Post Mortem
Kes lina joy @ Azlina Johari sudah menemui noktahnya.Samada ia noktah penamat atau ia hanyalah noktah untuk ayat atau perenggan pertama, setidak-tidak telah membuka ribuan mata ummat islam untuk kembali fokus kepada institusi agama dalam negara.Bergema disana-sini, malah hiruk pikuk pula dikalangan sahabat saya yang dahulunya tidak pernah concern (ambil tahu) tentang institusi islam dalam negara, turut menjadikan isu lina joy sebagai salah satu tajuk perbualan.
Mungkin ianya menjadi satu amaran kepada puak kuffar bahawa "usah dikejutkan harimau yang sedang tidur,kelak ia akan membaham".Saya tidak pula berniat untuk mengatakan bahawa kita sudah 100% berada dizon selesa.Dikesempatan yang reda ini,saya ingin melontar sebuah tulisan yang pada saya cukup penting untuk difikirkan demi kelansungan generasi islam dimasa akan datang.
Berbicara soal murtad, kita tertanya-tanya mengapa ummat islam boleh murtad?Atau mengapa ada orang islam sanggup keluar dari agama yang benar?Dengan senang saya boleh menjawab, ianya kesilapan persekitaran.Ianya kesilapan media masa yang 24 jam menanam racun hedonisme, ianya kesilapan kerajaan yang tidak mengawal media masa, ianya kesilapan mak ayah yang tidak mendidik anak dengan agama, ianya kesilapan si polan si polan kerana itu dan kerana ini.
Akhirnya saya menyedari, perbuatan menyalahkan seolah-olah meletakkan saya di awang-awangan dan tidak berpijak dibumi nyata.
Lalu saya berfikir, mungkin murtad berlaku kerana hukuman bunuh keatas si murtad tidak dilaksanakan.Ya,maksud saya setelah dinasihati dan diterangkan tentang islam,lalu si polan yg ingin murtad tetap untuk murtad,lalu ia dibiarkan.Adakah dengan hanya bertemu dengan faktor sebegini masalah mampu selesai?
Sudah tiba masa kita berpijak dibumi nyata.Masih terlalu awal untuk berbicara soal hudud,qisas dan takzir.Di alam maya inipun, tidak sedikit orang islam yang jahil tukir tentang hukum-hukum tadi.Selalu juga saya mengembara ke laman malaysia today misalnya,menemukan saya dengan orang-orang yang terlalu jauh dari destinasi faham apalagi destinasi cita-cita untuk melihat ia tegak sebagai hukum.
Persoalan saya ialah,sejauh mana ummat islam sekarang ini faham tentang islam?
Saya ubah soalan, sejauh mana ummat islam faham apa itu aqidah?
Saya ubah lagi, sejauh mana usaha kita untuk menjadikan ummat islam faham 2 perkara diatas?
Saya cukup yakin, lina joy tidak faham apa itu islam.Dia lansung tidak tahu apa itu kehebatan islam.Dia tidak faham pun apa itu aqidah.Jadi,dimana peliknya jika dia boleh murtad?Salah siapa jika orang islam sepertinya murtad?Adakah salah dia?Atau adakah salah kita yang tidak memahamkan?Atau adakah teknik menyalahkan sebegini sudah tidak valid?
Disaat kita dihantui persoalan tadi, cubalah berpaling kepada angka-angka orang-orang islam yang tidak tahu lansung apa itu aqidah ibadah, feqah, dan seumpamanya.Islam mereka hanya pada nama kerana sistem pewarisan, tetapi mereka seolah-olah tin kosong yang tidak berisi apa-apa.
Kita memarahi mereka kerana tidak solat,sedangkan mereka tidak tahupun bacaan-bacaan solat.Kita berburuk sangka apabila mereka berkepit kesana kemari, sedangkan mereka tidak pernah diajar batas pergaulan dalam islam, kita memandang serong kepada mereka apabila mereka mendedahkan aurat,sedangkan mereka tidak tahupun apa itu aurat.Mengapa kita harus menjadi sebodoh ini?Mereka tidak memerlukan amarah,pandangan serong dan buruk sangka dari kita sama sekali.Sudah tiba masa untuk kita menyedari bahawa mereka sebenarnya memerlukan bimbingan dari kita!
