Akad:Peluru dakwah yang dilupakan?

Jika diberi 2 pilihan.Antara mengahwini gadis yang baik dan hanya perlu di didik sikit-sikit atau gadis yang perlu di didik dan di bimbing betul-betul kearah mengenali islam dan jalan hidup islam yang sebenar.

"Kau pilih yang mana?"tanya saya kepada seorang sahabat secara tiba-tiba.

"Eh,nape tanya soalan camtu kat aku?"sahabat saya tu menunjukkan reaksi terkejut.

"Ala,jawab la soalan aku tu.."saya mendesak.

"Ooo..Ok.Hurm..Bagi aku,aku mestila suka gadis yang baik dan boleh bimbing aku.Aku ni kau tau la,bukannya alim sangat bab-bab agama nih".Saya tersenym mendengar jawapan tersebut.

Tanyalah kepada sesiapa sahaja soalan ini,kebanyakkan jawapan yang akan diperolehi ialah inginkan gadis yang baik dan faham agama sebagai isteri.Lagi-lagilah jika lelaki tersebut sememangnya seorang yang bersemangat dan menyimpan minat dengan agama.Pastinya mengidamkan seorang zaujah iaitu isteri yang solehah,baik,banyak ilmunya,dan seumpamanya.

Secara peribadi,saya tiada apa-apa masalah dengan pandangan seperti ini.Lagi-lagi apabila saya membaca ayat

(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia.[An-Nur 26]
Mungkin kerana ini juga,jika kita mengimpikan untuk mendapat isteri atau suami yang baik maka diri kita terlebih dahulu mestilah baik.Ianya satu motivasi yang cukup romantis dan begitu berkesan dalam melahirkan bakal-bakal pengantin yang berkualiti dari segi ilmu, amalan, dan akhlak itu sendiri.Entah mengapa pada saya ada satu cara berfikir atau teori yang serasanya ramai yang mungkin tidak bersetuju dengan saya.Dan saya pun tidak pernah memaksa sesiapapun untuk berfikir sebagaimana saya berfikir.Cuma,mungkin ada kebaikan untuk saya kongsikan bersama disini.
akad:antara peluru dakwah?

Apabila melihat gadis-gadis yang memakai pakaian yang ketat dan bertudung dengan tidak sempurna,seakan ada satu perasaan kasihan yang sering menjamah hati dan naluri saya.Mereka mungkin ada basic berkaitan ajaran islam,tentang aurat dan sebagainya.Lalu saya mencari sebab mengapa mereka tampil dengan imej sebegitu?Dari kajian persendirian,antara sebabnya ialah pengaruh rakan dan tiada orang untuk tegur mereka!Mungkin banyak lagi faktor-faktor lain yang menyumbang tetapi 2 faktor ini sempat saya highlight kan disini dan rasanya ianya cukup untuk menerangkan teori saya tadi.

Cubalah kita fikirkan,apakah nasib si baju ketat dan si tudung singkat yang menghiasi masyarakat itu selepas mereka kahwin?Sudah tentu mereka akan kahwin dengan orang yang mampu selesa dengan ketrampilan mereka sebegitu.Sampai bila masalah golongan baju ketat dan tudung singkat akan selesai jika pasangan mereka adalah si lutut carik dan si telinga tindik?Siapa yang akan tegur mereka?Jika keadaan ini berterusan,maka kita hanya meneruskan kitaran biasa kehidupan melayu,yang baik dengan yang baik-baik,yang kureng bersama yang kureng-kureng.Tenangkah hati insan dakwah dengan suasana ini?Kerana itu,idea yang ingin saya kongsi disini ialah,dekatilah si baju ketat dan si tudung singkat,jadikan mereka zaujah jika ada jodoh dan ubahlah mereka kepada yang lebih baik!

Mungkin ianya tidak masuk akal sama sekali.Timbul persoalan tentang kualiti zuriat yang bakal lahir, dan kemungkinan si suami yang ingin mengubah itu pula yang semakin terpesong dan mengikut telunjuk si isteri.Saya cukup menyedari hakikat ini.Kerana itulah saya tidak pernah memaksa sesiapa untuk bersetuju dengannya.

