Manusia bukan peramal tarikh kiamat
Bila?
Wallahuaklam..!
Bagaimana berlaku?
Diceritakan oleh al-quran surah Al-qiyaamah,Al-Zalzalah dan ayat-ayat yang lain beserta hadis-hadis rasulullah yang sahih.
Aku bersumpah demi hari kiamat,
dan Aku bersumpah dengan jiwa yang amat menyesali dirinya sendiri,
Apakah manusia mengira bahawa kami tidak akan mengumpulkan kembali tulang belulangnya?[Al-Qiyaamah 1-3]
Tanda hampir berlaku?
Semua orang menghafalnya.Ada tanda kecil dan ada tanda besar.
Bagi orang-orang yang beriman dengan hari kiamat, mereka mempersiapkan diri untuk menghadapi kedahsyatan hari tersebut.Sebaliknya pula bagi orang yang ragu, mereka terus hidup dalam dunia mereka yang sementara.Meskipun kita cukup mengetahui,"70 tahun terlalu singkat untuk hidup bahagia kemudian terpaksa menderita di neraka,70 tahun terlalu singkat untuk menderita kemudian dilimpahi rahmat Allah di syurga"namun kadang kala kita juga memilih untuk terus berada dalam keraguan.
Berbicara mengenai hari kiamat, terlalu banyak teori mengenai tarikhnya.Semua teori adalah disandarkan kepada kajian manusia, perubahan alam dan seumpamanya.Contohnya ada meteorite sedang menuju tepat kearah bumi dengan kelajuan tertentu dan akan melanggar bumi pada tarikh tertentu.Apabila diselidiki, tarikh tersebut jatuh atas hari jumaat.Lalu kita merasakan hari "itu" mungkin hari kiamat.
Banyak lagi teori-teori mengenai tarikh kiamat.Matlamatnya hanyalah satu iaitu mencari tarikh sebenar kiamat.Sedangkan bagi orang islam yang benar-benar beriman, mencari tarikh kiamat bukanlah kewajipan.Kita percaya bahawa kiamat itu pasti berlaku, tidak perlu mengetahui bila ia akan berlaku.Apa yang wajib keatas kita ialah bersedia menghadapinya dengan melakukan semua suruhan dan meninggalkan semua larangan Allah.
Laki-laki ini memiliki kemampuan menghidupkan orang mati,Sila rujuk wikipedia untuk fakta lanjut tentang lelaki ini.
menyembuhkan orang lumpuh dan buta, bahkan mampu menurunkan hujan dan
mengeluarkan tepung dari tangannya. Ia juga mampu berjalan melintasi
belahan bumi dalam sekejap, menciptakan patung emas, merubah besi
menjadi emas, dan banyak lagi berbagai fitnah yang ditunjukkan oleh
Sai Baba kepada ribuan orang - bahkan - jutaan yang datang dari
berbagai suku bangsa dan agama. Saat ini laki-laki ini sudah memiliki puluhan juta pengikut..
Apabila membaca berita/artikel seperti ini, kesilapan "mentafsir" selalu berlaku.Selalunya kita akan mentafsir hanya dari segi ucapan dengan berkata "kiamat semakin hampir" kemudian full stop.Kita lupa untuk menjadikan ucapan kita tadi motivator kepada diri sendiri untuk memantapkan keyakinan terhadap agama islam yang kemudiannya akan menjadikan kita lebih taat kepada Allah dan suruhanNya.Mungkin juga kita terlalu banyak berteori dan lupa kepada praktikal.
Sehingga ke hari ini saya masih berfikir tentang sebaris ayat;
Islam takkan bangkit selagi mana bilangan makmun solat subuh tidak menyamai bilangan makmum solat jumaat!Apa cerita kita yang tidak langsung menjadi makmum?Apa cerita mereka yang tidak lansung sembangyang?Apa cerita mereka yang bercita-cita melenyapkan islam dari muka bumi?Semua ini mengambar bebanan yang sedang menanti setiap pejuang islam.Masih terlalu jauh untuk berfikir tentang kiamat.Sebelum bertanya "bilakah kiamat?", tanyakan dahulu pada diri sendiri "sudah bersediakah aku untuk mati", kerana mati ialah kiamat kecil yang belum terkupas persoalan tarikhnya!
Renungkan video ini..
semua mesti MATI dan apakah bekalan kita di Hari KIAMAT
nanti dan sesungguhnya kiamat pasti berlaku tapi BILA????
Anda tentu terkejut apabila mendapat tahu pengkajian Dr
Rashad Khalifa mengenai AlQuran telah dapat Membongkar Kod
Rahsia AlQuran dan ia nyata Menunjukan kebesaran
Allah dan penentuan Hari Kiamat yang hampir disembunyikan
terjawab!!!
Nak mengetahui tahunnya KLIK
SINI