Masjid dan surau:Damainya telah kemana? (bahagian 2)
Apabila sejarah diungkit kembali,bangsa yang sanggup meroboh dan membakar masjid yang mana tindakan meroboh dan membakar masjid itu tidak dipersetujui oleh ahli qariah dan insan yang mendiami keliling masjid hanyalah hindu di India dan yahudi di Palestin.Pelampau hindu di India telah mencatat sejarah dengan merobohkan Masjid Babri pada tahun 1992.Sebelum itu,sejarah pernah mencatatkan bahawa bangsa yahudi telah mencuba membakar masjidil aqsa pada 21 Ogos 1966 dan peristiwa tersebut telah diperingati diseluruh dunia dengan nama Hari Al-Quds Sedunia yang disambut setiap 21 Ogos setiap tahun.Apabila masjid dirobohkan tampa ketertiban dan tampa dihormati peranan yang pernah dimainkannya,menandakan betapa dahsyatnya krisis iman yang sedang melanda insan yang meroboh dan insan yang hanya melihat ia dirobohkan.
Mengapa saya berkata demikian?Pernah saya ulas sebelum ini,apabila rumah diroboh,apabila harta dirampas,ummat islam akan berlindung didalam masjid sebagai benteng terakhir.Ummat islam samada "kaki masjid" ataupun tidak pasti merasa selamat apabila berlindung didalam masjid kerana mereka merasakan "mana mungkin manusia berani merobohkan rumah Allah?".Namun zaman terkemudian ini memperlihatkan kepada kita bagaimana manusia sedang cuba bermain dengan api dengan berani merobohkan rumah Allah tampa ada satu tatacara yang sopan dan beradab!Masjid rtb bujal telah menyembah bumi.Surau di kg berembang telah menyembah bumi.Tiada ketertiban,tiada kesopanan,tiada budi bicara.Masjid dan surau roboh dalam linangan air mata dan takbir yang mendesah.Mereka bermain dengan api!
Saya benar-benar yakin,jika ada ketertiban,jika ada budi bicara dan kena cara pengurusan,pasti ahli qariah masjid dan surau tersebut bolehu menerima kewajaran untuk merobohkan bangunan yang pernah dilaungkan azan didalamnya.Pernah insan rukuk,sujud dan bertafakur didalamnya.Tetapi secara biadap,tidak hormat dan angkuh,mereka telah merobohkan rumah Allah.Subhanallah,selamatkanlah kami dari kemurkaan-Mu...
Zaman terkemudian ini juga menyaksikan masjid menjadi medan menunjukkan kuasa dan keangkuhan.Tindakan ini menatijahkan kepada bekunya gerakan dakwah dan sistem penyebaran ilmu islam kerana fungsi masjid telah dicemari oleh unsur lain yang mana antara lainnya ialah politik.Cubaan untuk menghalang membicarakan soal politik dimasjid umpamanya telah memberi imej bahawa politik itu seolah-olah satu juzuk lain didalam islam.Ini hanyalah kesan daripada sistem sekularisme yang telah meresapi masyarakat iaitu
Itulah yang terjadi ketika revolusi kristian yang telah menyaksikan politik dan agama itu dipisahkan kepada dua bab yang berlainan dan tiada kaitan lansung antara keduanya.Kesannya ialah,politik semakin kotor dan kotor!Itulah yang sedang terjadi.Bercakaplah soal pemerintahan di masjid-masjid,maka ustaz tersebut akan dipecat atau dibuang dari jawatan.Manakala pegawai-pegawai agama yang menjawat jawatan di pejabat-pejabat agama pula ditugaskan mengawasi ustaz-ustaz,khatib-khatib dan seumpamanya supaya tidak menyentuh soal politik dan pemerintahan ketika memberi kuliah dan ketika berkhutbah.Kesannya,bilangan pegawai agama yang mengawal hal-hal lain seperti hal halal dan haram (logo halal dan sbg) menjadi berkurangan.Ini hakikat dan ia ialah fakta parlimen!
