Potensi ikhlas dan semangat
Pernahkah kita melihat penganut agama selain dari islam bersembahyang?Jika kita pergi bertanya kepada mereka,adakah saudara/i ikhlas ketika bersembangyang tadi?Apa agaknya yang mereka jawab.Sudah tentu jawapan mereka "saya ikhlas"!Tanyakan pula kepada penganut syiah.Adakah amalan-amalan mereka itu ikhlas?Sudah tentunya amalan-amalan mereka ikhlas dan mengharap balasan syurga dari Allah.Tanyalah pula kepada sami-sami dan paderi yang terkumat-kamit membaca doa agama mereka,untuk apa mereka berdoa dan beramal dengan ajaran agama mereka?Sudah tentu jawapannya ialah supaya tuhan merahmati mereka!Jadi kita bertanya,dimana beza kita dan mereka?Pada caranya!
Disini,ingin saya bawa kita berfikir kepada,berapa ramai insan yang ikhlas dan bersemangat tetapi tersilap memilih cara yang betul.Pengikut-pengikut Rufaqa',AyahPin,Al-Arqam,dan kumpulan-kumpulan ajaran sesat yang melata dibumi ini semuanya ingin masuk syurga Allah.Tetapi kesilapan mereka ialah cara mereka yang tidak menepati kehendak Allah swt.Disini letaknya suatu potensi besar yang harus orang dakwah sedari!
Formula dan cara berfikir..
Jika kita lihat kepada zaman terkemudian ini,begitu ramai muda mudi yang dibesarkan dalam suasana kebangkitan islam begitu bersemangat untuk berjuang mahupun berjihad.Mereka memiliki jiwa muda yang kental, kuat, bersungguh, dan bersemangat untuk mengangkat beban dakwah sepanjang kehidupan mereka.Namun,kadang kala orang muda ini tersilap memilih cara.Adakala mereka tidak sabar dan memilih jalan kekerasan dan memberontak untuk melunaskan cita-cita negara islam.Kadang-kadang pula ada yang tersilap memilih jemaah yang terpesong dari ajaran islam sebenar,mengikut tarekat yang tersesat dan sebagainya.Sedangkan pada mereka ada kualiti yang mana apabila dicurahkan ke jalan yang betul,maka impak dan keberkesanan kepada dakwah islam itu pasti akan meledakkan satu gelombang kebangkitan seperti yang pernah dicetuskan oleh ikhwan muslimin dibumi mesir suatu ketika dahulu.Apabila potensi golongan yang bersemangat ini digunakan untuk jalan jemaah yang terpesong,bukan sahaja kerugian kepada dunia islam,malah kerugian juga kepada golongan yang bersemangat itu kerana mereka bakal berhadapan dengan Allah untuk menjawab soalan-Nya satu persatu.
Atas kesedaran ini,kadang-kadang saya bertanya kepada diri sendiri,tiadakah satu fomula yang boleh digunapakai untuk mengumpulkan golongan muda yang bersemangat ini diatas satu jalan yang sama?Mungkin kenderaan yang dinaiki itu boleh berbeza-beza tetapi yang pasti,jalanan dan destinasi kita adalah sama!
Wahai orang-orang yang beriman, taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kamu kepada Rasulullah dan kepada "Ulil-Amri" (orang-orang yang berkuasa) dari kalangan kamu. Kemudian jika kamu berbantah-bantah (berselisihan) dalam sesuatu perkara, maka hendaklah kamu mengembalikannya kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya - jika kamu benar beriman kepada Allah dan hari akhirat. Yang demikian adalah lebih baik (bagi kamu), dan lebih elok pula kesudahannya.Subhanallah!Mengapakah terlalu sukar untuk kita menyedari hakikat ini.Al-quran telah dahulu menyediakan fomulanya.Kembalilah kepada (Kitab) Allah (Al-Quran) dan (Sunnah) RasulNya!Jika fomulanya telah ada mengapa masih gagal?Disinilah letaknya tanda soal yang terlalu besar untuk disingkap jawapannya.
