupun tidak menyembah bumi sepenuhnya,semua mahkluk bernyawa dalam bangunan tersebut semunya mati sejurus letupan.Ini kerana bangunan ini hanya berada beberapa ratus meter dari pusat ledakan.

A-bomb Dome sekarang yang menjadi pusat tumpuan pelancong

Bom atom yang digugurkan di hiroshima telah menghasilkan suhu setinggi 3000 ke 4000 darjah celcius pada pusat ledakan.Maka tidak hairanlah mengapa angka korban yang sebegitu besar terhasil dan hingga ke hujung tahun itu dianggarkan 140,000 manusia terkorban.Diantaranya ialah penduduk biasa dan hampir 20,000 daripadanya ialah pelajar sekolah.Ini kerana,hiroshima pada ketika itu adalah antara bandar pendidikan dan bukannya bandar ketenteraan.Manakala penduduk hiroshima yang terselamat tidak dapat lari daripada kesan radioaktif akibat dari penguraian bahan radioaktif dari bom tersebut.Kesan radioaktif inilah yang di deritai oleh penduduk hiroshima dan nagasaki mungkin hingga kehari ini kerana sinar radioaktif telah mengubah susunan DNA badan manusia.
Image Hosted by ImageShack.us
Replika bandar hiroshima dan kedudukan bom semasa letupan

Image Hosted by ImageShack.us
bom atom yang digugurkan

Kita pastinya bertanya,untuk apa kemajuan sains dan teknologi jika matlamat akhirnya adalah untuk menjahanamkan manusia itu sendiri.Pakar bom mengatakan bom yang dijatuhkan di nagasaki adalah lebih kuat daripada hiroshima.Namun sekuat manapun ledakan bom di nagasaki,ianya hanyalah 20 kilo tan (bersamaan 20 kilo tan ledakan dinamit/TNT).Tahukah kita manusia telah beransur-ansur memajukan senjata pemusnah ini dan teknologi yang dimiliki oleh manusia ketika ini mencapai "mega tan" dengan menggunakan teknologi bom hidrogen.Dianggarkan bom yang mempunyai kekuatan ledakan 20 mega tan mampu membakar rumput,daun dan kertas pada jarak 100km dari pusat letupan!

Ini bencana alam yang bakal memusnahkan ketenangan manusia itu sendiri.Renungkan firman Allah

"Telah menjadi nyata kerosakan di darat dan di laut disebabkan oleh perbuatan tangan manusia, supaya dengan itu Allah menjadikan mereka sebahagian dari akibat perbuatan mereka, agar mereka kembali ke jalan yang sebenarnya"

Surah al-Rum: 41.

Tampa agama,manusia akan tersesat.Tampa islam sebagai penyelamat,manusia akan melupakan perhitungan haram dan halal.Kerana islam sebuah agama yang lengkap dan sempurna,sudah termaktub dalam ajarannya tatacara berperang iaitu tidak boleh membunuh perempuan,kanak-kanak, dan orang tua.Juga tidak boleh memusnahkan tempat-tempat ibadat,ladang dan ternakan.Itulah islam yang sungguh indah.Namun agama anutan bangsa barat tidak mengajar mereka bersopan terhadap alam.Adakah agama islam dan agama anutan barat itu sama?

Hari ini,Hiroshima sedang menerokai kemajuan yang sungguh pesat.Berjalan diatas buminya yang sekali pernah "mati" itu,kita pasti tidak akan percaya bandar hiroshima pernah menjadi padang jarak padang terkukur suatu ketika dahulu.Hari ini rakyat hiroshima khasnya dan jepun amnya,sudah tidak lagi mengi'tiraf perang mampu menyelesaikan apa-apa.Kerana itulah,kerajaan jepun tidak memiliki kekuatan ketenteraan dan keselamatan negaranya di jaga oleh tentera Amerika.Seluruh kekayaan negara tidak diperuntukkan lagi kepada bidang ketenteraan dan persenjataan.Semuanya ditumpukan kepada penjanaan ekonomi.

Namun bagi saya kerajaan jepun tetap tersilap dalam mencari penyelesaian.Penyelesaian yang sebenar bukannya menghentikan pembangunan ketenteraan,tetapi penyelesaian yang sebenar adalah agama!Begitu juga dengan seluruh manusia segenap alam.Penyelesaian bukannya melalui resolusi PBB,penjanjian itu dan ini,Agama adalah penyelesaian yang sebenar.Pastinya ISLAM akan tampil sebagai savior dan penyelamat kepada seluruh permasalahan manusia.

.... rest of template code ....

1 Comment:

  1. Unknown said...
    kuasa atom...

    KUASA ALLAH..

Post a Comment