Kes Lina Joy dan Apabila diam menjadi suatu Dosa

Ingatkah anda kes Natrah?Seorang wanita Belanda yang memeluk Islam dan berkahwin dengan Mansor Adabi dan telah dipaksa oleh ibu bapanya keluar dari Islam (Murtad) dan menggunakan mahkamah British di Singapura untuk dibawa balik ke Belanda.Kes itu menyaksikan orang melayu islam dari seluruh pelusuk tanah melayu sanggup berjalan kaki dan berbasikal menuju ke singapura berdemonstrasi semata-mata untuk mempertahankan aqidah seorang muslimah.

Ketika itu(1950),sejarah mencatatkan;bedilan peluru serta cota tentera british tidak digeruni sedikitpun oleh ummat islam yang berdemonstrasi di Singapura!Buktinya,18 orang syahid manakala 173 yang lain cedera kerana bertempur dengan tentera british.

Bagi penganut fahaman sekular dan liberal,saya menemui hujjah-hujjah dangkal mereka yang berbunyi "untuk apa mempertaruhkan nyawa sedangkan sudah mereka ketahui yang mereka akan gagal mempertahankan aqidah Natrah","Demonstrasi hanya akan menunjukkan bahawa ummat islam ganas dan menolak prinsip kebebasan" dan bermacam lagi.Perhatikan sesiapa jua yang berhujjah sebegini dan berhati-hatilah dengan mereka!

Kes Natrah telah menjadi bukti antara ketegasan membela maruah agama, dan kemudaratan apabila islam tidak memerintah.Kedua-duanya tidak pernah di ambil pengajaran oleh ummat islam malaysia.Apabila Tun Salleh Abbas menangguh 2 tahun kes Susie Teoh yang ketika itu berusia 16 tahun(dihalang memeluk islam oleh ibu bapanya) sehinggalah Susie Teoh berusia 18 tahun, lalu Tun Salleh Abbas telah dipecat dari jawatan ketua hakim negara,ummat melayu diam.

Ianya manifestasi dari kebisuan yang panjang.Apabila kerangka perlembagaan malaysia dibentuk,tiada satu apapun dalam perlembagaan yang boleh dijadikan bukti bahawa islam itu memerintah,ummat melayu diam.Diantara keriangan untuk mencapai kemerdekaan dan terkorbannya maruah agama,ummat melayu telah membayar harga yang terlalu mahal untuk membeli masa depan maruah agama mereka dengan memilih untuk merdeka.

Apa yang dikesalkan ialah, ummat melayu tidak pernah menyesal walaupun mendapat kemerdekaan dengan cara yang sebegitu.Buktinya, lihatlah kepada silibus kursus biro tatanegara yang memperbodohkan cara kemerdekaan negara indonesia dan pakistan dan beberapa lagi negara islam.Silibus tersebut mengangkat cara kemerdekaan sebegitu(malaysia) sebagai cara kemerdekaan yang paling sempurna(perfect), dan kesannya ialah, ummat islam terus menjalani hidup sebagaimana biasa tampa tercoret sedikitpun rasa kesal kerana telah meletakkan agama mereka hanyalah sebagai agama rasmi negara di dalam artikel 3 perlembagaan.

50 tahun berlalu, saya melakar satu ketidakfahaman yang terlalu menebal pada persoalan mengapa ummat islam masih memilih diam sebagai jalan keluar?Kes lina joy akan di umumkan esok(30 Mei 2007), dan ramai pemerhati yang mengatakan, terlalu banyak faktor yang akan membantu kemenangan di pihak lina joy.Di saat ini saya masih tidak tahu keputusan bagaimana yang akan keluar,namun kita tidak mampu untuk mengukir perasaan pelik sekiranya (nauzubillah) kemenangan berpihak kepada Lina Joy.

Mengapa?Ringkas yang dapat saya titipkan ialah;kerana sistemnya adalah sekular,kerana islam tidak memerintah, dan kerana ummat islam memilih untuk diam selama 50 tahun.Jika Lina Joy menang, kumpulan artikel 11 akan meneruskan agenda kebebasan beragama mereka, dan apa yang paling ditakuti ialah apabila mereka mengusulkan usul "ibu dan bapa tidak lagi dibenarkan menentukan agama anak - sehinggalah ia remaja dan berusia 18 tahun.

Apabila usul tersebut diterima, maka secara praktikalnya telah terbukti bahawa,diam telah menjadi satu dosa.Seluruh ummat islam yang diam telah berdosa dan bakal dipersoalkan dihadapan Allah pada hari kiamat.