"Becoming a person of influence" karangan John Maxwell and Jim Dornan, telah mendedahkan rahsia-rahsia untuk menjadi insan yang berpengaruh bukan sahaja kepada pengikut dalam sistem kepimpinan malah kepada isteri dan orang yang tersayang.Jika di bab pertama ditekankan aspek pembinaan diri iaitu pembinaan integrity,di bab kedua pula ialah berkenaan dengan nurturing!

A Nurturing Influencer Is a giver!
Start by giving others in these areas:
1]Love
2]Respect
3]Sense of security
4]recognition
5]encouragement
Buku tersebut mendedahkan rahsia besar bahawa,manusia mampu dipengaruhi(di dakwah dan diubah kepada kebaikan) juga dengan unsur diatas.Banyak lagi tips dan cara-cara untuk betul-betul menjadi orang yang berpengaruh dan saya cukup senang untuk mengesyorkan insan dakwah supaya mendapatkan buku tersebut di kedai-kedai buku.Terlalu banyak ilmu tentang "faham insan" yang boleh dipelajari dari buku tersebut.Ertinya,teori saya tidak mustahil untuk dilaksanakan dan untuk dikecapi hasilnya!

Cuba kita renungi sejarah perkembangan islam,kita melihat begitu ramai saudagar dari negara timur tengah datang ke Melaka untuk berniaga dan menyebarkan Islam kepada masyarakat di Melaka pada ketika itu.Antara cara dakwah mereka ialah mempamerkan akhlak yang baik dan perkahwinan!Dan kita tidak mungkin mampu menafikan cara perkahwinan telah memesatkan lagi penyebaran islam keseluruh pelusuk dunia pada suatu ketika dahulu.

Akhirnya,jika kita adalah muslimin yang baik,seketat manapun baju dan sesingkat manapun tudung si isteri,yakinlah,isteri kita juga seorang yang baik.Insyaallah,niat yang ikhlas pasti akan dibalas dengan harga yang terlalu romantis untuk diungkap dengan kata-kata.Jikapun tidak bahagia didunia,insyaallah,akhirat bukanlah terlalu sempit untuk kita!

.... rest of template code ....

13 Comments:

  1. Anonymous said...
    Salam

    Setuju dengan pendapat saudara, tetapi agaknya berapa ramai lelaki di luar sana yang mampu bersetuju, dan sanggup pula menjalankan apa yg dipersetujuinya - mendekati & menikahi gadis2 seperti yg saudara gambarkan. Ramai yg prejudis mungkin - she's not good enough for me, dan alasan2 lain yg saya biasa dengar dari lelaki2 yg 'baik' ini.

    Saya tidak menyalahkan lelaki kalau mereka tidak mahu bersetuju dengan pendapat saudara, kerana tugas mendekati dan berdakwah kepada mad'u yang saudara gambarkan itu sewajarnya diletakkan di bahu sisters (thanks for reminding me indirectly)

    If you have actually read the book that you mentioned -becoming a person of influence', could you please make an entry- kupasan tentang buku tu? the excerpt that you included in this entry is interesting. Setuju juga, ilmu manusia memang sgt penting dlm kerja dakwah- other than mastering the language.

    Thanks.
    Unknown said...
    salam'alaykum..

    "Dari kajian persendirian,antara sebabnya ialah pengaruh rakan dan tiada orang untuk tegur mereka!"

    setuju2!
    analogy yg simple...cth mcm diri sdr..
    kat skolah sy tak pakai lencana.mmg satu kesalahan.tapi sy tetap buat benda tuh.walaupun kadang2 tu takut gak.kot2 diambil tindakan ble spotcheck.tapi sy still tak pakai lencana skola gak smp ler nk dekat akhir tahun.walaupun sy pengawas gak..(librarian)
    sbb aper sy tak pakai..sbb pengawas tak tegur.alangkan kwn sy yg pengawas,my my bestpren pon tak tegur.tp kadang2 der gak kene sound.sy stil wat benda tu gak.tau salah tapi still wat gak.xtau naper.maybe sbb sy rase tak de r salah sgt.bknnyer org tegur.kalo der org tegur br sy rs benda tu baru btol2 salah.hehe.ntahler.pelik gak.

