Akad dan Dakwah yang terpisah?
Selepas saya menulis artikel "Akad:Peluru dakwah yang dilupakan?",saya mendapat banyak respon dari pembaca dan sahabat handai yang terdekat mahupun sahabat yang baru dikenali.Berbagai pendapat diutarakan dan saya menerima segalanya dengan hati terbuka dibawah suasana perbincangan yang penuh muhibbah.Mungkin kerana itu jugalah artikel ini tercipta,mungkin sebagai kesimpulan, mungkin juga sebagai sambungan atau mungkin juga sebagai pelengkap kepada artikel saya yang pertama tadi.
Diantara trick yang digunakan oleh mereka ialah mengumpan gadis-gadis melayu islam dengan cinta,lalu terlanjur dan terpaksa di kahwinkan.Lelaki tersebut akan mendesak gadis(yang tidak lagi bergelar gadis) tadi supaya menukar agama sebagai syarat untuk berkahwin.Gadis yang tiada pilihan lain itu terpaksa menerima walaupun mengetahui tindakan itu akan meremuk dan menghancur luluhkan hati ibu bapa mereka sendiri.
Saya tidak berkata tampa bukti dan fakta.Lihatlah kes Aisyah Bukhari.Dijerat dengan cinta dan kemudiannya menukar agama.Siapakah Aisyah Bukhari?Adakah dia jahil tentang agama?Adakah cara berpakaiannya ketat dan singkat?Adakah ibu bapanya gagal mendidiknya akan agama?Anda sudah menghafal jawapan-jawapan tersebut.Tidak perlulah diulas kerana mungkin ulasan pembaca lebih detail dan mendalam berbanding ulasan saya disini.
Ertinya ialah, kritianisasi telah menjadi juara dalam menjadikan cinta dan perkahwinan sebagai peluru dakwah mereka yang bertopengkan agama.Hakikatnya, bukan "perkahwinan" yang menjadi matlamat "dakwah" mereka, tetapi usaha mereka lebih menjurus kepada menjatuhkan maruah dan kesucian ajaran islam dengan memurtadkan orang-orang islam secara beramai-ramai dan terancang.Aisyah Bukhari sebagai contoh, adakah dia berkahwin dengan lelaki kristian yang dikatakan bercinta dengannya?Tidak!Dia sekarang menetap di Autralia dan mendapat perlindungan daripada pertubuhan tertentu agar tidak dihampiri oleh orang-orang islam yang inginkan dia kembali kepangkal jalan.
Apabila kita ingin bertanya, mengapa perkara-perkara seperti ini terjadi,dalam tidak disedari ianya kian membarah dan membusuk di dalam masyarakat islam malaysia.Saya tidak begitu gemar untuk membawa perbincangan ini kepada angka-angka mereka yang telah dimurtadkan dengan cara tadi, tetapi marilah kita merenung "the next step" yang boleh di ambil supaya penyakit yang merebak ke dalam pemikiran ummat islam ini boleh di atasi.Ianya tidak lain dan tidak bukan, ialah dakwah dan pelaksanaan segenap ajaran islam di semua peringkat.
Dakwah.
Bercerita tentang dakwah, saya telah menulis bahawa, akad merupakan antara peluru dakwah yang tidak boleh diketepikan.Saudagar arab yang datang ke Melaka di era pemerintahan Parameswara misalnya, menjadikan akad sebagai antara strategi dakwah mereka.Kerajaan Melaka telah mengahwinkan puteri-puteri mereka dengan putera kerajaan melayu yang lain juga merupakan faktor penyebaran islam di tanah melayu.Sejarah telah membuktikan, akad merupakan faktor penting yang mencorakkan litar penyebaran islam ke serata ceruk nusantara dan asia.
Setelah hampir setengah kurun dilangkau masa, akad tidak lagi menjadi senjata ampuh untuk menundukkan hati manusia kepada islam.Persekitaran semasa memberitahu saya bahawa, ramai dari kalangan ummat islam yang berkahwin dengan pasangan yang "sama martabat" iaitu martabat keimanan dan ketaatan kepada Allah dan ajaran islam.Jika artis,mereka lebih selesa berkahwin sesama artis, manakala jika ustaz mereka lebih selesa berkahwin sesama ustazah berdalilkan
(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.[An-Nur 26]Dalam tulisan lepas, saya menegaskan bahawa, itulah yang sebaik-baiknya.Semoga akan lahir dari gabungan seorang ustaz dan ustazah nanti, seorang pejuang yang akan membawa obor agama ini dengan cekal dan tabah.
Namun ternyata teori dan praktikal saling mempunyai kes terpencil(isolated case) yang tersendiri.Aisyah Bukhari di lahirkan dalam keluarga yang sangat taat kepada Allah dan diasuh dalam persekitaran agama.Namun dia telah mencipta kes terpencilnya yang telah mengemparkan seluruh bumi Malaysia.Kita sedang menanti kes terpencil dari gabungan artis sesama artis (mungkin) akan lahirnya seorang pejuang tulen yang akan mengemparkan dunia dakwah dengan membawa satu obor yang terang untuk menyuluh seluruh kegelapan ilmu islam kepada cahaya dan kelayuan dakwah kepada kerancakkannya.
