Bercampurkah mungkar dan ma'ruf?

Perasankah kita sejak akhir-akhir ini, terdapat satu pergerakan kearah meletakkan islam dan jahiliah di dalam satu bekas dan mengishtiharkan ia ialah sebahagian dari islam?Saya kurang pasti adakah terdapat satu perancangan dibelakang tabir ataupun ianya berlaku secara semulajadi akibat dari pembangunan tamadun manusia.Apa jua puncanya,yang pasti Islam dan kemurniannya sedang diancam.

Sudah agak lama saya menyedari apabila ummat islam semakin berputar pada paksi yang berbeza-beza.Apabila ma'ruf sudah kelihatan mungkar dan mungkar kelihatan seakan-akan ma'ruf.Seakan ada usaha untuk mencantumkan kemungkaran kedalam ma'ruf dengan harapan ummat islam akan melihatnya sebagai sebahagian dari islam.

Baru-baru ini saya terlihat aksi seorang pelajar Akademi Fantasia beraksi dipentas dengan penampilan bertudung.Kemudian saya melihat pula sebuah kumpulan nasyid (sedang melagukan lagu yang sukar untuk saya kategorikan sebagai nasyid) diatas pentas yang dikelilingi oleh penonton yang bercampur antara lelaki dan wanita sedang melompat-lompat.Ia seolah-olah menguatkan lagi anggapan saya bahawa, sememangnya wujud usaha kearah mencantumkan mungkar kedalam ma'ruf atau mencantumkan ma'ruf kedalam mungkar.

Persoalannya, akan berkumpulkan mungkar dan ma'ruf pada suatu tempat?Adakah jahiliah dan islam itu bisa berdamai?

Islam itu sifatnya tegak dengan keruntuhan 100% unsur jahiliah.Sekiranya 99% islam bercampur dengan 1% jahiliah sekalipun, ianya tidak di i'tiraf sebagai sebahagian dari ajaran islam.Jika kita bertanya, adakah islam itu fleksibel?Ya, islam itu fleksibel diatas paksinya yang fleksibel.Adakah islam itu alamiyyah?Ya, islam itu sifatnya alamiyyah.

Lalu ada yang mengatakan, rentak dan strategi dakwah perlu dipelbagaikan supaya ia lebih diterima oleh masyarakat.Saya bersetuju dengan hujjah ini namun dengan beberapa pindaan.Rentak dan strategi yang dirangka seharusnya tidak bercanggahan dengan sifat islam dan ajarannya.Prinsip inilah yang dipegang dan difahami oleh manusia paling berstrategi dalam dakwah iaitu Rasulullah saw.Bagaimana kita?Mampukah prinsip itu dipertahankan apabila kita mencadangkan supaya berstrategi?

Saya mendapat maklumat bahawa,Amerika sedang menaja sebuah pertubuhan untuk melumpuh dan menghancurkan islam dan pergerakan islam yang sedang bangkit.Antara caranya ialah dengan memperkenalkan islam bentuk baru kepada ummat islam diseluruh dunia.Dalam hati saya berkata, islam bentuk baru yang didepan mata kini ialah islam yang telah mencampurkan mungkar dan ma'ruf pada suatu tempat.

Buat waktu ini, bidang hiburanlah yang paling rancak dalam mencampurkan mungkar dan ma'ruf.Artis nasyid khususnya, apabila mendapat jemputan memberi persembahan ditempat sebegitu seharusnya sedar perancangan jahat ini.Orang akan berkata, "itu majlis yang islamik kerana terdapat nasyid, terdapat forum al-kuliah, forum hal ehwal islam", namun dicelahan yang terlalu besar diisi dengan program kemungkaran yang tertolak disisi islam.

Sekiranya ummat tidak menyedari, sekiranya ummat memilih untuk diam, selamanya ummat akan tertidur.Namun ingatlah amaran Allah,
Mereka berkehendak memadamkan cahaya (agama) Allah dengan mulut (ucapan- ucapan) mereka, dan Allah tidak menghendaki selain menyempurnakan cahayaNya, walaupun orang-orang yang kafir tidak menyukai.

.... rest of template code ....