[An-nisa 59]
Mengapa agaknya diantara jemaah-jemaah masih berlaku perselisihan faham dan berbeza pendapat?Apa untungnya berselisih dan berbeza pendapat?Saya tercari-cari jawapannya.Namun tidak sesekali saya menemuinya dan sebaliknya yang saya dapati hanyalah kerugian dan kerugian kepada dunia dakwah.Golongan yang baru berjinak-jinak dan baru bersemangat untuk kembali ke jalan islam yang sebenar dibebankan dengan satu masalah iaitu "memilih jemaah yang betul"!Lalu terpinga-pinga lah mereka mendengar hujjah umpama petir yang sabung-menyabung diantara jemaah-jemaah yang ada.Akhirnya mereka memilih untuk mematikan sahaja niat untuk berdakwah kerana rimas dan muak dengan mereka yang asyik sabung-menyabung itu.Siapa rugi?
Anggap perselisihan tidak pernah ada?
Namun kadang-kala saya berfikiran sebegini.Jika perselisihan ini tiada makna dan tiada keuntungannya,untuk apa kita perlihatkan akan kewujudannya?Lebih baik kita diamkan sahaja.Tumpukan kepada keutamaan,tinggalkan saki baki itu untuk diselesaikan ketika semuanya stabil!Mungkin inilah cara berfikir dan cara bertindak yang terbaik.
Untuk itulah,saya dengan rendah hatinya ingin melontar pandangan kepada mereka yang bersemangat dalam dakwah ini,pada anda ada potensi yang terlalu besar.Semangat, cita-cita, keyakinan yang anda miliki,jangan biarkan ia sekali-kali mati.Suburkanlah semangat dan keazaman untuk melihat islam ini bangkit dengan ilmu dan amal ibadah yang tepat dan penuh ketundukan kepada-Nya.Dunia dakwah ini terlalu memerlukan anda walau siapapun anda!Bergeraklah dalam jemaah apa jua pun,dan hendaklah kita diatas satu jalan yang lurus,jalan yang diingini oleh semua insan kerana ia lurus!Jadikan al-quran dan as-sunnah itu sumber rujukan utama dan berlapang dadalah pada perbezaan takrifan.
Ikhlas dan semangat,padanya ada potensi yang harus disedari.Usah biarkan ia terbazir begitu sahaja.Anda dan saya diatas satu jalan,walau diatas kenderaan apapun kita berada!
Artikel yang menarik. Isu yang diperbincangkan sejak tahun 80-an lagi, rasanya dah 20 tahun lebih dah.
Isu berbilang jamaah. Pada pendapat saya seelok-eloknya jamaah Islam itu selalu bertolak ansur dan menganggap kewujudan mereka sebagai saling lengkap melengkapi.
Misalnya Tabligh- Ahlinya kuat beribadah, solat berjamaah setiap waktu dan melakukan usaha-usaha ziarah dan peringatan kepada masyarakat. Ini perlu di contohi kerana jamaah2 Islam yang lain tidak dapat melakukan usaha mulia begini.
Rufaqa' pula mahir dalam perniagaan, kenapa kemahiran itu tidak diambil oleh jamaah Islam yang lain. Cuma Aurat Muhamadiyyah yang jangan diikut.
ABIM, JIM, HALUAN dengan pendektan dakwah mereka yang tersendiri.
PAS seperti mana gerakan Islam dunia yang lain HAMAS, Ikhwanul Mesir,FIS, Refah dall pula mensasarkan kepelbagaian peringkat masyarakat. Terlibat dalam dakwah dan politik untuk menegakkan daulah Islamiyyah di Malaysia. Sepatutnya umat Islam dan jamaah lain membantu, sekurang-kurangnya berilah undi pada PRU. Bukan asyik mempertikaikan syarie' atau tidaknya ?
wassallam.
Syukran Pak Ngah atas komen yang bernas!
Jemaah-jemaah ni sepatutnya bertugas didalam ruang lingkup,peluang dan melalui kemahiran yang ada.
kadang2 saya berfikir sebegini.Dalam sukan bola sepak,dlm satu pasukan ada yang bertindak sbg striker,wing,defense, dan goalkeeper.anggaplah setiap posisi itu seperti sebuah jemaah.Logikkah striker komplen mengapa goal keeper xscore goal?atau logikkah wing komplen mengapa defense x turut sama pegang bola macam goal keeper?Ianya tidak logik krn masing2 menjaga posisi masing2.Adakala mmglah ada wing,midfielder pergi membantu menjaringkan goal..tetapi memainkan peranan diposisi masing2 itu perlu diutamakan mengikut keadaan biasa..
