Mengembara ke Negeri Mungkar (bhg2)

Saya ditegur oleh seseorang kerana membuatkan dia tertunggu-tunggu sambungan cerita ini(walaupun saya xde bakat dan penyampaian yg agak membosankan).Bagi yang belum membaca bahagian pertama,sila klik disini.

............................................................................................

Aku pun tidak begitu pasti berapa lama aku telah berdiri di hadapan mesin tiket tersebut sehinggalah datang seorang pemuda berpakaian seragam menyapaku.

Selepas berlaku soal jawab yang agak panjang,aku dibenarkan untuk melepasi mesin tiket tersebut.Langkah terus ku hayun ke luar bangunan dan cuba mencari masjid jamek untuk bersolat jumaat.Puas aku mencari kesana kemari namun kelibat masjid jamek tetap tidak ku temui.

Kenderaan yang lalu lalang begitu menarik perhatianku.Canggih sekali dengan berbagai bentuk yang begitu futuristic.Mungkin penilaianku bukan sahaja dari bentuk rekaan, apa yang sempat aku perasan ialah kenderaan-kenderaan tersebut kurang menghasilkan bunyi dan tidak lansung mengeluarkan asap.

Jam sudah menunjukkan pukul 1 tengah hari.Tiada bunyi azan.Tiada kelibat manusia yang sedang menuju ke tempat solat.Aku berdiri di birai jalan.Meninjau-ninjau tampa haluan yang tetap.Peluh memercik seluruh badan.Otakku yang sejak dari tadi berserabut dan masih dalam keadaan antara percaya dan tidak terus buntu.Pastinya aku tidak bermimpi.Aku disini,disuatu tempat di malaysia, bumi tumpah darahku.

Ku hayun kaki tampa tujuan menerokai bandar “kuala lumpur” yang tersangat asing bagi diriku dengan harapan kalau-kalau terjumpa petanda arah ke masjid atau ke tempat solat.Tidak sampai 10 minit kakiku melangkah di tepi-tepi koridor bangunan, tiba-tiba langkahanku terhenti disapa oleh satu suara dari belakang.

“Bang, tolong beli ni..”Aku berpaling ke belakang.

Berdiri dihadapanku seorang budak lelaki berpakaian compang-camping menghulurkan sesuatu.Seakan-akan gula-gula,bewarna putih dan berbentuk segi empat.Aku tersenyum ke arahnya meraikan kehadirannya.

“Rupanya kewujudan yang terabai sebegini masih wujud di zaman ini”,bisik hatiku spontan.

Aku merapati adik tadi dan cuba memerhatikan betul-betul barangan yang dijual oleh budak lelaki dihadapanku kini.

“Astagfirullahalazim…Budak ni jual kondom rupanya”.Raut wajahku berubah tiba-tiba.Senyumku terhenti dan tampa berfikir panjang aku terus beredar dari situ tampa berpaling ke belakang walau sekali.”Sebenar-benarnya aku dimana?Aku dinegeri apa?Apa sudah terjadi padaku?”Kotak fikiranku sudah penat mengulang persoalan yang sama, namun tiada siapa yang sudi menjawab.

Aku sudah tidak tahu lagi haluanku.Ku hayun kaki meredah kepanasan ,berjangkit dari satu kaki lima ke kaki lima yang lain.Aku ingin jauh dari situasi tadi.Fikiranku kelam kabut.Tidak dapat menerima apa yang sedang terjadi didepan mata.

Setelah agak lama melangkah tampa hala tuju,telingaku menangkap suatu bunyi.Bunyi yang cukup ku kenali.Hatiku melonjak riang.Dari kejauhan terdengar..
“Allahuakbarullahuakbar…. Allahuakbarullahuakbar …”

Suaranya agak garau dan bukan suara dari mikrofon.Ianya suara seseorang yang ku rasakan tidak jauh dari tempatku berada.

Setelah di amati betul-betul,suara tadi datang dari sebuah bangunan.Aku bergegas ke arah suara tadi.Harapanku jika ada masjid disitu.Setelah aku menghampiri bunyi tadi, kudapati hanya terdapat seorang pak cik tua sedang menghampar sejadah dikaki lima sebuah bangunan usang.Kelihatan dia hanya seorang diri.Tampa berfikir panjang aku terus menghampiri pakcik tadi.

Pakcik tersebut kelihatan sedang asyik menghampar sejadah tampa menyedari kehadiranku.Ku perhatikan keadaan sekeliling kaki lima tersebut.Cukup dhaif sedhaif bangunan yang menaunginya.Terdapat sebuah kerusi dihadapan.Manakala ditempat lain hanya dialasi dengan kain.

Aku merapati pakcik tadi lantas memberi salam.

“Assalamualaikum pak cik.”

Pakcik tadi terus berpaling kearahku.Apabila pandangan matanya tepat jatuh pada wajahku reaksi pakcik tadi yang pada mulanya tersenyum bertukar kepada kehairanan.