    tapi ble di pk kan balik..mmg tepat ajaran agama kita yang mengajar setiap org as da'ie.
    mesti tegur kalo org wat salah.alangkan org bace quran wajib ditegur kalo langgar hukum.

    tapi kalo org yg 'asi ni..
    kene gak la sound..tapi cara nk sound tu kene 'masuk'..kalo tak nayer gak.

    mungkin seorang lelaki yang dapat membimbing isteri yg xberagama sgt lebih baik dari lelaki yang memang dapat bimbing perempuan yg mmg agamanya baik(iman).sbb jalan menujunya lebih berliku...

    wallahu'alam..buah fikiran yg berbeza.
    Unknown said...
    ilmu itu perlu mujahadah..
    jalan mujahadah tidak seindah fikrah.
    namun ingatlah di dalam susah payah
    Allah tempat berserah.
    berTAQWAlah!

    T-teruskan perjuanganmu...
    A-andai tersungkur,
    Q-qiam kembali!!!!!
    W-walaupun pahit
    A-Allah pasti bersama..=>
    syahid_zul said...
    Buat saudari Nasyrah,insyaallah dr masa ke semasa sy akan kupas buku "becoming a person of influence" tu.Dan kalau saudari jumpa buku tu kat mana2 kedai buku,saya sarankan saudari membelinya.Insyaallah,semoga ada kebaikan.

    Saudari Nasyrah ada deria yg tajam utk mengesan maksud saya apabila saudari menulis "sewajarnya diletakkan di bahu sisters".Ianya tugas semua orang.brothers n sisters.

    bagi saudari zala,saya setuju apabila saudari menulis"
    mungkin seorang lelaki yang dapat membimbing isteri yg xberagama sgt lebih baik dari lelaki yang memang dapat bimbing perempuan yg mmg agamanya baik(iman).sbb jalan menujunya lebih berliku..."

    thanks 4 da responses...

    wassalam..
    Unknown said...
    sy rasa..untuk mendekati si baju ketat,si tudung singkat sbg zaujah.mungkin untuk kes ni lelaki lebih sesuai.lelaki juga yg bakal menjadi ketua keluarga,bukan?bkn sy bermaksud tugas mendekati golongan ini berpindah pada lelaki shj.tapi dalam konteks perkahwinan.sbbnya kalau perempuan yg mendekati lelaki si seluar pendek,telinga bertindik,rambut punk.mungkin lain pulak jadinya.untuk jadikn si suami yg begitu sbg ketua keluarga.
    mungkin porak peranda rumah tangga.dan mungkin juga sejahtera kalau Allah turunkan hidayah dalam hatinya.
    tapi kalau lelaki yg mendekati gadis2 yang belum memahami agama.barangkali lebih membuahkan hasil.
    sbbnye kalo si ibu nye dh dpt hidayah.ble dh ade anak.mesti dia kan ajar anak dia btul2 spy tak jadi mcm dia.mungkin..
    sy pasti jika matlamat dan niat yg baik skali dgn cara yg tak bertentangan dgn syara' pasti Allah menurunkan pertolongan kepada hamba-hambaNya yg beriman.InsyaAllah!

    harap maaf kalo cara sy fikir n cara sy tulis kdg tak matang lagi.oyasumi..=l
    Unknown said...
    salam...

    nk tny st bnd..
    sori sgt sbb kuar dr tajuk
    i want to know!
    apa yang ada pada islam hadhari..islam liberal?ntah aper lagi istilah islam.
    sy tak faham!
    bkn islam tu der satu je ke??ISLAM
    knape skang ni(sy br jumpe) mcm bnyk btol islamnye, ....=0
    Unknown said...
    tolong terangkan method2 yg patut diguna sbg uslub dakwah dalam penekatan dakwah kepada remaja dengan cara paling berhikmah..hv task on it!syukran
    syahid_zul said...
    islam hadhari??islam liberal??
    ianya hanyalah nama yg ditampal pada wajah islam..sedangkan islam tidak memerlukan kpd nama lain utk ia nampak lebih sempurna...
    islam itu sudah sempurna,tinggallah kpd kita bagaimana utk mengamalkannya...