Saya bersetuju bila Pak Ngah cakap psl mencontohi jemaah lain..dan saya juga bersetuju semua jemaah yg ada menguatkan antara satu sama lain..seperti satu pasukan bola.. Kalau ada pemain yg pandai gelecek,contohilah dia.Kalau ada pemain yg pandai shoot jauh,contohi skill menendangnya.Yang kecewanya ialah,ada yg saling xmembantu.Dlm p/raya pi undi parti kebangsaan..habis rosak satu team apabila bola di passing kepada team lawan?Siapa rugi?
betapa penyakit minda itu, sick of mind..
bukan sahaja menyerang lelah bangsa Melayu, bahkan menyusup menerjah dunia Islam sendiri..
kasihan bukan?
salam..
dh lama tak post comment..
masa semakin terhad
tak kira la jemaah apa pun..
ok, skrg ni sy nak tau..
mcmaner cara yang paling berhikmah kalau kita nak dakwah kat orang..
question ini mmg agak umum skali tapi..sy btul memerlukan jawapannya..
arigato!
..antara abim, jim, haluan..
hehe, sy kan, sjak kecil ada influence abim. dibesarkan dgn cara org abim. pendekatan yg agak berhemah dan lembut,
bila bc semua ni, sy teringat apa yg mama sy crite, apa yg berlaku ms, ms sy kecil2(around,,, 4 yrs old?), mama n ayah hadiri gathering abim dan trdpt penceramah jemputan dari kalangan pas/jim~ dalam setiap sesi tu, org2 abim ni akan berpakat utk mpertahankn pendapt sesama mrk andai x sppdt dgn apa yg dikeluarkn oleh ahli jim ~ ada juga pernah sekali, bertekak antara kedua pihak!
dulu sy tak pernah nak amik peduli semua ni, yelah, tyme ibu2 and ayah2 gathering, anak2 semua dikumpulkan kat satu tmpat n...... MAIN! :D
sekarang, sy mula faham, and, sy pelik dgn apa yg berlaku.. x manis. x relevan, unrational.
sy ni pulak, x lah terlalu "fanatik" dgn mana2 badan , either pas,abim,jim, etc. ((balun je semua. ) hehehe maybe sy styll mentah and baru nak berjinak2 dalam dunia berjamaah ni..
sy hidup dlm family abim, tp di sekolah, sy hadiri sesi yg dibuat oleh guru yg gunakan pdkatan jim yg "menarik" n "ikut" kami hingga kami keluar skolah, membaca mjlh haluan,meghadiri forum anjuran PAKSI, n seringkali melawat web misg~
dpt lh sy analogikan situasi ni dgn... erm... nak analogikan dgn ape ye? *jap pk jap* HA! mcm rojak, kan? tp rojak ni rojak yg sedap dimakan enak dikunyah! beraneka rasa. tapi ttp dinamakan rojak.
sama la jugak dgn kes berlainan berjamaah ni
mmg hala tuju setiap satu ni adlh sama.
rasa dia mmg berbeza. nenas masam, timun sejuk, sengkuang sdap2 je. ada org yg suke nenas. abes neans di makn dulu. ada yg suke sengkuang, abes sengkuang di makn dulu. (tp akhirnya, si penggemar nenas and sengkuang ttp akan makan kesemua yg ada dlm rojak tu.. sampai habis. kan? sbb yg dimakannya adlh ROJAK[merjuk pd islam], bukan nenas or sengkuang semata2)
ada jgak yg tak kesah, makan je mana2.
gitu lah... sama jgk.. pdktn mrk ada yg lembut, ada yg agak direct, ada yg biasa.
(hihihi asyek je sy dgn makanan ye?)
apapun pendekatan yg ada, sy percaya ini smua kerana manusia mmg diciptakan dgn minat and passion yg berbeza. (betul ke pe yg sy ckp ni ye?) people tend to klik wif dose ho hav da same interesnt. same way of thinking~
wallahualam~
betulkan andai sy tersilap. trimakaasih
pd pdpt sy., cr yg pling berhikmah is, tru example.
by example we lead, by lead we unite.....
hm,, we can change da way by setting an example. perhaps?
selain tu juga, dgn memahami..
seek to understand, then to be understood.