“Waalaikumussalamwarahmatullahiwabarakatuh.Anak ni siapa?”
“Saya Naim.Boleh saya tanya sikit tak?Dengan cepat aku memintas.
“Masjid paling dekat dengan sini ada tak?”

Pakcik tadi memandangku dengan tepat buat kali yang kedua.Riak kehairanannya semakin jelas.

“Biasanya kami bersolat disini.”Jawab pakcik tadi.Pakcik tadi masih merenung ke arahku.Pandangan cukup tajam.Daripada kopiah yang kupakai hinggalah kepada kasutku,semuanya diperhatikannya dengan penuh kehairanan.

“Dari mana anak ni dapat pakaian macam ni?”tersembul satu soalan dari mulut pakcik tadi.

Aku kaget.Tidak tahu bagaimana harus menjawab.

“Ni memang pakaian mingguan saya pakcik”.Jawabku sambil tersenyum memandang tepat kewajah pakcik tadi.Ada garis-garis tua diwajahnya.Aggaranku umurnya sudah lewat 60 tahun.

Sebelum sempat pakcik tadi bertanya soalan kedua, aku bersuara.Menceritakan segala-galanya yang ku alami hari ini.Sudah dalam jangkaanku, pakcik tadi yang memperkenalkan dirinya sebagai pakcik Musa agak sukar mempercayai bahawa aku ialah seorang manusia yang pernah hidup di tahun 2007.Manakala aku pula hampir tidak percaya apabila pakcik tadi sungguh-sungguh mengatakan bahawa aku sekarang berada di tahun 2157.

Rupanya aku sudah melangkau zaman.Aku tidak tahu apakah yang membawaku kesini.Mengapakah aku terpilih dan apakah tujuannya.Benakku benar-benar buntu untuk memproses kesemua persoalan itu.

Melihat keadaanku yang sudah tidak menentu, pakcik Musa memegang tanganku dan mendudukkan aku dihadapannya.”Sabarlah Naim, ini semua kehendak Allah.Kalau Naim ialah salah seorang yang masih mengengam islam di tahun 2007, lalu Naim tercampak kesini untuk bersama-sama kami mengengamnya.”Kata-kata pakcik Musa cukup bermakna.Namun ada satu perkara yang kurang ku fahami.

“Apa yang pakcik maksudkan dengan “kami”?”Belum sempat pakcik Musa menjawab terdengar suara beberapa orang memberi salam dari belakang.

“Assalamualaikum”

“Waalaikumussalam”Jawabku agak serentak dengan pakcik Musa.Tetapi suara pakcik Musa agak perlahan apabila menyambungnya kepada “warahmatullahiwabarakatuh”.

Tiga orang yang baru datang tadi juga kelihatan agak sebaya dengan pakcik Musa.Pakcik Musa memperkenalkan aku kepada mereka bertiga.Pakcik yang berjanggut panjang bernama pakcik Saiful, pakcik yang kedua yang agak rendah bernama pakcik Basri, dan pakcik yang ketiga yang selalu tersenyum bernama pakcik Sufian.

Selepas memperkenalkan diri , aku sekali lagi menjadi tatapan ketiga-tiga pakcik tadi.Mereka seolah-olah tidak percaya tetapi pakcik Musa cepat-cepat menerangkan keadaan sebenar kepada mereka bertiga.Akhirnya mereka percaya dan kami bersalaman.Dari garis-garis tua wajah keempat-empat sahabat tadi, saya mengesan perasaan gembira dan syukur diwajah-wajah mereka.

Selepas memberi khutbah,pakcik Musa berdiri dihadapan mengimamkan kami berempat.

“Allahuakbar”Sebaik sahaja imam mengangkat takbiratulihram, kami bertiga pun mengikutinya.Walaupun aku datang dari tahun 2007, dan mereka hidup ditahun 2157, namun kami masih mempunyai persamaan iaitu pada agama.Alangkah indahnya islam.
Dalam rakaat terakhir, keadaan menjadi hening apabila kedengaran isak-isak kecil dari imam.Mungkin aku terlalu memahami untuk turut sama mengalirkan air mata.Sujud terakhir yang agak panjang dirasakan sebentar.Selepas solat dan doa,kami berpelukkan.Entah mengapa cepat benar aku menjadi rapat dengan mereka...

bersambung...

.... rest of template code ....

5 Comments:

  1. :-) said...
    Salam,

    ana baru terpikir semalam bila enta nak sambung cerpen ini!

    Saja nak respon dulu :)
    Nak bacalah ni :)

    Wassalam.
    syahid_zul said...
    waalaikumussalam..

    cerpen ni maybe cerpen pertama sy...so klu xbez tu faham2 je la ek..hehe

    wassalam
    :-) said...
    Salam,

    okey aje! Sambung ye!

    Wassalam...
    syahid_zul said...
    waalaikumussalam..

    insyaallah akan disambung...pastu maybe akan menyusul cerpen2 lain yg lebih matang dr yg ni..

    wassalam
    Wan Syahida said...
    ooo 1st time ye.. ok jugak syahid_zul!

Post a Comment