Salam Aidiladha,Selamat tahun baru.
Salam Aidiladha untuk semua ummat islam.Selamat tahun baru untuk semua pembaca.
Saya baru sahaja balik dari Hiroshima,perjalanan yang menginsafkan dan menghampakan.Menginsafkan apabila melawat Hiroshima Peace Memorial Museum , dan mengecewakan apabila saya tiada mood apabila melihat tempat bermain snowboard tidak begitu bersalji,hanya salji buatan.Sudah berpuluh tahun,fenomena salji tidak begitu turun terjadi pada tahun ini.Namun dalam kekecewaan itu saya puas apabila membawa balik kenangan apabila melawat bandar hiroshima yang pernah hancur di suatu ketika dek kerana kedahsyatan bom atom.Insyaallah,saya akan menulis satu artikel khas tentangnya nanti.
Aidiladha,menuntut kita merenung dan mengambil pengajaran dari peristiwa Nabi Ibrahim a.s dan anaknya Nabi Ismail a.s.Pengajaran yang diambil bukan hanya dijadikan perbincangan intelektual,ataupun untuk diceritakan kembali sahaja,malah menuntut suatu semangat untuk menzahirkan kearah tindakan yang bernama "pengorbanan".Ketika ini,di makkah,berjuta ummat islam sedang kyusyu' menunaikan ibadah haji,sanggup mengorbankan harta kekayaan,masa,dan mencurahkan 100% komitmen kepada ibadah haji yang menjadi rukun ke5 bagi ummat islam.Dan berjuta juga dari kalangan ummat ini sanggup mengorbankan sedikit harta menyembelih binatang korban sebagai tanda ketaatan kepada Allah swt.Satu fenomena dan ajaran yang benar-benar hebat yang selama-lamanya tidak akan mampu ditandingi oleh mana-mana agama lain.
Namun kita bertanya,kemana hilangnya suara "labbaikallahummalabbaik"dari berjuta orang itu dihadapan zionis dan kuffar?Kemanakah perginya duit dan harta berjuta-juta itu apabila kanak-kanak palestin menangis kelaparan?Mengapa kita hanya sanggup berkorban apabila datang aidiladha kemudian membisu di sepanjang masa yang lain?Terlalu banyak persoalan yang mengguris hati saya,apatah lagi hati ummat yang sedang ditindas.Yakinlah bahawa,berjuta ummat yang sedang tawaf dikaabah tidak lebih hanyalah manusia yang sedang meneruskan amalan ritual yang kosong dari penghayatan hakiki dan hikmah dari perkumpulan ummat yang begitu ramai telah terlalu kabur untuk disingkap kembali.Hikmah menyembelih binatang korban turut mengalami nasib yang serupa apabila mata rantaian hikmah dipotong satu persatu akibat dari serangan pemikiran yang menakutkan iman-iman dari bersatu dibawah satu kalimah lailahaillallah.
Tidak bermaksud untuk saya menafikan mereka yang benar-benar ikhlas dalam "korban" masing-masing,tetapi kesimpulan umum yang saya buat ini adalah satu hakikat yang terpaksa saya,anda,ustaz,ulama,PM dan seluruh ummat menerimanya dengan tangan keinsafan dan tangan semangat untuk bangkit bertindak melupuskan kesilapan yang telah terjadi.Tidak berniat untuk saya mengi'tiraf tahun masihi itu lebih baik dari tahun hijrah,tetapi jadikanlah peristiwa tahun baru ini,garisan mula untuk kita melangkah kearah revolusi bertindak dan bukan lagi revolusi pemikiran yang sekadar menghiasi tulisan di buku-buku dan blog-blog sahaja.Tanamkanlah azam dengan semangat dan berdoalah meminta diteguhkan semangat dalam istiqamah untuk kita memacu kearah satu era kebangkitan islam yang benar-benar tulen hasil dari revolusi bertindak yang dengannya diharapkan akan bermula satu era perubahan kearah kesejahteraan,selamat,dan islam yang tertinggi dan memerintah.
Revolusi bertindak yang menuntut kita bertindak dan tidak hanya melafazkan,bakal menjana satu dimensi perubahan dan mulakanlah revolusi ini dari dalam diri kita sendiri.Hayatilah islam itu sebagai satu cara hidup,"ilah" sebagai satu ketaatan, kecintaan,sumber rezeki dan sumber hukum yang hanya satu dan tiada yang lebih agung daripadanya.
Salam aidiladha,selamat tahun baru...
kat jepun ader wat qurban ke?kat sane cane suasana rayanye?
TP memang tol.
cinta kpdNYa mmg perlu berkorban.
pabila dunia sudah terasa gelap
pengorbanan kian lenyap.
tatkala itu tiada lagi cinta
..huerm..nick dier ni kan..mcm familiar je.
misteri gler...hehe..
gheti ke masak??=D
ntah2 daging tu jadi sushi..
huhu..huerm...tapi der ke daging kat sushi.xpenah jumpe la plk..
hihihi...=P
p/s:huhu..hari ini hari pertama sekolah as pelajar FORM 5..huhu..hari pertama dh terlambat dtg skolah seh..spoil toll!
terlambat?nape?masih dlm suasana cuti ker?hehe..
lagi baper minggu je nk masuk tahun baru..huhu..