{{ sy tahu ini jwpn sy agak umum bg soklan zala yg jugak umum. (sama2 umum lah ye?) ;P }}
wallahualam
hehe.dh la lama xmkn rojak
pi sebut pasal rojak plak..hehe.
niway,satu analogi yg bernas gak
thanks 4 da comments..
wassalam
soalanya bagaimana utk berdakwah dgn cara yg paling hikmah..
Jika dibaca entry yg sbelum ni,dlm tajuk positioning,saya ada menceritakan berkaitan faham islam dan faham insan.Da'i @ pendakwah yg benar2 berkesan ialah mereka yg faham islam dan faham insan.Kedua2 ilmu ini saling memerlukan diatara satu sama lain.Berkenaan bagaimana utk faham islam,pada kita ada al-quran dan al-hadis.
Tetapi bagaimana utk faham insan,seakan tidak ada garis panduan yg betul tepat untuk meta'rifkannya.Ini kerana insan atau manusia ini terlalu dinamik dan cepat berubah dgn keadaan.Hati itu boleh berubah tiba2 dan hati itu juga boleh jadi keras sekeras batu.Apa yg dapat dijadikan panduan ialah pengalaman!Pengalaman bakal memandu kita kejalan hikmah.Untuk berpengalaman kita perlu cuba jaya.Jika gagal,cuba cara lain...ini mungkin panduan yg agak praktikal..
Namun jgn kita lupa kpd qudwah kita,Rasulullah saw.Baginda telah mempamerkan jalan2 hikmah ketika dakwah baginda.Peristiwa memberi makan kepada si buta yg sering mencerca baginda,melawat orang yg membenci baginda ketika sakit dan byk lagi contoh2 yg boleh dikaji hikmah disebalik tindak tanduk nabi.Apakah hikmah itu."Sabar,tenang,dan tidak trburu". Kadang2 insan dakwah terlalu terburu2 utk melihat dakwahnya diterima..
Paling utama ialah,cara mana utk berdakwah?Iaitu cara yg disenangi orang.tapi INGAT,jangan sampai mengadai agama dan prinsip!
wassalam...
Waalaikumusalam...
Masalah berbilang jamaah ni kebiasaanya berlaku masa belajar di kampus sahaja. bila dah graduate dan dah keluar masalah ini boleh dikatakan hampir tiada lagi. Mungkin masalah ini cuma berlegar di sekitar golongan intelektual sahaja.
Majoriti masyarakat kita tak ambil kisah pun tentang jenis-jenis jamaah ini.
Masalah keruntuhan akhlak masyarakat, hiburan, maksiat dll banyak mendominasai masyarkat pada hari ini.
Keutamaan dai'e atau orang2 yang mahukan Islam dalam medan dakwah lebih kepada menyeru ke arah kebaikan dan mencegah kemungkaran.
kita juga mahukan Islam memerintah bukan diperintah. Apabila Islam diperintah lihatlah di seluruh pelusok dunia sama ada timur mahu pun barat umat Islam ditindas dan dibunuh dengan kejam.
Cumanya jangan termasuk dalam jamaah yang sesat macam ayah pin, rufaqa' dan seumpanya.
Seelok-eloknya bergurulah dengan ramai guru terutama ulama' yang muktabar yang diakui oleh ummat supaya fikiran kita terbuka dan tidak sempit atau taksub dengan hanya satu aliran. Jika tersilap dengan satu guru, boleh jadi guru lain akan memperbetulkan kita.
Yang penting jangan mengasingkan diri dari masyarakat.
wassallam...
terima kasih! :)
actually,
sy rasa sy belum cukup matang utk berckp ttg hal2 ni. berminat, mmg sgt berminat, cume blum ckup berpengalaman.
thnx sbb beri peluang utk sy berfikir and beri pdpt, juga respons kembali atas apa yg sy tulis.
terima kasih sekali lagi. :) wassalam~
penglibatan adik nuur kat sini sedikit demi sedikit akan mematangkan..insyaallah..
pengalaman dan kematangan bukan hanya boleh diperoleh dgn berlalunya masa,tetapi dengan apa yg telah kita usahakan dimasa yg lampau...
sbb 2 la pengalaman tidak memilih umur..