Ubuntu Muslim Edition (UbuntuME)

Sejak seminggu kebelakangan ini saya agak sibuk melakukan beberapa eksperimen ke atas open source linux atau dengan lebih tepat lagi ubuntu.

Pada percubaan pertama hingga ketiga, ubuntu yang saya telah install mengalami masalah dan apabila di semak kembali, rupanya saya tidak menyediakan swap partition semasa proses installation.Ini menyebabkan beberapa sistem dalam ubuntu gagal berfungsi.

Kali keempat, saya nekad untuk menginstallnya sekali lagi.Penat lelah mencari penyelesaian,tutorial dan sebagainya, saya berjaya meng"install"nya tampa sebarang error.

Dari laman web zulkiplyharun.com, saya mendapat tahu terdapat Ubuntu Muslim Edition.Setelah membuat sedikit rujukan di ubuntume.com dengan izin Allah saya berjaya upgrade kepada ubuntu Muslim edition.

Mungkin ramai diantara kita yang masih baru dengan linux, ubuntu dan seumpamanya.Saya yakin, pembaca disini kesemuanya mengenali dunia komputer dengan perantaraan sistem operasi(operating sistem-OS) windows samada windows 98,windows xp, atau yang terbaru windows vista.Namun disana masih ada sistem operasi yang dibangunkan untuk membayangi pengaruh windows sebagai sistem operasi komputer.Contohnya linux dan mac OS.

Manakala ubuntu adalah salah satu distribusi linux.Walaupun dunia komputer dikuasai oleh syarikat Microsoft windows, namun keupayaan dan kualiti tidak semestinya ditentukan oleh bilangan pengguna.PC World misalnya menyenaraikan ubuntu sebagai antara 100 produk terbaik bagi tahun 2007 dan meletakkannya ditempat ke-16.Dalam 100 produk itu, saya gagal mengesan kemana jejak windows vista yang digembar-gemburkan menjanjikan "wow" bagi penggunanya.

Berapa harga bagi mendapatkan ubuntu? RM0! Berapakah harga bagi windows vista(original)? Anda tahu jawapannya.

Disini saya letakkan video desktop ubuntume di komputer saya.Saksikan dan bandingkan dengan xp mahupun vista.

Saya install vista dan ubuntume ke dalam komputer saya.Dan dapat saya bandingkan antara kedua-duanya.Buat masa ini,dari segi performance, saya memilih ubuntu dan dari segi senang guna, saya memilih vista.Mungkin pertimbangan ini kerana saya juga masih baru dengan ubuntu.

Mungkin ramai yang ingin mengetahui bagaimana proses install, apa kelebihan ubuntume berbanding ubuntu biasa dan sebagainya.Saya nasihatkan silalah melawat ke laman web zulkiplyharun.com untuk maklumat lanjut dan pertanyaan.Kalau ada apa-apa soalan disini pun insyaallah saya akan jawab dengan ilmu yang saya ada.

.... rest of template code ....

8 Comments:

  1. :-) said...
    Salam,

    I have an Apple with OS X Panther (bought in 2004) and I love it, especially, the GUI...
    Tapi, berat :(
    Jadi sekarang ni guna Fujitsu sebab boleh bawak ke hulu ke hilir, tapi OSnya sangat lah menyedihkan :( Tak berani nak bereksperimen, sebab, sistemnya sedang tak stabil dan akan dihantar untuk reformatting tak lama lagi...

    Moga suatu hari nanti Jobs akan mencipta Apple yang lebih ringan, inhsAllah...

    Wassalam.
    syahid_zul said...
    saya xpnah try guna Apple..tu yg xtau n le komen bile xtau (hehe..)

    ubuntu ni ringan utk desktop n laptop or notebook..dlm notebook saya,biasanya ubuntu juz guna 200Mb ram xmacam vista yg slalu melebihi 500MB..

    skrg ni saya dual boot vista n ubuntu dlm notebook..so leh jgk banding antara kedua2 nya..

    ada masa nk try gak apple :)
    Fakhrullah Annuar said...
    assalamualaikum~
    nk tanye, pakai ubuntu, ape ek prog yg xcompatible...
    mcm ym, boley x?
    n satu lg, direct call from comp..boley x prog tu?
    ok, syukran...
    syahid_zul said...
    waalaikumussalam...
    dlm ubuntu bleh jer install ym tp utk linux version la..
    biasanya dia dh pre-install 1 prog yg namanya gaim yg bleh online account ym...pasal call dr pc ke pc,xleh guna ym(saya rasala sbb xpnah try)..
    tp leh install skype..
    pepe pun klu berminat nk install ubuntu,saya nasihatkan dual-boot ngn windows...takut2 bg yg xbiasa ngn linux nyer system environment ssh jgk...
    :-) said...
    Salam,

    Apple memang best!!!
    Sekarang, ada OS X Tiger, yang mengenalkan konsep dashboard dan widget pada dunia internet...

    Cuma satu jelah yang sedih tu, developer masih belum berminat nak update sofwe untuk Apple, contohnya, YMnye, masih lagi di takuk lama :(((

    Bagi mereka yang tak pernah gunakan Apple, YA, Apple boleh digunakan untuk MSWord/Excel, malah, LEBIH stabil lagi!!!
    [Ni, ape plak promote apple =D Sorry, Syahid_Zul =D ]

    Wassalam.
    syahid_zul said...
    waalaikumussalam

    pnah dgr gak pasal apple os x tiger tu...kadang2 rasa jgak nak try..mm..tgk la camner..byk bnda sgt nk buat sjak akhir2 ni...

    p/s:xpe nk promote pun.xkisah..hehhe..
    amni said...
    assalamualaikum...
    saya mmg nak try pakai ubuntu tapi tak tau plak ada yang muslim edition. boleh boot dari CD je or kena install dalam hardisk??
    ada yang bootable version, just masuk cd tiap2 kali nak guna so, tak berat PC nak install 2 jenis OS.
    syahid_zul said...
    yups..leh guna live cd tampa perlu install ke dlm disk..dptkn ubuntu dgn download dr website ubuntu kemudian burn..pastu leh guna live cd..
    hmm..

Post a Comment