Seorang mufti telah memberi komen tentang isu murtad dengan katanya

"Bagi seseorang yang hendak murtad biarkan dia murtad.Disaat dia terniat untuk murtad,sebenarnya secara automatik dia telahpun terkeluar dari islam.Tidak harus bagi kita untuk menghalangnya daripada murtad.Kita boleh menasihati dan memujuknya supaya kepada kembali kepada murtad, tetapi jiak dia tetap berdegil kita tidak mempu untuk berbuat apa-apa".
Ada betulnya juga pendapat mufti tersebut, tetapi pada amatan saya, mufti tadi tiada kebolehan dalam melihat untung ruginya kes murtad terhadap politik islam.Kita boleh membiarkan Lina Joy membuang perkataan islam dalam mykadnya, namun kesan dari tindakan itu terhadap untung rugi politik islam terlalu besar.

Apabila tuntutan kumpulan artikel 11 berjaya, maka secara praktikalnya membuktikan bahawa,maruah agama islam telah terkubur.Harga inilah yang harus dibayar oleh generasi terdahulu sehinggalah sekarang yang telah memilih jalanan bisu terhadap kejahatan kuffar dan kebebalan pemerintah.Lalu kebisuan itu bertukar menjadi dosa yang terlalu besar untuk dicari kifarahnya dan untuk dikembalikan maruah agama yang telah diperdagangkan.

Marilah sama-sama kita mendoakan kemenangan kepada islam.Ingatlah,Allah tetap akan menyempurnakan agama ini walaupun dibenci oleh golongan kuffar(yang turut disertai oleh segelintir manusia yang mengaku islam).Terpulang kepada anda untuk terus berdiam atau bangun membantah.Bagi saya, diam itu suatu dosa!

.... rest of template code ....

3 Comments:

  1. Cuci Otak bersama Fadli said...
    Islam memang dah merdeka.,cuma umat Islam di negara ini yang ada masalah,contohnya Pas.
    syahid_zul said...
    saya bersetuju dengan pendapat saudara "islam mmg dah merdeka" tetapi lebih beralih kpd pengertian yg lain..

    islam memerdekakan/membebaskn penganutnya dr perhambaan/mempertuhankan benda(manusia,tuan,pemikiran) kepada perhambaan/mempertuhankan allah swt semata-mata..

    kita melihat dizaman rasulullah terdapat hamba abdi yang memeluk islam...jasad mereka milik tuannya manakala iman dan hati tetap milik allah... inilah pengertian yg sbenar..

    melihat kpd pendapat sdr,sdr cuba menyatakan bhw islam itu dah merdeka dan kita xperlu perjuangkan apa-apa..

    saya xtahu adakah sdr berkata begitu setelah dirujuk kpd sirah ataupun belum..

    Rasulullah saw berhijrah ke taif dan ada sahabat yg dihantar ke habsyah namun rasulullah tidak membuat keputusan utk berhijrah ke taif atau habsyah krn rasulullah tahu,islam xkan memerintah disana

    rasulullah berhijrah ke madinah krn madinah menyediakan tapak utk islam memerintah..

    pernah kita convert strategi rasulullah ini dlm kehidupan?atau kita terus memilih diam atau degil?

    silakan...
    macai_suci said...
    hmmm....pada pendapat saya pula...Islam perlu di lihat dengan jelas dari semua sudut...

    cuba kita bayangkan...,dalam sesebuah keluarga. Bapa memainkan peranan sebagai pemimpin dan penggubal undang-undang keluarga...bagaimana halnya kalau tidak di masukkan dalam undang-undang keluarga itu perkara ibadah dan islamiyah...bagaimana anak-anak mahu membuat ibadah kerana tiada ketegasan dalam beribadah...

    Bergitu jugalah halya dengan sesebuah negara...apabila undang-undang agama tidak berkuatkuasa sepenuhnya bagaimana penghayatan islam itu akan tersemai di kalangan rakyat....

    apabila ada pihak yang mengutarakan perihal islam...individu terbabit akan di "gam" atau mungkin di ambil tindakan....Walhal perkara itu perlu di perjelaskan berdasarkan Al-Quran, Hadith dan Sunnah...

    Golongan cerdik pandai agama pula lebih rela menjaga " periuk nasi" daripada menyatakan hal yang sebenarnya...

    Kesimpulannya....sekiranya golongan memerintah tidak melaksanakan hukum agama bersugguh-sungguh maka tidak mustahil Islam akan hanya tercatat pada sijil kelahiran dan mykad sahaja...

    Wallahhu a'lam

Post a Comment