Masih sempat untuk saya bertanya...
Zon sibuk sedang berhenti rehat.Penyelamatnya ialah golden week.Jepun ketika ini sedang memasuki zon golden week iaitu deretan cuti bermula 29hb4(greenery day), 30hb4(sub holiday), 3hb5(constitution day), 4hb5(national holiday), dan 5hb5(children's day).Walaupun tidak panjang, namun cukuplah untuk merehatkan minda dan masa yang sedikit terluang pastinya menuntut untuk diisi dengan aktiviti kebaikan.
Semalam saya dikejutkan dengan satu video di youtube.Seorang ustazah yang taraf ilmunya pastinya lebih tinggi daripada saya berkata
"adakah apabila dilaksanakan hukum hudud (potong tangan) sahaja itu boleh menghalang dari berlaku kecurian?Kalau dia terus mencuri, adakah perlu kita potong kaki.Kalau dia mencuri lagi,mencuri dengan mulut ke apa dak tau, kita nak buat apa lagi?"
Beberapa bulan yang lalu, saya sempat berbalas hujjah dengan seorang sahabat di satu portal islamic.Sahabat berkenaan berhujjah
"tidak semestinya islam memerintah negara akan aman , tidak semestinya gejala seks bebas akan pupus..ini semua bergantung kepada sikap dan hubungan sesama manusia. buat lah pendekatan camnepun, tp sekiranya akhlak islam tu takde, tak mustahil kita tgk org yg bertudung litup akan melakukan kegiatan tidak bermoral.."
Apabila difikirkan dalam-dalam, apa yang kita perjuangankan, apa yang kita ibadahkan, apa yang kita ikut hanyalah berpaksikan kepada keyakinan.Yakin, bahawa islam itu agama yang benar dan yakin bahawa Allah itu tuhan semesta alam.Ternyata tuntutan kearah kemantapan keyakinan amat perit untuk di tafsirkan ke dalam kehidupan manusia.
Tiba-tiba perasaan takut dan gerun menyergah.Sekiranya seorang ustazah yang ada Phd dalam ilmu agama, dan apabila seorang pelajar yang islamic boleh berhujjah sedemikian rupa, siapalah syahid_zul untuk tidak melakukan kesilapan?Saya yakin bahawa, mereka tidak bermaksud memperkecilkan, tidak bermaksud untuk berperasaan tidak yakin dengan islam dan ajarannya, namun mulut yang tersasul membuktikan mereka tiada fokus dalam keyakinan.Mereka tiada fokus dalam perjuangan!
Sering kita membaca buku-buku dan tulisan-tulisan pemikir islam di zaman ini.Mereka mengariskan kewajipan untuk semua ummat islam berusaha dan bekerja sekeras-kerasnya kearah kewujudan sebuah daulah islamiyyah (negara islam, khilafah islam).Hudud bukan matlamat yang akhir, kuasa bukan matlamat yang akhir, pemerintahan bukan matlamat yang akhir, pembangunan bukan matlamat yang akhir, ketamadunan bukan matlamat yang akhir.Matlamat terakhir ialah islamu ya'lu wala yu'la alaih.Membebaskan manusia dari menjadi hamba sesama manusia kepada manusia yang bertuhankan Allah.
Jalan perjuangan kearah negara islam selalu dipertikai.Katanya perjuangan sebegitu diwujudkan hanya untuk merampas kuasa.Perlu di ingat, persetubuhan dalam perkahwinan bukannya matlamat terakhir.Begitu juga perjuangan kearah daulah islamiyyah.Kuasa dan pemerintahan bukan matlamat yang akhir.Samada kita tidak tahu atau kita yang terlalu tidak pandai untuk memahami.
Apabila saya cuba melempar hujjah sebegini, selalunya cara saya ini akan dipertikai.Adakah ini cara seorang insan dakwah?Mencari kesalahan orang lain dan mengkritiknya?Perlu difahami, al-Quran itu diturunkan kepada manusia.Ia tidak diturunkan kepada binatang yang tidak mengerti apa-apa.Dan jika ia diturunkan kepada gunung-ganang, pastinya gunung-ganang itu akan hancur berkecai.Konsep asas dalam islam ialah, amar ma'ruf nahi mungkar.Kita boleh menyeru ma'ruf sahaja dan kemudian cara kita akan dipersetujui oleh semua orang.Namun itu bukan ajaran islam."Wahai orang-orang yang beriman,masuklah ke dalam islam itu keseluruhan,Dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan...[al-baqarah 208]"
Mungkin kita masih sempat bertanya, mengapa mereka(ustazah dan sahabat saya) tergamak berhujjah demikian? Pada saya, jawapannya ialah, kerana "itu" bukan antara matlamat dan perjuangan hidup mereka.Jika tiada cita-cita untuk melihat hudud itu berjalan di atas muka bumi malaysia ini, sesiapa jua akan melihat hudud se-enteng itu.Samalah juga, jika tiada cita-cita untuk melihat tertubuhnya sebuah negara islam, pastinya kalimah "negara islam" terlalu ringan untuk diperbodohkan.
Dalam kita menangisi krisis moral yang sedang melanda masyarakat yang jauh dari agama, rupanya masih tersimpan tangisan untuk insan yang faham agama tetapi kandas dalam bab keyakinan.Mungkin disini masih sempat untuk saya bertanya, sampai bilakah harus menangis?Ataukah dibahu ini sedang tergalas beban dakwah yang terlalu berat...? Pastinya "silence is not an option"
Kalaulah ustazah berpangkat PhD sendiri berkata sedemikian seperti dalam rakaman youtube tu, apatah lagi yang bukan di bidang agama. Bagaimana pula ingin meyakinkan orang lain tentang kehebatan hukum2 islam, sekiranya diri sendiri tidak yakin dengannya..
Mengecewakan.
dalam sejarah manusia, beberapa kali keajaiban berlaku apabila keyakinan itu berada dipuncak...
contohnya dalam perang badar.313 dari pihak islam berlawan dengan 1000 tentera musyrikin mekah di bulan ramadhan..logikkah 313 orang itu menang?
1400 tahun berlalu, ummat islam masih teragak-agak samada nak laksana hudud atau tidak.. what a shame..!
dalam masa yang sama kita mengharapkan syurga...betapa xmalunya diri kita dihadapan allah.