Mengembara ke negeri mungkar...

Cerpen ini bukan idea original saya.Idea ini datang dari sebuah cerpen yang telah saya baca lebih kurang 10tahun lalu didalam majalah tamadun(kalau tak silap).Cerpen itu cukup menginsafkan sekiranya dihayati maknanya.Saya tidak pandai menulis cerpen,namun ia berbaloi untuk dicuba.Selamat membaca!

..................................................

Aku tersedar dari terlelap setelah kepalaku terhantuk pada sesuatu yang keras.Rupanya ia ialah penghadang kerusi di sebelah kiriku.Dalam keadaan mamai itu aku memerhatikan keadaan sekeliling.”Tak sampai lagi masjid jamek ni..”Bisik hatiku.Namun entah mengapa, tiba-tiba aku diserang perasaan tidak menentu.

"Dimana aku sekarang?"Getus hatiku.Barulah aku menyedari, suasana sekelilingku sekarang terlalu berbeza dengan suasana sebelum aku terlelap sebentar tadi.Lebih memelikkan ialah, semua penumpang memerhatikanku dengan pandangan yang kehairanan.

"LRT yang ku naiki sebentar tadi tidak secanggih ini."Aku mula kehairanan.Kerusi besi yang keras telah bertukar kepada kerusi cushion yang lebih empuk dan selesa.Pada setiap penghadang kerusi pula terdapat sebuah monitor di bahagian atas separas dengan kepala.

Tampa ragu, aku berpaling kearah skrin monitor tadi untuk melihat lokasi LRT sekarang.Pandanganku terpaku sebaik sahaja melihat skrin monitor.Terpapar ‘The Next Station is KLCC’.

”Kenapa LRT ni tak ikut laluan bawah tanah seperti biasa?”getus hatiku kehairanan.Seketika kemudian aku terpaku apabila melihat sesuatu di atas sebelah kanan skrin yang bertulis Fri 11.20 a.m 28th Jan 2157.

Pandanganku masih terpaku pada skrin monitor.Seketika kemudian,aku mengukir senyum.”Bodohnya sistem LRT Malaysia.Tarikh pun boleh tersilap!”Aku mencemuh di dalam hati.Namun sebaik sahaja aku mengalihkan pandanganku ke luar tingkap, lidahku menjadi kelu.Mataku terbeliak. Manakala hatiku yang dari tadi asyik benar berkata-kata gagal menghasilkan sebarang perkataan.

Beberapa detik berlalu.Kotak fikiranku mula beroperasi dengan menghasilkan pelbagai persoalan yang pastinya terlalu sukar untuk aku temui jawapannya.Diluar tingkap, tersergam indah bangunan-bangunan tinggi yang tidak pernah kulihat sebelum ini.Bentuk bangunan pula terlalu pelik dan dicat dengan warna-warna yang pelbagai.

Aku berpaling kearah penumpang lain yang masih kehairanan melihatku.“Mengapa mereka memandangku demikian?Aku dimana?”Aku mula gelabah.Fikiranku masih dalam keadaan tertanya-tanya.

Aku meraba kepalaku.Kopiah yang ku pakai masih disitu.Tiada apa yang tidak kena dengan kopiah.Aku memeriksa baju melayu yang kupakai.Tiada apa yang tidak kena.Tidak koyak, tidak kotor.

Pandanganku kembali tertumpu kepada penumpang lain.Barulah ku menyedari, pakaian mereka agak asing bagiku.Bertentangan dengan kerusiku, seorang wanita melayu berumur 40-an sedang duduk dikerusi dan memegang sesuatu ditangannya.Ia kelihatan seperti sebuah handphone.Menyedari aku sedang memandang kearahnya,wanita tadi tergesa-gesa meletakkan benda yang dipegangnya tadi kedalam handbag.

Pakaian wanita tadi cukup asing bagiku.Aku tertanya-tanya, sejak bila pula wanita melayu berumur sebegitu pandai memakai skirt pendek?Manakala bajunya yang terlampau ketat, bewarna silver dan berlubang-lubang dibahu.

Aku cuba melemparkan pandangan kepada penumpang yang lain.Terlalu ramai pasangan sedang berdua-duaan.Tidak jauh dari tempat aku duduk,sepasang kekasih kelihatan sedang bersenda gurau dengan mesra.Aku sedikit meluat dengan gaya pemakaian mereka yang begitu tidak senonoh.