Ketatnya kawalan terhadap ustaz-ustaz yang memberi kuliah,dan syarat-syarat lain seperti hanya yang "bertauliah" sahaja yang dibenar memberi kuliah manakala yang tiada tauliah pula tidak dibenarkan sama sekali untuk berkuliah telah membisu dan menjadikan masjid-masjid sunyi daripada kuliah agama.Ternyata ianya benar dikebanyakan masjid diseluruh negara walaupun saya tidak menafikan masih ada masjid yang masih diimarahkan dengan kuliah mingguan,kelas mengaji quran dan kelas fardhu ain.
Keadaan ini diburukkan lagi dengan krisis kesedaran dan sikap dikalangan muda mudi.Masjid dianggap tempat untuk insan-insan yang sudah mencapai tahap umur "amaran" sahaja.Manakala muda-mudi pula berfoya-foya ditempat-tempat hiburan,kelab-kelab malam,stesyen bas dan sebagainya.Terciptalah suasana tiang lebih banyak dari jemaah!Syiar yang hanya dipentingkan hiasan tetapi tidak dipentingkan bagaimana cara untuk menarik muda-mudi kepada masjid telah menjadikan masjid medan untuk orang-orang tua menghabiskan sisa-sisa hidup mereka.Hitunglah berapa orang remaja yang berumur 17-21 tahun yang berada dimasjid disetiap waktu solat.Pastinya yang akan kita perolehi hanyalah bilangan yang menghampakan.Masjid telah hilang damai!
Akankah keadaan ini menjadi semakin teruk?Ya!Kerajaan hanya membisu tampa ada apa-apa keinginan untuk mengatasi.Semakin kita dihimpit krisis akhlak dan moral remaja,semakin kerajaan membisu dan menyepi.Malah kerajaan juga yang memberi galakan kepada pengajuran konsert jom heboh,dan ntah apa-apa ntah yang menghiasi negara hadhari ini.Masjid telah hilang damai!Masyarakat semakin hilang damai!Negara bakal menjadi huru-hara.Inilah bala Allah kerana kita bermain dengan api...
Bacalah....fikirkan......jika ada kekuatan bertindaklah!

Da'lillah lillah,wamakalil kaisar lil kaisar-tinggallah kepada Allah hak Allah dan kepada pemerintah hak pemerintah.

insyaalah,selagi ada pihak yg bersungguh dlm amal ma'ruf nahi mungkar...
sy ada terbc dlm satu artikel,
sumthin about barakah.
tak pasti samaada ada kaitan dengan isu ni atau tidak, xpe kan klu sy nak kongsi?
hmm.. fenomena lebih tiang dr jemaah mmg ada byk sebab. core dia of course, kesedaran.
tp ada satu lg yg ramai org terlepas pandang, dat is, ~ barakah ~
yerp. keberkatan.
dlm artikel yg sy bc tu, pnulis ada kata mcmna tertibnye org2 turki yg jg kbarakahn sesuatu prk. benda2 yg kita amik remeh, mcm, serbuk roti yg terjatuh atas meja.. etc sebenarnya ada keberkatan dlm setiap satunya.
fokusing kat masjid..
penulis jgk ada crite psl masjid suleiman. masjid yg disponsour oleh pemimpin zaman turki uthmaniyah.. dimana sultan suleiman (eh, gne gelaran sultan ke ye? :P )tapelah, yg pasti, pemerintah ni ttpkan syarat, semua pekerja pembina masjid spnjng mebina masjid mesti berwudhu'. klu x, tindakan akan diambil. kkdg kita tak terfk benda2 ni.. kan?
utk bina rumah Allah, sultan suleiman dgn telitinya menilai sampai ke thp tu.
walaupun satu masa dulu, tyme pemerintahan antartuk, masjid tu djadikan kandang kuda. bgitu remdahnyee antartuk letak kddkn masjid.? lps pmrnthn antartuk, msjid tu dpt dibaik pulih. n, penulis mmg rs ketelitian sultan suleiman bw hasil. penulis rs tenang dlm masjid tu. ingt trus solat, n solat n solat. semacam ada satu force and semangat yg buatkan penulis dahagakan ibadat.. berbeza dgn masjid2 gah di malaysia.. yg mana, kubahnye pun ada hasil tgn penyembah berhala! ke mana perginye barakah? ~~~ wallahualam~~ perbtulkn klu sy silap~ wassalam~