Namun kita tersilap.Memilih jalanan senang iaitu hanya menyalahkan.Berapa ramai antara kita yang cuba menghampiri mereka diatas niat dakwah yang ikhlas kerana Allah?Berapa ramai pula yang menganggap diri kita terlalu suci untuk bergaul dengan mereka?Adilkah insan dakwah bersikap sebegitu?
Sedarlah, ummat islam ini sedang menangis...
Dengarlah tangisan mereka dan sambutlah dengan dakwah.Ianya tidak sesenang menulis artikel.Memulakannya sesusah menjayakannya!
Bermula pada hari ini, ubahlah persepsi.Ingatlah,dalam dakwah First Impression is Nothing.Jika anda menilai seseorang hanya dari pandangan pertama dan berkata "dia ni xleh nak buat camne dah..", anda akan selama-lamanya gagal.
wassalam...
"Sudah tiba masa untuk kita menyedari bahawa mereka sebenarnya memerlukan bimbingan dari kita!"
Syahid_Zul, itulah yang ana fikirkan.
Metode "Menuding Jari" tidak pernah mendatangkan kebaikan...
Kita seharusnya mencari akar penyakit supaya menemukan penawar bukan menyalahkan sakit yang datang dari penyakit... sakit akan berterusan dan penyakit berjangkit-jangkit!
Dan benarlah... persepsi ummah harus berubah... ummah harus mendakap segenap lapisan masyarakat dan bersangka baik dalam da'wah kerana kita tak tahu bila nur HidayahNya menyusup jendela...
Allahu'alam...
Excellent piece, Syahid_Zul! :)
Wassalam.
Ada tak di antara kita yang sanggup cari sendiri golongan ni dan dekati mereka, selami diri mereka dan membawa mereka ke jalan yang benar?? Didik mereka yg mana yg tak reti solat, yg mana tak reti amik wuduk, yg mana yg dah selalu membuat maksiat macam takde ape? ade ke? kat luar sana punyalah ramai ucap kalimah syahadah pun tak reti.. memang teruk cuma kita je yg banyak tak nampak secara detail realiti sebenar masyarakat melayu skang nie.. yang Islam atas nama sahaja. unless kita sendiri tengok dan hadapi mereka dengan sendiri..
Kadang-kadang, yang pendakwah atau ahli da'ie pun ramai yang lepak2 je kat umah, malas2.. dan kalau buat ceramah atau berdakwah pun demand bayaran... well, tak semua benda maksiat yg berlaku adalah salah mereka tu sahaja... kita juga anggota masyarakat. kita juga ada tanggungjawab yg kita tak laksanakan.. banyaknya kerja kita sebenarnya...
maaf krn saya agak sibuk sejak akhir2 ini.
macam sofwah ckp,akar pnyakit harus dicari dan diselesaikan..agak lama sy perhatikan,adakah kita dan masyarakat benar2 mempunyai kefahaman agama yg sebenar?
kadang-kala kita sndiri yg teragak2 dlm melaksanakan tuntutan agama.Jika kita faham bahawa api itu sifatnya membakar,lalu kita xkan skali2 menyentuh api..itulah kefahaman yg diterjemah kpd tindakan.ia membentuk mentaliti
apabila kita faham agama itu sifatnya memuliakan manusia,mengurus manusia, adakah kita kmbali kpd agama?klu kita masih teragak2 bermakna kita xfaham..
saya jugak stuju ngn syahidatul,diluar sana bermacam karenah yg sgt mendukacitakan...kadang2 xadil utk kita menghukum kejahilan mereka krn kita sndiri hanya rehat2 dirumah dan melakukan amal ibadah utk kita sorang jer..sdgkan batin mereka setiap hari merindui hidayah drp allah atas asbab dakwah oleh para daie..
wassalam
saya amat tertarik membaca artikel saudara zul dan bersetuju dgn pendapat zul, seharusnya kita yg ader fikrah ini..cba take part dlm aktiviti2 dakwah ini seperti di kulim kedah,ader satu ngo yg dikenali sbg PAKSI sentiasa turun padang membawa pendekatan motivasi kpd pelajar sekolah sekitar kulim.
Tujuanya adalah untuk memperingati dan memperkukuhkan para pelajar sekolah ttg akidah islamiah dan sbg satu landasan utuk berdakwah. jd saya mencadangkan kpd pembaca yg menyedari kepentingan ini..agar anda juga memulakan langkah yg sama di kawasan tempat tinggal anda agar nasib umat akhir zaman terbela.InsyaAllah.