    method yg ptt diguna utk remaja...hurm...apa maksud zala sbenarnya?dakwah kpd remaja yg sedang rosak skrg?
    Unknown said...
    mksud sy,pendekatan berhikmah yg mcmane nk menyelesaikn masalah remaja.lebey krg mcm uslub dakwah.
    YaMiNa said...
    assalamualaikum... bagus tulisannya...

    isteri sbg mad'u insyaAllah lebih mudah dari suami sebagai mad'u.
    yg lebih bagusnya tugas membimbing itu terletak pada suami.

    Ramai jg lelaki yang baik, tapi tidak berapa mantap (dr segi tarbiyyah dan ilmu)menginginkan wanita dr segi fizikalnya berjubah dan bertudung labuh. walaupun sesetengah Hakikatnya, tidaklah semua wanita yang berpenampilan sebegitu (berjubah bertudung labuh) hebat dr segi ilmu dan tarbiyyahnya... kemungkinan besar, punya banyak juga kelemahan dan perlukan sangat didikan dan bimbingan.

    jadi tidaklah boleh pandang faktor pakaian semata-mata. wallahualam.

    saya setuju juga dengan komen diatas tugas itu sewajarnya diletak dibahu sister.

    mungkin bagi seorang lelaki untuk mendekati wanita yang tidak menjaga agama kemungkinan besar lebih mudah menimbulkan fitnah, kerana wanita itu mungkin merasakan hubungan antara lelaki dan perempuan adalah perkara biasa... lelaki patut lebih hati-hati, kerana akhir zaman wanita mmg punya fitnah yang besar. sedang jika dalam sefikrah pun adakalanya tak dapat lari dari fitnah. ini pula dengan yang bertentangan fikrah. dan ramai juga lelaki yang soleh dan bertaqwa, tumpas imannya kerana seorang wanita. setiap langkah yang mahu diambil perlulah berhati-hati dan punya strategi.

    seeloknya untuk mendekati biarlah sister untuk mengelakkan fitnah. setelah jadi zaujah, lancarkanlah peluru dakwah dan bentuklah dia.
    masalahnya tak ramai wanita begitu yang sedar hakikat gunakan org tgh sebagai perkenalan. jika ada pun, wanita itu nak jadi baik dan ada kesedaran dalam diri untuk jadi lebih baik.

    bagus punya suami yang boleh jadi murabbi pada isteri.
    syahid_zul said...
    syukran kpd yamina atas komen yg menarik!

    lelaki yg nk dekati wanita yg kurang jaga agama ni perlu ada prinsip yg jelas dan tegas dgn prinsipnya... kalau main cuba-cuba dan agak2 tu..hmm....
    umaq_eiman said...
    salam semua ,..
    menarik juga perbincangan ini.
    tetapi method yang diutarakan ini sangat memerlukan pengorbanan dari seorang lelaki yang teramat ingin mendapatkan anak anak solehyang akan dilaburkan dalam majal dakwah.

    cuba bayangkan kalau ini berlaku. berapa ramai sangat lelaki yang "baik"? tidakkah wanita solehah akan kehilangan peluang untuk mengecap keharmonian rumah tangga islam bersama laki in that type.

    sian juga wanita yg 'baik'... saya rasa kalau digabungkan saranan tuan tajuk dengan perkataan poligami. lebih beralternatif. dan lebih banyak perkongsian dalam membina suasana islam dalam rumah tangga. just wondering. cuma saya yakin wanita kini belum bersedia ke arah itu walaupun 'maaf berterus terang' sanggup sahaja bohsia hari ini menemani satu lelaki bersama bohsia lain.

    mungkin ini kerana mereka bernafsu buas. wallahu a'lam.
    syahid_zul said...
    syukran...
    satu pandangan yg menarik dr umaq_eiman...
    betul juga apa yg dikatakan tu..

Post a Comment