“Aku dimana sekarang?Sekarang bila?Apa sudah terjadi?”terlalu banyak soalan sedang tercipta dibenakku.

Sedang aku asyik mencari kalau-kalau ada penumpang yang memakai baju melayu sepertiku untuk aku bertanya,pandanganku terarah pada sepasang kekasih berbangsa melayu yang sedang berkucupan.

“Astagfirullahalaziim..Hari ni hari jumaat.Mengapakah mereka sanggup mengotori penghulu segala hari ini?”Desis hatiku dengan hiba.

Agak ramai juga penumpang yang turun di stesen KLCC.Sebaik sahaja pintu automatik tren tertutup,aku terus berpaling kearah skrin monitor.Tertulis disitu”NEXT Station Is Real Paradise”.”Real Paradise?Apa tu?”aku tertanya-tanya lagi.Suasana diluar dan didalam tren terlalu asing bagiku.Dalam diam otakku berkata “jangan-jangan aku dah kemasa depan tak”.

Aku memerhatikan sekeliling sekiranya ada sesiapa yang boleh aku bertanya.Ada seorang lelaki tua duduk dihujung sebelah kanan tempat dudukku.Aku bangun merapatinya.

“Assalamualaikum pakcik.Boleh saya tumpang tanya.”

Pakcik tadi berpaling kearahku.Raut wajahnya mengambarkan dia tidak selesa dengan kehadiranku.

“Excuse me?”.balas pakcik tadi sambil mengangkat kening memandang kearahku.Salamku tidak berjawab.Pertanyaanku dalam bahasa melayu dijawab dalam bahasa inggeris.”Tak apalah.”bisik hatiku.

“Do you know how to go to Masjid Jamek?”tanyaku.

“It’s behind the Real Paradise building”jawab pakcik tadi sambil melempar pandangan kearah lain.Perbuatannya agak membuatkan aku tidak selesa.”Tak apalah.Mungkin pakcik ni sedang ada masalah”bisik hatiku lagi.”Serendah-rendah ukhwah ialah berbaik sangka sesama muslim.”Terngiang-ngiang suara garau naqib usrahku ketika dibangku sekolah menengah dahulu.

5 minit kemudian tren berhenti di stesen Real Paradise.Aku keluar dari tren menuju ke laluan EXIT.Stesen Real Paradise terletak didalam bangunan Real Paradise.Bangunannya cukup canggih dihiasi dengan hiasan dalaman yang tidak pernah kulihat.Terdapat banyak skrin disana-sini.Lampu di dalam bangunan agak malap.Dari kejauhan kedengaran bunyi seperti alat muzik.Manakala ruang legar stesen dipenuhi oleh penumpang yang ingin menaiki tren dengan penumpang yang baru turun.Entah mengapa aku terperasan sesuatu, terlalu ramai lelaki berumur didalam stesen tersebut.

Aku menaiki elevator untuk ke ground floor.Sebaik sahaja keluar dari elevator,dihadapanku tersergam satu mesin seperti pintu.Pintunya lutsinar.Penumpang lain meletakkan sesuatu yang dibawa mereka dihadapan suatu alat berbentu empat segi pada mesin tersebut.Kemudian pintu lutsinar tadi terbuka.Tertulis pada alat empat segi tadi, AUTO-DETECTION SYSTEM dan satu simbol bewarna biru yang tidak kukenali.

Sambil berdiri dihadapan mesin tersebut,aku menyeluk poket seluar, lalu kukeluarkan tiket yang kubeli di stesen LRT Taman Melati sebentar tadi.Tiket itu masih tidak berubah.Berwarna oren dibahagian hadapan dan berhiaskan gambar LRT kebanggan Malaysia.

Apa yang harus aku lakukan sekarang?Aku dimana?Aku dizaman apa?

Termanggu sendirian dengan seribu persoalan dihadapan sebuah mesih didalam bangunan bernama Real Paradise yang dipenuhi dengan lelaki berumur.

akan bersambung.....

.... rest of template code ....

2 Comments:

  1. me said...
    Cepat2 sambung yea.. Tk sbr nak tau ape Real Paradise tu sbenarnye.. :-)
    syahid_zul said...
    insyallah..tp sejak akhir2 ni agak bz sket ngan study..dah la xbape reti nak wat ayat2 cerpen nih..

Post a Comment