Adakah ia akan berlaku?Allah berkuasa atas segalanya namun tampa usaha kearah pencerahan daerah kegelapan mana mungkin ianya akan tercapai?Jika puak kristian berjaya membangunkan kes terpencil (dengan murtadnya Aisyah Bukhari) dengan usaha mereka, adakah kita hanya perlu goyang kaki untuk membangunkan kes terpencil kita sendiri?
Saya tidak mengatakan setiap ustaz perlu mencari gadis jalanan untuk dijadikan isteri,tetapi apabila ketetapan itu menjengah, usahlah ditolak dengan mengatakan, 'aku "hanya" mencari gadis yang "layak" buatku.'Ianya terlalu tidak adil dengan memisahkan gadis jalanan dengan martabat ustaz lalu terciptalah satu gap (jurang) yang nantinya akan dinilai oleh masyarakat bahawa ustaz merupakan satu kewujudan suci yang hanya layak untuk gadis yang bergelar ustazah.
Di antara respon dalam tulisan saya yang lepas, ada sahabat dan pembaca yang menulis, sekiranya muslimin mencari gadis yang compang-camping dengan ilmu islam untuk dijadikan isteri, bagaimana pula dengan muslimah sedangkan muslimah sekarang ini semakin bertambah dengan kadaran masa?Saya mengangkat tangan membenarkan hujjah tersebut.Mungkin kerana itu juga pendapat saya ini hanya sesuai untuk beberapa kes terpencil dan tidak perlulah di perbincangkan sangat.
Jadi mengapa saya menulis tentang isu ini disini jika ianya tidak tersenarai dalam top prioriti?Sebabnya ialah apabila saya melihat kelayuan dakwah dikalangan mereka yang jauh dari islam.Selama ini kita hanya hidup di dalam kepompong yang mana orang-orang di sekeliling kita(yang boleh dikatakkan mukmin) hanya 20% sahaja mewakili masyarakat keseluruhan.Manakala orang-orang awam yang berjumlah 80% lainya adalah terlalu "awam" untuk di ajak kepada kebenaran dan kesucian agama melainkan ada satu usaha pengerak yang nekad mengorbankan dirinya demi agama dan demi ummat yang sedang dalam kelemasan arus keduniaan yang selama-lamanya melalaikan.
Menyumbang dan berkorban.
Di kalangan orang islam pula lahirnya simptom yang mengerhanai dakwah iaitulah simptom "kebiasaan".Katanya,
aku lahir dalam keadaan biasa, dibesarkan dalam suasana biasa, mendapat result upsr, pmr dan spm yang biasa.Melanjutkan pelajaran ke universiti yang biasa dan grad secara biasa-biasa.Aku berkerja di syarikat yang biasa, berkahwin secara biasa, mendapat anak yang biasa,mendapat cucu yang biasa,kemudian aku mati sepertimana biasa lalu ditanam ditempat orang yang biasa-biasa.Anak-anakku pula akan mengikuti jejak langkahku menganggotai kewujudan-kewujusan yang biasa dan begitulah pula seluruh keturunanku.Biasa dalam keadaan selesa dengan apa yang ada.Melahirkan insan-insan yang enggan untuk berjuang apalagi mengorbankan diri untuk agama.
Rasulullah merupakan pemimpin yang berjaya melahirkan ratusan sahabat yang luar biasa.Bukan penampilan mereka yang luar biasa tetapi semangat mereka untuk melihat islam itu tegak terlalu luar biasa sehingga debu-debu yang terpercik dari derapan kaki kuda yang mereka tunggani itupun diumpamakan lebih berat dari keimanan kita dihari ini.Perjuangan mereka bukan lagi hanya berlegar di dalam paradigma "menyumbang" tetapi mereka telahpun berada di dalam paradigma "berkorban",satu anjakan paradigma yang terlalu di impikan untuk berlaku di dalam diri setiap orang islam.
"Ana harap enta pilih muslimah".Itulah antara nasihat seorang sahabat karib saya tidak berapa lama dahulu.Sehingga kini, saya masih menganggapnya sebagai satu nasihat..
Ana juga ada terpikir dakwah mereka ini... walaupun melihatnya dari sudut yang lain, iaitu, pembinaan benteng aqidah yang kukuh dalam jatidiri muslimah hari ini...
Cadangan enta sangat menarik sekali... mungkin, ummah perlu melahirkan karyawan-karyawan Islam yang berwawasan, yang menjelajah ke seluruh dunia supaya dapat menyebarkan Islam melalui perdagangan dan "akad", seumpama rangkaian perdagangan yang pernah berlaku suatu masa dahulu..
Allahu'alam...
Wassalam.
syukran jaziilan atas respon..
smoga ada kebaikan dr apa yg diusahakan..
insyaallah akan lahir dari ummat ini insan2 yg akan meninggikan islam
wassalam
Untuk share silahkan klik http://sosiologidakwah.blogspot.com