Ikhlas vs berpura-pura?
Tiada mood menulis.Tetapi apabila mulut gagal meluahkan, apabila hati penat berkata-kata, apabila fikiran buntu memproses dan mencari jawapan, akhirnya jemari terpaksa mencapai keyboard di meja.Ada beberapa perkara yang menganggu fikiran.Ia bermula dari satu peristiwa yang sangat saya sesali kerana terlalu mengaitkan peristiwa itu dengan kehidupan saya (khasnya).
Suatu hari.Selepas habis kuliah, saya mengatur langkah untuk pulang ke rumah. Sedang saya mengayuh basikal melalui jalan utama ke pagar universiti, menunggu di gate utama universiti ialah seorang gadis jepun yang cantik molek (bla..bla..bla) yang dari jauh sudah melemparkan senyum kearah saya.
Mulanya saya tidak mengendahkannya.Terus dengan kayuhan.Semakin dekat semakin saya perasaan, bahawa dia sedang tersenyum kepada saya.Rupanya ditangannya terdapat pamplet dan tugasnya mungkin mengedarkan pemplet tersebut kepada pelajar-pelajar yang melalui kawasan itu.
Beberapa meter sebelum saya melepasi gadis tadi, benar-benar saya berniat untuk mengambil pamplet tersebut.Namun sebaik sahaja gadis tersebut menghulurkan pamplet kepada saya, saya tidak mengambilnya.
Mengapa?
Pilihan jawapan ada dua.
Samada saya tidak mengambil pamplet tersebut kerana memang saya tidak memerlukannya.Atau, jika saya mengambilnya, sudah tentu orang lain akan fikir, saya mengambilnya kerana yang mengedarkannya ialah seorang gadis yang cantik.
Jujur saya katakan, saya tidak melihat peristiwa tadi terlalu menganggu fikiran.Hinggalah apabila ada suatu peristiwa yang berikutnya yang benar-benar mencabar prinsip saya.
Ketika saya kecil, agak kerap saya terjumpa dengan cerita seorang ayah, anak dan keldai, mengembara dari satu kampung ke satu kampung.Ketika si ayah menaiki keldai tersebut, penduduk kampung mengutuknya dengan berkata "lihat si ayah menzalimi anaknya", ketika si anak menaiki keldai "lihatlah si anak menzalimi ayahnya".Ketika kedua-duanya menaiki keldai "lihatlah ayah dan anak menzalimi keldai", dan ketika "kedua-duanya berjalan kaki dan tidak menaiki keldai, "lihatlah betapa bodohnya si ayah dan si anak, ada keldai tapi berjalan kaki".
Setiap hari, setiap jam, setiap minit dan setiap saat, perasaan manusia berperang diantara ikhlas dan ujub.Adakala keihklasan menang, dan ada kala keujuban itu menang.Samada ikhlas atau ujub, atau juga kepura-puraan, manusia lain gagal mengetahui rahsianya kerana ia termasuk dalam perkara hati yang ghaib dari penglihatan.
Namun mengapa manusia lain berlagak seolah-olah dapat mengetahui rahsia hati itu tadi?Jika tidak dizahirkan dengan perkataan, mana mungkin manusia lain dapat mengetahuinya?
Saya tahu, manusia lain tidak dapat mengetahui rahsia hati saya.Samada saya ikhlas atau saya hanya berpura-pura, hanya saya dan Allah sahaja yang mengetahui.
Dia mengetahui apa yang ada dilangit dan dibumi, dan mengetahui apa yang kamu rahsiakan dan apa yang kamu nyatakan.Dan Allah maha mengetahui segala isi hati.[At-Taghaabun 4]Jadi apa perlu saya memikirkan apa yang orang lain akan sangka dengan tingkah laku saya?Persoalan inilah yang masih belum berjawab.
Persoalan ini bertembung dengan prinsip saya iaitu, "insan dakwah perlu menjadi contoh tauladan secara lansung kepada objek dakwah."Lalu ia membentuk persoalan-persoalan lain yang semakin mendera kotak pemikiran saya sediri.
[CONTOH]
Katakan, saya membuat satu perkara yang apabila orang lain melihatnya, membuahkan tafsiran yang kurang elok.Bagi saya, saya membuat perkara tersebut dengan ikhlas, dengan segala kesungguhan dan saya yakin apa yang saya buat itu betul.Apakah saya melanggar prinsip sendiri?Perlukah saya tidak melakukan perkara itu demi prinsip dan demi kelancaran dakwah?
Wacana fikir untuk direnungkan bersama.
-syahid_zul for the rise of islam-
kalau saya rajin, saya taip sekali lagi. Nanti.
syukran krn sudi memberi respon dan maaf sekiranya menyusahkan...herm..apa2 saya tggu respon sdr/i..
p/s:copy dlu sblm click "post your comment"..
wassalam
[contoh situasi]
Ali ingin bertemu dengan sahabatnya. Mereka ingin keluar bersiar-siar. Sahabatnya akan mengambil Ali di satu tempat dan mereka akan pergi meronda dgn kereta sahabatnya itu. Ali menunggu sahabatnya di depan pintu masuk sebuah bar. Dan John nampak Ali berdiri di hadapan pintu bar seolah-olah Ali baru sahaja keluar dari bar tersebut. Bagi John yang merasakan masuk ke bar itu adalah perkara biasa baginya yang bukan muslim, pasti dia akan fikir bahawa ianya juga suatu perkara biasa bagi seorang muslim. Dengan itu, Ali telah membawa fitnah kepada agama Islam walaupun dia tidak melakukan maksiat tersebut. Kesalahannya hanyalah berdiri di situ.
Memanglah pandangan manusia tak penting, hanyalah pandangan Allah yang kita harapkan. Tetapi, sbg seorang daie yg ingin membersihkan imej Islam yang telah tercemar ini, kita seharusnya menunjukkan kepada masyarakat sekeliling apakah Islam yang sebenarnya. Tidak perlu menjadi hipokrit. Namun Allah juga telah berfirman bahawa org mukmin tiada pilihan lain selain drp mengikut segala arahan Allah dan RasulNya (33:36). mudarat kpd agama adalah lebih besar drp mudarat ke atas diri sendiri.
btw, bukankah Allah juga ada berfirman supaya org mukmin kena tundukkan pandangan (24:30). Apa kes yg pegi duk tgk kat pompuan tu? siap boleh perasan dia senyum? Haish... Fitnah, fitnah.
Baiklah. sampai di sini shj. Jaga diri elok2. Jaga iman dan amal juga. Dan yg plg penting, jaga agama Islam jgn sampai ia terkubur lg.
wassalam